Label

Ahad, 18 Disember 2016

NOVEL Salam Cinta Bab4

Gema azan subuh memberi ketenangan di pagi hari. Mengejutkan semua umat islam untuk bersujud kepada penciptanya. Menunaikan kewajipan di pagi hari yang sangat tenang. Tetapi di waktu ini masih ada lagi yang membenarkannya lena di buai mimpi, hingga ada yang tidak berdaya untuk mengerjakan solat subuh. Alhamdulillah aku masih lagi dikurniakan kekuatan untuk bangkit bersujud kepada yang Esa.

Hari ini aku tidak hanya bersolat bersama Raja Amran tetapi kami sekeluarga bersama‐sama solat di imami oleh papa. Indahnya jika waktu kami selalu dalam ketenangan dan kesucian menghadap Allah SAW. Aku kagum dengan keluarga mertuaku yang selalu mementingkan ibadah kepada Allah.

Seperti yang dirancang, aku dan keluarga bersama‐sama keluar ke taman rekreasi untuk bersama‐sama jogging dan bersenam. Kakak dan suami berpakaian sedondon,sungguh tersentuh hatiku dengan perwatakan kak Aini dan abang Azman yang sangat romantik seumpama pasangan baru kahwin. Fikiranku terbayang, siapa yang lebih lama kahwin? Aku atau kakak? Aku perlu faham bahawa setiap jalan hidup manusia berbeza‐beza. Mungkin ada bahagia untukku di lain perkara.

“Mama,mama tak nak ikut kami jogging ke?” Raja Amran bertanya pn Khadijah yang sedang duduk di atas bangku bersama Zania yang masih lena didalam kereta sorongnya. Kasian pula melihat Zania pagi‐pagi dah di bawa berjalan‐jalan.

“La, kalau mama jogging siapa nak jaga Zania? Mama boleh hirup udara pagi pun dah ok. Am pergi je la, temankan Qrish tu.”



“Ok mama. Am pergi dulu la. Bye Zania” sempat lagi Raja Amran mencuit pipi montel milik Zania.

“Aih Am! Jangan ganggu la Zania nak tidur.” spontan mama menampar tangan Raja Amran yang mencuit Zania.

Setelah selesai berjogging dan bersenam, kami sekeluarga singgah di di sebuah kedai untuk bersarapan. Satu meja makan riuh dengan kami sekeluarga. Kami duduk sambil berbual sementara menunggu makanan yang di pesan sampai. Setelah makanan sampai kami sama-sama menadahkan tangan mengaminkan doa. Kemesraan kak Aini dan Abang Azman jelas ketara apabila mereka makan saling bersuap. Sungguh romantik. Adakah sengaja mengundang luka di hatiku? Sampai bila hati ini perlu menahan pedih di depan mata. Ingin sahaja aku bermanja dengan seorang lelaki yang bergelar suami.

“ Am tak nak suapkan Qrish ke?” terkejut aku dengan pertanyaan papa.

Jelas kelihatan riak wajah Raja Amran yang mula berubah.

“Em ye la dik, suap la untuk Qrish. Adik malu ke? Takkan malu kot. Kan adik gentlemen. Baru
romantik. Hidup berkeluarga ni perlu selalu saling sayang. Baru kekal bahagia dan tak bosan bila dia buat kita selalu di sayangi.Betul tak abang?” Selamba kak Aini mencuit pipi abang Azman dan di ikuti anggukan abang Azman.

“La, dah kakak selalu panggil adik, tak seronok la. Dia tu dah besar. Panggil Am je? Zania boleh la jadi adik sementara dia tiada teman .” tergelak papa dengan kata‐kata mama.

“Apa yang korang merepek ni? Makan je la. Apa nak ajar‐ajarkan Am pula.Tak nak la.”

Memang patut engkau di ajar Am, biar kau tahu hidup berumahtangga. Tapi macamana kalau Raja Amran menyahut cabaran cuba menyuap aku? Tak mungkin la. Macamana aku nak menghadapinya nanti.Segan kot.

“ La bukan nak ajar Am, takut Qrish cemburu je dengan kakak.Tunjuk la Am tu juga romantik, bukan siapa pun.Keluarga je pun.” tiba‐tiba abang Azman menyambung.

“Tak ada la abang. Qrish tak cemburu la.”merah padam mukaku setelah dikenakan oleh abang Azman.

“Dah la tu, kasian kat Qrish. Malu la dia. Takkan nak paksa diorang” mama akhirnya mengerti
perasaanku.

Mungkin sahaja kalau Raja Amran cuba lakukan juga mungkin aku akan tertatap mata Raja Amran. Mungkinkah hatiku mampu bertahan dengan panahan mata seorang lelaki yang suatu masa dahulu pernah membuat aku terpukau? Kini kau suamiku, biarlah aku simpan semua ini.

“Ok...ok” kakak akhirnya mengalah.

Setelah kami selesai bersarapan, kami sekeluarga berjalan pulang ke rumah. Kami hanya berjalan ke taman rekreasi kerana rumah mertuaku hampir dengan taman rekreasi tersebut. Aku sengaja menolak kereta sorong Zania untuk mengelak dari beriringan dengan Raja Amran. Aku lebih selesa begini dari terus berlakon.

“Auch. Aduh sakitnya!” tiba‐tiba sahaja aku tersepak batu dan tanpa aku sedar, aku mengaduh kesakitan.

Alamak macamana ni? Kakiku terseliuh, mana mungkin aku berjalan sendiri. Kenapa saat ni la kaki ni nak terseliuh.

“Kenapa ni Qrish?” semua cemas dengan kejadian yang menimpaku.

“Terseliuh ma.”

“Dah asyik berkhayal je, memang la tersepak batu tu. Kalau ada bangunan pun boleh tersepak ni. Tengok dah terseliuh, macamana nak balik?”

Membebel pula mamat ni bukan nak bantu aku. Dah la sakit, ada pula penceramah tak berbayar. Apa salahnya kalau dia tolong aku.

“Am, kenapa cakap macam tu? Kasian Qrish, dah la sakit Am pula membebel.Tak pasal‐pasal. Dah angkat la Qrish, dia dah tak boleh jalan tu. Lagipun rumah kita dah nak dekat.” Pn Khadijah cuba mempertahan aku.

“Ok. Maaf Qrish. Dah mari Am angkat.” spontan Raja Amran mengangkatku tanpa mendapat
persetujuan dariku.

Terpana aku dengan tindakan mengejut Raja Amran. Kakak hanya tersenyum melihat perwatakan Raja Amran terhadapku. Merah padam mukaku dengan tindakan yang tak di jangka‐jangka itu. Entah kenapa aku terpaku membiarkan diri di bawa oleh Raja Amran.

Setelah sampai ke rumah, aku di sapu ubat untuk meringankan sakit yang terseliuh di kakiku. Aku dan Raja Amran pulang ke rumah pada petangnya. Ikutkan ibu mertuaku tidak mengizinkan aku pulang kerana kakiku masih tidak elok. Tetapi aku menegaskan untuk pulang kerana esoknya aku akan mula bekerja. Tambahan pula aku dapat rasakan ketidakselasaan di wajah Raja Amran kerana terpaksa melayan aku.

Barada di rumah seumpama aku kembali ke alam kesunyian. Apa yang perlu aku lakukan melainkan mengemas rumah. Aku di tinggalkan lagi setelah Raja Amran keluar untuk berjumpa dengan kawan‐kawannya. Aku cuba melakukan apa sahaja untuk menghilangkan rasa bosan.

Setelah selesai mengemas rumah aku menggosok bajuku dan baju Raja Amran untuk di pakai ke kerja. Sudah menjadi kebiasaanku menggosok pakaian untuk seminggu, bimbang tidak sempat kerana penat sebaik pulang dari kerja.

Selesai menggosok baju, aku mencapai telefon untuk menghubungi kawan kesayanganku. Balqis seorang yang sentiasa sudi melayan kerenah aku di saat aku menghubunginya. Dahulu dialah insan yang selalu mendengar rahsia hatiku. Tetapi kini aku sudah tidak mampu membongkar rahsiaku kerana bimbang aku akan berdosa kerana aku terikat dan perlu hormat kepada suamiku. Cukuplah sekadar Balqis tahu yang aku bahagia. Kami hanya berborak kosong tentang kerja dan perkembangan harian kami kerana kami ingin hubungan kami selalu terjalin. Kehidupan berumahtangga bukan bererti aku sudah terikat untuk merapati rakan-rakanku.

Bagiku, hubunganku dengan Balqis takkan terputus melainkan dengan izin ALLAH s.w.t. Sesungguhnya Allah tidak pernah memisahkan hubungan sesama umatnya melainkan umatnya sendiri merancangnya.

Telefon di angkat sebaik sahaja deringan pertama sampai di telingaku. Sungguh cepat Balqis
mengangkat telefonku.

“Assalamualaikum Qrish.” jelas girang suara Balqis di talian.

“ Waalaikumussalam. Semangat kau angkat call aku. Tak sempat aku nak bagi salam kau dah mula dulu. Qis sihat ke?”

“ Ye la kawan kesayangan aku yang call memang la aku bersemangat. Aku alhamdulillah sihat. Kau?” tersenyum aku dengan jawapan yang diberikan Balqis.

“ Aku pun sihat. Qis, aku boring. Aku baru je pulang dari rumah mertuaku. Kau buat apa? Aku call sebab nak berborak dengan kau. Nak dengar cerita terbaru dari kau.Hehe”

“ Aku dah tau kau kalau boring je call aku.huhu. Tapi maaf Qrish, aku tak dapat nak berborak lama‐lama. Hari ni aku ada janji dengan ehem...”

“Wah... Sory. Jadi tuan hamba ganggu sang puteri nak keluar dengan sang putera la ni? Ala, tak pe la camtu. Hati‐hati ye, kirim salam la kat ehem tu.. hehehe..”

“Ok. Nanti aku call kau lagi. Sory Qrish. Jangan marah. Kau silap masa call aku.” Sudah menjadi
kebiasaan balqis selalu memohon maaf seumpama dia melakukan kesalahan yang besar.

“ Tak apa‐apa la. Dah pergi bersiap. Tapi kau kena janji nanti call aku lagi.” dapat aku bayangkan wajah Balqis di saat itu seperti seorang yang bersalah.

“Ok sayang. Janji. Ok bye.Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.” butang merah ditekan sebaik sahaja aku membalas salam Balqis.

Kenapa la disaat aku bosan semua orang tiada untuk menemaniku. Kalau di rumah mertuaku mungkin aku tak akan sebosan ini. Tetapi apakan daya aku ada tugasan. Aku bukan suri rumah sepenuh masa untuk sentiasa bersenang‐senang. Kalau hendak keluar memang tak mungkin la kerana jam sudah menunjukkan jarum pendek melebihi angka enam dan jarum panjang sudah berada satu perempat bulatan. Kalau keluar memang malam la baru aku pulang. Aku bukan bujang untuk keluar tanpa tujuan kemana‐mana. Aku mengambil keputusan untuk keluar ke kolam ikan di belakang rumah. Sekurang‐kurangnya dapat juga aku bagi ikan makan .

Kejernihan air kolam ikan sangat ketara sehingga kelihatan wajahku di permukaan air. Kolam ikan di belakang rumahku selalu di cuci oleh tukang kebun yang akan datang dua kali semiggu untuk mengurus persekitaran rumah kami. Dia hanya datang mengemas bahagian luaran dan diberi gaji oleh Raja Amran. Pak Kamil lelaki yang mungkin sebaya dengan ayahku itu sangat baik dan kadang‐kadang dia membawa cucunya ke rumahku pada hujung minggu.Dia sudah terlalu lama bekerja dengan keluarga Raja Amran. Raja Amran sudah menganggap Pak Kamil dan keluarga sebagai keluarga keduanya. Kami pernah juga bersama‐sama menikmati masakan isteri pak Kamil. Masakannya sangat enak dan ada ketika aku belajar memasak dari isterinya.

Aku duduk bersimpuh di tepi kolam sambil memberi makan ikan. Sungguh seronok melihat ikan‐ikan berebut mendapatkan makanan yang aku lemparkan. Ingin sahaja aku memegang ikan‐ikan tersebut tetapi itu terlalu sukar kerana ia sangat lincah. Banyaknya ikan! Dia banyak kawan, tak sama dengan aku. Aku keseorangan tetapi aku bukan di pulau.

Kesunyian yang merantaiku telah membawa aku ke peristiwa pagi tadi di taman rekreasi. Tragedi tersepak batu di taman tadi sangat‐sangat memalukan diriku. Kerana itulah aku terpaksa memaksa diri untuk dipangku oleh Raja Amran sehingga sampai ke rumah mertuaku.

Mahu saja aku tergelak melihat muka terpaksa Raja Amran yang terpaksa membawa aku pulang. Bukannya selalu dia berkorban untukku.Terima kasih Am.hehe..

Di taman rekreasi jugalah permulaan aku mengenali Zahlia. Insan yang telah membantu menyelamatkan nyawa aku. Akibat ingin keluar jogging berseorangan aku telah terlibat dalam satu kemalangan langgar lari. Aku telah dilanggar ketika aku sedang berjalan untuk ke taman.

Aku cedera parah tetapi malang nasibku setelah aku ditinggalkan tercungap‐cungap keseorangan meminta bantuan. Dengan izin Allah, aku di bantu oleh seorang perempuan iaitu Zahlia. Tanpa memeriksa siapa aku, Zahlia mengangkat aku ke dalam keretanya. Mungkin kerana aku terlalu sakit menyebabkan dia bersimpati denganku. Aku di hantar ke bilik kecemasan di hospital berdekatan.

Sebaik sahaja aku sampai ke hospital aku di bantu dengan bantuan pernafasan. Selepas itu aku sudah tidak tahu apa yang terjadi. Perkara yang terakhir yang aku ingati adalah aku di bawa ke bilik kecemasan dan jelas terlihat cemas di wajah Zahlia. Aku hanya mampu mengucap dua kalimah syahadah sebelum mataku terpejam. Duniaku serta merta gelap gelita.

Aku mula membuka mata setelah dua jam aku tidak sedarkan diri. Mungkin sakitku tidak dapat
terkawal sehingga aku tidak sedarkan diri. Sebaik sahaja aku sedarkan diri, orang pertama yang aku lihat adalah Zahlia dan seorang jururawat. Aku sedikit bingung tidak tahu di mana aku berada dan siapa sekarang yang berada di sisiku. Kenapa orang yang aku kenal tidak ada di sisiku? Tapi dalam masa yang sama aku masih ingat yang aku dilanggar oleh insan yang tidak bertanggungjawab. Tapi siapa perempuan yang ada di tepi jururawat itu? Senyumannya menunjukkan dia sangat gembira apabila melihat aku sudah sedarkan diri.

“Nurse, boleh tak saya nak bercakap dengannya?” terngiang‐ngiang suara lembut seorang perempuan di telingaku.

“Boleh tapi jangan terlalu banyak menanya, dia mungkin masih keletihan. Kalau macam tu saya keluar dulu. Kalu cik perlukan apa‐apa nanti panggil ye?”

“Ok, terima kasih nurse.” dapatku lihat senyuman manis dari perempuan yang sekarang berada di tepi katilku.

“Rania macamana?” satu panggil yang sangat janggal di pendengaranku.

Siapa perempuan ini? Tentu sekali dia tidak pernah mengenali aku. Kerana tiada seorang pun yang memanggil aku dengan panggilan Rania. Tapi bagaimana dia dapat tahu namaku Rania?

“Macamana awak tahu nama saya Rania? Tak pernah ada orang yang panggil saya dengan panggilan Rania.Saya di mana?” tanpa menjawab pertanyaan perempuan itu, aku terus melemparkan soalan bertubi‐tubi.

Hanya senyuman yang terukir di bibir perempuan itu. Teramat manis sehingga aku yang perempuan pun boleh terpana melihat kejernihan air mukanya. Di wajahnya teramat tenang, mungkin dia orang baik‐baik.

“Saya Zahlia. Ni purse awak.Sory saya terpaksa buka purse awak.Saya nak cari maklumat awak. Saya tahu nama awak dari kad pengenalan awak. Tadi awak di langgar dan saya bawa awak ke mari.Maafkan saya.” huluran perempuan itu disambutku dengan senyuman.

“Oo, Zahlia. Maafkan saya sebab banyak pertanyaan. Terima kasih kerana sudi bantu saya.” menitis air mataku dengan ketulusan Zahlia membantuku.

“Eh tak apa. Saya bantu awak dengan keikhlasan kita sesama manusia tak salah membantu. Tadi saya ada telefon Balqis. Saya terlihat dalam senarai panggilan dan mesej awak banyak nama Balqis.So, saya anggap dia mungkin orang terdekat dengan awak. Maaf sebab terpaksa menyelongkar phone awak.”

“Oh ye ke? Memang dia kawan rapat saya.Saya hanya ada dia je kat sini.Semua yang lain ada kat kampung. Tapi Balqis ada kat luar negeri, dia ada tugasan luar. Habis apa yang dia cakap?” terkedu aku dengan kesungguhan Zahlia membantuku hingga sanggup menghubungi Balqis.

“Aa, dia nak cuba balik tapi dia baru sahaja sampai kat Sabah. Saya nak cuba contact family awak, tapi Balqis kata ayah awak menghidap penyakit jantung. Jadi saya tunggu awak sedar dahulu. Balqis minta saya teman awak. Dia akan cuba balik katanya dan dia akan hubungi kakak awak. Tapi tak apa.Saya boleh jaga awak. Lagipun saya tak ada buat apa‐apa pun.”

Panjang lebar penerangan Zahliakepadaku.

“Zahlia boleh tak tolong dial number Balqis.Saya nak bercakpa dengannya.Saya tak nak ganggu dia.Ni je peluang dia nak naik pangkat. Zahlia, saya tak nak susahkan awak. Tak apa mungkin ada jururawat yang boleh jaga saya. Kakak saya baru sahaja melahirkan anak pertama.” tanganku retak mengakibatkan aku tidak dapat menekan butang telefon.

Sebaik sahaja selesai aku bercakap dengan Balqis, aku memutuskan supaya Balqis tidak pulang dan aku yakinkan dia bahawa aku tidak terlalu parah. Jelas terdengar tangisan Balqis kerana risau akan keadaan aku di hospital. Setelah itu aku menelefon kakak untuk memberitahu yang aku tidak begitu tenat. Aku tidak mahu dia bersusah untuk datang. Tetapi abang iparku akan datang untuk melihat keadaanku. Aku terharu dengan kesanggupan Zahlia menemaniku di hospital. Dia meminta izin dengan kakakku untuk menjaga aku di hospital.Katanya tidak menjadi masalh untuknya menemani aku di hospital.Dia meyakinkan kakakku yang dia mampu menjaga aku.

Alhamdulillah disaat aku memerlukan masih ada orang sebaik Zahlia. Masih ada lagi insan
yang ikhlas seperti Zahlia tambahan lagi dia tidak pernah mengenali aku. Bukan tiada yang
sanggup menemaniku disaat ini tetapi aku faham keadaan masing‐masing. Terima kasih untuk Zahlia kerana sanggup menemani aku. Petangnya abang iparku datang untuk melawatku.
Alhamdulillah kedatangan abang Din membuatkan aku mampu untuk senyum. Zahlia meminta
izin untuk terus menjaga aku di hospital.Zahlia memberi alasan yang aku perempuan mungkin
lebih elok perempuan juga yang menjaga. Kedatangan keluarga Zahlia juga sedikit sebanyak
membuat aku terharu. Mereka juga mengizinkan Zahlia menjagaku di wad.
Segan di temani oleh seorang tidak aku kenali.Tetapi aku tidak mampu menghalang kerana di
saat aku sakit dan hanya mampu mengiakan apa sahaja. Aku berjanji andai aku di takdirkan
sihat, aku akan balas jasa Zahlia.Mungkin tidak terbalas jasamu Zahlia. Hanya Allah sahaja yang
mampu membalas jasa insan yang setulus hati membantuku ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan