SEBAIK menemui Diana Alexandria Properties di seberang sana, Alexander Zulkarnaeen terus
memberi isyarat untuk masuk ke lorong kanan. Dia nampak papan tanda pusingan U seratus meter di hadapan. Alexander Zulkarnaeen menambah pecutan apabila berpeluang. Tak sabar rasanya nak mengenali empunya nama Diana Alexandria. Kenapa dia buat keputusan untuk bersaing dengan Alexander Zulkarnaeen dan kenapa dia memilih untuk bertemujanji sosial dengan dirinya?
“Cik Diana ada?” Tanya Alexander Zulkarnaeen sebaik dibenarkan masuk ke dalam pejabat itu.
“Ada.”Jawabnya, melegakan hati. Alexander Zulkarnaeen menarik nafas dalam‐dalam sebelum
melepaskannya perlahan‐lahan.
“Encik tunggu sekejap ye. Saya beritahu Cik Diana dulu.”
“Okay.” Jawabnya, menghantar pandangan mengikut langkah wanita berkulit cerah itu. Dia nampak wanita itu di hilang di sebalik bilik yang paling hujung, tetapi tak lama kerana dia keluar semula mendapatkannya.
“Cik Diana jemput encik masuk.” Pelawanya bersopan. Alexander Zulkarnaeen tidak menjawab,
sebaliknya langkah sahaja yang diatur deras, tak sabar lagi hendak bertemu mata dengan empunya nama Diana Alexandria.
“Bos awak ni Melayu ke Cina?”Tanyanya sebelum memulas tombol pintu. Wanita itu senyum sahaja.
“Buah‐buahan campuran...Melayu dan Cina.”
“I see.” Jawabnya, mengangguk. Alexander Zulkarnaeen melangkah masuk sebaik diberi kebenaran. Orangnya sedang duduk bersilang kaki, seolah‐olah sang tetamu memang ditunggu‐tunggu.
Dari pandangan kasarnya, tuannya nampak rugged, berani dan berkeyakinan tinggi. Rupa jangan katalah. Kalau dah campuran, tentu cantik.
“Duduklah...” Pelawanya, mesranya.
“Terima kasih.”
“I tahu you. Alexander Zulkarnaeen.”
“Macam mana youtahu?” Tanya Alexander Zulkarnaeen, hairan. Mereka bertentangan mata sehingga senyuman di bibir Diana terukir. Dia gelihati. Rupa‐rupanya Alexander Zulkarnaeen langsung tak ingat dirinya. Hisy! Naughty boy.
“Az...kita sama‐sama di Sekolah Tunas Bakti. Tak ingat?”
“Tak.” Alexander Zulkarnaeen terus menggeleng kepalanya.
“Come on lah, AZ. Kawan‐kawan lain semua cam I, takkan you tak cam?”
“Diana Alexandria? Mana ada nama macam tu kat sana.” Tukasnya tidak puas hati. Memorinya
kembali pada tahun 1999 dan 2000, pada usia enam belas dan tujuh belas tahun. Raut wajah seorang demi seorang gigih diingatinya, begitu juga dengan nama mereka. Dia yakin, tiada seorang pun diantara mereka bernama Diana Alexandria.
“Nur Diana ingat?” tanya Diana Alexandria, menunjukkan keningnya yang berparut sedikit.
Kalau parut itu pun Alexander Zulkarnaeen tak ingat, memang saja nak cari pasal lah tu! Perlahan‐lahan senyuman lelaki itu berbunga.
“Di! You ke? Macam mana you boleh bertukar wajah, jadi jelita sangat ni?Plastic surgery eh?”
“Kurang ajar, AZ!”
Marah Nur Diana, deras membaling buku nota kecil ke arah Alexander Zulkarnaeen tetapi cepat disambut lelaki itu. Dekah ketawa mereka berlarutan sejenak. Rasanya dah lama dia tak ketawa begitu. Ketawanya hilang dek kerana asyiknya dia mengumpul harta.
“You makin cantik sekarang. Mujur kening parut tu terlindung dek rambut you. Taklah nampak
sangat kening you cacat.”
Ujarnya, tambah galak mengusik. Nur Diana ketawa juga, teringat zaman nakalnya di sekolah
menengah. Dalam tawa yang dikongsi bersama Alexander Zulkarnaeen, Nur Diana tahu tujuan lelaki itu datang menemuinya hari itu.
“Hisy! You ni. Saja nak menyakitkan hati Itau.” Ujar Nur Diana, menjeling manja ke arahnya.
“Ha ha ha.
“Sorryokay, sebab parut tu. I tak sengaja. Tak sangka pulak jadi parut kekal.”
“Oh, bila I dah cantik, barulah you nak sorry, kan? Masa you buat parut ni, you ada cakap sorry tak?” Tanya Nur Diana lagi. Hanya jelingan sahaja dilemparkan buatnya, tidak lebih dari itu, malah di hujungnya, dia tersenyum pula.
“Tak. Sorry!”
“Takkan sorry aje. At least belanja lah I makan. Meraikan pertemuan dua orang kawan dan sebagai tanda maaf.”
“Sure. Sekarang? Jom!”
Pelawa Alexander Zulkarnaeen pula. Nur Diana ikut tersenyum. Dia tidak menolak malah dari
gayanya, dia memang hendak dibelanja. Sementelah banyak benda yang hendak dikongsi bersama Alexander Zulkarnaeen. Mereka melangkah beriringan sambil berkongsi cerita.
“Eh, naik kereta you tau.”
“Tak apa ke? Kereta I biasa‐biasa aje.”
“Kereta tak penting, yang penting duit you.Bakal kopak kerana jadi mangsa I.”
“Ha ha ha.” Alexander Zulkarnaeen ketawa terus. Tak sangka dia menemui rakan sekolah yang sama‐sama nakal sepertinya satu masa dahulu.
“Lily, I keluar makan dengan Cik Abang Handsome ni dulu, ye.” Ujar Nur Diana, lantas memeluk
lengan Alexander Zulkarnaeendengan sengaja. Riak wajah lelaki itu berubah serta‐merta, tetapi
tidaklah dia berniat nak menjatuhkan air muka Nur Diana pula. Apabila mereka keluar dari pejabat, baharulah dia menolak lengan Nur Diana yang berlapik lengan panjang. Ada senyuman di hujung bibirnya.
“Tak baik tau.” Tegurnya, lembut.
MEREKA berbual sambil menjamu selera. Pelbagai cerita, terutama zaman malap mereka di Sekolah Tunas Bakti. Tetapi baik Alexander Zulkarnaeen, mahupun Nur Diana, masing‐masing bersyukur kerana cepat bangkit dan tidak lalai dengan dunia sahaja. Malah kedua‐duanya mempunyai empayar sendiri, jauh meninggalkan teman‐teman lain yang seangkatan.
“I ada soalan cepu emas untuk you.”
“Tentang apa?”
“Apa sebab youmasuk STB ye?You buat apa sampai kena masuk sekolah tu?”
Nur Diana tersengih. Mukanya merona kemerahan. Bila usia dah menjangkau dewasa, dia malu nak membuka kisah remaja. Tambahan pula, kisahnya pahit tetapi memberi erti yang besar buat dirinya.
“You pulak? Kenapa you tercampak ke situ?”
“I nakal zaman sekolah menengah dulu. I pecah masuk kedai runcit dan curi duit syiling. Tapi sampai telinga you aje, okay. Jangan cerita kat orang lain. Tak baik.”
“You too. Keep my secret closed.Bullly.I buli dan ugut junior. Kes gaduh I sampai disiasat polis.
Majistret jatuh hukuman dan I dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.”
Ceritanya malu‐malu. Alexander Zulkarnaeen perasan riak wajah Nur Diana yang merona
kemerahan. Diam‐diam dia buat keputusan untuk tidak mahu bercerita lagi hal itu. Sudah lapuk ditelan zaman. Tiba masa untuk bertanya hal yang menjadi persoalannya selama ini.
“Oh...kisah lama, kalau dikenang. Hemm...Lupakanlah hal tu.”
“Sebenarnya, I was wondering...Diana Alexandria Properties ada menghimpit beberapa aset yang menjadi aim Alexander Zulkarnaeen Properties. Adatlah tu. I tak kisah, cuma pening sikit...is that the same Diana Alexandria, yang nak bertemujanji dengan I tu? Tapi, kenapa ye?
“Ha...ha...ha.”
“Itu kerana you belum menjadi milik sesiapa. You are single, me too.Apa salahnya kita beri peluang pada diri masing‐masing untuk mencuba hubungan baru. Lagipun you yang offer.”
Jawab Nur Diana tenang. Hatinya memang dah lama terpaut pada Alexander Zulkarnaeen, sejak mereka disatukan di sekolah yang sama lagi. Cuma waktu itu, masing‐masing masih terlalu muda dan tiada arah tujuan. Sebaik tamat persekolahan, mereka membawa haluan sendiri sehingga Nur Diana membuka perniagaan sendiri di bawah bidang hartanah. Namun, ingatannya tak pernah padam buat Alexander Zulkarnaeen. Ia terus subur disebalik nama Diana Alexandria yang diilhamkan dari nama Alexander Zulkarnaeen sendiri.
“Hari tu Ibuat kerja bodoh, kerana terdesak. Sekarang I dah batalkan semua pertemuan tu. You pun tahu, kan?”
Nur Diana hanya mengangkat kening. Dia mengangguk kerana tahu tentangnya melalui Pembantu Peribadi Alexander Zulkarnaeen sendiri.
“Kenapa you batal? You dah jumpa calon ye?”
“Dah.”
“You pulak, kenapa lambat sangat? Busybuat duit?”
“I tunggu you.” jawabnya perlahan. Alexander Zulkarnaeen hanya ketawa. Padanya Nur Diana hanya bergurau. Tapi kalau bergurau, kenapa dia buat pengakuan begitu? Hilang senyuman pada wajah Alexander Zulkarnaeen.
“I anggap you bergurau.”
“I tak berguraulah, AZ. Diana Alexandria datang dari mana kalau bukan dari nama you.”
“Come on, Di! Jangan buat begini. Dari dulu I anggap you sebagai kawan, tak pernah lebih dari itu. Lagipun I dah jumpa calon.” tolak Alexander Zulkarnaeen, mula rasa tidak selesa. Daripada nak makan‐makan dan berbual-bual dengan kawan lama, perbualan bertukar rentak dan mula melibatkan soal hati pula. Kalau temujanji dengan orang yang dia tidak kenal, tentu lain kisahnya. Ini melibatkan hati dan perasaan kawan lama.
“Siapa?”
“Nanti majlis I, youdatang. I perkenalkan you dengan dia.”
“Cemburunya I.” Ujarnya, berteleku.
“Janganlah. You cari orang yang lebih baik dari I. I bukan jodoh you.”
Tolak Alexander Zulkarnaeen dengan baik. Lirik matanya beralih pada jam di tangan. Lima belas minit selepas pukul empat petang. Sepatutnya dia dah kembali ke pejabat kerana sebentar lagi, dia nak menghantar langkah Intan Nawrah ke dalam bas pula. Tentu dia terlewat lagi jika tak bergerak sekarang.
“Jom, Di! Ihantar you balik. Kejap lagi I nak balik ke office pulak.”
“Cepatnya younak hantar I?”
“I ada temujanji lain lepas ni. I tak suka mungkir janji dengan orang.” Ajak Alexander Zulkarnaeen. Ketika dia hendak bangun, Nur Diana masih duduk, malah sempat bertanya soalan buatnya dengan wajah yang muram.
“Siapa orangnya, AZ?”
“Somebody, yang cantik di mata, dan cantik di hati.” Balasnya sebelum membuat bayaran di kaunter.
Dia berniat hendak tunggu di dalam kereta sahaja jika Nur Diana masih belum hendak keluar. Di pinggir matanya, susuk tubuh Intan Nawrah sudah terbayang‐bayang. Di perhentian bas sahajalah tempat mengubat rindu. Alexander Zulkarnaeen tak mahu terlepas peluang itu lagi kerana semalam dia hampir melepaskan satu peluang. Hari ini dia mahu jadi orang pertama yang menanti di bahu jalan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan