SEJAK beberapa hari ini Sarah Aqilah memang tidak masuk ke pejabat. Ketidakhadirannya itu turut mengundang tanda tanya kepada Datuk Zulkifli. Puas dia mencuba mendail nombor telefon tangan Sarah Aqilah namun hampa. Talian tetap tidak boleh disambungkan. Dia bertambah musykil dan cuba mengagak ke mana perginya Sarah Aqilah. Datuk Zulkifli nampak gelisah. Duduknya di kerusi semakin tidak selesa. Butang intercom di atas mejanya ditekan berkali‐kali.
“Siti … kamu masuk sekejap.”
“Sebentar Datuk.”
Terdengar bunyi ketukan di luar pintu bilik pejabatnya. Datuk Zulkifli nampak serius dan segak dalam pakaiannya. Sebagai salah usahawan yang berjaya, imej korporat sebegitu amat penting baginya. Sentiasa tegas dalam urusan perniagaan dan berpenampilan kemas sepanjang masa.
“Masuk!”
Siti Naquiah berdiri hampir dengan meja kerjanya. Dia telah bersedia menerima sebarang arahan daripada majikannya itu.
“Ya Datuk. Apa yang boleh saya bantu?”
“Errmm … kamu tahu ke mana perginya Aqilah?”
“Err … maafkan saya Datuk. Saya memang tak tahu ke mana perginya Cik Aqilah. Beberapa hari ni dia memang tak masuk pejabat.”
“Hairan juga saya! Mesti ada sebab kenapa dia tak datangkan?”
Persoalan itu memang tidak boleh dijawab oleh Siti Naquiah. Bukan urusannya untuk menjaga Sarah Aqilah. Antara dia dengan Sarah Aqilah memang kurang rapat walaupun berada di bawah satu bumbung pejabat. Dia hanya seorang kerani biasa sedang wanita itu adalah pembantu peribadi Datuk Zulkifli. Lagak gedik Sarah Aqilah itu bukan disukai sangat oleh sebilangan pekerja di syarikat itu.
“Dia tak ada hubungi kamu?”
“Tak ada Datuk. Saya ada juga cuba hubungi dia semalam tapi taliannya tidak diangkat.”
“Dia tak pernah pulak hilang macam ini. Setakat sehari dua tu biasalah. Ini dah masuk hari kelima. Tanpa dia susahlah saya. Banyak kerja yang tertangguh.”
“Nanti saya cuba hubunginya lagi Datuk.”
“Baiklah. Awak boleh pergi sekarang.”
“Terima kasih Datuk.”
Datuk Zulkifli bangun lalu menuju ke jendela kaca di belakangnya. Sambil berfikir dia merenung jauh ke arah kenderaan yang lalu lalang di luar sana. Di kepalanya sedang memikirkan ke mana perginya Sarah Aqilah. Dia hanya dapat menggambarkan sesuatu yang tidak baik telah berlaku terhadap kekasih gelapnya itu. Mungkinkah dia merajuk kerana permintaannya tidak ditunaikan? Datuk Zulkifli mula berkira‐kira sama ada mahu menunaikan permintaan Sarah Aqilah itu atau pun tidak. Jumlah wang bernilai RM 100,000 bukan satu jumlah yang sedikit. Dia masih teringat antara perbualannya dengan Sarah Aqilah sebelum wanita itu tidak muncul di pejabat.
“Maaflah kalau Qilah dah menyusahkan Datuk. Qilah dah tak tahu buat macam mana sekarang. Sakit kepala Qilah memikirkannya bila keluarga asyik bertanya bila Qilah nak hantar duit tu. Kalau lambat pasti tanah keluarga Qilah akan tergadai terus. Lagi susahlah keluarga Qilah lepas ini. Buntu dah fikiran ini Datuk!”
“Sepatutnya memang I dah bagi pada Qilah duit tu. Ada sikit masalah pada cek RM 200,000 yang masuk tempohari. Kalau tak ada masalah duit tu boleh ditunaikan dalam tempoh tiga hari. Tapi nak buat macam mana, kenalah sabar sikit.”
“Maaflah Datuk. Qilah dah menyusahkan Datuk.”
“Bila tarikh akhir untuk keluarga Qilah mesti tebus tanah tu?”
“Sepatutnya tempoh tu dah tamat. Itu yang pening kepala Qilah memikirkannya. Tak tahulah Datuk apa akan jadi kalau tanah tu tergadai. Qilah pun tak tahu nak buat macam mana lagi. Apa pun yang akan jadi selepas ini, kami sekeluarga kenalah pasrah.”
“Errmm … kesiannya. Nanti I fikirkan macam mana kalau I boleh tolong Qilah.”
“Terima kasihlah Datuk. Tak tahu macam mana Qilah nak balas budi baik Datuk.”
Pada pertemuan itu tempohari, Sarah Aqilah seperti biasa melakonkan dengan cemerlang sekali wataknya. Lakonannya benar‐benar berkesan dan mantap sehinggakan selama ini Datuk Zulkifli tidak menyangka sayangnya Sarah Aqilah kepadanya adalah palsu semata‐mata. Selagi misi jahatnya tidak tertunai, lakonannya pasti diteruskan. Jika tidak sudah pasti jasadnya menjadi habuan sepak terajang lelaki yang bernama Rezal Haiqal.
Pernah juga terdetik di hati Sarah Aqilah untuk terus memikat hati Datuk Zulkifli tetapi niat itu dimatikan buat seketika. Lantaran dia masih sah sebagai isteri kepada Rezal Haiqal. Sedikit kemewahan yang dimomokkan oleh Datuk Zulkifli sepanjang hubungan baik mereka membuatkan Sarah Aqilah serba salah. Hidup bersama Rezal Haiqal memang tidak sempurna baginya. Hanya sengsara dan kesulitan yang berlebihan. Manis sebuah perkahwinan telah lama hilang indahnya.
“Janganlah sedih. Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Qilah kena kuat dan yakin. I akan pastikan tanah keluarga Qilah tu tak akan tergadai. Boleh tak kalau I nak jumpa dengan orang tua Qilah?”
Sarah Aqilah tersentak dan terkejut apabila soalan itu diajukan kepadanya. Berderau juga darahnya apabila tiba‐tiba Datuk Zulkifli menyuarakan hasratnya untuk bertemu dengan orang tuanya. Jika dia tersilap langkah memang musnah segala rancangannya. Alasan yang kukuh perlu dicari untuk menolak keinginan orang tua itu. Niatnya memang baik tetapi hasrat itu mesti dihalang.
“Macam inilah Datuk … bukan Qilah tak mahu Datuk jumpa keluarga di kampung. Untuk jaga reputasi Datuk sebagai seorang ahli korporat yang berjaya lebih baik jangan. Biarlah Qilah yang selesaikan sendiri masalah ini. Nanti apa pulak kata orang. Niat Datuk nak membantu ini pun Qilah dah rasa bersyukur yang amat‐amat sangat. Allah SWT saja yang dapat membalasnya Datuk.”
“Kalau Qilah dah kata macam itu … what can I say? Nanti I fikirkan macam mana dapat bantu selesaikan masalah ini. Qilah jangan bimbang, biar I selesaikan.”
“Alhamdulillah … terima kasih sekali lagi Datuk. Memang Qilah rasa terharu sangat ni.”
Sarah Aqilah sudah faham sangat perangai manja dan nakal Datuk Zulkifli. Pantang dipuji dan mulalah menggatal macam ulat bulu naik daun. Apa pun Sarah Aqilah terpaksa melayan karenah Datuk Zulkifli demi misinya. Dia percaya dan amat yakin misinya akan tercapai sedikit hari lagi. Datuk Zulkifli sudah berjaya dijeratnya. Cuma memerlukan beberapa langkah lagi untuk Datuk Zulkifli benar‐benar terperangkap.
Deringan yang kuat dari telefon bimbitnya mengejutkan Datuk Zulkifli daripada lamunannya. Kisah pertemuannya dengan Sarah Aqilah pada minggu lalu hilang begitu sahaja. Pantas dia menoleh ke arah telefon bimbit yang terletak kemas di atas mejanya. Kemudian dia segera mendapatkan telefonnya itu. Tertera di skrin telefon itu nombor pemanggil yang dirahsiakan. Belum sempat dia menyambut panggilan itu, taliannya terputus.
Datuk Zulkifli tertanya‐tanya siapakah gerangannya yang menelefonnya tadi. Mungkinkah panggilan daripada Sarah Aqilah? Dia amat berharap telefonnya itu akan berbunyi sekali lagi. Baginya talian telefonnya sangat peribadi. Hanya orang‐orang yang sangat berkepentingan dengannya sahaja yang tahu nombor taliannya itu. Dia berkira‐kira di benaknya, kalau pun bukan Sarah Aqilah yang menelefonnya mungkin panggilan daripada anaknya, Manissa. Antara dia dengan Manissa masih ada perhitungan yang perlu dijelaskan.
“Sampai bila Nissa nak lepak di rumah saja? Ayah buat semua ini untuk Nissa jugak.”
“Err … bagilah sikit masa lagi untuk Nissa fikirkan tawaran ayah tu.”
“Apa lagi yang Nissa nak fikirkan? Susah payah ayah membina empayar perniagaan ini tahu!”
“Nissa faham apa maksud ayah tu. Nantilah!”
“Ayah tengok Nissa macam tak suka dan buat macam tak kesah saja. ”
“Bukan Nissa tak suka kerja di sini tapi macam mana Nissa nak cakap?”
“Tak minat? Tak suka? Nissa satu‐satunya harapan yang ayah ada.”
“Nantilah … akan Nissa fikir‐fikirkan.”
“Tapi jangan lama‐lama sangat. Ayah dah tak larat nak tunggu lebih lama lagi!”
Bersama sedikit rasa kehampaan, harapan dan impian Datuk Zulkifli seketika mati di situ. Seingatnya sudah hampir tiga minggu Manissa hilang daripada pandangan mata. Bukan dia tidak rindu kepada satu‐satu anaknya itu. Bukan juga dia tidak sayang kepada Manissa. Rasa rindu dan sayang itu memang sudah lama bercampur baur menjadi sebati. Semuanya dipendam di dalam hati. Hakikatnya dia memang tidak sanggup kehilangan Manissa. Tetapi apakan daya masing‐masing mempunyai ego kerana tidak mahu mengaku kalah.
“Ayah buatlah pilihan! Nissa atau pun dia!”
Kata‐kata itu memang masih kuat melekat di dinding kotak fikirnya. Keras sungguh perasaan anak gadisnya itu memang sukar dilembutkan. Buluh yang mahu dilentur membidasnya semula. Apa‐apa pun alasan yang diberikan, dia tetap bulat dengan keputusannya. Sarah Aqilah memang tidak layak untuk berada di sisi ayahnya melainkan ibunya yang tercinta, Datin Sharifah. Memang terlalu sukar untuk Datuk Zulkifli mahu membuat pilihan.
“Nissa tetap akan pergi kalau ayah tetap dengan keputusan ayah!”
Hancur luluh perasaan Datuk Zulkifli ketika kata‐kata itu yang keluar daripada mulut Manissa. Sebagai seorang ayah, dia memang akur kalau itu yang mesti ditanggung apabila hubungan terlarangnya dengan Sarah Aqilah diketahui oleh isterinya mahu pun Manissa sendiri. Bukan mahu menyalah mereka seratus peratus, hakikat perasaannya juga harus diambil kira. Sekuat-kuat iman seorang lelaki akan terkulai juga akhirnya di kaki seorang wanita penggoda seperti Sarah Aqilah. Setiap hari mereka bertemu mata. Pasti lidah terasa kelu menutur kata. Aduhai! Lemahnya iman seorang lelaki yang bernama Datuk Zulkifli.
Sekeping potret keluarga yang terletak kemas di atas kabinet berhampiran meja utama mula menarik perhatian Datuk Zulkifli. Ditatap buat seketika potret keluarga yang bisu itu. Satupersatu wajah‐wajah di dalam potret itu direnung. Pandangannya tiba‐tiba menjadi sayu apabila wajah Datin Sharifah terperangkap di antara bebola matanya. Ada perasaan sebak menunda‐nunda di jiwa. Kenangan di kota London lebih dua puluh tahun lalu turut datang mengimbau. Cerita suka dan dukanya bersama wanita itu pernah terpateri erat di tanah Inggeris itu. Segala yang indah tidak mungkin hilang. Momen yang manis tidak mungkin juga terhapus di kotak ingatan dan berlalu begitu sahaja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan