Label

Selasa, 13 Disember 2016

NOVEL Kasih Yang Terindah Bab45

"Assalamualaikum, abang.”

“Waalaikumussalam. Zura kat mana ni? Nak abang jemput?”

“Tak apalah. Ziela janji nak hantar Zura balik. Zura call ni sebab nak beritahu abang, Zura mungkin balik petang sikit. Ziela tiba‐tiba ajak tengok movie. Dia dah beli tiket pun. Zura tak dapat nak tolak. Boleh tak, abang?”

Maizura yang sedang menelefon Amir berdiri tidak jauh dari kaunter menjual makanan ringan. Ziela yang sedang beratur melambai dari sana. Maizura sekadar tersenyum nipis.

“Emm... Tak apalah. Tapi jangan balik lewat sangat.”

Amir terpaksa akur. Lagipun sudah lama isterinya itu tidak bertemu Ziela, teman lama mereka sewaktu di Kent. Mungkin itu merupakan peluang untuk mereka kembali berkawan seperti dulu.

“Iye, bang. Lepas habis movie Zura terus balik. Abang tengah buat apa tu?”

“Siapkan pelan untuk tender terbaru,” beritahu Amir.

Dia bersandar di kerusi sambil melakukan senaman ringan. Pinggang mula terasa lenguh setelah hampir seharian mengadap meja kerja.



“Iye ke? Emm... okeylah, abang. Zura letak phone dulu. Ziela dah panggil tu,” kata Maizura
terpandang Ziela yang terus melambai padanya.

“Okeylah. Jaga diri baik‐baik. Dah habis movie terus balik ya,” Amir sempat berpesan.

“Iye. Okeylah bang. Zura kena pergi ni. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Amir mematikan talian. Dia bangun dari kerusi melakukan sedikit regangan badan sebelum
melangkah keluar dari bilik.

Amir turun ke dapur untuk membancuh minuman. Ketika itu jam menunjukkan pukul lima suku
petang. Hari minggu itu dia terpaksa menyiapkan projek terbaru yang diberikan papa. Sekali gus memberi peluang pada Maizura untuk keluar membeli‐belah dan berjalan‐jalan bersama Ziela.

Langkah kaki Maizura yang menghala ke arah Ziela spontan terhenti. Dia terpandang seorang lelaki yang sedang mendekati temannya itu. Serta‐merta perasaan Maizura berubah.

“Zaidi? Apa dia buat kat sini?” Maizura tertanya‐tanya sendiri. Mahu atau tidak dia terpaksa
mendekati setelah Ziela memanggil.

“Hai, Zura,” sapa Zaidi.

Senyuman di bibir kian melebar. Gembira benar kerana dapat bertemu lagi dengan Maizura.

“Hai,” balas Maizura acuh tak acuh.

“Zura, you nak apa lagi? Pop corn I dah belikan. Makanan ringan nak tak?” tanya Ziela.

Tiga cawan kertas berisi minuman ringan yang dihulurkan pada Zaidi membuatkan Maizura terkesima. Maizura dapat menduga Zaidi akan menyertai mereka menonton wayang.

“Zura? You dengar tak apa I tanya ni?” Ziela menepuk lengan Maizura membuatkan dia tersentak.

“Err... dengar. It’s up to you nak beli apa pun. I ikut aje.”

“Okey. Err... sorry lah I tak beritahu you pasal Zaidi. Tiba‐tiba aje dia call tanya I kat mana. Bila I
kata I nak tengok movie dengan you,dia pun beriya nak join sama. Tak malu,” Ziela mencemikkan wajah pada Zaidi.

Zaidi sekadar ketawa sambil menghampiri Maizura. Mata tidak lari dari menatap wajah membuatkan Maizura makin tidak selesa.

“Sorry. I mengganggu you ke Zura?”

“Err... tak adalah,” balas Maizura sebal.

Tiba‐tiba saja dia merasakan mood untuk menonton wayang hilang. Tapi mahu atau tidak dia terpaksa menurut kerana tiket sudah dibeli.

Mereka memasuki ruang panggung yang gelap, mengambil tempat mengikut nombor pada tiket. Wayang sudah bermula dua minit lalu. Maizura mengeluh berat kerana dia terpaksa duduk di sebelah Zaidi memandangkan lelaki itu berada di tengah‐tengah antara mereka.

Ketika tayangan berlangsung, Maizura tidak dapat menumpukan perhatian. Jiwa merasa terganggu. Dia turut merasa risau lebih‐lebih lagi setelah terkenangkan Amiruddin.

Entah macamana penerimaan suaminya jika tahu dia keluar menonton wayang dengan Zaidi walaupun mereka bukan berdua. Tempohari sewaktu dia bercerita tentang makan tengahari bersama Ziela dan Zaidi, Amir hanya membisu tanpa mahu bersuara. Maizura tahu Amir tidak suka semua itu walaupun dia sendiri tidak menyangka akan bertemu Zaidi.

Amir kembali ke meja kerja. Mug nescaffe O panas diletak di atas meja kecil di sisi. Kesungguhan untuk menyiapkan pelan yang sedang dilukis tiba‐tiba mengendur. Ingatan tertumpu pada Maizura. Entah kenapa tiba‐tiba dia terkenangkan isterinya itu.

Maizura tidak senang duduk. Lelaki di sebelahnya itu berada terlalu hampir. Bahkan Zaidi sengaja melentokkan badan padanya. Maizura turut tercengang dan menjadi marah setelah Zaidi tiba‐tiba mengambil minumannya lalu disedut. Setelah dia menegur, Zaidi segera meminta maaf. Maizura semakin tidak selesa. Ikutkan hati dia mahu segera keluar dari situ.

Maizura tahu Zaidi sengaja berbuat begitu.

Amir cuba menelefon Maizura tapi telefon isterinya telah dimatikan. Amir mengeluh kasar. Kerisauan pada Maizura makin menjadi‐jadi namun dia membiarkan saja. Kerjanya harus disiapkan memandangkan lusa dia perlu menyerahkan kertas kerja itu kepada papa untuk dinilai.

Maizura tersentak tiba‐tiba. Pantas dia menepis tangan Zaidi yang tiba‐tiba menjalar di tangan. Zaidi turut terkejut.

“Err... sorry. I tak sengaja,” ujar Zaidi perlahan.

Maizura merengus kasar. Sakit hati dengan kelakuan lelaki itu yang asyik berkata tidak sengaja.

“Kenapa ni?” tanya Ziela dalam keadaan berbisik.

“I terpegang tangan Zura,” beritahu Zaidi.

“Ala... rilekslah Zura. Zaidi bukannya sengaja,” Ziela memujuk Maizura yang sudah tampak marah.

“Tak apalah. I rasa I nak keluar sekarang. I nak balik,” Maizura segera bangkit dari kerusi.

Pantas juga Zaidi menarik tangannya membuatkan Maizura menepis kuat. Ketika itu terdengar suara penonton lain yang marah kerana merasa terganggu.

“Zura, nantilah dulu. Habis movie nanti I hantar you balik,” Ziela terus memujuk sambil menarik
tangan Maizura supaya temannya itu kembali duduk. Namun Maizura berkeras dengan keputusannya.

“Tak apalah. I boleh ambil cab. I pergi dulu.”

Maizura terus melangkah meninggalkan ruang itu. Ziela yang saling berpandangan dengan Zaidi terus mengejar.

“Zura. I’m sorry. I’m really‐really sorry. I tak sengaja,” jerit Zaidi sambil berlari laju mengejar
Maizura.

Ziela yang mengekori hanya tersenyum lebar. Dia sekadar berjalan perlahan.

“Zura, tunggu dulu,” Zaidi menarik lengan Maizura menyebabkan langkah wanita itu terhenti.

Maizura meronta untuk melepaskan diri. Ziela tidak melepaskan peluang yang ada. Telefon digunakan merakam aksi Zaidi yang sedang memujuk Maizura lalu terus dihantar ke telefon Amir. Selesai, dia tersenyum sinis sambil menghampiri Maizura yang masih bermasam muka.

Senyuman lebar terus diukir di bibir memaniskan wajah kepura‐puraannya.

“Zura, kenapa ni?” Ziela mendekati Maizura. Tangan temannya diraih.

“You marahkan Zaidi ke? Dia tak sengaja buat macam tu,” pujuk Ziela lagi namun Maizura tetap mencuka.

“Betul Zura. Itak sengaja,” Zaidi terus membela diri. Wajah mencuka Maizura membuatkan hatinya merasa cukup sedih.

“Tak apalah kalau tak sengaja. I nak balik sekarang,” Maizura terus melangkah. Ziela segera mengejar.

“Okeylah. I hantar you balik. Jom,” ajak Ziela.

Maizura langsung tidak mengangguk. Namun kaki melangkah laju meninggalkan Zaidi yang terpaku di situ. Ziela sekadar mengangkat tangan pada Zaidi yang nyata begitu kecewa. Di rumah, Amir berdengus marah setelah melihat paparan di skrin telefon yang baru diterima. Tetap dari satu nombor private. Amir tidak tahu siapa pengirimnya. Tapi paparan itu benar-benar membuatkan amarah kian berkobar.

Damansara Specialist Hospital,

Hari ini...

Amiruddin meracau lagi sambil memanggil‐manggil nama Maizura. Doktor Haikal terpaksa
menyuntik ubat untuk menenangkan lelaki itu. Arianna terus menangis di dalam pelukan papanya. Sedangkan Dato’ Mokhtar hanya mampu memandang Amir yang sudah kembali bertenang dengan pandangan sayu.

Sudah seminggu Dato’ Mokhtar kembali dari menunaikan Umrah. Sungguh dia tidak menyangka perkara begitu telah menimpa Amiruddin sewaktu ketiadaannya. Dato’ Mokhtar merasa cukup terkilan. Namun tiada apa yang mampu dilakukan selain berdoa agar Amir cepat sembuh dari derita yang ditanggung.

Seminggu juga Amir berada di hospital namun keadaannya masih tak berubah. Sejak kejadian
tempohari, Amir tidak pernah sedarkan diri. Jika sedar sekalipun dia hanya akan menjerit memanggil nama Maizura sambil meronta kuat. Keadaan itu membuatkan Doktor Haikal terpaksa mengikat tangan lelaki itu. Semua itu membuatkan Arianna bertambah sayu. Dato’ Mokhtar juga turut sedih namun mereka terpaksa merelakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan