SUDAH lima hari Izz Zahrah bercuti. Jiwa aku ini sering berantakan akibat terlalu merinduinya. Bila Zuhaimie tengok aku selalu bermenung di kerusi kayu di luar pejabat aku, dia ajak aku keluar sambil berkenalan dengan rakan‐rakannya. Dia menyuruh aku untuk sibukkan diri. Kami keluar bermain badminton dan adakalanya bermain tennis. Kadang‐kadang kami keluar bermain golf dengan pemegang‐pemegang saham.
Hari ini aku termenung lagi di tepi dinding pejabat aku. Macam ternampak‐nampak saja setiap
gelagat lucu yang Izz Zahrah lakukan di luar pejabat. Aku tersenyum sendiri sambil mengeleng‐gelengkan kepala berkali‐kali. Teruk betul penangan Izz Zahrah ni. Dalam seumur hidup aku, ini kali pertama aku berkeadaan begini. Dulu aku pernah juga jatuh cinta dengan rakan sekolej tapi taklah sampai tahap angau macam ni.
~Abang, rumah kak Izz ada kenduri hujung minggu ni. Kak Izz jemput abang tak?~
Tiba‐tiba masuk mesej ke dalam inbox telefonku. Mesej daripada Lina aku baca sambil mengerutkan dahiku. Kenduri? Tak pula Izz Zahrah bagitau.
~Kenduri apa? Izz tak bagitau abang pun~
Aku balas mesej Lina. Aku sabar menunggu balasannya. Selepas dua puluh minit balasan mesej yang aku tunggu daripada Lina tak juga masuk dalam inbox telefon bimbitku. Aku cuba pula hantar whatssap. Tunggu punya tunggu tak juga berbalas. Aku mengambil keputusan untuk call saja. Panggilan aku pun tak berjawab. Aku call pula Umai, macam tu juga, tak berangkat.
Akhirnya aku call Izz Zahrah.
‘’Assalamualaikum,’’ kedengaran suara seorang lelaki di hujung talian. Aku mula berdebar-debar.
Siapa agaknya?
‘’Waalaikummusalam, Izz Zahrah ada?’’ aku menjawab salam dan bertanya dengan nada sopan.
Mana tahukan, kalau‐kalau yang menjawab panggilan aku ni ayah dia ke, bolehlah beri pandangan positif untuk bakal bapa mertua.
‘’Izz Zahrah? Kejap..ni telefon siapa?’’ aku dengar lelaki dihujung talian bertanya entah kepada
siapa. Takkan kepada aku kot?
‘’Nak cakap dengan Hasyilla ke? Dia keluar pi ambil kelapa di rumah pak ngah dia. Siapa ni?’’ lelaki tadi menjawab sambil menyoal aku kembali. Aku tergaru‐garu leher kerana sedang berfikir apa jawapan yang harus aku beri.
‘’Saya Aswal Mardi. Boleh saya tahu ini abang dia ke atau ayah Izz Zahrah Hasyilla?’’ sengaja aku menyebut nama penuh Izz Zahrah agar orang di hujung talian takkan keliru. Aku pun tak tahu berapa orang Izz Zahrah yang ada di dalam rumah mereka.
‘’Abang dia pun bukan, ayah dia pun bukan. Ini abah Hasyilla.’’ Aku dengar lelaki di hujung talian berkata sambil ketawa. Aku turut tersenyum. Terkena juga aku. Anak dengan abah sama saja. Suka kenakan orang ya?
‘’Minta maaflah pak cik, menganggu saja. Saya call adik‐adik saya tadi, Lina dengan Umai tapi
panggilan saya tak berjawab pula. Mereka ada tak pak cik? Mereka tak menyusahkan pak cik
sekeluarga ke?’’ aku cuba mencari helah dengan bertanyakan Lina dan Umai. Takut pula disalah ertikan oleh ayah Izz Zahrah bila ada lelaki yang bertanya tentang anaknya.
‘’Oh, anak ini yang disebut oleh mereka bertiga tu ya? Apa nama tadi? Awal ya?’’ aku terkejut
mendengar ayah Izz Zahrah menyoal aku kembali. Apa yang mereka dah cerita tentang aku agaknya? Aku bertanya diriku sendiri. Hati aku sudah berdebar‐debar.
‘’Ya pak cik. Saya Awal. Mereka cerita apa pak cik? Harap tu yang baik‐baiklah,’’ aku berkata dalam nada yang sudah mengelabah.
‘’Itulah, pak cik dengar mereka berbual, Awal ni suka makan ikan darat ya? Datanglah sini, boleh kita keluar menjala. Mak cik pandai masak ikan darat. Nak harapkan Has tu, nak besiang ikan pun takut, lebih‐lebih lagi kalau ikan tu masih hidup. Tak sampai hatilah, ada saja alasan dia. Kebetulan kami buat kenduri esok. Datanglah ya, bawa semua keluarga datang,’’ pucuk dicita ulam yang mendatang. Bila ayah Izz Zahrah pelawa aku pergi sana, hati aku sudah melonjak suka. Ingatkan apalah tadi. Aku menarik nafas lega. Tapi, agaknya mereka buat kenduri apa tu?
‘’Buat kenduri kahwin ke pak cik?’’ aku terus bertanya, mudahan minda aku tak berprasangka yang bukan‐bukan lagi.
‘’Buat kenduri arwah sikit, sambil tu nak buat majlis akad nikah Izz Zahrah, bakal mertua dia tu
sakit, mereka nak minta agar akad nikah dipercepatkan. Kami ni di pihak perempuan, terpaksa
ikutkan sajalah. Eh, ada orang datang tu, pak cik nak kena keluar ni, nanti datanglah ya Awal? ‘’
panggilan tamat macam tu saja. Jantung aku mula mengepam darah dengan laju. Akad nikah Izz Zahrah? Esok? Izz Zahrah, balik kampung bercuti seminggu untuk bernikah? Cuti dengan kebenaran aku. Aku yang suruh. Kenapa harus jadi macam ni?
‘’Bro!..kau ni kenapa? Sejak Izz tak ada ni, kau temenung sana, temenung sini. Dah tahap kritikal kau punya angau ni. Tak faham betullah aku.’’ Aku berpaling kalut ke belakang.
Zuhaimie yang sedang berjalan menuju ke arahku aku pandang dengan pandangan kosong.
‘’Mie, Izz Zahrah nak menikah, esok,’’ aku berkata dalam keadaan hati yang berserabut. Serius, aku masih tak dapat menerima kenyataan ini.
‘’Mana kau tahu?’’ Zuhaimie menyoal aku kembali.
‘’Aku call Izz tapi ayah dia yang angkat. Ayah dia jemput aku pergi kenduri di rumah mereka esok. Aku tanya kenduri apa. Dia kata Izz nak nikah,’’ aku bercerita dalam nada sebak dan aku menghela nafas panjang. Izz Zahrah, kenapa buat aku macam ni? Aku menjerit di dalam hati.
‘’Jom ikut aku!’’ Zuhaimie yang sudah ada di sebelahku menarik tangan aku dan mengajak aku
keluar dari pejabat. Dalam keadaan sekarang, aku betul‐betul tak ada mod untuk keluar ke mana‐mana. Aku pakukan kakiku dan Zuhaimie sudah mendengus kasar.
‘’Jodoh, ajal dan mautkan di tangan Allah. Kalau dah jodoh dia dengan orang lain. Kau pasrah
sajalah. Kita bukannya ada kuasa nak menghalang pun.’’ Senang saja Zuhaimie meluahkan kata
sedangkan aku sudah lama menyimpan impian untuk hidup bersama Izz Zahrah dalam susah dan senang kami. Aku rasa air mataku sudah bergenang di kelopak mata. Lemahkah aku sebagai seorang lelaki kalau aku menangis kerana bakal kehilangan seorang wanita yang aku sayang?
‘’Aku tak mampu hidup tanpa dia Mie.’’ Bagaikan orang yang sudah hilang pedoman, aku luahkan kata‐kata itu.
‘’Ya Allah, ini cuma ujian kecil saja Awal. Masa papa dengan mama kau meninggal dulu pun kau cakap macam ni. Tapi kau tengok sendiri, sampai sekarang kau masih bernyawakan? Jangan jadi manusia yang jahil Awal. Kerana sedikit ujian daripada Allah, kau dah jadi selemah ini. Kau solat, kau buat amal ibadat lain, tapi hanya sedikit ujian yang macam ni kau dah hilang iman ke?’’ Zuhaimie sudah membentak keras. Wajah dia sudah merah menahan marah.
Bengang dengan aku agaknya itu?
‘’Kau tahukan aku sayang dia?’’ aku tanya Zuhaimie lagi. Dia sudah mendengus kasar sebelum
memberikan jawapannya.
‘’Kau pun tahukan aku ni suka Umai sejak dulu lagi dan Umai tu suka kau. Pernah tak kau terfikir macam mana perasaan kami ni bila cinta kami ditolak? Izz Zahrah tu, pernah tak dia luahkan perasaan sayang dia kepada kau? Pernah tak?’’ Zuhaimie bersuara kuat. Wajah dia sedikit tegang dan aku berjeda lama mendengar kata‐katanya. Pernah tak aku fikirkan perasan mereka sebelum ni? Aku tak pernah fikir pun. Sebab aku anggap Umai tu macam adik aku dan Umai berhak untuk menolak Zuhaimie kalau hati dia memang bukan untuk Zuhaimie. Izz Zahrah pula. Pernahkah dia luahkan perasaan dia kepada aku? Rasanya tak pernah. Ya Allah! Jiwa aku semakin serabut.
‘’Tak payah nak fikir lagi. Jom ikut aku. Aku ada idea baik punya,’’ Zuhaimie menarik aku sekali
lagi. Kali ini aku tak membantah dan aku mengikut ke mana saja langkah kakinya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan