JOHNNY TAN mengetap kuat bibirnya. Matanya tajam merenung ke arah bangunan KLCC yang terpacak megah di tengah‐tengah kota kosmopolitan Kuala Lumpur. Di fikirannya bagaikan sarat memikirkan sesuatu. Dahinya jelas berkerut. Duduknya di sofa ruang tamu apartmen itu bagaikan tidak selesa. Dia bangun lalu menuju ke beranda apartmen. Sambil berpeluk tubuh, otaknya terus ligat berfikir. Sesekali dilepaskan dengusan nafas yang kasar. Dia benar‐benar tidak selesa.
Di satu sudut, Cindy turut muram wajahnya. Sambil berpeluk tubuh dia datang menghampiri Johnny Tan. Dia tahu apa yang difikirkan oleh lelaki itu. Dia tahu apa yang bersarang di kepala lelaki yang sedang membuang jauh pandangan ke langit malam yang tidak berbintang itu. Semakin lama semakin hampir langkahnya mendekati Johnny Tan. Cindy merangkul manja lelaki yang sedang dilanda masalah itu. Sempat juga Johnny Tan menoleh ke arah Cindy.
“Kita dalam bahaya sekarang. Segala tindak tanduk dan gerak geri mesti hati‐hati. Memang kita tak selamat sekarang!” ujar Cindy memecah sepi.
Johnny Tan masih diam membatu. Dia bagaikan kehilangan kata‐kata. Fikirannya bertambah buntu. Tersilap langkah pasti mengundang padah. Hanya maut yang menanti mereka. Dia pasti Albert Gan tidak akan duduk diam. Dia tahu benar perangai Albert Tan, lelaki yang memang tidak mempunyai peri kemanusiaan. Baginya tiada undang‐undang dan hukuman hanya dia yang menentukan. Sesiapa yang melawan kehendaknya, pastilah mati menjadi titik muktamad.
“I takutlah…..I takut!” tukas Cindy menuntut jawapan dari Johnny Tan.
Johnny Tan mula rimas dengan rengekan Cindy. Dia semakin bosan. Semakin berserabut fikirannya. Namun dia tetap diam membisu. Wajahnya nampak serius. Dia memang tertekan saat itu, ditambah lagi tindakan Cindy bagaikan tidak memahami keadaan mereka ketika itu.
“I tak sanggup hidup macam ni….hidup macam pelarian!” ujar Cindy lagi.
Bahang kemarahan Cindy semakin panas. Johnny Tan tetap diam membatu. Nafas di dadanya
semakin kuat naik turun. Rengekan dari Cindy langsung tidak diendahkannya. Sabar Cindy sudah sampai ke tahap tertinggi. Dia mula mual melihatkan perangai Johnny Tan yang macam tidak kisah apa yang dicakapkan. Suaranya semakin meninggi. Dengan agak pantas tangannya memaut bahu lelaki itu supaya bertentang mata dengan matanya. Johnny Tan agak terkejut dengan tindakan Cindy itu.
“You dengar tak apa kata I….I bukan tunggul….mengapa you diam? Mengapa?” jerit Cindy semakin tidak dapat mengawal perasaannya lagi. Ada tangisan mula kedengaran.
Johnny Tan benar‐benar marah kali ini. Tindakan Cindy itu memarakkan lagi api kemarahannya. Masalah yang dihadapi belum dapat diselesaikan lagi, ditambah lagi desakan demi desakan dari Cindy. Dengan kasar, tangan kanan Johnny Tan mencekak leher Cindy. Matanya bulat merenung tajam kepada Cindy yang terkial‐kial ketakutan.
“Heh….boleh diam tak? kau boleh diam tak? Aku sedang fikirlah ni! Kau jangan nak menambah
masalah aku lagi…sabar sikit boleh tak?” jerkah Johnny Tan membuatkan Cindy kecut perut.
Seketika tangannya masih terlekat di antara leher dan dagu Cindy. Mata Cindy nampak terkedip‐kedip menahan ketakutan dan juga kesakitan. Tanpa belas, Johnny Tan menambah lagi tekanan cengkaman tangannya. Cindy batuk‐batuk kecil kerana tidak selesa di kerongkongnya.
“Kau dengar sini….kalau nak selamat…ikut cakap aku! Kau dengar tak?” tukas Johnny Tan lantas
menolak Cindy sehingga terdorong ke arah sofa.
Cindy juga bagaikan hilang sabar. Dia bangun lalu meluru semula ke arah Johnny Tan. Dia cuba memukul lelaki itu dengan kudrat perempuannya. Lelaki itu hanya menahan pukulan itu dengan perasaan yang masih bercelaru.
“Sampai bila kita nak berkurung dalam apartmen ini? Dah lima hari kita di sini. Lambat laun orang Albert Gan pasti dapat cari kita…..I benar‐benar takut….I takut sangat‐sangat!” rayu Cindy kepada Johnny Tan.
Johnny Tan memahami perasaan Cindy ketika itu. Dia faham benar sebab hakikatnya dia juga
berperasaan begitu. Namun segala kegusaran itu cuba disembunyikan demi ego seorang lelaki. Siapa yang mahu hidup dalam keadaan sentiasa diburu. Setiap saat setiap ketika sentiasa berjaga‐jaga dan berhati‐hati. Apa sahaja yang hendak dilakukan terpaksa berfikir banyak kali. Tersilap perhitungan pasti masuk perangkap maut. Johnny Tan juga tidak menyalahkan Cindy kerana berperangai di luar batasan itu. Dia juga memahami betapa takutnya Cindy untuk menghadapi kenyataan hari esok.
Johnny Tan mula kendur amarahnya. Tangannya mula merangkul Cindy rapat ke dadanya. Air mata semakin banyak yang tumpah di pipi Cindy. Alirnya bagai tidak dapat dibendung lagi. Johnny Tan mesti menenangkan semula perasaan wanita di dalam pelukannya itu. Cindy mula rasa selesa dan agak selamat apabila luahan perasaan bimbangnya sudah mula difahami oleh lelaki itu.
“I minta maaf okey….bukan niat I nak sakitkan hati you…,” ujar Johnny Tan mula memujuk Cindy yang masih melekat dalam dakapannya itu. “You sabar sikit….sikit masa lagi pasti dapat keluar dari tempat ini. You kena percaya dengan I….,”
Esakan tangisan Cindy juga mengendur. Sedikit keyakinan mula tumbuh di hatinya ketika itu.
Pujukan lelaki itu mula mencairkan jiwa perempuannya. Dan sememangnya di saat itu, hanya
lelaki itu yang paling hampir dengannya. Hanya lelaki itu sahaja yang boleh membawanya keluar dari masalah itu.
“Habis tu you nak buat apa sekarang? Hanya you saja harapan I….tanpa you I sanggup mati…,” sela Cindy meluahkan apa yang terbuku di mindanya saat itu.
“Shhh….you jangan cakap macam itu…I akan selalu ada di samping you….I pun sanggup mati
sama‐sama you….,” balas Johnny sambil jari telunjuknya rapat ke bibir Cindy. “Sudah…jangan
cakap yang bukan‐bukan. Sekarang kita kena fikirkan cara untuk keluar dari masalah ini…,”
sambungnya lagi.
“I benar‐benar buntu…tak boleh nak fikir apa‐apa!” jawab Cindy pantas.
“Okey…okey…you tak payah fikir apa‐apa. You duduk diam‐diam…biar I yang fikirkan. Biarkan I
yang selesaikan masalah kita ni…,”
Johnny Tan bingkas bangun menuju ke bilik utama. Cindy masih lagi terkedu duduk di sofa. Matanya masih nampak berair terus menghantar pandangan ke arah lelaki itu. Sesekali terdengar sedu sedan tangisan daripada Cindy. Perlahan‐lahan tangannya menyeka sisa air mata yang masih berbaki. Sebentar kemudian Johnny Tan muncul semula ke ruang tamu bersama sebuah beg yang sederhana besar. Dia mula mengambil tempat di sebelah Cindy.
Seketika padangan Cindy tertumpu kepada beg kotak yang berwarna hitam itu. Johnny Tan dan Cindy berpandangan. Mata bertemu mata.
“Ini semua untuk kita….,” luah Johnny Tan sambil melirik pandang kepada Cindy.
Cindy tidak memberi sebarang reaksi. Dia bagaikan terpaku. Johnny Tan mula membuka laras kunci beg kotak itu. Pantas jarinya mencari kombinasi nombor kod beg kotak itu. Seketika terdengar bunyi berdetak. Perasaan Cindy juga berdebar‐debar walaupun dia tahu apa isinya beg kotak itu. Beg kotak itu dibuka perlahan‐lahan. Akhirnya menyerlahkan apa isi yang terkandung dalam beg kotak itu.
“Lihat ni….lihat ni….semua untuk kita!” ujar Johnny Tan.
Cindy hanya tersenyum hambar. Bagaikan telah disentap segala kegembiraan yang dipunyai sebelum ini. Selama berkerja sebagai gadis GRO di Semarak Café, hidupnya penuh dengan keceriaan. Setiap detik hanya gembira sahaja yang dia tahu. Melayan kerenah pelbagai pelanggan juga menggembirakan hatinya.
“Kenapa ni? Janganlah sedih‐sedih lagi….kita kaya sekarang!” ujar Johnny Tan lagi apabila
mendapati Cindy bagaikan tidak teruja.
“Entahlah….,” Cindy terus mengeluh.
“Selama hari ini you kerja sebab wang bukan? I pun kerja sebab wang….jadi apa masalahnya? Mulai hari ini kita tak payah nak susah‐susahkan diri untuk cari wang….you tak payah nak susah‐susah nak layan pelanggan….tak payah susah‐susah nak balik lewat pagi…semua itu kerana wang bukan….apa lagi yang you nak fikirkan?” tukas Johnny Tan memujuk Cindy yang masih dalam keadaan bercelaru pemikirannya.
“Bukan wang yang I sedang fikirkan….I fikirkan macam mana nak keluar dari tempat ini. Apa guna banyak wang kalau hidup kita masih terkurung, macam burung di dalam sangkar. Kita kena buat sesuatu….I dah tak tahan lagi ni duduk di sini….tolonglah!” rayu Cindy memohon simpati.
“You dengar apa yang I nak katakan ini…..dengan duit yang berjumlah hampir sejuta ni…kita boleh pergi ke mana sahaja. I sedang fikirkan macam mana kita boleh terus menikmati kekayaan ini tanpa diganggu oleh sesiapa…tanpa gangguan dari Albert Gan mahupun kuncu-kuncunya. Bukan negara ini yang sedang I fikirkan….kita mesti ke luar negara secepat mungkin!”
“Luar negara? Ke mana?” pantas Cindy memotong cakap Johnny Tan. Ternyata dia semakin
berdebar‐debar.
“Rileks….I dah cakap tadi….duit sebanyak ini mampu terbangkan kita ke mana‐mana sahaja negara di dalam dunia ini….cuma destinasinya I masih kabur…,”
Cindy memejam matanya. Perasaan bercelaru mula menunda tangkai hatinya. Kalau benarlah apa yang dikatakan oleh Johnny Tan memang dia sangat takut. Takut untuk menerima kenyataan bahawa dia akan meninggalkan negara ini. Saat itu dia teringatkan kepada keluarga, teman‐teman baiknya malahan apa sahaja yang berkaitan dengannya. Wajah Suzy, Manissa dan sesiapa sahaja mula bermain di layar minda.
“Kita tak ada pilihan lain jika mahu selamat. Albert Gan dan orang‐orang musuh nombor satu kita sekarang. Kudrat kita tak mungkin dapat melawan mereka….yang terbaik kita lari daripada
mereka….ada duit semua boleh jadi!” ujar Johnny Tan cuba menyakinkan Cindy.
“Tapi….kita nak pergi mana? Seumur hidup I tak pernah duduk lama‐lama di luar negara. Paling lama pun sebulan….itupun I rasa bagaikan bertahun….inikan pula untuk selamanya…I tak sanggup tinggalkan yang tersayang….keluarga I…kawan‐kawan I….,” luah Cindy apa yang terbuku di dadanya saat itu.
Johnny Tan kembali rapat kepada Cindy.
“Cindy….kita terpaksa….dah tak ada pilihan lain melainkan pilihan ini. Percayalah….susah senang kita tetap bersama…,”
Cindy terasa sedikit kelegaan apabila diberikan jaminan oleh Johnny Tan. Memang lelaki itulah
sahaja segala harapannya diletakkan. Itu sahaja pilihan yang dia ada. Pilihan yang tiada pilihan.
Kesilapannya mempercayai Johnny Tan akhirnya memerangkap dirinya juga. Johnny Tan berdendam dengan Albert Gan, dia turut terperangkap sama. Walaupun ada kelegaan namun rasa curiga terhadap Johnny Tan tetap ada. Terdetik juga di hatinya kalau lelaki itu hanya mahu mempergunakannya sahaja. Kalau Albert Gan boleh dikhianati, inikan pula dia seorang perempuan yang lemah. Apa‐apapun dia tetap kena berhati‐hati juga. Dalam keadaan terdesak, apa‐apa pun boleh terjadi. Kawan juga boleh menjadi lawan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan