"Ni, air dengan kuih.... Aira buatkan air nescafe kegemaran ayah. Aira dah pandai bancuh, tau, ayah." Aira masuk bersama hidangan minum petang mereka. Gagal mengesan ketegangan di ruang tamu.
"Am??"
Hati Aira berasa tidak sedap melihat Adham yang sudah berdiri. Dia sudah dapat meneka bahawa ada sesuatu yang buruk sedang menanti.
"Kenapa ni, mak? ayah? Apa mak dengan ayah dah cakap pada Am?" tanya gadis itu sambil beralih pandang kepada pasangan ayah dan ibunya. Dia yakin, ada sesuatu yang tidak kena.
Wajah Adham serius bukan main sekarang.
Adham menarik nafas panjang. "Saya dah faham, Tan Sri, Puan Sri," ujarnya perlahan.
"Faham apa, awak?" Aira mencelah. Wajah kekasih hati ditatap tajam.
Wajah Aira direnung bersama senyuman yang tidak begitu menjadi. Adham rasa bagai terlekat di kerongkong apa yang ingin dia ucapkan tetapi, dia mesti meluahkan juga. Tidak mahu membazir masa! Tidak mahu perkara ini menjadi panjang. Jadi, dia harus membuat keputusan.
Habis di sini sahaja, senang!
"Aira, hari ini, saya pulangkan awak kepada emak dan ayah awak semula. Mereka lebih berhak ke atas diri awak, berbanding saya. Saya,"
Tiba‐tiba...
Panggg
Adham menggosok pipi kanan yang baru sudah ditampar oleh Aira Syuhada.
"Tu, untuk Adham Faiz yang lemah!" tangis Aira. Tentu sahaja dia faham apa yang cuba dikatakan oleh lelaki itu tadi. Adham hendak berpisah dengannya. Ingat dia bodoh sangat?
"Awak tak faham! Tak akan faham," Adham mengeluh.
"Salah! Saya fahamlah! Faham sangat! Saya faham yang awak sayang saya. Saya jugak faham, mak dengan ayah sayang saya lebih daripada kasih sayang awak tu. Tapi, awak dah janji dengan saya. Awak cakap, halangan apa pun, kita tetap bersama. Kenapa awak nak tinggalkan saya? Mana kekuatan cinta kita tu? Mana?" jerit Aira penuh geram.
Tan Sri Fahmi dan isterinya saling pandang memandang. Melihat Adham yang kalah, hati tersentuh. Melihat Aira yang garang, rasa hendak ketawa pun ada.
Macam ini ke orang yang hendak berkahwin? Tak romantis langsung! Belum apa‐apa, Aira sudah berani tampar muka Adham. Nanti, kalau sudah berumahtangga, mahu melayang pinggan mangkuk, periuk belanga semua apabila Aira naik hantu.
Rasa kasihan pula ketika mendengar Adham Faiz berkata....,
"Cinta bukan jaminan bahagia, Aira. Mungkin sekarang cinta awak pada saya berkobar‐kobar. Tapi, bila nanti, hidup awak susah lepas kahwin dengan saya, cinta akan beransur mati. Maafkan saya kerana terlupa diri selama ini. Saya buta dalam bermain perasaan. Saya silap menilai. Sampai bila‐bilapun, pipit tak akan dapat bersaing dengan enggang, Aira,"
"Awak nak jadi burung pipit ke, enggang ke, suka hati awak. Tapi, saya bukan burung. Dan, saya tak peduli. Saya nak tuntut janji awak. Kalau tidak,"
Mata Adham mencerun. "Aira, tolong jangan main ugut‐ugut, boleh tak? Ini soal serius. Kita tak boleh kahwin. Tanpa restu mak dengan ayah awak, perkahwinan kita tidak akan bahagia. Saya akur pada kehendak mereka sebab apa yang Puan Sri cakap tadi, semuanya benar. Saya yang lupa. Dahlah... Awak ni tak matang. Awak mungkin menangis sekarang, Aira. Tapi, satu hari nanti, awak akan berterima kasih dengan saya."
"Arghhh!!!"
"Aira!!!"
Tiga suara berpadu menjerit marahkan Aira yang menjerit sampai hendak keluar anak tekak.
"Mak dengan ayah tak boleh buat macam ni! Mak dengan ayah harus bertanggungjawab dengan kesilapan yang emak dengan ayah dah buat pada Aira, tahu!"
Masing‐masing kehairanan.
"Apa pulak kesalahan yang kami dah buat pada kamu?" tanya Tan Sri, bingung.
"Ayahlah salah! Siapa suruh ayah kenalkan dia ni pada Aira? Siapa suruh ayah ambil dia jadi cikgu tuisyen Aira? Siapa yang selalu puji‐puji dia depan Aira? Dia dapat anugerah dekan la! Dia pemegang First Class Degree with Honours la. Dia hebat la! Dah banyak sangat pujian, tentulah Aira jadi berkenan. Dah orang berkenan, mak dengan ayah tak bagi kita orang kahwin pulak. Mana aci?" Aira melepaskan geram.
Adham menggeleng.
"Aira, jangan buat perangai! Tan Sri tak salah. Puan Sri pun! Kita yang salah sebab ikut kata hati, tahu! Saya tak layak untuk awak! Fahamkan itu! Kita dari dua keluarga berbeza taraf, faham?" pujuknya.
"Hello, kita bukan hidup di zaman Laila Majnun, Am. Kita hidup di zaman IT. Awak ada kebolehan. Awak ada kemahiran! Awak sihat! Kita tak akan mati kebulur kalau kita kahwin sebab awak rajin usaha. Saya pun nak berubah jugak. Takkan saya nak beli semua benda mahal kalau saya sayang pada suami yang bekerja siang malam untuk cari rezeki. Awak ingat, saya ni tak ada perasaan sangat ke?" ucap Aira bersungguh hati.
Tiga pasang mata tidak berkelip memandang raut itu. Kagum ada, sebak pun ada. Nampaknya, Aira Syuhada bukan lagi anak manja yang hanya pandai merengek tetapi dia seorang yang sudah matang. Lafaz lidahnya amat meyakinkan. Tetapi, bagai ada kawat besi yang memisahkan mereka, detik hati Adham Faiz.
"Terima kasih, Aira. Tapi, saya rasa saya patut keluar sekarang. Tan Sri dengan Puan Sri penat tu. Saya tak mahu serabutkan fikiran mereka. Maafkan saya,"
Tidak menunggu, Adham Faiz melangkah untuk meninggalkan rumah agam milik Tan Sri. Sayu
sungguh perasaan kerana hati yang satu terpaksa ditinggalkan di sini. Ya, Aira sudah memiliki
hatinya. Mana mungkin dia mengambilnya semula? Mana mungkin dibawa pulang?
Aira terpempan di tempat dia berdiri. Tidak mampu lagi memujuk. Rasa hendak menangis tetapi entah mengapa, tiada air mata yang mahu menitis keluar.
Owhh, takkan sampai di sini kisah kasih mereka?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan