Label

Khamis, 8 Disember 2016

NOVEL Aku Dan Bos Bab19

ESOK dah nak kenduri. Kami pun tumpang sibuk membantu itu dan ini. Aku bawa Umai dan Lina ke mana saja aku pergi agar mereka tak kekok tinggal di rumah tanpa aku di sisi. Petang ni aku bawa mereka ke rumah pak ngah untuk memunggut kelapa. Ketika aku mengajak mereka kedua‐duanya sedang asyik membelek telefon.

Bila aku ajak mereka keluar, aku bagi syarat telefon sorokkan di tempat yang tersembunyi dan jangan bawa bersama mereka. Tanpa banyak songeh mereka ikutkan saja kehendakku sedangkan aku pula mengecas telefonku di ruang tamu rumah. Baru beberapa minit kami keluar aku teringatkan pesanan ibu agar membawa jeruk maman yang dibuatnya untuk dihantar ke rumah tok lang yang sedang terlantar sakit. Orang‐orang warga emas macam tok lang memang suka jeruk maman ni.

Ketika aku masuk ke dalam rumah aku melihat abah sedang bercakap dengan seseorang dengan mengunakan telefon bimbitku. Aku berdiri di sebelah abah dan cuba mendengar apa yang mereka bualkan. Bila aku mendengar abah menyebut nama encik Awal dada aku sudah mula berdebar‐debar. Kemudian aku dengar abah bagitau encik Awal agar datang kenduri di rumah kami.

Aku sempat berbisik dengan abah aku, aku cakap ‘’Abah, bagitau encik Awal, esok Izz Zahrah nak nikah. Jangan sebut nama kak Ieta tau.’’ Dan aku tak sangka abah mengikut saja apa yang aku kata. Aku sudah menahan tawa bila abah memberi telefon kepadaku dan aku dalam diam mendengar perbualan encik Awal dan encik Zuhaimie selepas itu. Encik Awal tak memutuskan talian selepas dia bercakap dengan abah. Aku yakin dan pasti mereka sudah masuk perangkap aku.


Kemudian aku membawa telefon bersamaku ke rumah mak ngah. Balik dari rumah mak ngah kak Ieta mengajak kami ke Pekan Teluk Intan kerana abang Fizie sudah menyewa baju pengantin mereka dan kak Ieta perlu pergi ke butik untuk mencuba baju yang disewa oleh abang Fizie. Tanpa aku sangka ketika di dalam butik aku menerima whatssap daripada encik Awal. Aku hampir menangis melihat gambar‐gambar dia berpelukan dengan beberapa orang gadis.

Gambar pertama yang dihantar kepada aku disertakan bersama catitan di bawahnya yang berbunyi,

‘ Ini cinta pertamaku. Aku sayang dia sepenuh hati tapi impianku sama macam Izz Zahrah. Aku
memutuskan percintaan kami selepas aku bertunang dengan gadis lain.’

Dalam gambar pertama ni Encik Awal sedang memaut bahu seorang gadis yang berpakaian seksi dan mereka sedang tersenyum bahagia.

Kemudian, menyusul gambar kedua, encik Awal sedang memeluk pinggang seorang perempuan yang berbaju kurung dengan kata‐kata di bawahnya ‘Ini tunangku, dia gadis yang istimewa. Sentiasa memberi apa saja yang aku minta. Aku sangat sayangkan dia.’

Gambar ketiga pula berbunyi begini.

‘ Ini calon isteriku, seorang warga Arab dan berpendidikan. Beriman dan bertaqwa. Aku akan jadikan dia suri hidupku dan aku berjanji takkan menyentuhnya selagi aku tak menikahinya’

Dan gadis itu bertudung litup, hidungnya sudah semestinya tinggi dan bermata cantik. Aku terduduk di atas sofa di dalam butik bila menerima ketiga keping gambar itu berserta info di bawahnya. Otak aku beku seketika. Kalau tadi aku terasa lucu mempermainkan perasaan encik Awal kini giliran aku pula dipermainkan. Bagaimana aku nak membalasnya? Haruskah aku balas mesej ini?

‘’Has, okey tak? Cer bagi pendapat sikit.’’ Aku dengar suara kak Ieta sayup‐sayup di pendengaranku, padahal kak Ieta hanya ada dua meter di depanku saja. Aku hanya tersenyum sambil mengangguk perlahan. Lina dan Umai sudah memandang aku dengan mimik wajah yang kehairanan.

‘’Kenapa tu kak Izz? Daripada tadi lagi pegang handphone.’’ Lina mula menyoal. Aku cuba
mengukirkan senyuman dan memasukkan telefon bimbitku ke dalam beg. Sambil tu minda aku terus bekerja. Apa tindakan yang harus aku ambil? Nak balas ke tak mesej tu? Aku masih menyoal diri sendiri.

Ketika aku sedang mencari jawapan itulah, kak Ieta dan abang Fizie kelihatan amat bahagia
mengenakan busana pengantin mereka. Aku tak melepaskan peluang itu. Saat mereka sedang
berhadapan dan tersenyum bahagia aku snap gambar mereka berkali‐kali. Abang Fizie perasan
dengan gelagatku dan dia memaut bahu kak Ieta agar dekat dengannya. Kak Ieta nak membantah dan menoleh ke arah abang Fizie dengan pantas.

Aku sempat merakamkan adegan mereka saling bertatapan itu. Memang nampak sangat cantik gambar itu dan dengan sekelip mata aku mendapat ilham untuk mengenakan encik Awal. Aku meminta diri untuk keluar dari butik dan mencari tempat yang sunyi sepi agar aku dapat merangka ayat‐ayat yang super power untuk aku hadiahkan buat encik Awal.

Gambar pertama yang aku hantar adalah gambar encik Awal yang aku snap ketika dia sedang
menyanyikan lagu untukku ketika majlis makan malam syarikat. Aku selitkan kata‐kata di bawah gambar itu.

‘ Ini adalah lelaki pertama yang telah berjaya mengetuk pintu hati saya. Ketika ini dia sedang
menyanyikan lagu I promise You untuk saya. Walaupun lagu rap yang dinyanyikan taklah sedap mana tapi saya tetap terhibur dan bahagia kerana lagu itu katanya hanya untuk saya. Saya rasa amat berbangga kerana dia cinta pertama saya’

Gambar kedua pula aku hantar gambar aku bersama abang Izzhar dan gambar itu menunjukkan kebahagiaan dan kemesraan kami yang sedang bergelak ketawa. Aku tulis kata-kata yang mungkin akan menyentap tangkai hati encik Awal dan ayat‐ayat aku berbunyi begini.

‘ Ini tunang tak rasmi saya. Dia sentiasa ada di waktu susah dan senang saya. Dialah buah hati
pengarang jantung saya. Dialah kekasih, sahabat dan teman setia saya. Saya amat bahagia bila
bersama dengannya sebab dia tak pernah menyakitkan hati saya dan tak pernah berlaku curang dengan saya tapi memandangkan dia pun sudah ada calon isteri saya pun terpaksa beralah dan melepaskan dia bersama dengan gadis itu. Saya akan sayang dia dunia dan akhirat.’

Gambar ketiga pula aku hantar gambar kak Ieta dan gambar abang Fizie yang aku snap tadi. Aku pilih gambar yang paling cantik dan aku tulis kata‐kata ini.

‘ Ini calon suami saya. Esok kami bakal disatukan. Pukul 3.00 petang. Kalau sudi datanglah
menyaksikan saat‐saat bahagia kami. Esok saya send alamat lengkapnya ya encik Aswal Mardi.
Semoga encik Awal juga akan bahagia bersama gadis Arab yang awak pilih tu. Bertuahlah encik Awal sebab bakal dapat isteri yang berpendidikan dan cantik.’

Selepas aku hantar gambar kak Ieta dan abang Fizie aku terus off telefon bimbitku dan simpan telefon aku di dalam beg tangan. Aku masuk ke butik semula dan cuba beriak selamba dengan yang lain. Aku takkan ceritakan apa yang berlaku petang ini. Tapi andai esok kalau aku memerlukan bantuan mereka aku pasti akan membuka mulutku dan menceritakan segalanya. Aku tak sabar nak tunggu esok yang bakal tiba.

KAMI bangun awal pagi. Aku masih tak berani nak on telefon aku sejak petang kemarin. Ada sepupu aku yang datang bertandang semalam menyoal aku mengenai panggilan dia yang ering dijawab oleh operator. Aku autakan saja, aku kata aku sibuk sangat sampai terlupa nak cas telefon. Lina juga cakap encik Awal asyik telefon dia dan bertanyakan pasal kenduri hari ini.

Aku mula berdebar‐debar takut Lina atau Umai sudah membocorkan rahsiaku.

‘’Lina cakap apa kepada encik Awal?’’ soalan aku kepada Lina sambil bibir menguntum senyum.

‘’Lina kata kak Izz yang nak nikah. Lepas tu berkali‐kali abang Awal suruh Lina bagi alamat rumah kak Izz. Lina suruh dia tanya kak Izz sendiri sebab Lina bukannya tahu alamat di sini.’’

Aku sudah tersenyum sambil menaikkan ibu jariku kepada Lina.

‘’Janji tau dengan kak Izz, jangan bocor rahsia. Umai pun sama.’’ aku membuat perjanjian dengan Umai dan Lina.

‘’Umai tak nak masuk campur.’’ Umai tak nak bekerjasama, dia berkata dan berlalu ke dapur.

Aku pandang wajah Lina dan cuba meraih simpati Lina.

‘’Lina pun tak nak masuk campur sebenarnya tapi Lina teringin juga nak tahu, apa tindakan abang Awal kalau dia tahu kak Izz nak kahwin,’’ ayat‐ayat Lina buat aku turut mengangguk kerana aku juga berfikiran yang sama. Aku juga ingin tahu, apa tindakan encik Awal. Adakah dia akan datang dan cuba halang pernikahan kak Ieta hari ini kerana menyangka yang nak nikah itu adalah aku.

‘’Samalah dengan kak Izz, Lina nak tahu tak apa yang encik Awal tu dah hantar untuk kak Izz petang kemarin?’’ bila Lina nak berpihak kepada aku, tak semena‐mena aku teringin nak kongsi apa yang encik Awal hantar kepada aku.

‘’Hah? Hantar apa?’’ reaksi Lina dengan kata‐kataku sambil mulutnya sudah ternganga. Aku pun mencari telefonku di dalam beg tangan dan mula on telefon aku kembali. Bila skrin telefonku mula bercahaya, masuk berpuluh mesej daripada syarikat kad sim yang aku guna.

Berpuluh panggilan tak dijawab terutamanya panggilan daripada encik Awal. Ada mesej dalam peti inbox, whatssap dan wechat. Aku tak layan semua tu. Aku buka file manager dan tunjukkan gambar yang encik Awal hantar untukku kepada Lina.

‘’Hmm.. kak Izz nak tau satu rahsia tak? Kalau kak Izz nak tahu, abang Mie tu pakar computer tau. Kalau bab nak edit gambar, dia memang pakar. Setakat nak edit gambar macam ni, kacang saja untuk abang Mie tu. Nak heck blog atau laman social orang lain pun, mudah sangat untuk dia. Kalau abang Awal yang hantar, lebih baik kak Izz jangan percaya seratus peratus.’’ Dengan yakinnya Lina berkata selepas melihat gambar itu. Aku mengerutkan dahiku dan melihat gambar itu dengan teliti.

‘’Ya ke gambar edit?’’ aku bertanya ragu. Sungguh‐sungguh pula Lina mengangguk.

‘’Kejap Lina nak tunjuk bukti,’’ Lina berkata dan mengambil telefonnya. Beberapa ketika dia
menyerahkan telefon bimbitnya kepadaku.

‘’Gambar Umai dengan abang Mie, padahal di sebelah Umai tu sepatutnya Lina. Abang Mie edit kononnya dia yang sedang peluk Umai dan kiss pipi Umai.’’ Aku sudah terbeliak mata mendengar penjelasan Lina. Memang nampak sangat real. Bahaya betul zaman sekarang dengan alat‐alatan canggihnya. Kalau gambar pun dah boleh edit macam ni, memang dah betul sangat zaman fitnah sudah benar‐benar wujud.

‘’Wow! Ini dah jadi fitnah ni Lina. Mana boleh edit gambar macam ni. Umai pernah tengok tak
gambar ni? Lebih baik Lina delete saja, kalau orang lain yang tengok, mesti mereka akan salah
faham.’’ Sambil menyoal, aku juga memberikan pendapat aku. Lina macam serba salah saja.

‘’Umai tak tahu pun. Sebenarnya, Lina suka kalau Umai tu berjodoh dengan abang Mie. Nak buat macam mana, dah cinta dia tak berbalas. Kesian Umai tu kak Izz. Kalau kak Izz pun nak kecewakan abang Awal, nampaknya tiga orang kesayangan Lina bakal meranalah. Masing-masing hadapi masalah cinta tak berbalas. Sebab tu Lina pun tak berani nak jatuh cinta sebelum nikah. Lina takut senasib dengan mereka.’’ Sayu pula suara Lina di pagi hari ni.

Selepas tu dia terus berlalu meninggalkan aku.

Aku ingin menghantar mesej untuk encik Awal tapi bila melihat jam di skrin telefon, aku tangguhkan dulu. Belum masanya lagi. Itu fikirku. Kemudiannya aku cas telefonku yang kebetulan baterinya pun sudah low. Selepas itu aku turut menuju ke ruang dapur dan membantu apa yang perlu.

PUKUL sebelas pagi kak Ieta keluar ke Pekan Teluk Intan untuk bersiap dan disolekkan. Lina dan Umai ikut bersamanya dan dua orang sahabat baik kak Ieta juga turut serta menemani kak Ieta. Aku di rumah saja menolong mak usu menyiapkan beberapa bekas hantaran untuk diberi kepada rombongan pengantin lelaki nanti.

Mak usu menyiapkan sirih junjung dan tepak sirih. Sepokok pokok bunga telur juga turut disediakan khas untuk diberikan kepada rombongan pengantin lelaki. Bagi aku semua persiapan ini sekadar adat semata‐mata. Bukan wajib disediakan pun tapi memandangkan pihak pengantin perempuan tak mahu pihak pengantin lelaki pulang dengan tangan kosong jadi semua perkara yang sudah menjadi adat sejak berkurun lamanya dikekalkan hingga kini.

‘’Has, ada orang cari tu, katanya nak jumpa dengan Izz Zahrah.’’ Aku dah mula berdebar‐debar bila mak ngah datang mencari aku di rumah mak usu. Agaknya, encik Awal tak? Aku meneka sendiri di dalam hati.

‘’Lelaki ke perempuan mak ngah?’’ aku menyoal mak ngah kembali. Ibu saudara aku yang
bertubuh gempal itu memandang aku sambil tersenyum sebelum menjawab.
‘’Lelaki ada, perempuan pun ada. Orang KL kot. Naik kereta besar tu. Kawan kau agaknya, tak
pun kawan kakak kau,’’ mak ngah menjawab bersahaja. Aku bangun dan keluar dari rumah
mak usu. Aku cuba mencari abang Izzhar agar dia mampu menolong aku andai mereka itu
adalah encik Awal. Mungkin encik Awal datang bersama kakaknya Puan Afifah sekeluarga?
‘’Abang!’’ aku memanggil abang Izzhar sambil menghampirinya.
‘’Abang, tolong Has kejap. Mak ngah cakap ada orang cari Has. Abang tolong layan mereka
kejap. Kalau encik Awal, abang tolong cakap Has pergi ke butik untuk bersiap. Jangan bocor
rahsia tau!’’ abang Izzhar sudah mengerutkan dahinya mendengar kata‐kataku. Aku
memegang tangan abang Izzhar dan terus merayu dia.
‘’Please la abang, kali ni saja. Tolonglah, tolonglah, tolonglah Has.’’ abang Izzhar sudah
mengeleng kepala berkali‐kali sambil meneruskan kerjanya. Aku sudah memuncungkan
bibirku.
‘’Nil, tolong kak Has, boleh?’’ aku mengamit Aznil pula dan mencuba meminta tolong daripada
dia pula. Senang saja dia anggukkan kepala. Aku mula berbisik sesuatu kepada Aznil. Dia terus
berlalu dan mengikut arahanku.
Aku pula cuba mengintai siapa tetamu yang telah datang itu. Ternyata tekaanku tepat sekali.
Aku dapat melihat Puan Afifah, encik Amri dan anak‐anaknya di dalam khemah. Pak Usu dan
ibu sedang melayan mereka dengan menghidangkan kuih dan minuman. Aku cuba mengintai
lagi, kalau‐kalau aku menemui kelibat encik Awal namun pencarianku hampa.
Perlahan‐lahan aku masuk ke dalam rumah dan mencari telefonku. Ada beberapa panggilan
tak berbalas. Aku chek nama‐nama orang yang cuba menghubungi aku. Tersenarai nama encik
Awal, Lina dan nama kak Ieta. Aku call kak Ieta semula. Panggilan aku tak berbalas. Aku call
Lina pula, juga tak berbalas.
Akhir sekali aku call encik Awal. Dan aku terkejut bila panggilan aku berbalas dan suara yang
menjawab panggilan itu begitu dekat dengan aku. Aku hampiri tingkap bilikku dan cuba
mengintai melalui langsir.
Dupp..jantung aku bagaikan ingin luruh apabila kedua pancaindera penglihatanku ini
menangkap kelibat encik Zuhaimie dan encik Awal di tepi tingkap bilikku. Cepat‐cepat aku
putuskan panggilan dan off telefon aku kembali. Aku nampak encik Awal cuba menekan
telefonnya dan menekapkan di telinganya. Dia mendengus kasar dan wajahnya sudah
memerah bagaikan udang dibakar. Dia marah ke? Aku bertanya diri sendiri di dalam hati.
‘’Kenapa?’’ aku dengar encik Zuhaimie bertanya.
‘’Izz, dia call aku, aku jawab dia diam. Kemudian dia letak. Bila aku call dia semula. Dia dah off
handphone,’’ aku dengar encik Awal menjawab. Aku sudah tersenyum di sebalik langsir dan
terus memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka.
‘’Bawa banyak bersabar Awal. Nanti mereka pulanglah tu. Kita dah jumpa pun rumah dia.
Takkan lari gunung dikejar. Kalau dah jodoh kau dengan dia takkan ke mana. Kalau bukan
jodoh kau pun, pasrah sajalah. Nak buat macam mana,’’ encik Zuhaimie cuba memujuk encik
Awal. Tenang saja nada suaranya. Aku mengangguk bersetuju dengan kata‐kata encik
Zuhaimie. Ada bakat juga encik Zuhaimie ni sebagai pakar motivasi. Thumb up encik Zuhaimie!
Aku memuji encik Zuhaimie di dalam hati.
‘’Aku tak tahu nak buat macam mana Mie. Aku macam menyesal sebab hantar gambar macam
tu untuk dia kemarin. Kalaulah aku tahu, aku ni cinta pertama dia...’’ Encik Awal sudah
mengeluh panjang. Aku perhatikan wajahnya yang nampak sayu. Kesian pula aku tengok.
Bergenang juga air mata aku. Macam nak saja aku keluar dan munculkan diri di depan dia
ketika ini tapi hati aku ni tetap berdegil untuk meneruskan persembunyianku.
‘’Agaknya dia perasan tak gambar tu gambar edit?’’ encik Awal bersuara lagi. Aku sudah
tersenyum dan mengurut dada. Lega rasanya kalau gambar itu hanyalah gambar edit. Betulbetul
aku sangka dia dah peluk perempuan‐perempuan tu. Huhuhu..
‘’Maaflah Awal. Aku tak tahu perkara ni akan jadi sebesar ini. Mana aku nak tahu, dalam
keadaan macam ni. Izz Zahrah tu nak confess perasaan dia kat kau. Orang perempuan ni
memang pelikkan? Agaknya, aku pun nak kena buat macam tu kat Umai. Mana tau selepas tu
Umai pun akan confess kat aku macam Izz Zahrah juga,’’
Aku sudah menahan tawa mendengar kata‐kata encik Zuhaimie. Dahsyat juga rupanya
penangan pengakuan aku kemarin. Aku cuba ingat balik apa yang aku tulis untuk encik Awal
kemarin. Ayat‐ayat aku tu dikira confession ke? Agaknyalah kot? Sebab sebelum ni aku mana
pernah bagitau encik Awal tu pun, bahawa dia tu cinta pertama aku.
Sebenarnya kemarin tu aku jujur ke tak? Atau aku sengaja buat ayat‐ayat macam tu sebab nak
buat dia sentap saja? Haih! Aku pun pening kepala memikirkan semua ini. Kadang‐kadang
yang kebetulan inilah selalu menjadi nyata. Yang tak pernah dirancang menjadi kenyataan.
‘’Yang mana abang Awal?’’ aku terdengar suara Aznil. Aku mengintai lagi. Encik Awal terus
tampilkan diri.
‘’Kak Has suruh cakap kalau abang Awal dah sampai dia nak saya sampaikan pesan. Kalau
abang Awal betul‐betul sukakan dia, abang Awal kena berusaha sungguh‐sungguh supaya dia
tak jadi nikah,’’ aku sudah tersenyum kemenangan mendengar kata‐kata Aznil. Memang betulbetul
baca skrip yang aku ajar Aznil ni, walaupun dia tahu yang akan nikah tu kak Ieta bukan
aku, dia masih menurut kehendak aku.
‘’Adik Izz Zahrah ke ni?’’ encik Zuhaimie menyoal Aznil. Aznil mengeleng laju.
‘’Taklah. Saya anak saudara mak long Zahrah, tapi kak Has tu kakak sepupu saya,’’ aku sudah
menekan perut menahan tawa mendengar jawapan Aznil. Lawak betullah Aznil ni. Aku tahulah
ibu aku pun nama Zahrah juga. Yang encik Zuhaimie tanya tadi Izz Zahrah bukan Siti Zahrah.
Aduhai Aznil. Sakit betul perut aku ni. Bendul juga rupanya adik sepupu aku ni?
‘’Berapa orang Zahrah dalam rumah ni?’’ encik Awal pula bertanya. Aznil sudah mengeleng dan
tersenyum.
‘’Kak Has kata jangan cakap. Nanti dia bagitau sendiri,’’ terbaiklah Aznil. Dia memang
penolong yang boleh dipercayai. Selepas Aznil berkata begitu dia terus berlalu pergi.
Walaupun encik Awal cuba menghalang tapi Aznil tidak mengendahkannya. Aku sudah
menekup mulutku melihat insiden yang berlaku di depan mata.
‘’Aku rasa macam ada pakatan saja.’’ Encik Zuhaimie meneka sambil menepuk‐nepuk bahu
encik Awal. Mereka membelakangiku sekarang ini. Aku menjenguk sedikit tapi terkejut bila
mendapati anak Puan Afifah sedang melihat aku.
‘’Acik, acik, acik..’’ Shifa menjerit sambil menunjuk ke arahku yang sedang bersembunyi di
sebalik langsir. Sebelum aku tertangkap, lebih baik aku keluar dari bilik ini. Aku pun, tanpa
membuang masa terus melajukan langkahku. Baru saja aku menapak keluar dari bilik, aku dah
nampak kak Ieta. Terus aku terpa kak Ieta dan meminta tolong dengannya.
‘’Kak Ieta, tolong Has. Rahsia nyaris terbongkar. Encik Awal ada di luar, tepi bilik Has. Pergilah
jenguk dan menyamar jadi Has. Tak payah cakap banyak. Cuma minta maaf saja. Has nak tahu
apa respon dia.’’ Aku berbisik dengan kak Ieta sambil menolak dia masuk ke dalam bilik aku.
Macam tahu‐tahu saja aku sedang alami krisis dan kak Ieta balik tepat pada masanya.
Bila kak Ieta masuk ke bilikku, aku pula mengikut dia daripada belakang dan mengenakan
niqab di wajahku. Aku memakai cermin mata hitam yang gelap agar aku dapat mendengar
perbualan mereka. Sebelum kak Ieta menyelak langsir sempat dia berbisik dengan aku.
‘’Yang mana satu encik Awal? Tersilap orang nanti, habislah Has..’’ aku sudah tersenyum di
sebalik niqab. Salah aku sebab tak pernah tunjukkan gambar encik Awal kepada kak Ieta.
‘’Baju kemeja biru. Yang tinggi tu..yang sorang lagi tu encik Zuhaimie. Dia bos Has juga, encik
Zuhaimie tu kawan baik encik Awal. Jangan silap cakap kak Ieta. Yang penting jangan cakap
banyak. Cuma minta maaf saja, kemudian blah.’’ Aku memberi amaran kepada kak Ieta dan
berdiri di belakang kak Ieta.
‘’Encik Awal. Minta maaf!’’ dan seperti yang dirancang, selepas kak Ieta menyelak langsir dia
terus bersuara dan berlalu pergi. Aku sempat merenung wajah encik Awal dan melihat
responnya. Ternyata dia menayangkan wajah terkejut apabila melihat kak Ieta yang sudah
cantik berpakaian pengantin. Agaknya dia perasan tak, itu bukan aku?
‘’Izz Zahrah! Saya nak cakap dengan awak. Jangan buat saya macam ni. Saya datang dari jauh
tau, semata‐mata nak jumpa awak.’’ Kak Ieta dah keluar dari bilik tapi encik Awal masih berkata‐kata. Aku tak sampai hati tapi hati aku tetap berkeras untuk meneruskan rancangan
nakal plus jahat aku ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan