SUDAH hampir setengah jam Syafika Aziera menanti di situ. Riak di wajahnya nampak gelisah.
Minuman yang dipesan sudah lebih daripada separuh dihirupnya. Namun bayang orang yang dinanti tidak muncul juga. Rasa bosan mula menunda‐nunda di segenap ruang dada. Tahap kesabarannya semakin menipis. Apa yang terpusat dibenaknya sekarang, lelaki ini kalau berjanji memang sukar untuk ditepati masanya. Faham benar dia dengan karenah Luqman Adzlie, tunangannya itu.
“Esok Man free tak?”
“Kenapa? Mesti ada hal penting ni?”
“Tak bolehkah Fika nak jumpa Man?”
“Bila pulak Man kata tak boleh tapi biarlah lepas Man habiskan kerja dulu.”
“Errmm … kalau nak tunggu Man habis kerja … jawabnya tak adalah tu.”
“Fika sabarlah sikit. Bagi Man sikit masa boleh?”
“Sabar! Sabar! Sabar! Dah tak larat nak sabar!”
“Errmm … susahlah kalau macam tu!”
“Memang susah! Kalau untuk Fika memang susah!”
“Fika faham kerjaya Mankan?”
“Entahlah … orang lain kerja jugak. Tapi ada masa untuk ke sana sini. Ada masa nak jumpa kekasih hati!”
“Errmm … okeylah esok jumpa di tempat biasa. Kita minum petang sama‐sama.”
Kadang‐kadang sakit juga hatinya apabila ada sahaja alasan yang diberikan. Seingat Syafika Aziera sudah hampir seminggu dia tidak bertemu dengan buah hatinya itu. Biarpun ada rasa marah namun dia tetap merindu kepada Luqman Adzlie. Kalau boleh hari‐hari dia mahu bersama lelaki itu namun itu tidak mungkin berlaku. Kenyataannya memang tidak sama dengan apa yang diangankan. Dia pun tahu betapa sibuknya lelaki itu dengan tugasannya namun sengaja dia mahu mendera perasaan lelaki itu. Dia mahu Luqman Adzlie tahu dia memang amat mencintai lelaki itu.
“Man tak rasa apa‐apakah?”
“Errmm … kenapa ni? Fika tak sihatkah?”
“Bukan itu maksud Fika.”
“Habis tu … pasal apa pulak?”
“Man memang tak serius tau. Fika tak tahu nak cakap macam mana lagi.”
“Apa ni … Man tak faham?”
“Tak faham atau buat‐buat tak faham!”
“Man adakan untuk Fika. Itu maksudnya?”
“Malas nak cakap dengan Man. Saja buat‐buat tak faham. Letih dan lemas dah jiwa Fika ni menunggu!”
Setiap kali bertemu mesti berakhir dengan pertelingkahan. Rasa terbakar juga perasaan Syafika Aziera apabila Luqman Adzlie bagaikan tidak bersungguh‐sungguh untuk memiliki dirinya. Sememangnya mereka telah pun mengikat tali pertunangan namun bagi Syafika Aziera itu bukanlah jaminan yang terbaik untuknya. Dalam tempoh pertunangan ini macam‐macam boleh berlaku. Dia ingin bahagia hingga ke akhirnya di dalam hidupnya. Memilih lelaki itu untuk berkongsi kehidupan bagaikan panas berjalan di atas bara yang belum terpadam.
“Sabarlah sayang … Fika macam tak faham kerja Man.”
“Sebab fahamlah Fika nak Man serius!”
“Adakah Man sedang main‐main? Apa yang sebenar maksud Fika?”
“Fika dah tak larat nak jawab soalan‐soalan dari emak dan abah. Saudara mara pun sibuk bertanya dan kawan‐kawan ramai yang perli‐perli. Semuanya buat Fika tertekan!”
Ketika diajukan persoalan itu, Syafika Aziera nampak sedikit perubahan pada air muka Luqman
Adzlie. Dia tahu lelaki itu turut terkedu apabila dilayangkan pertanyaan sebegitu. Bukan dia terlalu memaksa Luqman Adzlie membuat keputusan melulu tetapi hakikat itulah yang terpaksa ditanggung sekarang. Bukan niatnya juga untuk memaksa lelaki itu supaya bersetuju dengannya tetapi memang tidak sanggup menanggung sendirian segala persoalan yang dilemparkan itu.
“Buat tak kesah sudahlah!”
“Senang saja Man cakapkan.”
“Siapa yang sebenarnya nak kahwin ni? Kita atau dia orang?”
“Kalau mulut tempayan senanglah nak tutup.”
“Yang mereka sibuk pasal kita kenapa? Kita ada sibuk pasal dia orang ker?”
“Setakat kawan‐kawan dan saudara mara tu … Fika tak kisah lagi. Macam mana dengan mak dengan abah? Tak tahu macam mana Fika nak mengelak untuk bagi alasan.”
“Man ada masalah … Fika lebih tahukan. Man cukup yakin mak dan abah Fika pun boleh faham apa masalah Man. Bukannya Man sengaja nak melewat‐lewatkan hari bahagia kita tapi keadaan tak mengizinkan. Bersabarlah…,”
Syafika Aziera mengetap bibirnya. Geram juga hatinya apabila asyik disuruh bersabar dan bersabar. Memang dia sudah lama sangat bersabar. Segala yang pahit terpaksa ditelan sendirian. Impian yang manis belum pasti tibanya. Melewati hari‐hari yang berlalu sungguh menyesakkan dadanya. Momen yang pernah diciptakan juga semakin hilang indahnya. Segala-galanya bertukar kelam. Hilang akalnya seketika dan tidak tahu macam mana lagi mahu memujuk.
“Bukan niat Man nak main‐main perasaan Fika. Apa lagi nak kecewakan niat baik mak dan abah Fika. Man benar‐benar faham tapi maaflah buat masa ni fikiran Man pun sama buntu. Kerja memanglah tak pernah habis, mak baru nak sembuh dari penyakitnya. Adik Man pulak sibuk nak sambung belajar. Semua tu Man kena fikir dan timbangkan. Fika jelas tak apa maksud Man?”
“Fika faham semua itu … Fika tahu Man memang ada masalah tapi dia orang macam tak boleh
terima.”
“Apa pun alasannya kita mesti bertahan. Rasailah apa yang Man rasa.”
“Entahlah …,”
“Kenapa? Fika pun tak yakin dengan Man?”
Mati seketika pertanyaan Luqman Adzlie tanpa dibalas segera oleh Syafika Aziera. Hanya dengusan nafas lelah dilepaskan. Tindakannya itu diharapkan dapat meringankan sedikit derita yang ditanggung. Biar ringan beban perasaan yang dialami. Lelaki itu memang terlalu sibuk dengan kerjayanya. Lantas tidak punya banyak masa untuk memikirkan hal mereka berdua.
Hanya dia yang serius memikirkan tentang hubungan antara mereka sedangkan lelaki itu hanya sibuk berkerjaya dan hal‐hal yang berkaitan dengan keluarganya.
“Sebagai satu‐satunya anak lelaki tunggal dalam keluarga, memang Man kena bertanggungjawab. Terasa amat berat bahu yang menanggungnya. Orang hanya tahu bercakap dan bercakap tanpa mengalaminya.”
“Fika tak mahu fikir apa pun sekarang. Makin buntu dan sakit kepala memikirkan hal kita berdua ni.”
“Takdir cinta ini memang ada untuk kita.”
“Fika hanya pasrah. Jawapannya terserahlah pada Man.”
“Terimalah Man seadanya. Bahagia itu tetap milik kita.”
“Bahagia? Moga‐moga!”
“Fika macam tak yakin saja?”
“Setia ini tak pernah berubah Man … tetap utuh.”
Aduhai, terasa ada bayu dingin yang bertiup merentas ke dada Luqman Adzlie. Mendengar pengakuan Syafika Aziera membuatkan ada sedikit kelegaan di jiwanya yang turut berkecamuk itu. Dia benar‐benar berharap tunangannya itu memahami situasi yang berlaku terhadap dirinya. Setiap masalah yang timbul mesti ditangani dengan sebaik‐baiknya. Angin resah di dada Syafikah Aziera semakin reda. Emosi yang memuncak mula turun tahap kepanasannya.
Petang itu sekali lagi satu temu janji dibuat dengan Luqman Adzlie. Empat puluh minit sudah
berlalu. Meja‐meja kosong di ruang cafĂ© itu semakin dipenuhi dengan orang ramai. Syafika Aziera mula terasa rimas apabila ada mata‐mata yang seakan mencuri pandang ke arahnya. Dia rasa sangat tidak selesa. Sekali lagi didail nombor telefon Luqman Adzlie. Beberapa detik berlalu jelas menampakkan kehampaan di wajah Syafika Aziera.
Syafika Aziera menarik nafas dalam‐dalam. Dia berharap tindakan itu akan memberi sedikit kelegaan di ruang dadanya yang kian membengkak. Dia sendiri tidak tahu mengapa dirinya cepat terasa hati dan tidak sabar semenjak mengikat tali pertunangan dengan Luqman Adzlie. Cemburunya bukan kepalang. Betulkah kata orang, cemburu itu tandanya sayang? Kalau sayang mengapa dihampakan perasaan orang yang disayangi!
“Hai sayang!”
Satu suara singgah menerjah ke cuping telinga Syafika Aziera. Dia amat kenal dengan nada suara itu dan saat itu keterujaannya menanti lelaki itu sudah semakin menipis. Tiada garis senyuman di bibirnya malah hatinya benar‐benar terluka. Peluh nampak menitis di dahi Luqman Adzlie. Tanpa dipelawa, lelaki itu terus duduk di kerusi yang mendepani Syafika Aziera.
“Okeylah … Man minta maaf sebab lambat.”
“Kali ini apa pulak alasannya?”
“Memang ada sebab Man lambat. Mesti Fika tak percaya apa yang Man nak kata nanti.”
“Apa pun alasannya terpulanglah pada Man. Fika bukannya penting pada Man!”
“Kenapa cakap macam tu? Sebab pentinglah Man datang juga walaupun lambat.”
“Telefon tu…,”
“Ohhh … tu pun satu hal. Tiba‐tibanya baterinya habis. Pagi tadi memang lupa nak charge sebab sibuk sangat ke sana sini. Bukan Fika tak tahu kerja Man,” Luqman Adzlie menyuakan telefon bimbit miliknya kepada Syafika Aziera.
Niatnya untuk menunjukkan bahawa telefon bimbitnya itu memang benar kehabisan bateri. Namun tidak diendahkan oleh Syafika Aziera. Apa pun alasan Luqman Adzlie, masuk di telinga kiri keluarnya di telinga kanannya. Biar pun betul telefon itu kehabisan bateri tetapi alasan itu sangat tidak boleh diterimanya. Selain alasan jalan raya yang sesak, kereta rosak dan entah apa‐apa lagi alasannya.
Luqman Adzlie melambai tangan kepada salah seorang pembantu kafe. Dia mahu memesan minuman dan makanan. Seketika meja mereka didatangi pembantu kafe itu untuk diambil pesanannya.
“Bagi saya jus oren satu. Fika nak makan apa?”
Syafika Aziera hanya menggelengkan kepala. Faham benar Luqman Adzlie akan mood perempuan itu.
“Betulkah tak mahu makan?”
Tiada jawapan daripada Syafika Aziera. Dia tetap menggelengkan kepalanya. Luqman Adzlie hanya mampu menahan sabar dengan karenah tunangannya itu. Pembantu kafe itu setia menanti di sisi meja.
“Okeylah … bawakan jus oren tu dulu. Nanti kalau kami nak makan, kami pesan kemudian.”
Perasaan amarah di dada Syafika Aziera masih belum reda. Penat menunggu di situ masih belum hilang. Rasa tidak puas hati mula membuak‐buak. Kalau tidak dilepaskan memang menyakitkan dadanya.
“Man tahu tak sakitnya hati Fika ni!”
“Errmm … bukankah Man dah minta maaf?”
“Entah‐entah Man dah ada perempuan lain. Manalah tahukan.”
“Ehhh … Fika cakap apa neh? Fika sedar tak apa yang Fika cakapkan ni?”
“Fika tak mahu jawab. Man kena jawab sendiri soalan itu!”
“Fika!”
Agak tinggi nada suara Luqman Adzlie menyebut nama itu sehinggakan ada mata‐mata bersebelahan dengan meja mereka menoleh pandang. Luqman Adzlie mula perasan yang suaranya agak meninggi. Syafika Aziera pula dengan perangainya. Berserabut fikiran dan perasaan Luqman Adzlie ketika itu. Malu pun ada apabila tidak henti‐henti sebilangan pelanggan kafe itu menumpu perhatian ke mejanya. Luqman Adzlie turut serba salah.
“Fika … boleh bersabar sikit tak?”
Sebentar kemudian, pembantu kafe tadi datang ke meja bersama pesanannya tadi. Diletakkan jus oren itu di hadapan Luqman Adzlie. Belum sempat Luqman Adzlie meneguk jus oren itu, Syafika Aziera bangun dan berlalu pergi. Bagi menahan rasa malu yang berterusan, Luqman Adzlie turut bangun sambil meninggalkan sekeping wang kertas bernilai sepuluh ringgit di sisi gelas jus oren tadi. Langkahnya pantas mengekori Syafika Aziera dari belakang. Walaupun ada perasaan marah di dadanya namun dia terus melangkah walaupun terasa berat di tapak kaki.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan