Label

Ahad, 18 Disember 2016

NOVEL Aku Dan Bos Bab30

Aswal Madri ﴾ Bos ﴿

Aku semakin sibuk sejak smartphone baru diperkenalkan. Demi masa depan syarikat terpaksa aku berkejar ke serata Negara untuk mempromosikannya. Aku mula mempromosikan smartphone baru ini ke Negara‐negara jiran terlebih dahulu. Bermula dengan Singapura, aku bertolak pula ke Brunei. Kami singgah di Sabah dan Sarawak dan kemudian pulang semula ke Kuala Lumpur.

Bila aku pulang dari Sarawak aku terus ke pejabat sedangkan Zuhaimie terus mengambil 
penerbangan ke Bangkok. Kami berpakat untuk berpecah. Bila Zuhaimie mengambil keputusan untuk mempromosikan smartphone Kejora ke Negara‐negara Asia, aku pula membuat keputusan untuk pergi ke Timur Tengah.

Sebelum bertolak ke Timur Tengah aku ingin pulang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan Izz Zahrah terlebih dahulu. Aku sengaja tak pulang ke rumah kerana niat aku untuk memberi kejutan kepada Izz Zahrah tapi sebaliknya aku yang terkena kejutan. Sebaik saja sampai di pejabat aku berhenti ditingkat dua dan mencari Izz Zahrah.

Masuk saja ke dalam pejabat bahagian pentadbiran syarikat aku disambut mesra oleh seorang wanita. Bila aku bertanya tentang Izz Zahrah, wajah dia yang ceria terus berubah.

‘’Oh, encik Madri nak jumpa Hasyilla ke? Sejak akhir‐akhir ini Hasyilla tu pemalas betul. Satu kerja pun dia tak buat. Hari‐hari dia datang kerja makan gaji buta. Encik Madri tengoklah sendiri, orang sibuk buat kerja. Entah ke mana dia dah menghilang.’’ Beria‐ia wanita itu bercerita dengan aku. Sakit juga hati aku ini bila mendengar ceritanya.



‘’Sudah! Tak payah nak lebih‐lebih. Saya lebih kenal siapa dia berbanding awak.’’ Aku bersuara 
tegas dan berlalu meninggalkan pejabat pentadbiran dengan seribu satu persoalan. Di mana Izz Zahrah? Kenapa wanita itu berkata begitu? Bukankah Izz Zahrah satu jabatan dengannya? Izz Zahrah tak disukai ke di dalam pejabat ini? Bertubi‐tubi soalan menjengah minda aku.

Aku terus naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam pejabat. Aku mengerah minda untuk berfikir di mana Izz Zahrah berada sekarang. Sebaik saja aku masuk ke dalam pejabat, aku sudah ternampak bayang‐bayang seorang perempuan di luar pejabat. Aku menuju ke tepi dinding dan mengintai wanita itu. Izz Zahrah? Rupa‐rupanya di sini dia bersembunyi.

Aku perhatikan gelagat Izz Zahrah dan menunggu untuk melihat aksi‐aksi lucunya macam selalu. Bibir aku sudah menguntum senyum bila membayangkannya. Namun, apa yang aku nantikan tak terjadi pun, sebaliknya Izz Zahrah aku lihat langsung tak ceria macam selalu.

Wajahnya muram dan mendung seolah cuaca yang bakal menurunkan hujan lebat. Benar telahanku bila Izz Zahrah akhirnya menyembamkan wajahnya di meja dan mula menangis.

Hati lelaki aku turut sakit bagaikan dilapah menyaksikan Izz Zahrah dalam keadaan itu. Geram dan marah silih berganti hadir di dalam fikiranku bila memikirkan siapakah gerangannya yang telah membuatkan isteri kesayangan aku ini terluka. Lama juga aku perhatikan Izz Zahrah hingga aku membuat keputusan untuk keluar dan bertemu muka dengannya.

Aku berpura‐pura tabah di depan Izz Zahrah sedangkan hati aku turut sayu melihat dia menangis di depan aku. Ingin aku pujuk dan membelainya tapi aku takut masanya yang tak sesuai. Almaklumlah, kami masih lagi di pejabat, tentu ada mata‐mata yang mungkin akan memerhati. Walaupun begitu, aku tetap tak dapat mengawal perasaanku. Izz Zahrah aku tarik mendekat dan aku memeluknya erat. Ketika aku memeluknya itu, aku ternampak bayang-bayang manusia di belakang kami. Sebelum sempat aku melepaskan Izz Zahrah, dia yang terlebih dahulu menolak tubuhku dan menjarakkan diri.
Berkali‐kali aku menyoal Izz Zahrah kenapa dia berkedaan begitu. Izz Zahrah tak mahu bercerita hingga kami berada di dalam restoran dan aku bertekad untuk mencungkil juga suara hatinya. Aku tahu sangat Izz Zahrah paling tak suka membabitkan orang lain dengan dirinya. Bila aku berpura‐pura mengugut untuk bertanya sendiri dengan ketua bahagian pentadbir, barulah Izz Zahrah membuka mulut.

SEMINGGU selepas pulang ke Kuala Lumpur aku berangkat ke Luar Negara lagi. Kalau sebelum ini aku pergi bersama Zuhaimie, tapi kali ini aku mengajak abang ipar aku pergi bersama. Macam janggal pula rasanya nak panggil dia abang sedangkan umur dia sebaya dengan Izz Zahrah dan mereka muda empat tahun daripada aku. Asalnya aku tak mahu panggil dia abang. Aku panggil dia Hasyim sebab Izz Zahrah kata dia panggil abang Izz. Bagi aku Izz itu hanya untuk isteri aku saja.

Pening juga bila ada nama yang sama dalam satu keluarga. Nak panggil Has macam orang lain pun, aku dah terlanjur panggil dia dengan nama Izz Zahrah dan aku suka sangat dengan nama Izz Zahrah tu. Dipendekkan cerita mahu ataupun tidak terpaksa juga aku memanggil abang kepada abang Izzhar Hasyim. Macam mana Izz Zahrah yang selalu tersasul memanggil aku, begitulah aku yang selalu tersasul memanggil abang iparku. Kalau Izz Zahrah memanggil bos, atau adakalanya encik Awal dan abang dalam satu masa, begitu juga dengan aku.

‘’Hasyim, nak tanya sikit ni. Izz tu macam mana orangnya? Selalunya dia memang mudah menangis ke?’’ aku suarakan kerisauan aku. Abang Izzhar berjeda lama sebelum menjawab pertanyaan aku.

‘’Selalunya Has tu tabah, cuma ada harinya dia terlebih manja dan kadang‐kadang memang dia sensitive sikit, terutamanya time tulah…’’ abang Izzhar tak menghabiskan ayatnya. Aku menunggu dia mengahbiskan kata‐katanya dengan sabar tapi penantian aku hampa. Dia terus diam tanpa menyambung kata.

‘’Time apa?’’ aku hilang sabar untuk terus menunggu lantas aku bertanya lagi.

‘’Biasalah, time orang perempuan angkat bendera merah.’’ Dia menjawab sambil ketawa. Aku masih bingung dan tak memahami kata‐katanya. Angkat bendera merah?

‘’Tak faham..’’ aku berterus terang saja. Dia sudah berdecit kecil.

‘’Alah..time orang perempuan bulan mengambang.’’ Abang Izzhar berkata sambil mengaru tengkuk pula. Macam susah sangat dia nak cakap.

‘’Tak faham?’’ dia bertanya dan aku mengeleng laju. Aku masih tak dapat menangkap maksudnya lagi.

‘’Alah..bila perempuan cuti solat. Time tulah…selalunya seminggu lamanya dia selalu moody tak bertempat. Bergurau sikit pun, dah menangis. Dah tu, panas baran tak kena gaya. Kalau hari lain tu, selalunya dia okey saja. Cuma, orang perempuan ni, kalau nak mereka sayang kita lebih, kenalah pandai ambil hati. Kena pandai memujuk.’’ Abang Izzhar akhiri penjelasannya dengan nasihat. Aku sudah terangguk‐angguk. Agaknya sebab itu Izz Zahrah menangis beria-ia hari tu tapi, aku perasan bila dia dah solat pun, dia masih menangis lagi terutamanya ketika menghantar kami ke KLIA hari tu.

‘’Hari kita bertolak tu, dia dah boleh solat, kenapa dia menangis pula?’’ soalan aku yang ini
membuatkan Abang Izzhar menepuk dahinya sendiri. Aku berfikir sejenak. Terlalu bebalkah aku ini hingga tak mengenali isteri sendiri?

‘’Kalau bab tu perempuan yang dah monopous pun akan menangis. Nak berpisah dengan orang tersayangkan?’’ mendengar penjelasan abang Izzhar, aku sudah tersenyum hambar dan termalu sendiri. Ya tak ya juga. Kenapa aku bengap sangat? Aku mengutuk diri sendiri di dalam hati.

TIGA minggu aku dan abang Izzhar di Luar Negara, tinggal seminggu lagi majlis persandingan kami akan diadakan. Banyak lagi Negara kami harus pergi. Sekarang ni kami sedang berada di Eropah. Selain datang untuk mempromosikan smartphone baru, kami juga mengambil peluang berjalan‐jalan sambil menikmati keindahan Negara orang. Kami melawat tempat‐tempat bersejarah dan tempat terkenal di sini. Kami rakamkan moment‐moment terindah di sini.

Bila berkesempatan, aku akan menghantar gambar‐gambar yang kami rakamkan kepada Izz Zahrah. Adakalanya, aku berbual dengan Izz Zahrah dalam skype. Selalu juga dia menangis dan mengungkapkan kerinduannya. Rasa bahagia sangat bila Izz Zahrah sudah belajar untuk rindukan aku. Rasa tak sabar untuk pulang ke Malaysia dan bertemu dengan dia. Kalau dia rindu, aku lagi berganda rindukan dia. Teringat lagi detik‐detik indah kami sebelum aku datang ke sini. Kami sempat melayari bahtera rumah tangga sebagai suami isteri yang sebenar.

Alam rumah tangga ini adakalanya sangat membahagiakan bila masing‐masing saling memerlukan dan mengambil berat. Bila berpisah macam sekarang ini pula terasa bumi begitu lambat beredar dan seakan jarum jam terlalu lambat bergerak. Terseksa sangat bila kerinduan itu datang. Bila berada bersama abang ipar aku, rasa terubat sedikit kerinduan itu. Dia rajin bercerita dan tak pernah lokek berkongsi ilmu dengan aku. Dia banyak bercerita tentang Izz Zahrah. Kadang‐kadang aku jadi cemburu dengan perhubungan mereka.

~Izz Zahrah – lambat lagi ke nak balik Malaysia?

Izz Zahrah menegur aku melalui whatssap. Sudah terlalu merindukan aku agaknya tu? Kerap sangat dia menghantar whatssap kepadaku sejak akhir‐akhir ini.

~Aku – Tak pasti lagi sayang. Dah tak sabar nak peluk abang ke?

Aku sengaja mengusik dia dan menanti responnya dengan sabar. Lama menanti akhirnya dia hanya membalas icon menjelirkan lidah kepadaku. Aku sudah tersenyum sendiri. Malu agaknya tu, bila aku bertanya begitu kepadanya.

~Aku – abang rindu sayang tersangat‐sangat. Tunggu abang balik tau, dan doakan supaya semuanya berjalan dengan lancar.

~Izz Zahrah – kalau nak bawa balik cenderahati untuk orang, pastikan cenderahati tu bukan ‘madu’ yang pahit bagai hempedu ya.

Aku membaca berulang kali kata‐kata Izz zahrah yang ini. Apa maksud ‘madu’ tu agaknya?

Takkan Izz Zahrah fikir aku akan menduakan dia? Minda aku menceceh di dalam. Wajah aku
berkerut akibat memikirkan kata‐katanya.

~Aku‐ sayang meragui kesetiaan abang? Apa lagi yang harus abang buktikan? Kalau abang nak berlaku curang, abang takkan paksa sayang nikah dengan abang tau.

Aku teremosional seketika dan rasa tercabar dengan kata‐katanya. Aku tak ada niat pun nak berlaku curang, walaupun aku tak nafikan godaan di Negara orang ini terlalu banyak untuk aku harungi. Aku tahu betapa sukar untuk dia mempercayai aku, apatah lagi kami masih belum mengenali hati budi masing‐masing.

~Izz Zahrah – orang bukan meragui kesetiaan abanglah. Baguslah kalau abang benar‐benar setia. Itu bonus untuk orang, Cuma orang nak ingatkan abang saja, jangan nakal‐nakal. Ingat selalu abang tu dah ada isteri di Malaysia ni. Faham abang sayang? Heee…

Tanpa sedar aku tergeleng kepala berkali‐kali dan bibir aku sudah merekah dengan senyuman lebar. Alahai Izz Zahrah sayangku. Ada di depan mata dialah penawar duka. Tak ada di depan mata pun, dia masih mampu membuatkan aku senyum sampai ke telinga.

‘’Chatting dengan Has ke?’’ aku memanggungkan kepala. Abang Izzhar sudah memandang aku sambil merenung lama.

‘’Ha’ah..dengan dialah. Siapa lagi? Buat niaya saja nak chatting dengan perempuan lain. Tak pasal‐pasal kena kuntau dengan abang ipar nanti.’’ Aku menjawab sambil ketawa.

‘’Tahuuuu tak apaaaa!’’ panjang pula sebutan abang Izzhar untuk aku dan dia pun mula mencapai telefon dan tak mengendahkan aku lagi. Aku pula terus menyambung perbualan aku dengan Izz Zahrah. Rindunya aku dengan dia.

Ya Allah! Tolong jagakan dia untuk aku. Semoga dia selamat dan sihat di sana. Aku berdoa di dalam hati kerana Allah saja tempat aku mengadu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan