‐Tahun 1994‐
Terdengar alunan bacaan Al‐Quran daripada seorang remaja lelaki dan terlihat walid wan di sisinya. Walid wan masih setia menfokuskan penglihatannya terhadap setiap huruf arab yang membentuk rangkaian ayat Al‐Quran. Telinga tuanya pula masih mampu mendengar dengan jelas dengunan dan alunan bacaan ayat suci daripada remaja lelaki itu. Kali ini tidak banyak teguran dan ulangan bacaan yang terpaksa dilakukan oleh remaja lelaki itu sementelah dia sudah mahir sehingga memampukan dirinya untuk mengkhatamkan bacaan Al‐Quran pada hari ini.
“Alhamdulillah. Akhirnya cucu sulung aku khatam juga Al‐Quran.”
Tersenyum bangga Aiton sambil tumpuannya masih tertumpah kepada cucu sulungnya itu.
“Itu pun nasib baiklah walid wan dengan umi tuk si Balkis ni nak mengajar anak‐anak saya. Kalau tak, setakat baca dekat rumah jelah dengan papanya. Tak adalah nampaknya nak khatam Al‐Quran macam ni.”
Zawiyah memegang lembut pipiku. Aku pantas tersenyum gembira kerana jasa walid wan dan umi tuk dikenang juga oleh mama Mashitah ini.
“Ooo… Ini Balkis rupanya. Mari ke sini sayang.”
Aku menghampiri Nenek Aiton. Pertama kali mengenali nenek tua ini aku sudah berasa senang
dengan layanannya kepadaku. Terlihat kasih sayang terpancar di ruang mata tuanya.
“Nenek dengar Balkis dah khatam Al‐Quran dua kali. Betul?”
“Alhamdulillah. Betul nek.”
Penuh sopan aku menjawab persoalan wanita tua yang kelihatan kian melebar senyuman di
wajahnya. Diusap perlahan kepalaku yang sudahku selindungi setiap juraian rambutku dengan
sehelai tudung.
“Balkis sebaya dengan Mashitah kan?”
“Haah. Balkis sekelas dengan Mashitah.”
Kali ini Mashitah yang menjawab pertanyaan neneknya.
“Kalau macam tu, Mashitah kenalah rapat dengan Balkis. Nenek nak Mashitah pun pandai macam Balkis. Boleh?”
Nenek Aiton sudah menggamit Mashitah untuk menghampirinya.
“Memanglah Mashitah rapat dengan Balkis. Tapi… Mashitah tak bolehlah nak jadi pandai macam Balkis ni. Nenek tahu tak setiap kali ada peperiksaan mesti Balkis akan dapat nombor satu.”
“Habis tu, Mashitah dapat nombor berapa?”
“Emm… Tak tentu. Tapi selalunya belas‐belaslah.”
Jujur Mashitah.
“Macam mana tak dapat nombor belas‐belas mak. Dah tu, asyik main je kerjanya. Kerja sekolah
pun malas nak buat. Cuba tengok macam Balkis ni, rajin buat kerja sekolah, rajin baca buku.”
Mak Cik Zawiyah mengadu perihal anak bongsunya kepada ibu kandungnya. Nenek Aiton sekadar tersenyum, Mashitah pula sudah muncung bibirnya dan aku lebih senang mendiamkan diriku.
“Balkis.”
Aku terus memusingkan kepalaku dan terlihat umi tuk berdiri memandang tepat ke arahku.
“Mari sini sayang. Tolong umi tuk hidangkan makanan kepada tetamu.”
“Baik umi tuk.”
Belum sempat aku melangkah menghampiri umi tuk, Mashitah turut menyatakan hasratnya untuk membantuku. Hidangan makanan perlu kami sediakan segera kerana sebentar sahaja lagi Abang Fikri akan menyudahkan bacaan Al‐Qurannya dan sesudah bacaan doa sebagai penutup yang akan dibacakan oleh walid wan diaminkan oleh para tetamu. Maka akan berakhirlah kenduri kesyukuran ini. Tidak ramai jiran tetangga yang sudi hadir meraikan majlis kesyukuran kali ini, semuanya kerana mereka berasa kurang selesa untuk berhadapan dengan walid wan dan umi tuk. Mujur juga Nenek Aiton serta saudara mara Mak Cik Zawiyah tidak bertanya sebab‐sebabnya. Andai tidak, pasti sahaja keaiban keluargaku terbongkar.
“Tahniah Abang Fikri.”
“Eh… Balkis. Tadi, abang cari jugak Balkis dekat dalam. Tapi tak jumpa.”
“Abang cari saya? Kenapa?”
“Em… Tak… Tak ada apa‐apa. Balkis dah makan?”
“Dah. Saya makan dengan Mashitah tadi. Sedap hidangan tadi tu. Pandai mama abang masak.”
Aku lurus memberikan pendapatku. Suasana bisu menyelebungi kami berdua.
“Abang. Kalau tak ada apa‐apa lagi yang abang nak cakapkan. Saya balik dulu ya.”
Aku baru sahaja hendak melangkah pergi. Tetapi termati langkahku itu kerana Abang Fikri
memanggil lembut namaku.
“Balkis…”
“Ya. Ada apa‐apa ke yang abang nak cakapkan dengan saya?”
“Sebenarnya. Abang nak ucapkan terima kasih.”
“Terima kasih? Untuk apa?”
Pandangan Abang Fikri tepat ke ruangan mataku. Aku tertunduk. Biarpun sudahku anggap Abang Fikri dan Mashitah seperti adik beradikku. Namun kenyataan yang kami langsung tiada pertalian darah itu tetap juga benar. Ini bermakna di antara aku dengan lelaki di hadapanku ini masih juga ada batasan yang perluku jaga agar tidak memalukan walid wan dan umi tuk di kemudian harinya. Itulah peringatan yang seringku ingatkan kepada diriku ini saban hari, agar tidak lagi menambahkan kekecewaan di hati walid wan dan umi tukku.
“Abang nak ucapkan terima kasih sebab Balkis banyak memberikan kata‐kata semangat dan teguran sewaktu abang terleka untuk mempelajari ilmu Allah ini.”
“Dah memang tugas saya sebagai sesama Islam untuk menggalakkan setiap umatNya mempelajari dan seterusnya mengkaji ilmu yang terkandung di dalam kitab suci Allah itu. Walid wan dengan umi tuk selalu ingatkan saya, di dalam kitab suci Al‐Quran itu terkandungnya pelbagai rahsia Allah dan sudah pastilah rahsia itu ditujukan kepada umatNya. Tapi sayang… Orang seagama dengan kita kian alpa untuk mengkaji mukjizat Nabi Muhammat S.A.W ini. Abang tahu tak, orang‐orang kafir di barat sana sedang berlumba‐lumba mencungkil rahsia yang terkandung di dalam kitab Al‐Quran. Tapi kita…”
Ayat yang tergantung di bibir budak perempuan yang baru sahaja berusia dua belas tahun ini kian menambahkan keinsafan di hati Fikri. Dia sedar budak perempuan sementah ini mana mungkin dapat mengeluarkan kata‐kata sematang dan sebenar ini andai didikannya tidak sempurna. Sungguh! Rasa hormatnya terhadap budak perempuan seusia adiknya ini kian menebal di dalam hatinya.
“Assalamualaikum. Balkis… Ooo… Balkis.”
“Waalaikumussalam. Mashitah. Awak nak pergi mana ni, bawak basikal lagi.”
“Kami berdua nak pergi bendang. Nak main layang‐layang. Jomlah ikut sama.”
Bukan Mashitah yang menjawabnya, tetapi Abang Fikri yang sedang memegang dua buah layang‐layang di tangannya itulah yang telah menjawab persoalanku.
“Emm… Saya bukan tak nak ikut awak berdua. Tapi, saya nak kena tolong umi tuk.”
“Eh! Tak payah nak tolong umi tuk. Umi tuk boleh buat kerja rumah seorang‐seorang. Semuanya Balkis dah kemaskan, tinggal nak masak lauk makan malam je. Dah… Pergi bersiap. Ikut Abang Fikri dengan Mashitah main dekat bendang. Tapi, ingat! Mesti balik sebelum Maghrib.”
Aku cepat sahaja bersiap dan segera mendapatkan kedua sahabatku itu. Sesampainya di bendang, aku dan Balkis mengambil layang‐layang yang dipegang oleh Abang Fikri.
“Emm… Tak apalah. Saya rasa lebih baik Abang Fikri dengan Mashitah je yang main layang-layang
ni.”
“Lah… Kenapa pulak?”
Abang Fikri menyoal dan Mashitah memandang ke arahku.
“Layang‐layang ni ada dua je. Tapi, kitakan ada tiga orang. Jadi salah seorang kenalah mengalah. Lagipun saya tak berapa reti sangat main layang‐layang.”
Sengaja aku beralasan, sedangkan di hati ini hanya Allah sahajalah yang tahu betapa aku mahu
bermain permainan tradisional itu.
“Alah… Kalau Balkis tak nak main. Adik pun tak nak mainlah. Abang mainlah seorang‐seorang.”
Mashitah merajuk.
“Taklah. Siapa kata abang nak main? Balkis, abang yang suruh Mashitah ajak Balkis main layang‐layang dengan kami petang ni. Sebab, abang tahu Balkis memang teringin sangatkan main layang‐layang?”
Membulat mataku. Musykil hati ini.
“Macam mana Abang Fikri boleh tahu?”
Akhirnya terluah juga persoalan yang bermain di minda ini. Abang Fikri dengan Mashitah sudah tersenyum lebar.
“Sebab abang kita sukakan awak.”
Terkejut aku dengan apa yang dikatakan oleh Mashitah. Cepat pula mulut Mashitah ditekap kuat dengan jari jemari Abang Fikri. Mashitah meronta minta dilepaskan. Seminit kemudian barulah Abang Fikri memenuhi kehendak Mashitah itu. Bagiku, aku menganggap apa yang dikatakan oleh Mashitah sebentar tadi hanyalah suatu gurauan dan persoalan bagaimana lelaki yang lebih dewasa di hadapanku ini mengetahui keinginanku terhadap permainan layang-layang ini juga perluku ketepikan agar Mashitah tidak bertambah merapu percakapannya.
“Betul ni, Abang Fikri tak nak main layang‐layang ni?”
“Betul. Abang dah puas dah main layang‐layang. Hari ni tiba giliran Balkis dengan Mashitah
pulak tunjuk pandai.”
“Jom Balkis. Tak payah layan abang saya ni.”
Terlihat Mashitah masih berasa marah dengan tindakan abangnya sebentar tadi.
Aku dan Mashitah berlari‐lari di batas sawah padi sambil berusaha untuk menaikkan layang-layang.
Tetapi ternyata apa yangku bayangkan sebelum ini tidak sesenang saat aku hendak menaikkan layang‐layang ini ke dada langit agar dia mampu terbang megah mendahului yang lainnya.
“Balkis. Saya rasa kita kena minta tolong abang sayalah. Tapi, tadikan saya marah‐marah dia…”
“Jadi, awak nak saya buat apa?”
Laju aku menyoal. Aku tahu Mashitah pasti berkehendakkan sesuatu daripadaku.
“Boleh tak… Kalau awak yang jumpa abang saya?”
“Tapi… Abang Fikri nak ke tolong kita kalau saya yang mintak tolong dengan dia?”
“Alah… Kalau awak yang mintak tolong mesti abang saya tolong punyalah.”
Terlihat keyakinan di wajah sahabatku ini.
“Baiklah. Kalau macam tu, saya cuba tanya Abang Fikri dulu.”
Aku pantas mendapatkan Abang Fikri yang sedang duduk di batas sawah padi. Dapatku lihat dengan jelas pandangan lelaki itu terarah kepada langkahku menghampiri dirinya. Abang Fikri pantas berdiri saat aku benar‐benar sudah dekat kedudukanku dengannya. Terukir senyuman di wajahnya. Manis sekali senyuman ituku rasakan.
“Balkis dengan Mashitah dah habis main ke?”
Aku tidak terus menjawab. Masih berkira‐kira permulaan bagaimanakah harusku luahkan untuk meminta pertolongan daripadanya.
“Kenapa ni Balkis? Diam je.”
“Abang… Kenapa abang duduk seorang‐seorang dekat sini?”
Aku merasakan pertanyaan ini merupakan permulaan yang baik bagi menampakkan bayangan
permintaanku sebenar nanti.
“Bukan abang tak nak pergi sana. Abang tahu yang Mashitah masih marahkan abang. Tu yang
abang menyendiri.”
“Emm… Kalau saya kata yang Mashitah dah tak marahkan abang. Abang nak tak main dengan
kita orang?”
“Betul ke Mashitah dah tak marahkan abang?”
Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala sebelum memulakan bicara.
“Betul. Mashitah yang suruh saya datang jumpa dengan abang. Dia ajak abang main sekali
dengan kami. Jomlah.”
“Mashitah ajak abang? Pelik.”
Berkerut dahi Abang Fikri. Bagai memikirkan sesuatu. Sesaat kemudian senyuman pelik terukir
di bibirnya dan pandangan lelaki itu terarah semula kepadaku.
“Mashitah nak mintak tolong abang ya?”
“Macam mana abang tahu?”
Kali ini senyuman pelik yang menghiasi wajahnya kian melebar.
“Abang tahulah. Dia tukan satu‐satunya adik abang. Semua ragam dia tu abang dah dapat baca dah. Tapi kali ni, abang takkan tolong dia! Abang nak ajar dia sikit. Baru padan muka dia. Siapa suruh dia marah‐marah abang tadi.”
“Tapi, kalau Abang Fikri tak nak tolong. Macam mana saya dengan Mashitah nak main? Kami
tak reti nak terbangkan layang‐layang ni tinggi. Tolonglah abang…”
Kesayuan di wajah Balkis menghadirkan simpati di hati Fikri. Diketepikan rancangan gilanya
untuk mengenakan adik kandungnya itu. Demi Balkis dia harus mengusir perasaan marahnya
terhadap Mashitah.
“Baiklah. Abang setuju nak tolong. Tapi, ada satu syarat.”
“Syarat apa?”
Laju aku menyoal.
“Sebelum balik… Abang nak sembang‐sembang dengan Balkis sekejap boleh? Bukan selalukan
abang dapat peluang bermain dengan Balkis. Selalunya Balkis terperap je dekat rumah. Bolehkan?”
Aku masih berkira‐kira. Laju otakku berfikir. Lambaian dan jeritan Mashitah begitu mendesakku
dan akhirnya…
“Baiklah saya setuju. Tapi, kita mesti balik sebelum Maghrib.”
Anggukan daripada Abang Fikri menandakan persetujuan di antara dua belah pihak sudah termetrai. Laju kami melangkah sambil belari‐lari anak ketika mendapatkan Mashitah. Lebar senyuman sahabat sebayaku itu saat mendapati apa yang diingininya sudah tercapai. Sekejap sahaja layang‐layang yang dinaikkan oleh Abang Fikri sudah terbang tinggi di dada langit.
Terlihat gah layang‐layangku dan Mashitah berterbangan setinggi burung‐burung yang sedang melebarkan sayapnya. Tidak dapatku gambarkan bagaimanakah perasaanku ketika ini. Sudah lamaku immpikan saat ini! Saat aku menjadi pilot dalam menentukan arah dan kedudukan tinggi rendahnya layang‐layangku. Namun, di saat layang‐layangku sedikit terhuyung hayang kedudukannya cepat sahaja Abang Fikri mengambil alih tugasku. Kawalan tali harus dimantapkan semula agar layang‐layangku tetap kedudukannya biarpun angin yang sedang memukul saat ini tidaklah selembut kebiasaannya. Hampir sejam kami bermain.
Gembiranya hati tidak terkata. Mashitah masih leka bermain sendirian. Aku pula sudah membuntuti Abang Fikri untuk duduk di batas sawah padi. Andai diikutkan kata hati mahu sahaja aku menolak ajakan Abang Fikri itu, tetapi kerana janji terpaksa juaku penuhi. Aku menjarakkan dudukku dengan Abang Fikri.
“Abang nak sembang pasal apa?”
Aku ingin menamatkan segera perbualan kami. Tidak betah rasanya untukku terus duduk berdua‐duaan seperti ini. Biarpun kedudukan Mashitah tidaklah begitu jauh dengan kami, namun maruah walid wan dan umi tuk sedangku galas saat ini.
“Emm… Balkis sihat?”
Hampir tertawa aku mendengar soalan itu. Tidak adakah soalan lain yang hendak diutarakan?
“Kenapa Balkis ketawa? Apa yang lawaknya?”
“Tak… Tak ada apa‐apa. Cuma pelik je dengan soalan abang tu. Kan hari‐hari abang tengok
saya. Ada nampak macam orang sakit ke?”
Kali ini giliran Abang Fikri pula tersenyum. Mungkin dia sudah menyedari soalan yang dipersoalkan sebentar tadi tidak begitu tepat.
“Okey… Kalau soalan tu, kiranya kurang tepatlahkan. Sebab hari‐hari kita berjumpa. Hari‐hari
abang nampak Balkis sihat. Jadi, kalau abang tanya keadaan dekat sekolah macam mana?”
“Sekolah? Emm… Macam biasa. Cuma sekarang ni saya sibuk sikit sebab tak lama lagikan dah
UPSR. Untuk peperiksaan besar kali ni saya nak hadiahkan semua A pada walid wan dan umi
tuk. Saya juga mesti mendapatkan keputusan yang sangat membanggakan untuk peperiksaan PSRA nanti. Sebab… Harapan walid wan dan umi tuk adalah untuk melihat saya memasuki sekolah agama berasrama penuh.”
“Habis abang macam mana?”
Aku mengerutkan dahi. Tanda tidak mengeti.
“Yelah. Kalau Balkis dah masuk asrama nanti, susahlah kita nak jumpa. Balkis tak kesiankan
Mashitah?”
Aku menundukkan wajahku. Aku mengerti akan perasaan lelaki di sebelahku ini. Tipulah andaiku katakan yang aku tidak akan merindui mereka berdua. Hanya Mashitah dan lelaki yang masih memandangku saat inilah yang sudi untuk bersahabat denganku.
“Kesian. Tapi, demi impian dan kejayaan… Saya perlu korbankan perasaan tu. Lagipun, manalah
tahu kalau ada rezeki Mashitah dapatlah kami belajar di sekolah yang sama.”
“Habis abang?”
Entah mengapa persoalan itu sering sahaja diulang‐ulang. Bermakna sangatkah diriku kepadanya?
“Abang tahu apa cita‐cita saya bila besar nanti?”
Abang Fikri membisukan dirinya. Aku sedar, mungkin dia kurang berpuas hati atau merajuk barang kali kerana pertanyaannya sebentar tadi tidakku pedulikan.
“Saya nak jadi seorang kaunselor. Umi tuk kata kalau seseorang tu nak jadi seorang kaunselor, dia harus mengorbankan perasaannya sendiri untuk mendengar permasalahan dan luahan rasa insan lainnya. Jadi, mulai sekarang saya kena belajar semua tu.”
“Maksud Balkis?”
Renungan Abang Fikri menghadirkan rasa indah di hati. Sekurang‐kurangnya ada juga insan selain walid wan dan umi tuk yang mahu mengerti mengapa cita‐cita sebagai seorang kaunselor yangku impikan.
“Saya perlu belajar menahan segala rasa rindu, sedih, mahupun kekecewaan. Kerana tugas seorang kaunselor adalah menyelami kekeliruan dan permasalahan insan lainnya. Apabila saya berhadapan dengan mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada saya, maka kata‐kata semangat akan saya ucapkan agar dapat meringankan beban mereka. Apatah lagi… Andai kepedihan dan kesengsaraan yang mereka lalui sama dengan apa yang sedang saya rasai saat ini.”
Genangan air mata Balkis menghadirkan sebak di dada Fikri. Dia tahu betapa selama ini budak
perempuan di hadapannya ini menderita. Dia juga sedar betapa gentarnya hati Balkis saat berhadapan dengan kata‐kata cacian dan tohmahan daripada penduduk kampung yang tidak pernah kenal erti penat untuk melukai hati budak perempuan yang sedang cuba mengawal emosinya saat ini.
“Jadi, kalau sekarang ni pun saya tak boleh nak kawal kerinduan saya pada Abang Fikri dan
Mashitah… Bagaimanakah agaknya saya boleh berjaya mencapai cita‐cita saya?”
Persoalan terakhir daripada Balkis menyedarkan Fikri mengenai satu perkara. Balkis… Budak
perempuan berbadan kecil di hadapannya ini, jiwanya lebih gentar dan hatinya lebih kuat berbanding dirinya sendiri!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan