SELEPAS tiga bulan aku bekerja di sini, aku diterima sebagai pekerja tetap. Sudah habis tempoh percubaan aku. Sudah lama aku tak naik ke tingkat atas dan aku mengulanginya lagi hari ini. Aku ingin menjejak lagi kenangan‐kenangan indah aku di sini.
Aku bawa bekal hari ini. Bukan satu mangkuk tingkat tapi dua. Aku sediakan resepi yang sedikit berlainan daripada kebiasaannya. Aku memang berniat untuk makan bersama encik Awal hari ini. Aku nak mencari jawapan yang aku cari selama ini.
Aku nak tahu siapa Aswal Mardi dan siapa CEO baru syarikat ini. Kelmarin selepas aku menerima surat bahawa aku sudah diterima sebagai pekerja tetap, aku membelek nama di bawah tandatangan bos besar kami. Nama itu yang membuatkan aku bertekad untuk membawa bekal dan naik ke tingkat atas ini.
Bila aku tiba di tingkat teratas seperti sebelumnya aku mengambil angin di hujung koridor selepas meletakkan mangkuk tingkat di atas meja kayu antik. Aku berdiri lama di situ dan menghayati keindahan panorama di depan mataku. Masih tiada perubahan dengan bangunan pencakar langit yang berdiri megah. Aku dapat juga melihat menara berkembar KLCC yang berbalam‐balam nun di kejauhan sana.. Salah satu bangunan kebanggaan rakyat Malaysia.
‘’Awak buat apa di sini?’’ orang lain yang aku tunggu, orang lain pula yang datang. Aku tunggu encik Awal tapi CEO baru kami pula yang muncul. Dengan lagaknya yang sentiasa berkarisma dengan pakaiannya yang bergaya ala‐ala VVIP.
‘’Assalamualaikum bos. Alang‐alang dah jumpa bos ni, nak minta tolong sikit. Boleh tak?’’ aku
bersuara berani sambil mendongak dan merenung wajahnya. Dia tak pula menunjukkan wajah seriusnya macam selalu. Hari ini mimik wajahnya memang seakan sama dengan mimik wajah encik Awal, cuma dia masih tidak tersenyum saja lagi.
‘’Awak naik ke tingkat atas ni tanpa kebenaran, berani pula nak buat permintaan macam tu?’’ aku hanya mengukirkan senyuman bila mendengar kata‐katanya.
‘’Encik Aswal Mardi..tolong jangan berlakon lagi boleh tak? Saya dah tahu semua rahsia bos.’’
Aku berkata dengan yakin, padahal aku sengaja memasang perangkap.
‘’Tahu apa?’’ dia menyoal kembali.
‘’Encik Awal yang menjadi driver dan kononya merajuk membawa diri ke Luar Negara dan CEO baru syarikat ini adalah orang yang sama.’’ Aku menjawab dalam nada selamba sambil merenung tepat ke wajahnya. Aku perhatikan setiap pergerakan bibir dan matanya.
‘’Awak pasti ke?’’ dia menyoal lagi. Aku mengangguk dan terus menjawab.
‘’Takkanlah Puan Afifah, encik Amri dan encik Zuhaimie tu nak tipu saya pula? Kalau mereka dah cakap encik Awal dan CEO adalah orang yang sama, saya yakin dan pasti, itulah kebenarannya.’’
Aku mengunakan nama‐nama orang yang rapat dengan bos kami ini untuk memerangkapnya kali ini. Dia nampak macam sudah tertipu dengan apa yang aku kata.
Bibirnya sudah merekah dengan senyuman dan aku yakin, dia adalah encik Awal.
‘’Pandai pun awak. Tunang awak sihat Izz? Hari tu saya jumpa dia, dia suruh saya masuk melamar awak. Pelik pula saya bila seorang tunang suruh lelaki lain masuk melamar tunang dia sendiri,’’ kata‐kata bos yang sedang berada di depan aku ni, buat lidah aku kelu seketika. Aku terdiam lama dan hanya memerhatikan dia yang sudah menghampiri meja kayu dan membuka bekal yang aku bawa. Dia sudah duduk dan mula menyuap masakan special yang ada dalam mangkuk tingkat.
‘’Izz Zahrah!!’’ bos sudah melaung namaku dengan kuat. Aku menghampirinya dengan segera.
Dia sudah mengipas‐ngipas bibirnya dengan tangan dan mencapai air minuman yang sudah aku sediakan.
‘’Pedasnya. Awak tahukan, saya tak makan pedas?’’ dia bersuara lagi. Aku sudah tersenyum sambil menarik bekas di depannya dan menghulurkan bekas yang satu lagi.
‘’Bos salah ambil bekas. Ini bekas saya, bos punya dalam bekas ni. Saya ni kalau makan tak pedas, tak boleh nak telan. Tersangkut kat anak tekak,’’ aku berkata sambil mula duduk di depannya. Bekas makanan yang dia dah salah ambil tadi aku letakkan di hadapanku dan aku mula menyuap dengan selamba. Dia sudah tersenyum memandang ke arahku. Aku faham makna senyumannya itu, sebab aku dah makan bekas dia tadi.
‘’Selepas ni awak dah tak boleh lari daripada saya lagi sebab awak dah makan bekas saya. Orang kata kalau kita makan bekas orang lain nanti hati kita akan menjadi satu. Awak percaya tak Izz?’’ aku mencebik mendengar kata‐katanya. Mulut aku sudah gatal untuk menjawab.
‘’Saya selalu makan bekas kakak saya, bekas, ibu, abah, opah dan adakalanya bekas abang ataupun atuk saya tapi kami tetap mempunyai hati seorang satu. Tak pernah pula hati kami bercantum,’’ aku berloyar buruk sambil menayang wajah selamba dan yang pastinya dia sudah merenung tajam ke arahku.
‘’Awak ni Izz, belajarlah jadi romantik sikit.’’ Aku mencebik lagi. Tak ada maknanya nak romantik dengan dia. Dahlah tipu aku bergunung. Boleh pula menyamar sebagai driver, lepas tu buat‐buat sombong dengan aku. Lepas ni entah apa pula bakal dikenakannya?
‘’Awak pergi tak annual dinner syarikat kita minggu depan?’’ aku menghentikan suapan dan memandang ke arahnya. Dia sudah mula makan spaghetti yang aku masak khas untuk dirinya.
‘’Annual dinner? Kalau tak pergi, boleh tak bos? Saya ingat nak balik kampung. Rindu sangat, dah tiga bulan tak peluk ibu dengan abah ni. Lagi pun annual dinner tu bukan wajib hadirkan?’’ aku cuba mencipta alasan sebab aku dengar majlis tu akan diadakan di sebuah hotel yang ternama di Kuala Lumpur ini.
‘’Untuk orang lain memang tak wajib tapi untuk awak harus diwajibkan sebab awak tetamu special saya,’’ bos sudah mula nak tunjuk kuasa. Aku membuat mulut herot kerana tidak puas hati mendengar kata‐katanya.
‘’Kalau awak pergi annual dinner tu saya janji akan beri awak cuti seminggu tanpa syarat dan gaji awak tetap berjalan untuk seminggu.’’ Tawaran yang sangat menarik dan aku sudah menunjukkan wajah teruja.
‘’Betul ke bos? Tapi.. saya tak ada baju yang sesuai nak pakailah bos. Kalau pakai baju jubah or baju kurung, boleh tak?’’ aku bertanya sambil tersengih. Dan dengan serta merta aku cuba bayangkan diri aku yang sedang berada di tengah‐tengah majlis dengan baju ala‐ala ustazah tak bertauliah aku tu.
‘’Asalkan awak pakai baju. Yang tak bolehnya kalau awak tak nak pakai baju..tu fesyen untuk awak tunjukkan kepada saya sorang saja..’’ aku sudah membeliakkan mataku ke arahnya. Ayat tak semenggah betul. Terus aku tutup bekas makanan dan bangun. Malas aku nak berbual dengan CEO baru ni lagi.
‘’Izz..takkan bergurau sikit pun tak boleh?’’ dia berkata sambil menarik bekas makanannya sebelum aku mengambilnya.
‘’Yang ini tinggalkan saja. Saya belum kenyang, nanti saya suruh Mimi hantarkan kepada awak atau saya hantarkan sendiri nanti ke rumah awak.’’ Dia berkata sambil melebarkan senyumannya. Dengan terpaksa aku tinggalkan juga bekas itu dan berlalu pergi. Terungkap sudah sebuah rahsia tapi tiba‐tiba aku teringat sesuatu.
‘’Encik Awal!’’ aku panggil dia dan dengan lajunya dia menoleh.
‘’Sebenarnya saya tipu saja tadi. Encik Zuhaimie, Puan Afifah dan encik Amri tak tahu apa‐apa pun. Saya agak‐agak saja sebab nama yang encik sign dalam surat yang saya dapat kelmarin ada cop nama Aswal Mardi jadi saya sengaja serkap jarang. Mana tahu mengena pulak. Lain kali kalau nak hidup lama, jangan buat lagi!’’ sempat aku memberi amaran dalam kata‐kata terakhirku. Tak sangka boleh pula dia ketawa terbahak‐bahak.
‘’Kalau umur saya pendek, awak juga yang akan menjanda, awak lupa ke, awak tu bakal jadi isteri saya?’’ yakin sungguh dia berkata.
‘’Tapi..impian saya bercinta dengan orang lain. Bertunang dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain. Encik Awal kena ingat tu.’’ Aku memang tak pernah mahu mengalah.
‘’Kalau berani cubalah buat macam tu.’’ Dia pula mengertak aku. Kalau aku masih menunggu di sini dan terus berbalah dengan dia, aku yakin sampai habis waktu rehat pun perbualan kami takkan selesai, jadi tanpa membalas apa yang dikatakannya, aku terus melangkah pergi. Dalam hati aku tak yakin pun, aku akan jadi isterinya bila difikirkan tentang perbezaan antara aku dan dia. Aku hanya kerani dan dialah CEO syarikat ini. Salah seorang pemegang saham terbesar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan