“AKHIRNYA aku kembali lagi.” Bisik Ridduan. Sebaik saja kaki memijak jeti. Dia melangkah satu persatu hingga penghujung jeti. Kaki memijak pasir putih yang halus. Tangan mengaut pasir dan digenggam. Dibiarkan pasir jatuh di tiup angin. Dia menghirup udara segar dari lautan masin sepuas hati. Rindunya pada keindahan dan kedamaian ciptaan tuhan. Rindunya pada dia. Wajahnya berpaling jauh pada lobi.
Dia menuju ke lobi sambil matanya meliar mencari sesuatu. Kelibat Hana yang diharapkan, tidak muncul hingga dia masuk ke bilik. Kali ini, dia buat permintaan menginap bilik paling hujung, sebelah pantai. Dia tahu bilik Hana berhampiran situ. Dia akan penginap lama di sini. Untuk mencari sesuatu yang tidak pasti.
Pintu gelongsor dibuka lalu duduk di kerusi rehat yang disediakan di beranda. Dia bertuah, dapat juga bilik seperti yang dipinta. Mungkin dia dianggap sebagai regular guests di sini atau mungkin juga kerana tidak ramai pengunjung atau mungkin juga kerana reception tadi suka padanya hingga diberi bilik pemandangan yang cantik menghadap batuan‐batuan pantai.
Cincin emas putih dikeluarkan dari poket seluarnya.“Kerana ini juga aku kembali.” Bisiknya.
Pada mulanya dia nekad tidak akan ke sini lagi. Tidak mahu mencari Hana lagi. Bermacam-macam
telah dilakukannya untuk jauh daripada bayangan Hana. Dia menyibukkan diri sepanjang masa tanpa berehat. Dia lebih fokus pada kerja, cuba mencari idea‐idea baru untuk mengembangkan perniagaannya. Setiap kali breakfast, lunch, high teadan dinner dia minta Aleece menemaninya. Jika Aleece tiada masa, dia sendiri datang mencari Aleece di mana saja Aleece berada.
Setiap petang dia akan ke gym. Memecah peluh. Setiap kali bayangan Hana muncul, dia akan menambah pemberat supaya dirinya lebih fokus dan lupa Hana. Badannya kini semakin sasa. Otot‐otot badan telah timbul dan jelas kelihatan.
Pada malam pula dia mula menyertai kelab kickboxing. Semakin hari, seni pertahan dirinya semakin mantap. Dia akan mencabar rakan‐rakannya untuk lari daripada bayangan Hana. Tapi... jika dia tidak mampu membendung rindu pada Hana, dia mula bermain gitar.
Mendendangkan lagu‐lagu cinta dan rindu yang ditujukan khas buat Hana dari jauh. Terutama lewat‐lewat malam, dia tidak dapat lari. Walaupun badan telah penat seharian bekerja, memecah peluh, matanya tidak penat, fikirannya tidak penat dan hatinya tidak penat teringatkan Hana... Hana... Hana... sampai satu tahap, dirinya tidak mampu bertahan lagi.
Sanggup meletakkan semua kejahatan dan kegelapan yang menyelubungi hidupnya ke tepi dan datang mengejar Hana hingga ke sini.
HANA keluar dari vila. Sebelum menaiki buggy, dia meninjau kawasan sekitar. Dia rasakan seperti ada seseorang sedang memerhatikan pergerakannya sejak tadi. Dia mula tidak sedap hati. Telah beberapa kali dia rasa begitu. Tapi, bila dia cari gerangan si pemerhati, tiada kelibat. Mungkin hanya perasannya sendiri. Hana menaiki buggy tanpa curiga lagi.
Hampir lima jam mesyuarat yang dipengerusikan oleh pengurus besar bersama pengurus-pengurus
semua bahagian. Dalam mesyuarat itu telah membentangkan jumlah jualan pada bulan itu serta jualan untuk suku tahun mencapai sasaran yang telah dirancang. Beberapa helai pelan rancangan di bentang dan diperbincangkan untuk penambahbaikan. Di akhir mesyuarat, rating point bulan itu juga telah di umum oleh Akauntan. Rating point bulan itu di antara yang tertinggi untuk tahun itu. Rating point ialah elaun mengikut skala yang diberi untuk staf kumpulan sokongan atau staf yang memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Lebih lama bekerja, lebih tinggi rating point yang mengikut senioriti. Staf kumpulan sokongan selalunya diberi gaji pokok yang rendah manakala rating point yang melebatkan gaji mereka.
Selepas mesyuarat berakhir, Hana segera membuat perjumpaan bersama semua staf di Bahagian Pemasaran untuk menyampaikan maklumat penting dalam mesyuarat tadi. Dia tidak mahu tangguh kerana takut lupa perkara penting yang perlu disampaikan.
Wajah Sofea berseri‐seri pada hari itu. Hana juga pelik melihatnya. Ketika perbincangan dijalankan Hana perasan Sofea seperti tersenyum sendiri. Ingin ditegur tapi takut memalukannya pula.
Sofea... happy hari ni. Sebab rating point tinggi ke? Nanti boleh belanja saya.” Usik Hana.
“Eh... gaji Cik Hana lagi besar. Cik Hana yang patut belanja saya.”
“Okey... boleh sangat. Minggu depan saya belanja semua staf saya makan di restoran ya. Sebagai tanda terima kasih memberi kerjasama yang baik dan menjadi satu kumpulan yang mantap.”
Oleh sebab Hana menjawat jawatan pengurus atau lebih dikenali sebagai golongan profesional, Hana juga mendapat beberapa kelebihan. Makan ditanggung oleh pihak resort sepenuhnya untuk semua staf, tapi bezanya ialah golongan profesional boleh makan di restoran resort mengikut bajet harian yang telah ditetapkan manakala staf sokongan di kantin. Hana berniat membawa semua stafnya makan di restoran dan dibayar dengan duit gajinya sebagai tanda penghargaan telah melakukan tugas dengan penuh efisien dan memberi kerjasama yang baik.
“Wah... yes, dapat juga saya merasa duit Cik Hana. Kira triple happy.” Sofea gembira. Bersinar-sinar
cahaya di matanya.
“Triple happy?” Wajah Hana penuh tanda tanya.
“Emmm... satu saya happy sebab rating point tinggi. Boleh saya shopping bila balik KL nanti. Yang keduanya, saya dapat rasa duit Cik Hana... dan yang paling buat saya happy sebab kumbang dah hinggap di sini balik.” Sofea tersengih‐sengih pada Hana.
“Kumbang? Wajah Hana bertambah pelik. Makin tanya makin tak faham. Berbelit‐belit.
“Eh... bukan kumbang. Tak sesuai la. Emmm... flower Boy. ”
“Apa flower boy. Awak ni ada‐ada aje la. Tak sampai dek akal saya.” Hana malas nak memikirkan maksud kata‐kata Sofea tadi. Sofea ni ada‐ada saja. Setiap hari ada saja idea yang lucu dan memeningkan kepalanya. Itulah Sofea... pembantu, kawan merangkap penghibur pada dia.
“Eee... Cik Hana ni slow la. Tu.. si penyelamat Cik Hana...” Sofea tetap mahu menerangkan maksud katanya tadi bila Hana seperti tidak endahkannya lagi dan mula membaca organizer kumpulan akan datang yang baru diberi Shahrul sebentar tadi.
Penyelamat! Hana tidak bergerak. Matanya buntang pada kertas di atas mejanya. Tapi bayangannya telah tembus dari kertas serta mejanya“Siapa!”
“Mr. Ridduan... he’s back.”
“Mr. Ridduan!” Hana memandang tepat pada Sofea. Matanya tidak berkedip. Mencari kepastian. Apa yang didengar adakah khayalan atau nyata.
“Iya.. betul Cik Hana. Dia baru sampai pagi tadi... orang reception yang hebohkan benda ni.”
Mata Hana berkedip semula. Anak matanya bergerak ke kiri dan ke kanan. Kepalanya ligat berfikir. Apa yang perlu dia lakukan? Apa yang perlu dia mulakan dulu? Tapi tubuhnya bertindak lebih pantas meninggalkan Sofea. Kakinya melangkah laju tapi rasanya seperti perlahan. Dia perlu segera berjumpa Ridduan. Ingin mengesahkan apa yang dikata Sofea tadi adalah betul. Kemudian dia akan memohon maaf dan berterima kasih kerana telah selamatkan nyawanya. Dia ingin melepaskan segala perasaan bersalah pada Ridduan yang menghantui dirinya selama ini. Dia ingin perasaannya kosong dan fikirannya kembali tenang seperti mula-mula dia datang ke sini dulu. Dia berlari anak untuk lebih cepat.
Izwan muncul depan Hana tiba‐tiba. Hana berhenti melangkah. Hana turut terkejut. Tidak tahu Izwan muncul dari mana.
“Izwan.. awak datang dari mana ni.”
“Cik Hana... saya nak cakap sesuatu dengan Cik Hana.”
“Izwan. Saya nak cepat ni. Awak cakap lain kali, boleh...”
“Cik Hana... dengar dulu apa yang saya ingin cakapkan. Saya perlu terangkan sesuatu pada Cik Hana.” Rayu Izwan. Dia juga tidak mahu mengalah. Dia telah dapat kekuatan untuk berterus terang pada Hana tentang perasaannya yang sebenar. Bukan senang dia mengumpul kekuatan ini.
“Izwan... saya betul‐betul nak cepat ni. Saya kena pergi. Awak cakap kemudian.”
“Cik Hana....” Izwan mendesak. Dia mencapai tangan Hana tapi ditepis Hana.
“Izwan! Please respect me...” tegas Hana.
“Saya suka pada awak, Cik Hana.” Izwan melihat Hana telah jauh meninggalkannya. Tanpa mendengar apa yang dia ingin lafazkan.
Hana bertanya pada reception di mana bilik Ridduan. Setelah mengetahuinya, dia segera menuju ke tempat yang diberitahu. Bilik Ridduan sepertinya arah yang sama ke biliknya. Smartphone yang dipegang berbunyi. Tertera nama‘Fiancẻe’. Hana tidak endahkan. Dia terus melangkah. Tapi, sekali lagi berbunyi tidak henti‐henti. Hana akur...
“Assalamualaikum abang,” lembut tutur Hana. Cuba bernafas perlahan supaya suaranya seperti biasa dan tidak kedengaran kepenatan.
“Waalaikumsalam.”
“Ada apa abang?” lantas Hana bertanya.
“Dah lama Hana tak telefon abang. Hari tu pun Hana tiba‐tiba letak. Kenapa?”
“Ooo...” Teringat kejadian di mana dia dimarahi guest. “Hari tu ada quest marah‐marah. Sebab tu Hana terpaksa letak.”
“Lepas tu Hana tak call abang balik pun. Abang tunggu tau.”Aman sedikit tidak puas hati.
“Selalunya Hana yang tunggu panggilan abang. Abangkan sibuk.”Terkenang suatu ketika dahulu, dia terlalu sunyi. Telefonnya sentiasa berada di sebelah dan ditatap menunggu telefon berdering. Dia menunggu panggilan dari Aman berhari‐hari. Jika dia pula yang telefon pasti ada saja urusan dan alasan.
“Tapi sekarang Hana lebih sibuk daripada abang sampai tak bertanya khabar pun.”
Hana teringat urusan yang tertangguh tadi.
“Abang... maafkan Hana. Hana ada kerja sekarang ni.” Panggilan dimatikan tanpa mempedulikan Aman.
Hana meneruskan perjalanan ke bilik Ridduan. Kali ini dia mengikut jalan persisiran pantai lebih cepat sampai berbanding ikut jalan dalam resort. Ada saja yang memanggilnya lagi.
“Hana!” Dia memandang arah panggilan itu. Matanya membulat besar... Eric duduk di sebuah meja di tepi pantai. Hana menemui Eric.
“Mr. Eric buat apa kat sini.”
“Saya bosan duduk di atas tu. Lihat resort dari jauh. Saya terfikir apa yang awak tengah buat sekarang ni. Makan tengah hari tadi pun awak tak datangkan. Jadi saya turunlah.”
“Ooo... minta maaf Mr. Eric. Saya masih dalam mesyuarat ketika itu.”
“Ni awak belum lunch lagi?”
“Sudah... dalam meeting tadi ada sediakan makanan.”
“Kalau macam tu, awak duduk la. Saya belanja High Tea pula.”
“It’s okey Mr. Eric. Thanks. Saya ada urusan nak diselesaikan dulu.”
“Hana please... kerja tak pernah habis. Duduk sini dulu. Temankan saya.”
“Tapi Mr. Eric. Saya kena pergi ni.”
“Come on Hana. Please... Bukan selalu saya makan di tepi pantai ni. Takkan awak nak biarkan saya seorang diri di sini.” Eric membuat wajah kesian seperti merayu.“Please... ”
Hana duduk bila kerusi yang ditarik Eric. Tidak sampai hati pula meninggalkan Eric. Dia termakan juga dengan wajah kesian Eric sebagai umpan. Hana ingin berjumpa Ridduan tapi tak berdaya. Ada saja halangan sejak tadi dan sekarang Eric. Eric, guest VIP di bawah jagaannya. Dia perlu menjaga dan melayan kehendak guest itu. Asalkan masih tidak melanggar hukum‐hakam agama.
Bar berkonsepkan Hawai yang menghidangkan koktel dan menu High Teatelah dibuka. Eric memesan Beef Steak, Spagetti Bolonigse dan Chicken Salad berserta dua cawan kopi.
“Banyaknya Mr. Eric makan. High teadah macam dinner.”
“Saya pesan untuk awak. Lagi pun saya tengok badan awak ni terlalu kering. Saya nak tambah lemak sikit pada badan awak tu.”
“Mr. Eric... jangan la macam tu. Saya memang nak kurus...”
Eric merapatkan sedikit tubuhnya dan berbisik pada Hana.“Agaknya resort ni tak cukup bajet nak bagi staf makan kot...”
“Mr. Eric...” Hana mengerling tajam sambil ketawa lucu.
“Lucu ke?”
“Untuk orang macam Mr. Eric ni dah cukup lucu... ” Hana dan Eric ketawa bersama.
Mereka berbual rancak dan ketawa dengan riang. Kelihatannya Hana seperti serasi bersama Eric. Terdapat sepasang mata melihat tingkah laku Hana dari jauh. Hati yang berbunga sejak menjejakkan kaki di sini telah hilang. Yang datang suatu perasaan yang cemburu, kecewa, sedih dan sakit hati bercampur baur.‘Kenapa bila bersama dia, Hana tidak pernah menunjukkan riak wajah sebegitu? Siapa lelaki itu?’ tanya sendiri. Asalnya Ridduan nampak kelibat Hana seperti tergesa‐gesa. Dia bersembunyi di balik pokok. Dia ingin memberi kejutan pada Hana. Tapi sekarang dia yang terkejut bila Hana duduk bersantai bersama seorang lelaki berbangsa Inggeris. Ridduan hanya mampu memerhati mereka dari jauh.
Izwan menggenggam tangannya. Menahan kemarahan melihat Hana mesra bersama Eric bertambah sakit hatinya. Kerana Eric, dia tidak sempat meluahkan perasaannya pada Hana. Kerana Eric, Hana mengelak darinya. Dia merasakan Eric ialah punca dan halangan terbesar untuk dia terus bersama Hana. Dia nekad untuk hapuskan Eric jika itu saja jalan untuk memiliki Hana.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan