SEMALAM aku bermimpi sesuatu yang aku langsung tak pernah terfikir. Mimpi itu membuatkan aku jadi pemikir selepas aku terjaga. Nampaknya, selepas ini akan wujud pula novel aku yang ke sepuluh. Aku seolah sedang menonton sebuah filem dan setiap adegan masih terbayang di mindaku bila aku terjaga. Anehkan? Aku sendiri pun kadang‐kadang pelik dengan diri aku. Mungkin kerana aku selalu sangat bermain dengan imaginasi, membuatkan otak aku terus bekerja walaupun ketika sedang tidur.
''Shah, pagi‐pagi lagi anak mak ni dah termenung? Ada la tu plan terbaru dalam otaknya tu?'' aku terkejut bila disapa emak yang entah bila memerhatikan gelagat aku yang sedang termenung di meja makan di ruang dapur.
Selepas menunaikan solat subuh pagi tadi aku terus keluar ke laman rumah untuk menyedut udara pagi. Laman rumah kami yang dihiasi pelbagai jenis bunga yang sedang berkembang. Lanskap hasil tangan emak, aku dan Ucu di waktu lapang. Walaupun kerja Ucu hanya mengangkat benda‐benda berat dan aku hanya menyibuk memberi komen pada emak.
Sambil menghirup udara pagi aku melakukan sedikit senaman ringkas. Sekadar melegakan otot‐otot dan urat‐urat yang mungkin sudah bersimpang siur dalam badan aku ni. Yalah, kalau dah kerja aku asyik mengadap laptop sepanjang masa, mana tak bersimpang siurnya. Jangan-jangan sudah keras urat‐urat dalam badan aku ni?
''Ya Allah,. anak dara ni. Melamun tak habis‐habis?'' aku tersentak lagi sambil memberikan senyuman untuk emak aku. Emak menarik kerusi dan duduk di sebelah aku. Pandangan emak terus dihalakan kepadaku.
''Kenapa ni? Dah ada idea nak tulis novel baru ke?'' emak serkap jarang. Aku pegang tangan emak dan mencium tangannya. Dah macam orang buang tebiat pula aku pagi ni. Tapi, ini memang tabiat aku setiap kali aku nak minta restu emak. Setiap kali aku nak keluar rumah jadi penyamar.
Untuk novel aku yang pertama aku menjadi model. Ketika itu umur aku baru lapan belas tahun. Tajuknya Andai Aku Kau Miliki, kisah seorang model anak jutawan yang sombong dan mencipta nama hingga ke Luar Negara. Selepas menemui seorang lelaki yang bergelar ustaz model itu jatuh cinta pada ustaz tersebut namun cintanya telah ditolak lantaran model tersebut bukan citarasa ustaz itu. Memandangkan Nafisya watak model tersebut selalu mendapat apa yang dikehendaki jadi dia berubah menjadi baik demi merebut cinta ustaz tersebut.
Penghijrahan yang pada mulanya hanya sekadar lakonan akhirnya berubah pada keikhlasan setelah Nafisya betul‐betul mendapat Hidayah daripada Allah dan menjadi isteri solehah pada ustaz Muazim Syah.
Novel kedua aku, aku menyamar menjadi pelayan di sebuah gerai di tepi jalan. Dalam novel ni aku selitkan sedikit aksi ganas pergaduhan di antara mat rempit kerana berebutkan seorang perempuan dan pertumpahan darah berlaku bila ada adegan berlumba haram. Tragis sikit cerita ni dan aku beri tajuk Aku Tak Bersalah.
Novel ketiga, yang ni aku selitkan humor. Dari awal bab hingga akhir bab aku selitkan lawak yang entah kelakar ataupun tidak aku tak pasti tapi ini antara novel aku yang terhot di pasaran.
Tajuknya, hmm..Aku Suka Kau Minah! Novel ni kisah mamat lurus bendul yang menyukai seorang perempuan sejak sekolah.
''Assalammualaikum,.makan apa pagi ni?'' aku pandang ayah yang sudah siap berkot.
Handsome betul ayah aku ni bila sudah mengenakan pakaian rasmi pejabatnya itu. Disusuli Along dan Ucu di belakangnya. Baru aku sedar emak sudah tinggalkan aku di meja makan. Mungkin sedang membantu kak Titie menyiapkan makanan. Pembantu rumah kami ni nama betulnya Siti Rahmah tapi aku yang memanggilnya kak Titie dan panggilan ini berjangkit kepada semua ahli keluargaku.
''Waalaikummusalam, handsome ayah pagi ni.'' aku jawab salam ayah sambil membodek ayah.
Selepas itu aku lepaskan tawa kecil.
''Pagi ni saja ke yang handsome? Pagi‐pagi yang sebelum ni tak handsome?'' ayah mengambil tempat duduk di sebelah aku. Along dan Ucu menarik kerusi yang bertentangan dengan aku.
Datang pula emak dan kak Titie membawa sarapan kami ke meja. Aku panjangkan leher untuk melihat apakah sarapan kami pagi ni. Dengan spontan emak tampar belakang aku.
''Dah habis melamun? Tadi mak ajak tolong Titie sediakan sarapan dia buat dekk saja kan?'' erkk, ya ke? Tak perasan pula aku. Aku hanya hadiahkan senyuman kepada mak.
''Mak, ayah tanya mak. Ayah tak handsome ke sebelum ni?'' aku sengaja kenakan ayah dan mak walaupun aku yang mulakan topik tu. Along dan Ucu tergelak perlahan.
''Ishh..pandai pula nak putar belit.'' ayah bersuara setelah emak memandangnya pelik. Aku ketawa bila melihat emak dan ayah saling berpandangan.
"Macamlah ayah tak kenal siapa anak ayah ni,'' aku membalas juga kata‐kata ayah. Bukan Ayang Mas Merah namanya kalau tak pandai nak membalas balik.
Agenda utama diteruskan di meja makan. Pagi ni kak Titie masak pecal untuk kami sekeluarga. Favourite ayah aku ni. Aku pun suka jugak sebenarnya. Pecal ni macam masakan campuranlah juga. Ada bihun goreng, nasi impit, kangkung yang telah dicelur dan digaul bersama kuah kacang. Fuhh, pagi‐pagi dah makan pecal ni, lewat sikitlah makan tengahari, kerana pecal merupakan makanan yang agak mengenyangkan juga. Hmm..bukan mengenyangkan juga tapi memang kenyang pun. Lebih‐lebih lagi kalau makan sampai bertambah. Hehe,..
''Lepas ni kak Yang nak merantau ke mana pula? Wahyuni masuk kampung. Novel Wahid nak masuk ke mana pula?'' aku dengar Ucu dah gelak dengan ayatnya sendiri. Semua yang berada di meja makan memandang aku dan Ucu.
''Watak hero kali ni nama Wahid pula ke?'' jawapan Ucu belum aku jawab, Along pula menambah soalan. Aku pandang ke semua wajah ahli keluargaku yang tersayang ini. Bermula dengan ayah, emak, Along dan Ucu.
''Ayang ingat kali ni Ayang nak merantau jauh sikitlah, tapi Ayang perlukan kerjasama seseorang yang dapat membantu Ayang nanti. Rasanya Ucu dah dekat nak cuti semesterkan? Nanti Ucu teman kak Yang okey? Tapi watak Wahid takkan wujud kot dalam novel ni. Wahidah mungkin kot?'' aku menjawab sambil meninggalkan persoalan juga, kerana bila aku lihat ayah, dia sudah mengerutkan keningnya. Along dan Ucu pandang aku tak berkedip mata. Mak aku pula tunjukkan riak risau.
''Jauh tu ke mana? Somalia? Afghanistan? Afrika?'' aku tergelak kecil dengan soalan ayah. Jauh sangat kot. Ayah aku ni, tergamak pula dia nak hantar anak kesayangan dia yang paling nakal ni jauh‐jauh.
''Kalau betul, ayah izinkan ke?'' aku sengaja menguji keluargaku. Test market budak‐budak la dok cakap.
''Hah?'' respon daripada mak aku. Aku terus hamburkan ketawa yang aku tahan.
''Shah bergurau aje la mak. Shah nak pi utara pula. Shah nak jadi minah kilang pula kali ni. Ucu teman kak Yang ya?'' ayah dan emak belum beri izin, aku dah pandai‐pandai pelawa Ucu untuk ikut aku.
''Jauh sangat tu. Nak jadi minah kilang kawasan Shah Alam ni pun banyak kilang. Sudah, jangan nak mengarut. Mak tak izinkan kalau jauh macam tu.'' mak dah keluarkan kenyataan dia. Kali pertama mak bertegas dengan aku macam tu. Selalunya kalau aku nak menyamar pun di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor saja memandangkan kami menetap di Shah Alam.
Tak tahulah kenapa mimpi semalam yang menjadikan aku membuat keputusan untuk pergi ke utara pula kali ini. Pelik mimpi aku ni. Aku mimpi laut dan banyak kawasan industri dan aku salah seorang pekerja yang bekerja di salah sebuah kilang itu. Mungkin sebelum tidur aku banyak berfikir untuk novel yang seterusnya hingga terbawa‐bawa ke dalam mimpi?
''Alaa..mak, ini bukan kehendak Shah pun. Tapi kehendak naluri Shah ni. Orang kata jauh perjalanan luas permandangan mak. Dan Shah pula kata, lagi jauh lagi umpp..'' aku sudah mula nak melalut yang bukan‐bukan.
''Shah ada kawan ke di sana?'' ayah mencelah. Aku jadi ceria kembali. Bila ayah mula tunjuk minat maknanya aku ada peluang untuk terus menbodek. Selalunya kalau ayah sudah cakap ya bermakna mak takkan kata tidak.
''Erm..ada tu memang la ada. Masa di UITM dulu ada juga kawan sebilik Shah yang tinggal di Penang tapi..'' aku gantungkan ayat aku tu dan aku pandang mak dan ayah sambil tersengeh.
''Shah tak ada la pula alamat dia.'' selamba saja aku sambung ayat aku tadi sambil terus tayang gigi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan