Sudah berkali‐kali diketuk pintu bilik Amir. Sudah perit tangannya namun lelaki itu tetap tak
menyahut. Sudah beberapa kali dia mendengar deringan telefon Amir tapi tak diangkat. Mak Senah cemas. Dia menanti di situ sementara suaminya mendapatkan kunci pendua.
“Ada bang?” tanya Mak Senah melihat suaminya yang berlari ke tingkat atas.
“Ada. Ke tepi. Biar saya bukakan pintu tu,” arah Pak Usop.
Mak Senah segera beranjak ke tepi. Dia terlalu gusar bila memikirkan Amir yang langsung tidak memberi reaksi walau telefon bimbit tidak henti berbunyi. Amir juga tidak membuka pintu walau sudah hampir roboh pintu itu diketuk. Dan Mak Senah lebih risaukan Maizura yang kini berada di hospital setelah terlibat dengan kemalangan. Baru sebentar tadi Diana menelefon mengatakan Maizura berada dalam keadaan kritikal.
“Amir! Ya ALLAH!”
Mak senah dan Pak Usop tergamam setelah berjaya membuka pintu. Keadaan bilik itu berselerak. Amir tertiarap di tepi dinding. Darah merah jelas kelihatan mengalir pada dinding bilik kesan tumbukan lelaki itu melepas geram. Mak Senah bertambah terkejut melihat pil berwarna putih yang berteraburan di sisi Amir.
“Amir! Ya ALLAH! Apa dah jadi ni?”
“Amir! Bangun!!” Pak Usop menggoncang tubuh lelaki itu kuat namun Amir tetap tak sedarkan diri.
Pak Usop membalikkan tubuh Amir dengan kudrat yang ada. Beberapa biji pil kelihatan masih
melekat di tepi bibir membuatkan Mak Senah dan suaminya saling berpandangan.
“Dia telan pil tidur. Patutlah tak sedar. Tolong ambilkan air,” arah Pak Usop.
Mak Senah segera masuk ke bilik air mengambil secedok air, lalu dihulurkan pada suaminya. Pak Usop sempat memeriksa denyutan nadi Amir. Masih normal.
“Amir!! Amir!!” Pak Usop merenjis air ke muka Amir sambil menyeru nama lelaki itu, namun Amir tetap tak sedarkan diri.
“Bak sini, bang.”
Mak Senah mengambil gayung dari tangan suaminya. Dia menyuruh Pak Usop menjauhkan diri sebelum menyimbah air itu ke muka Amir. Melihat Amir masih tidak sedar, Mak Senah mengambil sebaldi air lalu terus disiram membuatkan lelaki itu basah kuyup.
“A... kenapa ni? Hujan ke?” Amir yang membuka mata terpisat‐pisat.
“Hujan apanya. Cepat bangun. Zura ada kat hospital sekarang!” jerkah Mak Senah.
Pak Usop terkedu melihat isterinya yang tiba‐tiba naik angin. Amir bangkit dari baringan
memandang sekeliling.
“Apa Mak Senah cakap?” Amir menggaru‐garu kepala. Benar‐benar berkeadaan seperti orang tak waras.
“Mak Senah kata bangun cepat! Zura ada kat hospital sekarang ni! Dia kemalangan!” jerkah Mak Senah lagi. Ternyata dia juga sudah hilang kesabaran diri.
“Ah! Pedulikan dia. Mak Senah jangan ganggu aku. Keluar! Keluar! Aku nak tidur.”
Amir kembali merebahkan badan. Mak Senah bertambah berang. Dia menarik lengan Amir kasar.
“Apa Mak Senah ni? Keluarlah! Aku nak tidur!” bentak Amir.
“Amir! Kau dengar tak apa yang Mak Senah cakap ni? Zura ada kat hospital sekarang. Dia
kemalangan! Kau dengar tak?!” Mak Senah menjerit lebih kuat. Sakit hatinya melihat ulah Amir.
“Ah! Biarkan dia. Aku nak tidur. Pergi!! Pergi! Jangan ganggu aku!!” Amir menggapai tangan ke
udara.
Pak Usop yang memerhati turut hilang sabar dengan ulah Amir. Dia mendekati lalu menghayunkan penumbuk ke wajah lelaki itu.
Amir tersentak. Terpinga‐pinga dia sambil memegang hidung yang berdarah.
“Kenapa ni!” bentak Amir kasar.
“Kau dengar tak apa yang kami cakap. Maizura kemalangan. Dia ada kat hospital sekarang. Bangun cepat!!” jerit Pak Usop. Mak Senah pula yang menjadi gerun melihat suaminya yang tiba‐tiba menyinga.
“Apa?! Apa yang Pak Usop cakap ni?!”
Amir bangkit dalam keadaan terkejut. Dia mengesat muka yang basah. Amir terkejut melihat darah merah di tapak tangan. Lebih dia terkejut melihat keadaan bilik yang bersepah bagai diserang garuda.
“Kenapa bilik ni bersepah? Apa yang berlaku?”
Amir benar‐benar tercengang. Ternyata dia sudah sedar dari nafsu yang menguasai dan menghasut diri. Sehingga sanggup melemparkan kata‐kata nista pada Maizura.
“Ya ALLAH! Budak ni. Jom kita ke hospital sekarang. Maizura kemalangan. Dia kritikal!!” Mak
Senah menarik tangan Amir.
“Apa Mak Senah? Zura kemalangan?”
“Iye... cepatlah!!” gesa Mak Senah.
Diana menangis tersedu di depan pintu bilik kecemasan. Walaupun dia turut terlibat dalam
kemalangan itu tapi kecederaan yang dialami tidak parah. Hanya mengalami luka di kepala dan muka manakala tangan kanannya terseliuh.
Diana tersedar sewaktu berada di dalam ambulans yang membawa dia ke hospital. Segera dia
menerpa mendapatkan Maizura yang ditolak masuk ke unit kecemasan walaupun beberapa orang jururawat cuba menghalang.
Diana benar‐benar merasa kecewa. Kesakitan fizikal yang dialami tidak sehebat sakit hati yang
dirasakan. Bahkan rasa sakit itu lebih menguasai diri apabila dia teringatkan Amiruddin.
Diana begitu kecewa. Diana benar‐benar sedih. Dia meraung hiba tatkala doktor membawa
perkhabaran yang Maizura tidak dapat diselamatkan. Maizura sudah meninggal dunia bersama anak yang baru membenih di rahimnya. Itu yang membuatkan Diana semakin pilu.
Diana mengangkat pandangan mendengar namanya dipanggil. Dari jauh kelihatan Amir berlari
menuju ke situ. Dalam keadaan basah kuyup. Mak Senah dan Pak Usop mengekori dari belakang.
Diana segera bangkit setelah Amir makin hampir. Kepalan tangan digenggam padu. Setelah Amir menghentikan langkah betul‐betul di depannya, Diana menghayunkan penumbuk sulung ke muka lelaki itu.
Amir tergamam, terundur ke belakang. Mak Senah dan Pak Usop turut tergamam. Diana tersenyum puas walau belakang tangan merasa perit.
“Diana, kenapa ni? Mana Zura?! Apa yang berlaku?” Amir menjerit kuat. Wajah merasa berdenyut.
Marah Diana kian berkobar mendengar soalan yang diajukan. Seolah‐olah lelaki itu langsung tak terlibat dengan apa yang berlaku. Diana menjauhi Amir. Dia menangis tersedu.
“Diana, mana Zura? Kenapa dengan Zura?” Amir menghampiri Diana. Dia juga sudah menangis. Amir benar‐benar sedang menangis.
Diana mengetap bibir geram. Dia berpaling memandang. Genggaman tangan dihayunkan kembali ke wajah Amir. Kali ini lebih kuat dan lebih padu.
Amir tersentak. Langkahnya terundur beberapa tapak.
“Kenapa kau tumbuk aku? Mana Zura?!” Amir membentak keras. Sedangkan Diana masih belum berpuas hati biarpun genggaman tangan terasa begitu pedih.
“Kenapa kau tanya pasal dia? Kau kan dah tak mahu peduli pasal dia. Kau dah halau dia! Kenapa sekarang kau datang cari dia!?” Diana menjerit lantang.
Mak Senah yang sejak tadi menjadi pemerhati bersama suaminya segera mendapatkan Diana. Cuba ditenangkan wanita itu. Diana rebah dalam pelukan Mak Senah. Mak Senah menapah Diana diduduk di kerusi.
“Aku... aku tak sedar apa yang aku dah buat. Aku benar‐benar tak sedar. Kenapa dengan Zura, Diana? Dia tak apa‐apakan?”
Amir terus menangis. Dia menghampiri Diana, melutut di depan wanita itu. Diana langsung tidak memandang wajah Amir.
“Kau bodoh, Amir! Bodoh! Kau langsung tak kasihankan Zura. Kau langsung tak beri dia peluang untuk ceritakan perkara sebenar. Kau tak pernah nak siasat kebenaran perkara ni. Kau hanya ikutkan nafsu kau saja!!” Diana menjerit lagi. Dia terus menangis dalam rangkulan Mak Senah. Pak Usop menjadi pemerhati.
Beberapa orang jururawat yang menyaksikan hanya memerhati dari jauh. Niat untuk menegah bagai tak kesampaian. Bahkan mereka merasa gerun melihat wanita yang turut terbabit dalam kemalangan ngeri yang berlaku sebentar tadi menyinga tiba‐tiba.
“Diana... aku tahu aku yang bersalah. Aku nak jumpa Zura. Mana Zura, Diana? Aku nak minta maaf dari dia...”
Amir terus menangis tersedu. Hilang sudah ego dan kejantanan selama ini sehingga sanggup sujud dan merayu di kaki seorang wanita.
“Maaf? Untuk apa kau nak minta maaf? Kau ingat Zura akan maafkan semua kesalahan kau? Tidak! Tak semudah tu,” ujar Diana yang sudah mula bertenang. Sungguhpun begitu kesayuan masih menguasai diri.
“Diana, mana Zura? Aku nak jumpa dia!?”
“Kau bodoh, Amir! Bodoh! Tak guna kau merayu pada aku. Kau dah terlambat. Zura dah tak ada.”
“Tak ada? Zura pergi mana?”
“Bodoh! Zura dah mati! Kau tahu tak?! Zura dah tak ada! Maizura dah mati!!” jerit Diana kuat.
Amir tergamam. Dia terjelopok di lantai. Mak Senah dan Pak Usop turut tersentak mendengar kata‐kata Diana.
“Tak! Kau tipu aku, Diana. Zura tak mati! Kau tipu!”
“Kenapa kau fikir aku tipu kau!! Sebab kau bodoh, Amir!! Bodoh! Kau sia‐siakan Zura. Sekarang dia dah mati. Dia dah tinggalkan kau. Zura dah tak ada. Pernahkah kau tahu yang Zura mati dengan anak kau yang sedang dia kandung?!!”
“Apa?! Tidak!! Tak mungkin! Anak? Tidak!! Zura tak mati!! Tidak! Tidak!”
“ Zura!!!”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan