Label

Ahad, 18 Disember 2016

CERPEN Malam Berkabus Di Puncak Korbu

Allahu Akbar Allahu Akbar.
Asyhadu alla illahaillallah.
Asyhadu anna Muhammadar rasulullah.
Haiyaalas solah
Haiyaalal falah.
Assolaatu khairun minan naum
Allahu Akbar Allahu Akbar.
La ilahaillallah.

Azan subuh laungan Encik Amir memecah keheningan pagi di tengah‐tengah rimba. Kedengaran cengkering sahut bersahutan seperti mahu mengejutkan aku yang masih lena diulit mimpi indah.

“Irnaz,Irnaz bangun cepat,cepat “ngomel Nadya di telinga ku.

“kau ni kejut aku macam komunis lah,sopan la sikit,sakit tau kepala aku”getus aku.

“cepat siap kita nak bertolak dah ni,ketua dah bising tu,kan hari ni kita nak daki gunung Korbu,” .

“Ye la” jawapku ringkas.

Terpaksa la aku mengagahkan diri bangun untuk bersiap.hai menyesal pula aku menyertai ekspedisi ni.Orang lain cuti semester rehat‐rehat di rumah,pergi bercuti, Aku? Di tengah‐tengah tulang belakang Negara Banjaran Titiwangsa, ya sudah 3 hari kami menjelajah kawasan hutan ini,ternyata indah sungguh ciptaan Allah ya, kami semua pelajar Sains Perhutanan perlu serasi dengan hutan kerana inilah sebahagian hidup kami.



“Irnaz,Buat apa lagi tu,tidur lagi ke” Jerit Nadya menghentikan lamunan aku,

“Hai budak ni,tak sabar‐sabar ,tak tahu kah penat ni.hmm “geram aku dalam hati,

“Ye aku datang ini” ringkas.

*********************

Perhatian semua sila berkumpul di kawasan lapang untuk taklimat secepat mungkin” jerit Encik Amir ketua ekspedisi ini.

“ha Nadya dengar tu,jom pergi cepat nanti bising pulak dia tu”jerit aku,

“Ha! Aku datang ni”balas Nadya.

“Seperti semua tahu hari ini kita semua akan mendaki gunung Korbu,jadi semua persiapan dari segi mental dan fizikal perlu cukup.stamNadya pastikan cukup untuk mendaki gunung ini,bekalan makanan pastikan ada dan keperluan yang lain,tak perlulah saya terangkan semua awak semua tahu kan”,

“Dan”

“Lagi satu ingat bukan kita sahaja yang berada di sini banyak lagi makhluk Allah yang bersama‐sama kita jaga perlakuan, jaga mulut, jaga hati “,

“Ingat!kalau kita masuk rumah orang,hormat tuan rumah .saya bercakap tentang hormat bukan kepercayaan sesiapa di sini Ingat saya bukan nak takutkan awak semua hanya sekadar peringatan dari pengalaman lalu”,jelas Encik Amir.

“Ini taklimat ke khutbah hari raya.banyak pula yang disampaikan.Bosan mendengarnya .macam‐macam pula “ getus hatiku.

Semua persedian sudah dibuat,air ada.makanan ada,hmm semua cukup lah..aku tak sabar-sabar nak mendaki puncak Korbu ini.kata orang menarik panorama di puncak, sejuk dan nyaman .

Ok semua kita akan mula mendaki gunung Korbu ini sekarang,untuk memberkati perjalanan kita .eloklah jika kita berdoa dahulu untuk menjamin keselamatan kita semua,

“Amin ya rabbal alamin” aku mengaminkan doa ,semoga perjalanan kami selamat sampai dan
pulang, Pendakian ke puncak bermula dengan satu langkah yang kecil tetapi member seribu
pengalaman, Kami dalam satu barisan bersama‐sama mendaki denai‐denai kecil menuju ke puncak
.sungguh mencabar pendakian ,banyak rintangan alam yang kami terpaksa harungi.lurah curam, laluan liku sungai.wah sungguh menduga fizikal aku, jujurnya kini kami semua bergelut dengan alam ciptaan Allah,ternyata alam lagi hebat dari kami,walaupun bisu tanpa kata‐kata tapi suaranya tetap kami dengari Sayup‐sayup bunyi warga rimba,bermacam‐macam bunyinya kedengaran seperti orchestra rimba pula .inilah muzik rimba yang menjadi hawa telinga kami sepanjang perjalanan menuju ke puncak terhiburlah juga kami ,hilang rasa letih kami walaupun sesekali kedengaran bunyi yang pelik dan kami pasti bukan bunyi haiwan.tapi kami diamkan saja,mungkin teringat kata‐kata Encik Amir ketika taklimat tadi.

ya bukan kami sahaja di sini

Sedang asyik melihat kehijauan tumbuhan di hutan ini.tiba‐tiba ketua ekspedis yang mengetuai barisan ini mengangkat tangan tanda berhenti.

terkejut juga, ingatkan ada apa yang terjadi di hadapan
rupa‐rupanya masa untuk berehat kerana waktu zohor telah masuk
semua kami berhenti di tepi sungai untuk melepaskan lelah
dan semua siap sedia kerana selepas ini kami mahu menunaikan solat zohor berjemaah

***************

Allah Huakbar Allah Huakbar
laungan azan sayup‐sayup memecah kesunyian hutan

“Nadya temankan aku ke sungai,aku nak berwhuduk”

“ok “

Aku dan Nadya turun ke sungai untuk berwhuduk,kami memilih tempat yg sedikit tersorok di celah‐celah batu sungai yang besar ini,maklumlah aurat muslimah mesti dipelihara walaupun di tengah‐tengah hutan sekalipun.Nadya sibuk memerhati labah‐labah air di permukaan sungai, cantik katanya.aku terus ke sungai untuk berwhuduk Sambil berniat aku mulakan whuduk aku. Aku membasuh muka ,berwhuduk seperti biasa tiba‐tiba aku terlihat di seberang sungai kelihatan satu susuk tubuh,seperti seorang lelaki,mula‐mula aku tidak pedulikan mungkin rakan‐rakan lain,tapi aku lihat dia sungguh berbeza.cara pakaian nya yang membezakan dia dengan rakan lelaki ku yang lain,
aku lihat dia juga seperti mengambil whuduk juga, aku memerhati dia agak lama juga, tiba‐tiba dia terpandang aku, aku malu , dia tersenyum manis senyumanya, tersentuh hatiku, Tiba‐tiba dia mengalihkan pandanganya aku pelik!

oh aku lupa yang aku tidak bertudung..aku segera pergi ke Nadya dan kembali ke tempat
berehat tadi untuk bersolat,

“siapakah dia? “ hati ku berkata

*****************

Assalamualaikum Warahmatullah,

Selesai sudah kami bersolat berjemaah,kami berehat sebentar untuk menikmati makan tengah hari kami sebelum meneruskan pendakian kami,

Aku masih teringat tentang lelaki tadi.pelbagai persoalan menerjah minda aku seperti aliran sungai yang deras.

Siapa dia? Manusia kah atau ….

Argh ke situ pula fikiran aku.Takkan lah benda tu nak munculkan diri di siang‐siang hari ini.macam‐macam andaian aku.

aku kembali ke sungai itu berharap lelaki tadi masih ada di seberang dan mungkin aku bertanya kepada dia,sama ada dia peduduk orang asli di hutan ini atau pendaki sama seperti kami semua
Deras air sungai ini.mungkin semalam hujan di hulu.tapi kejernihan air ini bak Kristal ,bahkan boleh diminum terus tanpa was‐was.

Kelihatan tiada lelaki tadi,kemana dia menghilang?

alah! Sudah pergi ,tak sempat aku nak berkenalan dengan dia

sebenarnya aku mahu melihat wajah lelaki tadi

“nakal juga ya aku ni”

“Irnaz Irnaz cepat naik,dah nak bertolak ini”

Aku terkejut dengan jeritan Nadya tadi ,aku segera naik ke atas tetapi terjatuh pula kerana tersadung akar pokok.

“Nadya tolong aku Nadya”

“eh kenapa ni”

“jatuh la”

Mujur Nadya datang menolong aku ,

Nadya mengangkatkan aku dan basuhkan seluar aku yang kotor,

“tu la, tak berhati‐hati,kau ni berangan yer? Ingatkan sape? Putera raja kah?” bebel Nadya macam ibu aku

“yer la,cepat tolong aku,kan dah nak bertolak ni” kata aku

Kami meneruskan pendakian seperti biasa.dan kini kami tiba di kaki gunung dan selepas ini laluan berbukit dan bergunug‐ganang akan kami tempuhi.ketahanan fizikal perlu kuat di sini kerana laluan ini dikatan agak mencabar dan gunung ini dikategori agak ‘hardcore’ juga oleh pendaki gunung yang berpengalaman .

Nadya berada di belakang ku dalam barisan,kami memang sering bersama‐sama dan dia juga lah yang mengajak ku menyertai ekspedisi ini.

“Irnaz,kau ok ke? Ade luka‐luka ke?” Tanya Nadya

“aku ok ,tak ada luka yang teruk‐teruk” Balas aku

“eh Irnaz kau tahu tak kita berada di mana sekarang?”

“gunung Korbu la! “ jawapku ringkas

“tahu lah,tapi kita sekarang di lembah harimau,kau tengok sekeliling,sunyi je kan,gelap, terlindung dari cahaya matahari ini lah tempat pak belang"

”ehh kau ni ,ta ingat ke pesan Encik Amir tadi,jaga mulut tu,jangan celupar”

“oh aku beritahu sahaja ,tak ada niat lain pun”

“ok dah jangan cakap lagi pasal tu,tumpukan pada pendakian kita ni”

“ok” ringkas

Bila terfikir kata‐kata Nadya,takut juga aku,maklumlah pak belang tu ,bukan kucing rumah kita di tempat terbuka,macam‐macam boleh jadi

“Janganlah aku jadi habuan pak belang ,aku tak kahwin lagi” doa aku

Kami mempecepatkan perjalanan , bukan setapak demi setapak lagi tapi bertapak‐tapak kami perlu cepat untuk sampai ke perhentian seterusnya kerana hari sudah hamper gelap risiko untuk mendaki dalam gelap malam amat bahaya,penglihatan juga terbatas. lagipun kami makin letih ,sudah berapa jam mendaki , dari pagi hingga petang mahu tercabut kaki kami rasanya.

Aku pula masih terfikir lelaki tadi, muka lelaki tadi masih dalam ingatan aku,senyuman dia yang
mencairkan hati aku. Adakah ini cinta? Bukan bukan apa yang aku fikirkan ini,gila kah bercinta dengan orang yang tidak kenal “Ok kita bermalam di sini” cukup jelas arahan en amir.

Huh! Dapat la melepaskan penat lelah kami di sini.Aku dan Nadya bertungkus‐lumus mahu
memasang khemah,menyediakan makanan malam kami dan menambah bekalan air,takut-takut
kehabisan pula Angin gunung waktu malam memang sejuk rasa macam di luar Negara pula,aku menghirup kopi panas untuk menghilangkan rasa sejuk yang mencengkam diri,hilanglah sedikit rasa sejuk ini Kelihatan khemah‐khemah lain sudah gelap dan hanya bunyi dengkuran yang kendengaran ,sudah tidur semua ,letih agaknya .Nadya sudah lama tidur ,aku sahaja yang masih melayan perasaan di hutan gunung Korbu ini.

entahlah mataku tidak mahu tidur lagi,mungkin penangan kopi pekat aku ini atau aku memang tidak mahu tidur.

“Baru jam 4 pagi,budak U mana pernah tidur awal “ ngomel aku sendirian

Aku sempat lagi menulis dalam diari aku tentang ekspedisi ini,untuk tatapan pembaca di blog aku yang popular tu.Apa salahnya berkongsi pengalaman indah di bumi Allah ini bersama yang lain.

Terasa juga keseorangan apabila tiada teman untuk berbual,sunyi sendiri di hutan ini,ditemani cahaya bulan dan cengkerik .sesekali dibuai dengan permandangan indah alam ciptaanNya yang menyimpan sribu satu rahsia yang hanya penciptaNya yang mengetahui.

Tiba‐tiba angin kuat menerpa aku ,tudung yang ku pakai seperti mahu melayang, daun‐daun pokok juga bergerak‐gerak mengikut angin

“Assalamualaikum “ kedengaran sayup‐sayup

Aku terkejut,suara siap itu,aku gamam dan keliru,mahu menjawap atau terus lari ke khemah. aku membuat keputusan untuk menjawap salam itu dan “Waalaikumussalam “ terketar‐ketar aku menjawapnya.

“siapa itu?”

“Aku”

Aku tahu suara itu dari kanan aku,tetapi aku tidak mahu menoleh dan aku mematikan pandangan aku ke bawah,aku membaca ayat kursi ,walaupun perlahan tetapi aku teruskan juga

“siapa?”

“saya Indra “

Aku pelik, setahu aku tiada siapa bernama Indra dalam ekspedisi ini,aku risau jika apa yang
dikatakan makhluk Allah yang lain benar‐benar muncul di sebelah ku,aku harap dia segera pergi,aku mahu menjerit sekuatnya tapi mengenangkan rakan‐rakan lain yang nyenyak dibuai mimpi,tak sampai hati mahu menganggu mereka tidur.

Aku beranikan diri. Terpaksa !

“saudari usah takut,saya juga makhluk Allah ,sama seperti saudari”

“Ya,saya Irnaz”teragak‐agak aku menjawapnya

“ya aku tahu,kita pernah berjumpa sebelum ini!”

“Di mana? “

aku memberanikan diri untuk menoleh ke arah suara itu,walaupun takut tapi aku memberanikan diri.

“di sungai siang tadi!

Lelaki tadi kah? Apa tujuanya mahu mencari aku?

“Saudari jangan bimbang,aku ke sini sekadar mahu berkenan dengan saudari,aku harap saudari sudi lah menemani saya,ya sekadar berborak‐borak. “ ujarnya.

Aku memandang mukanya walaupun takut,ternyata benarlah sangkaan ku.lelaki tadi yang aku temui di sungai ,aku berasa gembira sedikit walaupun takut itu masih ada,

“Kamu manusiakah?”soal aku

“tidak ,aku bukan manusia seperti kalian semua,aku kaum bunian .ya mungkin kau pernah
mendengarnya tentang bangsa kami.Aku kemari sekadar mahu bersua muka dengan manusia dan kau bertuah kerana diberi kurniaan dari Allah untuk melihat aku,rakan‐rakanmu yang lain tidak dapat melihatku.”

“Jadi,kau bunian? Tapi ku lihat kau tiada bezanya dengan aku? Bohong! .kau pendaki kan? Sama seperti kami semua”aku mula curiga

“Terpulang kepada kau mahu percaya atau tidak,aku tidak boleh memaksa.”

“Baiklah? Apa yang kau mahu dari aku?”soal aku

“Pengalaman kau”ringkas

“Pengalaman aku? Apa yang aku ada? Hidup pun baru setahun jagung ,berada di hutan ini pun baru pertama kali”

“Ya,mungkin kau di hutan ini baru pertama kali.tapi kehidupan di luar sana bersama‐sama manusia mungkin kau sudah tahu.tapi aku tidak,hidup aku hanya di sini,ya di hutan ini jauh dari arus ketamadunan manusia,aku perlukan pertolongan kau!”

“Baiklah,apa yang aku boleh tolong?”

“Beritahu kepada ku,apa nasib hutan ini di masa akan datang,aku dengar hutan kini bersaing dengan manusia untuk hidup,manusia rakus meneroka tempat tinggal kami.Kalau tempat tinggal kami tiada,di mana kami akan tinggal? Bersama kamu di Bandar? Begitu.”

“dalam geografi,ekosistem hutan hanya terdiri dari haiwan dan tumbuhan sahaja,tak sangka pula orang bunian juga menerima tempiasnya dari kegiatan manusia” ujarku dalam hati,

“Kau dengar atau tidak?” soal Indra tegas

“Ya,aku dengar .memang kini nasib hutan seperti di hujung tanduk,pembalakan pencemaran memang semakin serius sekarang,kebanyakan hutan di Negara kini mengalami nasib yang malang apabila ditebang dan dijadikan sebagai kawasan perladangan”,

“Tapi kau tak perlu risau ,hutan di kawasan pergunungan ini masih terpelihara ,kau lihat? Panorama dan keindahan di sini masih terjaga,tidak terusik oleh tangan‐tangan manusia yang rakus .kawasan hutan ini hanya dikunjungi oleh manusia untuk mendaki ke puncak Korbu,bukan mahu merosakanya.”

“Keadaan muka bumi di kawasan ini menghalang sebarang bentuk pembangunan di kawasan ini, hanya pembalak‐pembalak dan orang asli sahaja yang mendiami kawasan ini.tetapi kau perlu ingat,kami manusia tidak dapat melihatmu,macam‐macam boleh terjadi,kau tidak boleh hanya menyalahkan kami sahaja,kaum mu juga perlu berhati‐hati”ujar ku lagi,

“Ya,aku mengerti semua itu,aku hanya takut mengenangkan masa depan bangsaku yang
kemungkinan terpaksa merubah cara hidup mereka,ya belajar untuk menerima manusia di
sekelilingnya.aku mahu hutan ini tempat tinggal kami terus kekal hingga ke anak cucu.Aku tidak mahu kami pupus di bumi Allah ini.” Sayu sahaja suara Indra.

“Kau perlu lakukan sesuatu”getus aku

“apa yang aku harus lakukan”Tanya Indra
“Berubah lah demi bangsa mu.bangkitlah dari tidur yang semakin nyenyak,kau harus
memikirkan nasib kaum mu,jangan terlalu gembira dengan apa yang ada kini,jangan terlalu
leka.jangan jadi macam kami,bangsa manusia yang berpecah‐belah kerana tidak
sehaluan,mementingkan duit semata‐mata.kau seharusnya mengambil ikhtibar dari kaum
kami,tidak mahu bersatu‐padu atas dasar satu ummah islam tetapi bersatu‐padu kerana
persamaan pendapat.akhirnya? bergaduh sesama sendiri,sesama islam .Melemahkan agama
dan bangsa sahaja!”
“Mengapa terjadi begitu? “soal Indra,
“Duit!”
“ yang Merubah manusia yang celik menjadi buta”
“yang bijak menjadi dungu”
“Ya,kami perlu berubah ke arah yang lebih baik.”
“Berubahlah demi kebaikan semua,yang kurang elok ditambah,yang terlebih elok
dikawal.penuhkan ilmu di dada,kurangkan dengki di hati”
“Ya.terima kasih Irnaz,kau memang berwawasan mungkin kau penganti pemimpin Negara
kelak.”puji Indra
“tinggi sungguh cita‐citamu”malu aku
“Kini tiba masanya untuk kita berpisah Irnaz,mungkin kita akan berjumpa lagi atau mungkin
tidak lagi”sayu Indra
“Irnaz pejamkan mata mu”
“baiklah”
“selamat tinggal Indra”ujarku perlahan
“Assalamualaikum….” Sayup‐sayup semakin menjauh
“Waaalaikumussalamm aku menjawap
Dan bila mataku dibuka hanya kabus‐kabus putih sahaja yang kelihatan.Aku syukur kepada
Allah kerana diberi peluang bertemu dengan makhluk Allah yang dirahsiakanNya,
Aku tersenyum sendirian.terkenang kemanisan senyuman Indra tadi,seolah‐olah mimpi sahaja
Matahari pagi semakin menunjukan rupanya,menyNadyari segenap alam dengan cahayanya
terang lagi menghangatkan suasana dan sebagai tanda kepada manusia untuk memulakan
hidup baru.
************
Ehh Irnaz,kau buat apa sendiri?kau tak tidurkah?”ujar Nadya dengan muka seribu soalan,
“tidak”jawapku
“Gila,kau buat apa malam tadi? “
“Tak buat apa‐apa”ringkas
Aku biarkan Nadya tertanya‐tanya,sengaja aku tidak mahu berkongsi kenangan indah itu ,pada
aku biarlah hanya aku yang diamkan kerana sifat manusia takkan percaya jika tiada bukti
Aku biarkan Nadya terus begitu,aku membuat persiapan kerana perjalanan masih jauh di
hadapan,aku tidak mahu terlepas keindahan di puncak Korbu. Aku mahu menghayati
panorama indah di puncak
Kami semua teruskan ekspedisi ini selepas segala persiapan dibuat,aku gembira kerana kini
aku bertemu kawan baharu di tempat yang begitu terasing.
Semoga kami akan berjumpa kembali dan aku berharap perubahan akan berlaku dalam
kehidupan umat islam tak kira bangsa manusia atau bunian.
************************
Penat sudah terasa kerana sudah beberapa jam kami mendaki dengan pelbagai rintangan ,lagi
beberapa kilometer lagi untuk kami sampai ke puncak .
“Irnaz, Irnaz….terima kasih...”sayup‐sayup kedengaran
Aku kenal suara itu,tetapi aku diamkan kerana aku tahu,
bukan sekadar kami sahaja di sini ,tetapi ada juga yang lain.
“Indra,aku rindu senyumanmu”bisik ku perlahan
“Sama‐sama dan selamat tinggal”
manusia dan bunian tidak akan bersatu tetapi kabus dan gunung akan tetap bersatu
membentuk satu permandangan yang takkan hilang di puncak ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan