‐Tahun 2002‐
Bacaan Surah Yassin terusku alunkan. Bersama linangan air mata serta sebak di dada bacaan suci itu tetap jua sempurna. Kesempurnaan itu perluku terapkan dalam bacaanku agar sampai pahalanya kepada insan yang dikuburi di hadapanku ini. Setelah bacaan ituku iringi dengan doa dan disudahi dengan amin, makaku tutup kitab suci bersaiz kecil itu danku letakkan semula di pangkuanku. Kini pandanganku terhala ke arah dua batu nisan yang sudah terlihat uzur usianya. Tahun demi tahun menjadikan batu putih itu kekuning‐kuningan dan sedikit kehitaman. Air mata yang mengalirku seka dengan hujung baju kurungku. Perlahan aku menggerakkan tangan dan membiarkan jari jemari halusku meraba batu nisan yang tertinta nama Mushir bin Abdul Razak di atasnya dengan tulisan jawi.
Aku tidak pernah mengenali lelaki ini. Tetapi segala keburukan serta penghinaan mengenai dirinya tetap jua dicanang oleh orang kampung. Lelaki ini berstatuskan adik kepada walid wan dan berstatuskan pak cik kepada ibu kandungku. Status‐status itu sedikit pun tidak memberikan kesan apa ke atas diriku. Namun setelahku ketahui bahawa lelaki yang sepatutnyaku gelarkan sebagai atuk saudaraku ini jualah bapa kandungku, maka gelaplah duniaku pada saat itu. Walaupun usiaku masih mentah tika itu, tetapi untuk memahami penghinaan Mak Cik Bedah amatlah mudah. Masihku ingat betapa derasnya air mataku mengalir dan kekuatan yang tinggal sisa ituku gagahkan diriku untuk berlari pulang ke rumah.
Sesampainya di rumah, walid wan terusku dapatkan. Pertanyaan tentang benarkah penghinaan yang dilemparkan kepada atuk saudaraku ituku hamburkan. Walid wan terkaku tidak terkata apa. Hanya matanya sahaja yang berkaca. Sedangkan umi tuk yang terdengarkan pertanyaan itu sudahpun mengalir air mata. Aku didakap kuat oleh walid wan. Pada saat itu, tahulah aku akan sebuah kebenaran yang bakal menggelapkan duniaku. Namun hanya sementara sahaja tanggapan itu singgah di hatiku. Setelah segalanya reda. Walid wan memberitahu aku, biar seteruk manapun aku dihina kerana kesilapan adik serta anak kandungnya sendiri tetapi akan dipastikannya yang aku akan menjadi seorang insan yang lebih mulia daripada mereka yang mengata. Sedari hari itulah setiap hari aku diajar akan erti kesabaran dan ketabahan. Ternyata kedua‐dua unsur itulah yang banyak membentuk aku menjadi diriku pada hari ini.
“Umi tuk tak suka Balkis pergi kubur tu! Umi tuk tak suka!!!”
Teringat aku akan tengkingan umi tuk lima bulan yang lepas setelah dia mendapat tahu yang aku curi‐curi menghadirkan diriku di hadapan pusara ini. Aku tahu mengapa begitu sekali penolakan umi tuk kepada arwah adik iparnya ini. Pastilah di dalam pemikiran umi tuk, lelaki yang sudah terkubur inilah punca utama mengapa anak tunggalnya itu sanggup meconteng arang ke wajahnya. Andai arwah tidak menggoda ibu kandungku pasti segala porak peranda ini tidak akan berlaku dan pasti jualah anak haram ini tidak akan lahir ke alam nyata.
“Anak haram?”
Mengalir lagi air mataku saat persoalan di hati mampuku dengari. Aku tahu memang benar statusku anak haram. ‘Haram’ dilabelkan ke atas diriku kerana aku dilahirkan oleh seorang wanita yang berstatuskan bujang dan ‘hina’ dilemparkan ke atas diriku kerana aku berbapakan atuk saudaraku sendiri!
“Ya Allah. Kau kuatkanlah hatiku dalam menangani perasaan kecewa serta sedih ini. Aku perlukan kekuatan daripadaMu, Ya Allah…”
Rintih hatiku. Aku kemudiannya menadahkan tangan sekali lagi bagi memanjatkan doa kepada Ilahi agar diampunkan dosa si mati serta diringankan hukuman untuknya. Andai boleh biarlah syurga menjadi kediaman kekal abadinya di sana.
“Amin.”
Seraya mengaminkan doaku sendiri, kuraup telapak tanganku ke muka.
“Assalamualaikum.”
Tersentak aku. Pantas wajahku tolehkan ke belakang.
“Walid wan?!”
Walid wan mengambil tempat di sebelahku. Melabuhkan punggungnya di atas tikar mengkuang bersaiz kecil yang sudahku hampari di atas tanah.
“Balkis tak jawab lagi salam walid wan?”
“Maaf. Waalaikumussalam.”
Ujarku seraya menyalami tangan tua walid wanku.
“Umi tuk tahu tak walid wan datang ke sini?”
Risauku. Walid wan tersenyum nipis.
“Tak. Walid wan tak nak lukakan hati umi tuk.”
Aku terdiam. Memahami situasi lelaki di sebelahku ini.
“Dah lama Balkis dekat sini?”
“Dah. Lepas sediakan sarapan tadi, Balkis terus datang sini.”
“Balkis tak takut umi tuk marah?”
Aku menganggukkan kepalaku.
“Habis tu kenapa Balkis datang jugak?”
Aku tertunduk. Tidak tahu untuk menjawab apa. Seketika kemudian terasa bahuku disentuh lembut.
“Balkis tahukan kenapa umi tuk larang Balkis ke sini?”
“Balkis tahu. Tapi…”
“Tapi apa?”
“Balkis rindu.”
“Rindu?”
Soal walid wan sepatah mahukan kepastian.
“Walid wan. Balkis tahu kenapa umi tuk larang Balkis ke sini. Tapi, Balkis tak dapat tahan diri Balkis untuk menziarahi kubur seorang lelaki yang telah membenarkan kehadiran Balkis ke muka bumi ini. Biar sejahat dan sehina manapun dirinya… Dia tetap ayah Balkis. Balkis harap walid wan faham kenapa Balkis terpaksa membelakangkan umi tuk kali ni.”
Gugur lagi air mataku. Sedaya upaya aku meraih simpati lelaki yang sudah berkaca matanya.
“Ya Allah betapa mulianya Engkau menghadirkan perasaan sayang di hati cucuku ini terhadap lelaki yang telah menzalimi dirinya. Betapa besarnya KuasaMu, Ya Allah.”
Hati tuanya memuji Kekuasaan Yang Maha Esa.
“Walid wan faham. Dahlah. Walid wan nak Balkis balik sekarang. Walid wan tak nak umi tuk
perasaan ke mana Balkis menghilang.”
“Umi tuk cari Balkis ke?”
“Haah. Umi tuk yang suruh walid wan cari Balkis. Dia risau. Nak dekat dua jam dah Balkis
menghilang. Selalunya kalau Balkis nak ke mana‐mana Balkis akan minta izin daripada walid wan ataupun umi tuk. Tapi pagi ni Balkis terus menghilang macam tu je. Tu yang umi tuk risau tu. Habis rumah Mak Cik Zawiyah kamu diketuknya. Bila Mak Cik Zawiyah kata yang kamu tak ada datang ke rumah dia. Terus kelam kabut umi tuk kamu tu.”
Perasaan bersalah cepat sahaja memenuhi di segenap ruang hatiku.
“Balkis… Walid wan tahu yang Balkis ada rasa bersalah. Dahlah. Tak guna Balkis nak layan
perasaan tu. Lebih baik Balkis balik sekarang.”
“Baiklah. Tapi, walid wan tak nak balik dengan Balkis ke?”
“Tak. Walid wan nak baca Surah Yassin dan berdoa dulu. Lepas ni bila Balkis sampai sahaja di
rumah, terus minta maaf dengan umi tuk dan kalau umi tuk tanya Balkis ke mana… katakan sahaja yang Balkis ke bendang.”
Aku mengerti mengapa penipuan terpaksa disuakan kepada umi tukku. Perlahan aku menganggukkan kepala. Aku bangkit dari duduk dan berdiri untuk melangkah pulang ke rumah. Namun saat langkah sulung hendakku atur. Aku teringatkan kemusykilan di hati.
“Walid wan… Boleh Balkis tahu macam mana walid wan dapat teka yang Balkis datang ke sini?”
Perlahan senyuman terukir di wajah tua di hadapanku ini. Berserta senyuman yang kian melebar…
“Walid wan kenal sangat siapa cucu walid wan ni.”
Aku terpinga seketika. Namun sesaat kemudian pengertian mampuku uraikan. Senyuman yang
masih melebar di bibir walid wanku balas dengan reaksi yang sama.
“Assalamualaikum. Balkis, saya tunggu awak dekat tempat biasa dalam pukul 5 petang. Jangan
lambat tau.”
Berkali‐kali aku membaca mesej daripada Mashitah. Pelik juga sewaktu aku menerima pesanan
ringkas ini. Bukankah setiap kali sahabatku itu hendak bertemu denganku dia akan datang
menjemputku di rumah walid wan. Tetapi kenapa hari ini aku harus pergi berasingan dengannya? Sekali lagi aku mencuba nasib. Aku pergi ke log panggilan dan menekan butang hijau apabila tertera nama Mashitah di atas skrin. Kehampaan tetap sahaja mengiringiku.
Mashitah tidak mengendahkan panggilanku.
“Kenapa dia tak jawab panggilan aku?”
Soalku sendirian. Otak mula ligat memikirkan sebarang kemungkinan dan kewajaran untuk aku
bertemu dengan sahabatku itu petang ini.
“Nak pergi ke tak nak?”
Soalku perlahan.
“Nak pergi mana?”
Terkejut aku. Cepat jari jemariku mengurut dada.
“Astaghfirullahal azhim. Umi tuk ni suka sangat buat Balkis terkejut. Lain kali bagilah salam dulu.”
“Kalau Balkis tu tak berangan tak adanya nak terkejut. Ni mesti tengah berangankan buah hatilah ni.”
Usik umi tukku.
“Teringat buah hati apanya. Ni, Mashitah ni. Dia nak ajak Balkis keluar petang ni.”
“Habis tu? Pergi jelah. Lagipun Balkis dengan Mashitah kan tengah bercuti sekarang ni. Eloklah
kalau selalu berjumpa. Nanti, kalau dua‐dua dah pergi belajar balik… kan susah nak bertemu.”
“Emm… Yelah. Nanti petang Balkis keluarlah dengan Mashitah.”
Sengaja aku menamatkan perbualan seperti itu. Tidak mahu memanjangkan dengan meluahkan kemusykilan di hati tentang sikap sahabatku ini. Bukan apa, nanti banyak pula persoalan yang keluar dari mulut insan kesayanganku ini yang perluku sediakan secara terperinci akan jawapannya.
Hampir sepuluh minit menunggu. Namun bayangan Mashitah masih belum kelihatan.
“Mana Mashitah ni? Kata pukul 5.00. Ni dah pukul 5.10 dah ni... Tadi, dia jugak yang beria‐ia pesan jangan lambat.”
Bebelku sendirian sambil melilaukan pandanganku ke sekitar kawasan sawah padi milik walid wanku ini.
“Assalamualaikum.”
Perlahan ucapan salamku dengari. Tetapi bukan suara Mashitah yang menjamahi pendengaranku. Entah mengapa kelembutan suara itu mendebarkan dadaku. Aku terkaku dan jawapan salam hanyaku jawab di hatiku sahaja.
“Dah lama Balkis tunggu?”
Kini di hadapanku berdiri seorang lelaki. Lelaki ini terlihat jauh lebih kacak jika hendak
dibandingkan dengan pertemuan kali pertama kami pada sembilan tahun yang lepas. Kedewasaannya jelas terpamer di sebalik senyuman manis yang dihadiahkan kepadaku. Aku tersipu mendepani lelaki ini. Tertunduk wajahku.
“Dah lama Balkis tunggu?”
Diulangi soalan yang sama.
“Tak adalah. Tak lama. Mashitah mana?”
“Mashitah dekat rumah.”
“Dekat rumah? Bukan ke dia yang hantar mesej dekat saya tengah hari tadi untuk bertemu di tempat ni pada pukul 5.00 petang?”
“Emm… Sebenarnya Balkis, abang nak minta maaf.”
“Minta maaf? Untuk apa?”
Kali ni sudahku angkat wajahku untuk melihat seraut wajah yang amatku rindui. Sungguh aku
rindukan lelaki di hadapanku ini! Andai dahulu kerinduan terhadapnya tidak begitu mendalam. Tetapi kedewasaan yang kian meningkatkan usiaku menjadikan aku begitu mengenali akan perasaan rindu terhadap lelaki yang bukannya muhrimku ini.
“Sebenarnya… Bukan Mashitah yang hantar mesej tu pada Balkis. Tapi abang.”
“Abang? Tapi kenapa mesti Abang Fikri gunakan handphone Mashitah untuk menghantar mesej pada saya. Kenapa Abang Fikri tak gunakan handphone sendiri?”
Soalku pelik.
“Sebab… Kalau abang gunakan handphone abang untuk memaklumkan kepada Balkis yang abang nak bertemu dengan Balkis petang ni, mesti Balkis akan menolak.”
Aku terdiam. Sedikit kemarahan menyala di hatiku.
“Abang tahu yang Balkis mesti marahkan abang. Tapi abang tak ada pilihan.”
“Siapa kata abang tak ada pilihan? Abang boleh berterus terang dengan saya dan bukannya
menggunakan helah seperti ini untuk bersua muka dengan saya.”
“Kalau abang berterus terang, Balkis akan bersetuju untuk bertemu dengan abang?”
“Kenapa tidak?”
“Balkis sendiri tahukan jawapannya. Seboleh‐bolehnya Balkis akan mengelakkan diri untuk berdua‐duaan dengan abang. Hampir setahun Balkis enggan bertemu secara bersendiri dengan abang. Kenapa Balkis? Balkis bencikan abang ke?”
Benci? Tidak tahukah lelaki ini betapa aku merindui dirinya setiap hari? Butakah dia untuk mengesan kerinduan di wajahku?
“Balkis. Balkis ingat hari ni?”
“Hari ni? Kenapa dengan hari ni?”
Abang Fikri tersenyum. Namun keikhlasan tidak terpamer dalam senyumannya itu.
“Nampaknya Balkis dah lupa.”
Sayu suaranya.
“Betul Balkis langsung tak ingat hari ni, hari apa?”
Sejujurnya sedari pagi lagi aku sudah mengingati akan pengertian hari ini bagi diriku dan Abang Fikri. Tetapi perasaan malu begitu menyukarkan aku untuk memberitahu lelaki di hadapanku ini akan ‘makna’ hari ini.
“Saya tak lupa.”
Akhirnya aku berserah.
“Maksud Balkis… Balkis ingat hari ni hari apa?”
Aku menganggukkan kepalaku perlahan.
“Hari apa?”
Gelojoh Abang Fikri mahukan kepastian.
“Hari ni… Genap setahun Abang Fikri meluahkan perasaan pada saya.”
Perlahan dan begitu berhati‐hati aku menuturkan tiap patah kata. Aku tertunduk malu buat
kedua kalinya.
“Alhamdulillah. Abang ingat Balkis dah lupa.”
Riang benar suaranya.
Mana mungkin aku melupakan bicara Abang Fikri setahun yang lepas. Biarpun luahan itu
hanya dituturkan melalui panggilan telefon, namun sudah mampu untuk menghadirkan
debaran dan getaran yang maha hebat di hatiku. Masihku ingat lagi pada saat itu. Sejuk
seluruh tubuhku. Kenangan yang terimbau itu menghadirkan semula debaran yang pernah
menghilang setahun yang lepas.
“Jadi. Balkis dah bersedia?”
Kali ini tiada lagi kiasan. Abang Fikri benar‐benar mahukan kepastian dan ternyata
penantiannya yang genap setahun pada hari ini harusku berikan kata putus, agar kesengsaraan
tidak lagi mengekori dirinya. Andai difikirkan balik, inilah punca mengapa Abang Fikri sanggup
menipu diriku dan seperti biasa pastilah adik kesayangannya itu sudi membantu. Sehingga
mesej palsuku terima dan panggilan daripadaku jua tidak diendahkan oleh sahabatku itu.
“Abang Fikri. Sebenarnya saya…”
“Balkis. Tolong jangan tolak abang. Abang betul‐betul cintakan Balkis. Abang yakin yang
abang mampu untuk bahagiakan Balkis. Lagipun abang baru sahaja menamatkan pelajaran.
InsyaAllah kalau ada rezeki abang, tak lama lagi abang akan dapat kerja. Bila abang dah stabil.
Abang akan mula kumpul duit dan abang takkan menunggu lama untuk menyunting Balkis
menjadi siteri abang. Abang ikhlas untuk menyayangi Balkis kerana Allah.”
Ayat akhir itu benar‐benar menyentuh hatiku. Aku yakin Abang Fikri benar dalam menuturkan
keikhlasannya. Cuma aku yang masih mempunyai keraguan.
“Balkis…”
Lembut namaku dipanggil.
“Abang. Saya masih ragu‐ragu.”
“Balkis ragu‐ragu dengan abang?”
“Tak. Maksud saya, tak sepenuhnya keraguan itu ditujukan pada abang. Saya cuma berfikiran
rasional.”
“Rasional? Maksud Balkis?”
Aku menarik nafas perlahan sebelum memulakan bicara. Aku berharap oksigen yang
memenuhi paru‐paruku ini mampu meredakan sedikit getaran di dada.
“Sekarang abang dah menamatkan pelajaran abang. Ini bermakna tak lama lagi abang akan
menempuhi alam pekerjaan. Pernah tak abang terfikir yang abang akan bertemu dengan
pelbagai jenis wanita yang mungkin jauh lebih sempurna berbanding diri saya? Pada waktu
abang dah bertemu dengan wanita itu, pasti penyesalan akan menghimpap diri abang kerana
telah meluahkan perasaan cinta pada saya dan apa yang lebih malang lagi… Saya menerima
cinta abang. Pernah tak”
“Tak. Abang tak pernah fikir semua tu. Abang yakin hanya Balkis lah yang abang cintai.
Mungkin Balkis masih tak menyedari satu perkara.”
Bicaraku dipotong. Pantas pula aku dikatakan tidak menyedari sesuatu. Apakah perkara itu?
“Balkis masih ingat kali pertama kita bertemu?”
Mana mungkinku lupakan hari itu. Hari yang begitu bertuah buat diriku. Pada hari itulah aku
bertemu dengan sahabat sejatiku dan pada hari itu jualah aku bertentang mata dengan Abang
Fikri buat pertama kalinya. Saat itu, perasaan malu yang hadir menyebabkan aku tertunduk.
Sekali lagi imbauan silam meningkatkan debaran di dadaku.
“Saya takkan lupa.”
“Kalau Balkis tak lupa. Abang lagilah tak mungkin mampu meluputkan imbauan itu dari
ingatan abang. Balkis tahu kenapa?”
“Kenapa?”
Soalku sepatah.
“Sebab pada hari itulah jantung abang berdegup kencang. Berdegup kencang saat bertentang
mata dengan Balkis. Degupan di jantung abang kian hebat bila Balkis tertunduk malu.
Semenjak dari hari itu abang mula merasakan yang perasaan abang pada Balkis berlainan…
Abang selalu menafikan diri yang abang telah jatuh cinta dengan Balkis. Mana mungkin
seorang remaja lelaki boleh jatuh cinta dengan seorang kanak‐kanak perempuan. Pelikkan?”
Tidakku sangka perasaan Abang Fikri pada saat itu lebih kurang sama dengan apa yangku
rasai.
“Pelik. Tapi itulah kebenarannya. Jadi, kalau Balkis menolak abang kerana kerguan yang kecil
itu… Abang benar‐benar kecewa. Kalau betul abang tak cintakan Balkis dan hati ini mudah
beralih pada wanita lain. Abang tak perlu menunggu untuk melangkah ke alam pekerjaan. Di
universiti tu pun berlambak wanita. Tapi, tiada seorang pun yang berjaya menghadirkan
debaran di hati ini setiap kali abang memandang mereka. Debaran itu hanya hadir apabila
abang berada di sisi Balkis. Tak apalah Balkis… Apa faham. Penolakan Balkis hari ini takkan
mematahkan semangat abang untuk terus berusaha memiliki sekeping hati milik Balkis.”
Bergetar suara Abang Fikri. Sedih benarkah dirinya?
“Balkis…”
Aku memandang tepat ke arah sepasang mata yang sudah terlihat berkaca di hadapanku ini
saat dirinya memanggil namaku.
“Abang nak tanya sesuatu boleh?”
“Apa dia?”
“Balkis sudah ada seseorang yang istimewa di hati Balkis?”
Aku menganggukkan kepalaku. Anggukan itu menggugurkan permata yang cuba ditahan oleh
kelopak matanya. Abang Fikri mengesat permata itu dari terus mencemari wajahnya.
“Abang Fikri faham sekarang. Abang Fikri doakan Balkis bahagia dengan pilihan Balkis.”
Seraya menuturkan kata‐kata itu Abang Fikri pantas memusingkan tubuhnya dan ingin
memulakan langkah meninggalkan diriku.
“Abang. Nanti dulu. Abang tak nak tahu ke siapa pilihan saya?”
Terhenti langkah Abang Fikri. Namun dirinya masih membelakangiku.
“Memang benar di hati saya sudah hadir seorang lelaki. Hadirnya menghuni ruang hati ini
sudah bertahun lamanya. Tapi, selama ini saya tiada keberanian untuk memberitahunya yang
saya juga cintakan dia.”
Aku menarik nafasku dalam kerana ayat yang bakalku ungkapkan sebentar nanti sudah lamaku
rencanakan di minda. Inilah masa dan ketikanya Abang Fikri akan mengetahui suatu
kebenaran.
“Lelaki yang saya cintai ialah Mohd. Fikri bin Mohd. Ishak.”
Sekali nafas aku melafazkan pengakuan cinta itu. Sepantas kilat pula Abang Fikri memusingkan
tubuhnya. Seperti pertama kali kami bertemu. Saat ini, aku turut bertentang mata dengan
Abang Fikri. Apa yang berbeza tika ini biarpun perasaan malu sudah mengkerumuni hatiku,
namunku kuatkan jua diri ini dari tertunduk. Aku mahu menatap sepasang mata yang penuh
dengan kegembiraan dan aku juga mahu membalas senyuman insan yang amatku cintai ini.
Kesyukuran, kegembiraan dan senyuman berserta tiupan angin di sawah padi ini bagai
memainkan melodi yang indah. Segala keindahan dan rasa bahagia yang membungai hatiku
ini takkanku lupakan sampai bila‐bila. Biarlah aku menyimpan kenangan hari ini ke dalam
kotak memoriku sebagai salah satu kenangan yang membahagiakan aku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan