AKU dan Ucu sampai juga akhirnya di Seberang Prai Pulau Pinang. Ini bukan kali pertama kami
datang ke sini. Kami pernah datang ke sini dengan Along beberapa tahun yang lepas. Along yang membawa aku dan Ucu bercuti di sini. Ketika itu aku masih belajar di UITM. Kebetulan aku cuti semester ketika itu.
''Kak Yang, kita nak menghala ke mana ni?'' Ucu mula menyoal sedangkan aku asyik memerhatikan keadaan sekeliling stesen bas ini. Aku dengan Ucu bertolak awal pagi tadi.
Memandangkan kami ingin datang mencari kerja di sini, jadi kami mengambil keputusan untuk naik bas saja. Datangnya kami di sini tanpa sebarang persiapan. Main redah saja.
''Jom kak Yang, kita chek in mana‐mana hotel dulu. Kita enjoy dua tiga hari dulu baru kita cari kerja. Amacam?'' Ucu menyoal sambil tersengeh. Aku tunjukkan riak wajah tak puas hati kepada ucu.
''Banyak ensem muka Ucu. Sudah, kita cari rumah sewa dulu. Tanya saja orang di sekitar sini. Kalau tak ada rumah sewa, darurat sangat, baru kita chek in hotel,'' aku pula memberi pendapat bernas aku. Sempat aku melihat Ucu mencebik. Aku tahu dia tak puas hati dengan aku kerana penyamaran aku kali ini aku paksa dia terbabit sama.
Di stesen bas Butterworth ini aku perhatikan papan‐papan iklan dan bertanya beberapa orang yang boleh dipercayai untuk mencari rumah sewa.Ucu pun turut berbuat perkara yang sama. Kadang‐kadang Ucu merungut letih. Mana tak letihnya, kami bertolak seawal 6.00 pagi dari Kuala Lumpur pagi tadi. Sampai sekarang terpaksa pula meronda stesen bas untuk mencari iklan rumah sewa.
''Kak Yang, kita isi minyak dulu. Perut Ucu dah berlagu rock ni.'' Ucu mengajak aku sambil mengusap‐ngusap perutnya. Kesian pula aku tengok muka Ucu. Aku pantas menganggukkan kepala. Ucu dah tersengeh lebar.
Dari seberang jalan terpamer jelas restoran nasi kandar. Aku dan Ucu terus mengangkat beg masing‐masing menuju ke restoran tersebut. Seperti pasangan suami isteri Ucu memegang tangan aku untuk menyeberang jalan. Aku jeling ke arah Ucu. Rasa seperti aku pula yang jadi adik. Kalau nak ikut dari segi ketinggian memanglah Ucu lagi tinggi daripada aku. Tubuh Ucu pula tegap, sedangkan aku kecil sikit daripada Ucu.
''Apa jeling‐jeling? Tak puas hati cakap saja!'' eh ucu ni, perasan pula dia. Aku ingat dia tak nampak. Hehe,.
''Ni, kalau aweks Ucu tengok ni, mesti masing‐masing frustmenoggeng. Almaklumlah si jejaka pujaan Mohd Taufik pegang tangan perempuan lain,.'' aku sengaja menyakat Ucu. Ucu sudah tergelak kecil.
''Well!..'' sepatah saja ayat yang keluar dari bibir Ucu sambil menjungkitkan keningnya beberapa kali. Citt..giliran aku pula mencebik kepada Ucu. Mulalah Ucu tu nak ditimpa perasaan.
''KAK YANG, tu macam ada iklan rumah sewa saja tu.'' Ucu tunjukkan aku sekeping kertas yang
dilekatkan di dinding kedai selepas kami selesai makan. Ucu ni sebelum makan tadi tak nampak. Dah kenyang baru nak nampak. Tangki minyak dah penuhlah tu. Aku bangun dan berjalan ke arah dinding kedai. Pandangan orang lain yang sedang memandang ke arahku tidak aku pedulikan.
''Uncle, rumah ni di mana?'' aku tanya mamak di kedai tu. Mamak tu geleng kepala. Aku ingat dia geleng sebab dia tak tahu. Frust juga aku.
''Alloo cik adik manis. Itu rumah manyak keras oo. Jangan duduk situ la nanti itu hantu kacau sama itu cik adik manis,.'' Erkkk..ini mamak ke Bangla? Aku mula keliru.
''Mana tau itu rumah ada hantu?'' dalam keliru tu aku layankan juga.
''Tau la. Itu kertas aku juga letak. Dulu aku pernah tinggal sana. Malam‐malam manyak bunyi juga..'' aku semakin keliru tapi syok juga berdialog dengan mamak ni. Aku terus menyoal.
''Bunyi apa tu?'' aku menanti dengan sabar.
''Burung hantu la.'' Errkk? Aku terus kalih dan mahu berlalu. Aku takut lagi lama aku melayan lain pula jadinya nanti. Bila sampai di meja kami, aku terus duduk dan jeling Ucu. Apa taknya Ucu dah bergegar badan gelakkan aku.
''Adik, adik nak cari rumah sewa ka?'' seorang perempuan lewat 40‐an datang kepada kami.
Aku mengangguk mengiakan.
''Kebetulan akak memang nak cari penyewa ni tapi mahai sikitlah. Rumah murah tiga bilik. Sebulan rm350.00. Boleh?'' aku pandang Ucu dan jungkitkan kening kepadanya.
''Kawasan mana tu?'' Ucu pula menyoal. Perempuan tadi mula menarik kerusi di sebelah aku dan duduk. Tangannya dihulurkan kepadaku untuk bersalam. Aku menyambutnya.
''Adik ni nama pa? Mai dari mana?'' perempuan tadi memandang tepat ke wajahku. Aku ukirkan senyuman sebelum menjawab.
''Saya Shah. Ni adik saya Taufik.'' aku memperkenalkan diriku dan diri Taufik juga.
''Laa..adik ka? Ingat ka suami isteri tadi.'' aku dan Taufik tersenyum. Mamak yang berbual dengan aku tadi datang ke meja kami.
''Alloo cik adik manis. Itu rumah tak mau sewa ka?'' tanya mamak itu sambil memandang ke wajahku.
''Tak maulah uncle. Itu rumah manyak keras. Takut loo,.'' entah bahasa apa aku sudah tiru ni? Alahh, bedal sajalah!
''Memang la, itu rumah buat dari bata sama simen. Memanglah manyak keras. Apa pasal pula cik adik takut sama itu rumah pula?'' Ucu dah mengigil badan gelakkan aku. Aku? Macam nak hempuk saja kepala mamak ni. Nasib baiklah Malaysia ni ada undang‐undang.
''Mamak, jangan kacau la. Kami nak bersembang ni.'' perempuan tadi yang masih belum mengenalkan nama menghalau mamak tadi. Mamak tadi berlalu pergi sambil menepuk dahi.
Aku pandang Ucu. Ucu jungkit kening. Aku geleng kepala. Akhirnya perempuan yang duduk di
sebelah aku yang bersuara.
''Ni macam mana? Jadi ambil ka dak?'' aku pandang Ucu lagi. Kami buat bahasa isyarat dengan mata.
''Kak..sebenarnya,selain cari rumah kami nak cari kerja juga kak. Ada tak kak dengar ada kilang yang nak ambil pekerja?''
''Laa,.memang kena sangat la ni. Dekat rumah ni memang ada asrama pekerja untuk kilang Sony. Kalau adik nak minta kerja nanti boleh tanya warden asrama tu. Kebetulan warden asrama tu pun memang sepupu akak. Jomlah ikut akak!'' perempuan itu terus mengambil beg aku dan dibawanya keluar dari kedai. Terkocoh‐kocoh aku mengikutnya keluar dari kedai, sementara Ucu aku arahkan supaya membayar makanan kami.
KAMI dibawa ke kawasan perumahan taman. Taman Alma Jaya 2, Bukit Mertajam. Itu yang aku baca di papan tanda masuk ke taman ini tadi. Sekali sekala aku akan menoleh kepada Ucu yang sudah terlentok di kusyen belakang. Sempat lagi Ucu ni nak buat taik mata. Aku ni sikit punya bimbang ke, datang ke tempat orang. Dah tu naik pula kereta orang yang tidak dikenali.
Haih, Ucu ni..
Kereta berhenti di depan sebuah rumah teres satu tingkat. Perempuan tadi membuka pintu kereta dan turun dari kereta. Aku juga mengikutnya turun dari kereta.Ucu masih mamai di dalam kereta. Masih terpinga‐pinga. Aku membiarkan Ucu dan mengikut perempuan tadi bila melihat dia sudah membuka pintu pagar dan masuk ke dalam.
''Rumah ni penyewa dia baru blah minggu lepas. Lari waktu malam selepas tiga bulan sewa tertunggak. Dulu barang semua cukup lengkap tapi habis kena kebas dengan penyewa sebelum ni.'' tanpa dipinta perempuan tadi bercerita kepadaku. Aku hanya tersengeh. Tiada idea untuk menjawab.
''Masuklah, tengok‐tengoklah dulu. Kalau berkenan boleh bayar deposit untuk dua bulan sewa,.'' aku menconggak dalam hati. Bermakna kena bayar rm700.00 sedangkan aku sendiri tidak tahu berapa bulan kami akan tinggal di sini. Selalunya aku akan cari pengalaman untuk satu cerita paling lama tiga minggu saja.
''Err,.macam ni la kak, err..'' aku kematian kata. Perempuan ni belum lagi bagitau nama dia.
''Senah, pangge saja kak Senah.''
''Sebenarnya kak Senah, kami cuma nak cari rumah sewa sementara saja. Boleh tak kalau saya bayar untuk sebulan dulu. Nanti kalau kami nak teruskan kami bayarlah lagi bulan depan.'' aku cuba berterus terang dengan kak Senah. Harap dia fahamlah. Lagi pun bila aku ronda tadi rasanya banyak juga barang‐barang yang harus aku beli.
''Hmm..okeylah. Nak bayar sekarang ka? Rumah kak Senah sebelah kiri rumah ni saja. Kalau ada apa‐apa hal boleh pangge akak di sebelah.'' aku mengangguk dan mengeluarkan dompet.
Rm350.00 bertukar tangan. Adoii..kali ni jenuh la nak berbelanja. Tapi tak apa la, demi novel aku yang ke sepuluh ini aku relakan apa saja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan