Raila semakin kerap bermimpi perkara yang sama sejak dia mengunjungi teratak di kampung terpencil itu bersama Mawaddah dulu. Raila hairan. Hairan kerana dia asyik mengalami mimpi yang serupa. Dalam mimpinya itu dia melihat dirinya dilanggar sebuah kereta mewah.
Terdengar tangisan langsing seorang bayi. Darah memercik di mana‐mana.
Dia mulai berdurja. Sugul dan enggan berbual dengan sesiapa. Sekali‐sekala ada juga dia terserempak Adam, namun cepat‐cepat dia akan melarikan matanya.
Bukan dia tidak perasan gelagat Adam yang seolah‐olah sudah mulai jatuh hati terhadapnya. Namun dia seperti tumpul minat. Adam tidak ubahnya seperti pemuda‐pemuda lain juga.
Tiada yang istimewa kecuali mukanya yang kacak dan tubuh tinggi tegapnya yang menjadi rebutan siswi‐siswi kampus di situ. Argh... dia muak!
Dia silap menaruh minat pada awal‐awal kemasukannya di gedung ilmu itu dulu...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan