PELUH merindik di dahinya. Deras laksana air terjun. Cahaya matahari yang berada tegak di ubun‐ubun terus membahang dan membahang. Sudah seminggu hujan tidak menimpa Kuala Lumpur. Entah dosa apa lagi penduduknya lakukan. Malapetaka di sekitar bandar kian menjadi‐jadi. Rompakan di mall‐mall besar, insiden tembak menembak di pinggir bandar dan kes bunuh yang sudah menjadi kebiasaan di mana‐mana tempat.
Atas sebab apa semua ini berlaku? Adakah kerana keinginan manusia terhadap wang itu jauh lebih bermakna daripada keselamatan dan nyawa manusia lain?
Estelle bersetuju akan hal tersebut. Bibirnya mengukir senyuman sebaik sahaja persoalan gila itu terjawab dengan sendirinya. Lagi pula mana ada lagi manusia yang baik‐baik? Kawan puji-puji kita pun sebab nak minta hutang. Menteri kalau buat baik? Estelle yakin semua orang ada jawapan yang tersendiri.
Tangan kanan Estelle menekan picu pada pam berbentuk bulat yang melekat di tangannya. Perlahan‐lahan pam itu terlepas pada cermin yang mana ia terlekat. Kemudian picu tadi dilepaskan dan pam tadi ditekap pada bahagian cermin di atas. Badannya melonjak naik ke atas sedikit.
Pergerakan ini diulang pada tangan kiri pula. Perlahan‐lahan badan Estelle mendaki naik
kondominium mewah 25 tingkat tersebut. Targetnya adalah untuk mendekati tingkat ke‐24, di mana sebuah pool yang tergantung di aras tersebut berada. Seni bina berkonsepkan cermin pada kondominium ini memudahkannya untuk melaksanakan misi oleh kerana alat pam yang dimiliki itu. Jikalau tidak, mahu mati akal juga dia memikirkan cara untuk melaksanakan misi tersebut.
Estelle berhenti mendaki apabila dia berada di aras 23. Gogel matanya dibuka. Dahi sempat diseka dengan jari telunjuk kanan apabila rintik peluh laju sahaja mahu mengenai mata. Dia berkelip‐kelip memandang dasar kolam yang tergantung itu.
Rapuh. Pada mata kasarnya memang ia tampak begitu. Bagi yang mengalami acrophobia, membeli rumah dengan kemudahan kolam tergantung sebegini adalah kerugian besar yang pernah mereka lakukan. Malah, mengapa tinggal di tingkat 24 jikalau memang takut akan ketinggian, bukan?
Estelle tidak mahu membuang masa. Dikeluarkan besi sepanjang lengan dari haversack hitam.
Kemudian diselitkan besi tersebut ke pinggang kanan. Setelah itu, di sebelah pinggang kiri, ditariknya tali panjang yang hujungnya tercangkuk alat seperti pam yang digunakan di tangannya tadi.
Buat seketika waktu, Estelle melepaskan nafas panjang oleh kerana dia dari tadi bekerja
menggunakan tangan kanan sahaja. Tangan kiri masih lagi tergantung pada pemegang pam yang melekap pada dinding cermin.
Tali panjang tadi dibaling naik ke atas. Serta merta ia melekap ke cermin dasar kolam apabila pam yang dihujung pencangkuk tali tadi mendekati permukaan licin cermin.
Estelle menarik tali itu untuk menguji ketahanannya. Setelah dia benar‐benar bersedia, pencangkuk yang berada di pinggang dicakukkan pada tali tersebut. Pangkal tali pula dikeluarkan dari sisi pinggang dan dicangkuk pada pam yang melekat di dinding cermin.
Dia melepaskan kedua‐dua belah tangannya dari alat pam dan kemudian meluncur terus ke dasar kolam menggunakan tali tadi. Sebaik sahaja sampai tepat pada hujung tali iaitu di pertengahan dasar kolam, Estelle menunggu buat beberapa ketika.
Jam G‐Shock pink pemberian kawan baiknya ditenung lama. Detik berlalu beberapa ketika. Tepat pukul 12.03 tengah hari, dasar kolam tersebut tiba‐tiba sahaja kelihatan berombak dari bawah. Seperti ada seseorang yang sudah terjun ke dalamnya.
Besi panjang di pinggang dikeluarkan. Dia melaraskan bucu besi tersebut secara memanjang,
mendekati cermin dasar kolam. Ibu jarinya yang bersarung tangan hitam sudah bersedia pada butang warna perak di sisi besi tersebut.
Kemudian bayang‐bayang hitam kelihatan berenang‐renang di atas kepala Estelle. Bayangan tersebut menyelam dengan lebih dalam dan seterusnya figura tubuh seorang lelaki yang memakai seluar spandex biru paras paha kelihatan jelas di mata Estelle.
“It’s your time!” sebut Estelle lembut sambil menjeling senyum pada lelaki itu.
Lelaki tersebut terkesima dan cuba menyelam naik ke atas kembali. Namun…
Krak! Cermin pada dasar kolam merekah. Picu pada besi tadi sudah tekan dan bilah pada hujung besi tersebut telah menembusi dinding kolam. Dalam beberapa saat, sedikit demi sedikit air meniris keluar dari dasar kolam. Sehinggalah…
Whoosh! Air melimpah jatuh dari kolam tingkat 24 bagaikan air terjun Niagara. Firuz anak Dato’ Zaki yang telah menipu berbillion ringgit duit syarikat ayahnya sendiri itu juga ikut jatuh bersama limpahan air dari kolam tersebut.
Manakala Estelle pula sudah hilang entah ke mana.
****
“Just like an accident. Tiada siapa yang lebih hebat dari you, Estelle.”
Beg James Bond hitam dilemparkan ke atas meja kayu. Bahagian wang yang telah dipersetujui
Estelle dimilikinya setelah misi selesai. Untuk menamatkan riwayat lelaki seperti Firuz, kadar harga yang dia tetapkan adalah dalam RM 30,000. Lebih tinggi profil mangsa, lebih banyak nilai bayarannya. Bagi Estelle, ia merupakan bisnes yang sangat menguntungkan. Cumanya bila bekerja dengan Darius, separuh dari bahagian RM 30,000 akan dibahagikan sama rata anara mereka. Darius akan dapat RM 15,000 oleh kerana dia orang tengah dalam menguruskan hal ini dengan client mereka.
“Tak payahlah nak puji‐puji sangat. And you know my real name. Estelle tu code name masa kerja je.” Estelle mencemik. Wajah putih bersihnya itu tidak pernah tersenyum gembira. Dapat duit pun muka macam patung. Reaksi kaku saja.
“Yelah, Cik Sofia. Cuba kau tu senyum sikit. Duit masyuk ni.” Darius mengeluarkan beg James Bond yang berwarna maroon miliknya pula. Itu bahagian dia. Beg tersebut dibuka dan dia menyentuh permukaan wang kertas sambil menghirup bauan wang yang sangat harum baginya. Duit baru!
“Aku dah bunuh orang. Kau nak aku senyum? Dahlah, kalau tak ada apa‐apa, aku nak kena balik ni. Mak aku dah tunggu kat rumah. Adik aku ada rawatan kat hospital hari ni.” Estelle bingkas bangun dari sofa baldu yang didudukinya. Beg James Bond dipegang penuh gaya.
“Adik kau tu memang tak boleh sembuh?” tanya Darius apabila Estelle sudah separuh jalan ke pintu keluar apartment mewah rakan kongsinya.
“Kenapa?” tanya Estelle kembali tanpa menoleh ke belakang.
“Banyak ke lagi duit yang kau perlu?” Darius merubah nada perbualan. Dari seronok bukan main tadi ke nada prihatin. Memang dia sedia tahu akan masalah hidup Estelle atau nama sebenarnya Sofia Ghazali yang telah dia kenal hampir empat tahun itu.
“Banyak tu tak payah cakaplah. Sakit kanser otak dia tu dah tahap empat. Memang kat sini ramai yang cakap dah tak ada harapan untuk hidup. Tapi…” Bicara Estelle terhenti. Dia teringat akan saranan Doktor Hafiz dua minggu lalu. Ada jalan keluar dari masalah kesakitan adiknya itu.
“Singapura. Kat sana ada best treatment, kan?” sambung Darius yang sudah tahu jawapannya.
“Buang masa cakap pasal best treatment tu. Duit yang aku kumpul memang tak pernah cukup!
Dengan ubat‐ubatan sakit usus mak aku tu lagi… dan kau pulak asyik ambil komisen dari setiap kerja aku. Huh…” Estelle mengeluh.
“Duit haram. Memang tak pernah cukup, kan?” tambahnya dalam nada marah. Langkah kaki Estelle dilajukan ke pintu. Tombol dipusing kasar.
“Eh kejap! Tunggu. Sebenarnya ada satu jobbagus yang aku nak beri pada kau ni. Kali ni aku tak ambil komisen. Sebab orang tu nak berurusan dengan pelakunya terus. Tapi, kau kena berkorban sikitlah kalau nak dapatkan job yang lumayan ni. A lifetime offer.” Darius cuba memancing Estelle kembali.
“What is it?” Estelle kembali berpaling.
Darius mengeluarkan kad berwarna emas dari koceknya. “Contact nombor dekat kad ni. Kata dia, kalau kau buat betul‐betul job ni… kau dah tak payah buat kerja lain seumur hidup dah.”
Estelle terkesima. Tulisan perak pada kad itu dibaca dalam hati.
‘Gabriella Hamidun. Diamond J Berhad.’
***
GABRIELLA Hamidun. Nama saja sudah dia dapat agak bagaimana rupa orangnya. Ternyata
Gabriella yang mempunyai kacukan Latin di sebelah ibunya itu memang sungguh menawan. Kalau dibandingkan Gabriella yang mahu dipanggil Gaby itu dengan dia, memang jauh panggang dari api. Dia hanya selesa memakai jeans tight warna hitam yang dipadankan dengan jaket kulit tiruan yang berwarna sama. Kemudian cap warna kelabu pula memang tak lekang dari melekat di kepalanya.
Tapi benarlah kata orang, paras rupa itu bisa menipu. Gabriella yang cantik rupawan itu mempunyai agenda yang membeliakkan mata. Sesuatu yang tak terjangka di fikiran Estelle sama ada dia mampu lakukannya ataupun tidak.
“So how Miss Estelle?” soal Gabriella lemah lembut namun dengan pandangan yang berbisa.
“What’s the guarantee? Awak tak beri saya apa‐apa wang pun. Malah awak….” Estelle rasa tertipu. Penjelasan Gabriella langsung tidak menarik perhatiannya.
“Listen Miss Estelle. Saya boleh cari orang lain yang lebih hebat dari awak untuk lakukan kerja ni. Tapi sebab utama saya pilih awak kerana awak terkenal dengan remarks, make it like an accident. Dia tu lelaki kaya dan mudah jatuh cinta kalau kena dengan caranya. I will groom you on that. Tapi yang paling utama, saya nak awak buat dia benar‐benar percayakan awak. Dan bila dia letakkan semua harapannya pada awak, saya nak awak tikam dia dari belakang. Hapuskan dia. Biar dia rasa… rasa bagaimana remuknya hati saya, matinya hati saya bila dia buat saya macam tu dulu. Itu saja, Miss Estelle. And I will make sure semua harta‐harta dia dah diwasiatkan ke atas awak bila dia dah meninggal. Sebab itu saya kata tadi, awak kena kahwin dengan dia,” jelas Gabriella bersunggguh‐sungguh.
“Apa yang dia buat pada awak?” tanya Estelle tidak puas hati. “Apa jaminan awak yang saya akan berjaya? Saya perlukan duit untuk keluarga saya.”
“That is not for you to know.” Gabriella menarik muka panjang. “Saya tahu tentang kisah adik awak tu. Darius beritahu saya dulu. Saya akan bantu dengan urusan rawatan hospital di Singapura.”
“Baiklah Cik Gaby. I’ll take the offer,” putus Estelle pantas setelah mendengar jaminan mengenai rawatan adiknya itu.
***
KHALEEL berpuas hati. Majlis pelancaran telefon pintar terbaru daripada syarikatnya, Leel
Corporation telah mendapat sambutan yang memberangsangkan. Hadirin yang hadir menunjukkan minat mereka terhadap telefon pintar yang dinamakan Viper 7. Walaupun hampir menyerupai jenama iPhone, kelebihan telefon pintar ini yang menitikberatkan privasi dan sekuriti pelanggan menjadi tunjang utama mengapa ia jauh lebih baik dari jenama tempatan yang lain.
Dalam keramaian majlis, ada sepasang mata yang sudah siap siaga untuk menjalankan misinya sejak dari awal majlis ini bermula lagi. Wanita itu berpakaian dress merah satin labuh yang dipadankan dengan stiletto hitam. Gaya rambutnya ditatarias menjadi sanggul siput yang kemas tetapi terselit cip peledak yang amat berbahaya.
Cip peledak itu dikeluarkan dari sanggul rambut perlahan‐lahan. Biar sanggul tidak terlerai, cip pula tidak terjatuh ke lantai. Tanpa orang sekeliling sedar, wanita itu melekatkan peledak tersebut ke salah satu kotak pameran telefon yang ada sekitar pentas. Dia berlalu mendekati kotak‐kotak pameran yang lain dan kesemuanya sudah dilekatkan cip peledak tersebut yang bakal menggegarkan majlis ini dengan hanya satu klik butang sahaja.
Wanita itu mendekati Khaleel. Lelaki yang dari tadi sibuk melayan teman bisnes tinggal seorang diri menikmati minuman jus epal di tangan.
“Tahniah,” ucap wanita itu sepatah. Senyuman pada bibir merahnya diukir ikhlas.
“Oh, thanks.” Khaleel menghulurkan tangan. Namun salamannya tidak berbalas.
“Saya suka dengan design telefon pintar tu… tapi saya tak rasa design tu original, kan?”
Terpempan seketika Khaleel mendengar pertanyaan wanita tersebut. “Cik nak cakap yang telefon tu tiru iPhone? Saya lebih menganggap ia sebagai satu proses inovasi seorang pencipta.”
“Inovasi? Good point. But no originality.” Wanita itu mengangkat kening kanannya tinggi. Masih
tidak setuju. Pada masa yang sama matanya sempat mengerling pada cip‐cip peledak terutama yang melekat pada kotak pameran yang begitu dekat dengan dia dan Khaleel.
“I’m sorry tapi saya tak boleh nak puaskan semua pihak. Ada orang suka itu, ada orang suka ini.
Sebagai seorang designer, saya hanya mampu berikan yang terbaik. Mungkin cik kena pakai dulu Viper 7 dan kemudian baru cik boleh buat perbandingan,” jelas Khaleel bersungguh.
“Ya, saya memang nak pakai telefon tu tapi….” Wanita itu menghentak kepala Khaleel turun ke
bawah dengan tiba‐tiba dan…
Boom! Lapan buah kotak pameran meletup dengan serentak. Kaca berhamburan ke mana-mana.
Manakala telefon pintar yang ada di dalam kotak pameran itu mula terbakar satu persatu. Seakan‐akan ia telah diprogramkan untuk self‐destruct dengan sendirinya.
Khaleel panik. Tapak tangan kirinya tercucuk serpihan kaca. Dia mendongak ke kiri dan kanan. Pada hadirin lari lintang pukang. Ada yang cedera di kepala dan di mata mahupun anggota badan yang lain.
“Cepat! Merangkak keluar dari dewan!” Wanita tadi menjerit ke telinga Khaleel sambil menarik
tangannya yang luka itu kuat ke hadapan.
Khaleel hanya menurut kata wanita tersebut. Dalam keadaan panik sebegini, dia tidak mampu berfikir apa‐apa melainkan untuk menyelamatkan diri sendiri. Dan jikalau ada yang bermurah hati menghulurkan bantuan, dia dengan senang hati akan terus menerima pelawaan tersebut.
“Duduk sini,” kata wanita itu tegas. Hujung kain dress wanita itu dikoyak. Dia mengambil tapak
tangan Khaleel dan tanpa berlengah, kaca yang terlekat pada isi tangan dicabut keluar. Wanita itu seterusnya membalut telapak tangan Khaleel dengan cebisan dressnya yang dikoyak tadi.
“Saya panggil orang untuk bawa awak ke hospital.”
“Tunggu! Awak ni siapa?” Khaleel merentap tangan wanita itu sehingga dia terduduk semula di
sebelahnya.
“Sofia.”
***
"CARIKAN saya Sofia!” Khaleel membentak pada pembantu peribadi serta pengawal yang bertugas mengawasi suitenya di hospital. Wanita yang bergelar Sofia itu hilang dengan begitu sahaja dan tidak kembali kepadanya setelah bantuan yang diperlukan tiba. Entah mengapa dari awal dia dimasukkan ke dalam wad sehinggalah tertidur dan terjaga kembali, fikirannya hanya teringat akan Sofia.
Mata bundar Sofia. Pipi merah Sofia. Rambut kemas nan hitam pekat milik Sofia. Kemudian lincah gadis itu dalam membantunya semalam. Semuanya bagaikan tersekat di dalam kotak mindanya.
“Tuan kami tak kenal Sofia tu. Lagipun bukan senang nak track nama hadirin yang hadir ke majlis semalam. Staf yang menguruskan list nama hadirin tu pun masih tak sedarkan diri lagi,” jelas Zalif, pembantu peribadi Khaleel.
“Ah, saya tak kira. Dia dah selamatkan nyawa saya! Nak harapkan kau Zalif… lari lintang pukang
entah ke mana masa kejadian tu. Sanggup kau tinggalkan bos kau ni!” marah Khaleel.
Zalif menunduk salah. Ya, logiklah dia berkelakuan begitu. Dia juga manusia. Ada rasa takut dan pentingkan diri. Takkanlah nak perhambakan diri 24 jam pada Khaleel pula. Sampaikan masa untuk kehidupannya sendiri pun tiada!
Pintu suite wad mewah itu tiba‐tiba ditolak buka. Salah seorang pengawal peribadi Khaleel yang berjaga di hadapan masuk dengan wajah ceria.
“Bos, rasanya kami dah tak payah cari Sofia tu. Dia sendiri yang datang nak melawat bos!”
Pengawal itu mempelawa seorang wanita berblouse kuning cair masuk ke dalam suite
tersebut. Wanita itu kali ini melepaskan rambut panjangnya hingga ke paras dada. Bibirnya
yang bercalit lipstik rona coklat cair tersenyum nipis apabila matanya jatuh ke muka Khaleel
yang masih dalam keadaan terkejut.
“How are you?” tanya wanita itu lembut. Dia menarik kerusi di sisi Khaleel dan duduk dengan
selesa.
Khaleel memberi arahan mata kepada pengawal dan pembantu peribadinya untuk keluar
meninggalkan dia dan Sofia berdua.
“Fine. Awak? Ada cedera mana‐mana?”
“Nope, saya okay. Awak dah sihat sikit ke?”
Khaleel mengangguk perlahan. “Bolehlah. Awak ni dari mana? Kerja apa? Kenapa… kenapa
tolong saya?”
Wanita yang bergelar Sofia itu hanya tersenyum melihat kekeliruan yang jelas terpalit di wajah
Khaleel. “Saya baru berpindah ke sini setelah parents saya meninggal semasa di luar negara
dulu. Saya tolong pun sebab kebetulan aje awak ada dekat dengan saya. Kalau tak saya yang
tolong awak, siapa lagi yang nak tolong, kan? Dunia sekarang semua orang pentingkan diri
sendiri. Tak ada masa nak fikirkan orang lain.”
Khaleel mengeluh panjang. “Saya nak ucap terima kasih sangat. Tak tahulah apa yang saya
patut balas kepada orang baik macam awak. Anyway parents awak baru meninggal ye? So
awak sorang di KL ni?”
“Yes. All alone dan masih mencari pekerjaan serta teman yang baik untuk jadi sahabat saya di
sini. Well at least, tempat untuk mengadulah katakan.” Wanita itu memberi senyuman
bermakna namun pada masa yang sama dia berbicara dalam nada tegas seperti semalam.
Khaleel ketawa kecil. Tangannya yang berbalut kain putih menyentuh lengan mulus Sofia.
“Saya boleh jadi teman awak… kalau awak tak kisah?”
Sofia ataupun code namenya Estelle mengulum senyuman. Pelanduk sudah masuk jerat. Tak
sangka begini mudah!
***
Lima bulan berlalu…
Estelle hidup laksana permaisuri raja. Khaleel memang teramat menyayanginya. Setelah
berkenalan dalam tempoh dua bulan, lelaki itu terus menikahinya dan mereka tinggal di
kediaman Khaleel di Bukit Antarabangsa.
Khaleel menyediakan segala macam keperluan Estelle, termasuklah perkara‐perkara yang tidak
pernah Estelle miliki sebelum ini. Lebihan elaun bulanan yang Khaleel beri padanya pula diberi
pada emak dan adiknya di kampung. Namun sehingga kini, sama ada keluarga Estelle dan
Khaleel masih tidak dapat mengesan akan siapa diri Estelle yang sebenarnya.
“Sofia, awak di bilik?” Khaleel menolak pintu kamar peraduan mereka. Kelihatan isterinya
sedang berdandan di meja solek.
“Going out somewhere?” tanya Khaleel lagi.
Estelle hanya mengangguk. Dia berpaling menatap wajah Khaleel yang sedikit curiga. “Awak
ada dinner dengan client kan malam ni? Saya nak minta izin keluar sekejap. Jumpa kawan
perempuan saya. Boleh?”
“Boleh sayang.” Khaleel mengelus rambut Estelle lembut dan seterusnya menyentuh pipi
isterinya perlahan. “Tapi pulang sebelum pukul 11 malam. Saya akan balik dalam pukul 12
macam tu.”
“Okay, sayang. Jangan risau!” Estelle menghadiahkan ciuman manja ke pipi Khaleel. Dia
kemudian berlalu ke kamar pakaian.
***
SEBAIK sahaja Khaleel keluar dari perkarangan rumah, Estelle cepat‐cepat ke kenderaannya
dan menghidupkan enjin kereta. Dia juga ikut keluar dari rumah namun tidak ke jalan besar di
hadapan rumah. Sebaliknya, kereta Estelle ke lorong sunyi di belakang rumah.
Apabila dia terlihat sepasang lampu di hujung jalan, Estelle memberhentikan kenderaannya.
Dia mengunci kenderaan dan bergerak ke arah sepasang lampu yang berasal dari kenderaan
Ford Ranger milik Darius.
“Lama tunggu?” bicara Estelle sebaik masuk ke dalam kereta.
“Tak lama. Tapi tetap menggigil jugak ni. Kau buat kerja gila!” marah Darius. Kenderaan yang
dibawanya meluncur keluar dari lorong kecil itu dan terus ke jalan utama.
“Kenapa pula nak gigil?” tanya Estelle selamba. Dia menanggalkan solekannya dan mengikat
rambut ala ponytail biasa.
“Kau pun tahukan, suami kau tu ada ramai pengawal. Kalau kita tertangkap macam mana?”
“Dia percayakan aku. Lagipun ini urgent matter. Kalau tak urgent, aku takkan panggil kau!”
Estelle berpeluk tubuh. Minta tolong sikit pun dah kena bebel.
“Kita terus ke rumah mak kau ke ni?”
Estelle melepaskan keluhan panjang. “Ya, aku nak melawat adik aku sekejap. Semalam dia baru
balik dari Singapura. Pembedahannya berjaya. Mak aku pulak dah sihat sikit dengarnya. Gaby
betul‐betul tunaikan janji dia.”
“Bila pula kau nak tunaikan janji kau pada dia?” Darius tersenyum senget. Sengaja diusik soalan
itu.
Estelle diam seribu bahasa. Jawapan yang dicari terhadap soalan Darius itu seakan‐akan tiada.
“Jangan kau tiba‐tiba cakap… kau dah mula sayang atau tak sampai hati nak bunuh dia.”
Estelle mendengus kencang. “Kau tahu… aku benci jadi perempuan.”
“Sahlah, kau dah jatuh cinta dengan dia?” Darius menggeleng. Gabriella itu gila orangnya.
Jangan buat main dengan orang gila. Tak pasal‐pasal terjerat dengan janji pula nanti Estellle
dibuatnya.
“Dia baik. Dia sayangkan aku. Dia buat macam‐macam perkara untuk puaskan hati aku.
Perempuan mana yang takkan jatuh hati? Aku cuba cari salah dia sehingga Gaby bencikan dia.
Tapi… aku tak jumpa!” bicara Estelle bersungguh. Matanya berkaca apabila dia cuba
menidakkan rasa hati.
“Kau tak tanya dia tentang masa lampau dia dan Gaby?” Darius mulai risau.
“Dia tak mahu cerita tentang masa lampau dia. Dia juga tak mahu tahu masa lampau aku atau
siapa aku yang sebenarnya. Dia cuma nak kami berdua berubah ke arah yang lebih baik…
bersama!”
“Kau memang sengaja cari masalah, Estelle.” Darius melepaskan nafas lemah. Gabriella takkan
lepaskan Estelle jikalau tugasannya tidak selesai. Silap‐silap adik dan emak Estelle pula jadi
mangsa nanti.
***
SEBAIK sahaja pintu rumah dikuak buka, ruang tamu di hadapannya gelap gelita. Estelle
melangkah semula ke belakang beberapa tapak. Siapa yang tutup lampu ruang tamu rumah?
Setahu dia, Khaleel tidak suka rumah berada di dalam keadaan gelap. Suaminya suka akan
rumah mereka dalam keadaan terang dan tenang.
“Khaleel?” Estelle mengambil semula semangatnya dan menapak masuk ke dalam rumah.
Pap! Lampu tiba‐tiba terbuka. Kelihatan Khaleel berdiri di hadapan sofa bersama Zalif di
kanannya dan seorang pengawal peribadi di kiri.
“Korang buat apa dalam gelap?” Estelle memasukkan tangannya ke dalam kocek jeans. Ada
yang tidak kena!
“Sampai hati awak tipu saya! Siapa lelaki yang awak keluar bersama tadi? Zalif nampak awak ke
lorong belakang rumah dan naik kereta bersama dia,” luah Khaleel dengan wajah yang merah
menahan marah.
Estelle terdiam. Dia menoleh ke Zalif yang sudah menunduk memandang lantai. Manakala
pengawal peribadi di sebelah suaminya pula hanya tersengih mengejek.
“Jawab, Sofia!” jerkah Khaleel.
“Zalif… kenapa awak…” Estelle menggeleng‐geleng kecewa. “It’s your time.”
Pisau lipat dikeluarkan dari kocek seluar jeans Estelle. Dia pantas menikam rusuk pengawal
peribadi Khaleel dan menendang Zalif hingga terperosok ke sudut ruang tamu.
Manakala Khaleel pula didudukkan ke sofa. Tali pinggang lelaki itu dikeluarkan. Dia mengikat
tangan lelaki itu kuat menggunakan tali pinggang tersebut. Kaki lelaki itu pula diikat
menggunakan wayar pengecas bateri telefon pintar Viper 7 yang berada di ruang tamu
tersebut.
Estelle mengeluarkan telefon pintarnya. Didudukkan ia ke atas buku‐buku dan diletakkan
timbunan buku itu pula ke atas meja kopi berhadapan dengan Khaleel. Dia menekan butang
video call ke Gabriella.
“Awak buat apa ni? Kenapa awak buat macam ni dekat saya?” Khaleel terpinga‐pinga. Matanya
sempat mengerling ke pengawal peribadi yang masih mengaduh sakit dan Zalif yang tidak
sedarkan diri.
“Balasan dan juga misi yang harus saya selesaikan. I’m so sorry, Leel. Gaby, dia yang nak semua
ni terjadi ke atas diri awak,” luah Estelle akan hal yang sebenar. Memang perit untuk dia
lakukan semua ini. Tetapi dia terpaksa! Khaleel sudah mula mengesyakinya.
“Gaby! That psycho? Dia upah awak untuk buat semua ni pada saya?” tanya Khaleel tidak
percaya.
“Awak dah lukakan hati dia. Dan saya yakin awak pasti akan lukakan hati saya juga nanti, kan?
Macam awak buat pada dia.” Estelle terpaksa berfikiran pesimis dalam soal ini. Dia tidak mahu
perasaan serta emosinya mengotorkan rancangan yang telah dia janji akan menyelesaikannya.
“No! Awak salah anggap. Gaby tu gila! Dia dengan saya tak ada apa‐apa hubungan! Dia
berkhayal dan ingat kami pernah bercinta. Dia ada masalah mental! She’s just crazy!” ucap
Khaleel beriya‐iya.
“How could you lie to me?”
“I’m not lying! Percayalah… dia cuma nak tengok saya susah…” Khaleel menundukkan kepala.
Matilah dia! Matilah dia kali ini. Tak sangka pula Gaby merancang untuk musnahkan hidupnya
sehingga ke tahap ini.
Telefon pintar Estelle tiba‐tiba berbunyi. Suara Gaby kedengaran ketawa menggila.
“Its time, Gaby. Bila‐bila masa saja awak cakap, saya akan….” Estelle mengeluarkan revolver
kecil dari kocek belakang jeansnya. “Tembak kepala dia!”
Khaleel menggigil ketakutan. Air matanya menyembur turun. “Gaby! Stop this. Your father was
right! Awak perlukan rawatan.”
Gabriella hanya tersenyum lebar. “Too late Leel. Ayah yang gila, bukan I! Bunuh dia Estelle!”
Estelle mengangkat revolvernya naik. Ia diacu ke tempurung kepala Khaleel. Dalam pada itu
rasa hatinya berbelah bahagi. Kata‐kata Khaleel kedengaran sangat meyakinkan.
“Bunuh dia! Now!” Gabriella menjerit lagi.
Estelle nekad. Dia meletakkan jari telunjuknya ke picu. Nafas ditarik perlahan‐lahan. Dia
membuat perkiraan. Satu, dua, tiga! Pom!
Bersembur pecah kaca pada telefon pintarnya. Khaleel pula tak habis‐habis menggoncanggoncangkan
kepala. Ingatnya peluru sudah menembusi tempurung kepala.
Namun apabila dia membuka matanya, kelihatan telefon pintar milik si isterinya pula yang
berasap‐asap dan lumat. Dirinya tidak diapa‐apakan. Dia masih hidup!
“Sofia!” jerit Khaleel. Wanita itu tiada lagi di sisinya.
Estelle lenyap seperti kebiasaannya. Tiada jejak yang tertinggal dan semuanya seperti
kemalangan yang tidak dijangka‐jangka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan