Label

Khamis, 29 Disember 2016

NOVEL Re Mimpi Rialiti Bab23

Seminggu berlalu dan sepanjang minggu itu tiada apa yang lebih menggembirakan dia dari menerima panggilan Shawn setiap malam. Mereka akan berbual tentang apa sahaja sehingga Suri terlena. Perbualan yang bila dia lihat dalam log panggilannya, kadang‐kadang tidak lebih dari 10 minit memberi hasil radian yang menyerlah keesokan harinya. Seperti matahari yang memberikan vitamin pada tumbuhan. Paling lama dia pernah berbual dengan Shawn?

Sehingga kehabisan baterinya dan seringkali dua jam pertama, mereka berbual seperti biasa dan selebihnya bunyi dengkur Suri. Itu apa yang tunangnya beritahu keesokkanya. Malu tidak malu, boleh Shawn kata yang dengkur dia macam bunyi gesekan viola dan membantu lelaki itu fokus menyudahkan tugasan‐tugasan kuliah.

Dalam pada malam‐malam dia ditemani suara Shawn yang memukau itu, Miza kini jarang pulang ke rumah dan lebih banyak habiskan masa di studio menyudahkan projek untuk semester itu. Bila sahabatnya pulang, Suri lihat Miza lebih banyak termenung dan jarang bercakap banyak ﴾selalunya Miza akan membebel tentang lelaki‐lelaki kacak yang gadis itu jumpa samaada di tapak kampus atau di pusat beli belah atau di Fiction﴿. Pernah satu malam ketika Suri sedang berbual dengan Shawn, Miza datang ketuk pintu biliknya dan duduk di punjuru katil. Sejurus itu terus Suri tamatkan panggilan dengan Shawn.

“Hey kenapa ni?” soal Suri lembut.



Miza pandang wajah Suri dengan mata kuyu yang bila‐bila masa boleh pecah tangki airnya.

“Boleh tak aku nak peluk kau?”

Terus Suri peluk tubuh Miza yang semakin mengurus. Rambut sahabatnya dibelai. Tidak pernah dia lihat Miza bela rambut sepanjang ini dan hujung rambutnya sudah bercabang. Tidak terurus. Hati Suri jadi berat.

“Ada orang buli kau ke?” tekanya. Setahunya Miza orang yang kuat dan tidak terkesan dengan kata‐kata dan layanan orang sekitarnya. Apa agaknya yang mempengaruhi emosi sahabatnya sehingga begini sekali.

Erat Miza balas dakapannya. Bahu Suri basah tetapi tiada hingut waima sendu sekalipun. Malah soalan Suri dibiarkan sepi. Malam itu gadis itu menangis dibahunya dalam senyap. Perubahan sikap Miza mengganggu Suri. Dia lega Miza datang carinya bila gadis itu berada dalam keadaan susah tetapi dia jadi kabut bila gadis itu enggan beritahu apa masalahnya.

“Dia mungkin stress dengan project final sem kot?” pujuk Shawn pada malam mereka diberi tarikh untuk temu janji kedua. Mereka pilih untuk bertemu pada waktu malamnya dan Shawn ingin tunjuk bakat memasaknya. Berapa banyak bintang Suri hendak bagi untuk masakan Shawn? Hurm, 3 ½? Dia tidak mahu bagi banyak‐banyak pujian, nanti Shawn naik lemak.

“Mungkin jugak tapi saya rasa ada sebab lain. Saya kenal Miza lama. Dia kalau stress, dia akan lebih banyak merapu dan meraban. Mencarut lagilah,” cakap Suri dalam nada perlahan di hujung katanya. Matanya melekap pada dada langit. Malam itu ditaburi kerdip‐kerdip cahaya bintang dan bulan juga terlihat jelas hendak memasuki fasa ‘Waning Quater’ dari ‘Waning Gibbous’.

“Saya rasa, saya kena jugak tanya Yuri fasal Miza. Diaorang tu dah macam adik beradik. Miza mungkin ada cerita apa‐apa kat Yuri,” cakap Suri lebih kepada diri sendiri. Sebahagian hatinya seperti berat untuk menghubungi Yurino. Namun demi Miza, dia harus juga kerana seperti yang dia nyatakan tadi Miza dan Yurino umpama adik beradik, semacam belangkas juga ada.

Kadang‐kadang tanpa Suri tahu, mereka berdua keluar berdua dan berkongsi rahsia. Ada kalanya Suri cemburu akan keakraban itu lagi‐lagi selepas pertunangan mereka putus, dia harap hubungan dia dengan Yurino sepertimana Miza dengan Yurino.

“Dah berapa lama awak kenal bekas tunang awak tu?” soal Shawn, matanya turut sama melirik ke arah pandangan Suri. Ada nada cemburu di dalam kata‐katanya dan penekanan pada perkataan ‘bekas tunang’ itu sangat jelas.

“Hurm.” Suri berfikir. “14 ke 15 tahun? Saya tak ingat.” Kewujudan Yurino dalam hidup Suri sudah lama wujud dalam kamus hidupnya. Keakraban mereka tidak timbul sedari kecil tetapi selama itu dia tahu yang Yurino sudah lama berada di sisinya.

“Boleh saya tanya lagi?”

“Hm.” Suri memberi fokus matanya pada Shawn. Melihat rahang Shawn yang terbentuk jelas, bidang dada yang luas disambungkan pada leher yang tebal. Melihat Shawn dari sisi duduknya yang seakan‐akan terbaring sedangkan dia duduk selesa di atas kerusi kacang yang besar dan dikongsi bersama Shawn, buatkan tangan Suri ringan sahaja ingin memeluk tubuh lelaki disebelahnya ini seerat mungkin.

Shawn berfikir‐fikir samaada dia patut luahkan soalan yang sudah lama bermain di fikirannya ini. Sejak dia mengetahui sejarah Suri lagi. Apatah lagi malam‐malam mereka sering berkongsi cerita seharian mereka dan bertanya pro dan cons mereka, hanya soalan ini yang tersekat di kerongkongnya. Dia berpaling memandang Suri. Tersekat air liurnya bila dia lihat sepasang mata itu sudah lama menjamah wajahnya, duduk dalam posisi yang menggugat hatinya dan mereka hanya berada di balkoni rumah kondominiumnya. Bilik tidur tidak jauh dari sini. Kalau hati tidak kuat, masa itu jugak dia angkat Suri masuk –

“Ryuuji?”

“Hah?”

“Awak okey?”

Shawn terbatuk‐batuk. Jantung berdegup kencang. Nasib baik semua itu hanya bermain dalam fikirannya. Dia cuba buang bayang imej yang bermain‐main dalam fikirannya. “Ahem,” dia berdeham. “Okey. Saya okey.”

“Awak nak tanya apa tadi?” soal Suri dengan wajah polos buatkan hati Shawn dibebani rasa bersalah kerana memikirkan perkara sebegitu tadi. Dia tarik nafasnya perlahan‐lahan. “Awak... masih lagi simpan perasaan kat mamat tu?”

“Mamat tu?” Suri perasan yang Shawn tidak pernah sebut nama Yurino malah dalam perbualan mereka ini adalah kali pertama hal berkaitan Yurino bangkit. Kenapa agaknya Shawn berbuat demikian? Adakah kerana hendak menjaga hatinya?

“Tak. Saya tak simpan apa‐apa lagi saki baki perasaan dengan dia,” jawab Suri jujur. Dia fikir semula pertemuan terakhirnya dengan Yurino di malam majlis makan malam syarikat, selepas dia tengking lelaki itu, dia tidak terserempak dengan Yurino lagi. Dia tidak yakin yang mereka boleh jadi ‘kawan’ selagi Yurino tidak dapat kawal Da Um sebaik‐baiknya. “Yang ada mungkin penyesalan.”

“Awak menyesal sebab antara awak dengan dia tak berakhir dengan baik?” teka Shawn.

Suri menggeleng. “Saya menyesal sebab dia berhak orang lebih bagus dari Da Um lebih bagus dari saya tapi dia tak ambil inisiatif untuk bebaskan diri dia dari orang macam adik saudara saya tu dan saya tak buat apa pun untuk dia kecapi bahagia.”

Rahang Shawn menegang. “Jadi dia ada buat apa‐apa yang buat awak bahagia? Ada?”

Pandangan Suri jatuh. “Ada,” jawab Suri sayu. “Dia ada di samping saya dan buat saya kenal cinta di masa orang lain pandang hina pada saya. Dia juga yang buat hubungan saya dengan atuk saya baik. Kalau saya tak jatuh tangga, dua tahun lepas, saya tak rasa saya akan cuba pertahankan atuk saya dan saya tak mungkin akan jumpa awak.” Suri angkat wajahnya, merenung sinar mata yang seakan tidak puas dengan jawapannya. Seperti ada perasaan kecewa namun Shawn pantas kalih wajahnya dan hembus nafas berat.

“You’re too nice, Suri.”

Suri tersenyum senget. “Ya? Kalau macam tu saya pun nak tanya jugak.” Dia cuba beranikan dirinya.

Shawn masih tidak pandang wajahnya dan menyukarkan Suri untuk faham apa yang bermain dalam fikiran lelaki itu. “Tanya apa?”

Suri pandang jari jemarinya. Dia layak untuk tanya Shawn memandangkan Shawn juga ada persoalkan tentang Yurino. Tetapi kenapa dia rasa takut? “Kenapa awak nak lupakan cinta pertama awak?”

Soalan itu manarik perhatian Shawn dan menemu mata Suri. Anak mata coklat yang Suri dapati sangat memukau dan lembut itu kini tampak kurang sinarnya. Kerut kening Shawn, mengecilkan mata lelaki itu. Adakah Suri sudah tersilap cakap? Shawn ambil masa hampir seminit untuk jawab soalannya.

“Sebab dia tak pernah anggap saya lebih dari seorang adik dan saya tak nampak peluang untuk saya menangi hati dia. Lagipun dia dah nak kahwin,” jawab Shawn perlahan. Di hujung katanya, dia cuba ukir senyum paksa supaya Suri tertipu yang dia sememangnya sudah berputus asa untuk mengejar cinta pertamanya. “First love never meant to be achieved.”

Suri dapat rasa yang peluang dia untuk buat Shawn jatuh cinta dengan dia sangat nipis. Malah dalam keadaan mereka sekarang, Suri sanggup bertaruh yang Shawn tidak tergugat pun dengan kehadiran dia di rumah lelaki ini malam ini. Sejak Shawn mengaku yang dia dipergunakan, semakin dia dapat rasakan yang dia memang dipergunakan. Apalah nasib dia... lansung tidak pernah ada yang baik bila timbul isu lelaki dan cinta. Suri mengeluh panjang.

“Apa agaknya masalah lelaki dengan perempuan yang lebih tua,” luah Suri dengan nada kesal.

“Excuse me?” Dahi Shawn semakin berkerut‐kerut. Mata yang tadinya sepet semakin sepet.

Suri tidak menghiraukan kerut‐kedut Shawn. “Drama, novel, komik, anime... asal first love aje, nuna. Older women. Lepas tu frust menonggeng.” Dia lansung tidak percaya yang dia cuba cucuk sarang lebah. Oleh kerana hatinya yang sakit dia lepaskan rasa sakitnya semula pada Shawn dan nampaknya cucuknya mengena.

“Let me remind you young lady,” cakap Shawn ala‐ala gadis America African dengan gaya-gayanya
sekali. “Perempuan pun lebih kurang sama. Apa masalah perempuan dengan lelaki yang lebih muda?”

“Kenapa tanya saya?” suara Suri naik satu oktaf. “Saya lansung tak ada interest nak jadi cougar. To remind you, my EX is a lot older than I am. I mean, not that a lot, but he is older,” marahnya cuba mengingatkan yang Yurino tua tiga tahun darinya. Tua lagi dari Shawn.

“Hah!” Shawn kipas wajahnya. “Well, soalan saya general. Saya tak maksudkan awak. Saya tahulah EX awak tu dah TUA. Tak payah ceritalah!”

Hati Suri semakin panas. Nampaknya, sampai sarang dia juga tercucuk sekali. “Walaupun soalan awak general... saya tetap tak ada jawapannya. Bukannya saya terlibat dalam soalan awak tu tapi awak terlibat dalam soalan saya. Sekarang jawab!”

Shawn tidak balas selepas itu. Buatkan rasa bangga sedikit sebab kali ini dia menang perbalahan. Kembang kuncup hidungnya.

“Saya tak ada jawapan untuk tu, Suri. Saya kenal dia sejak saya tiga tahun. Hampir dua dekad saya hanya pandang dia. Saya tak pernah cinta perempuan yang lebih muda atau sebaya saya. Jadi saya tak dapat bezakannya, Suri.”

Jawapan jujur Shawn menyebabkan hidung kembang kuncup Suri jadi normal. Kemenangan yang dia rasakan tadi umpama bilah dua mata. Ianya mencucuk dan menyakiti hatinya. Dia sememamgnya tiada peluang untuk menangi hati Shawn. Romentic gesture yang lelaki itu tunjukkan tempoh hari hanya sekadar untuk pujuk hatinya yang sedih dan tiada makna tersirat.

Dia patut dapat agak. Kenapalah dia cari penyakit dengan menanya soalan‐soalan begitu. Suri ketawa kecil.

Shawn hela nafas pendek. “Kenapa kita gaduh fasal benda‐benda macam ni?”

“Sebab awak tu utterly annoying,” jawab Suri selamba. “Saya nak balik. Nanti Miza risau.”

“Saya hantar awak balik.”

Suri tidak membantah dan dia biarkan sikap budiman Shawn ambil alih dan hantar dia pulang. Sekurang‐kurangnya dia dapat habiskan masa lagi dengan lelaki itu walaupun dia tahu dia tiada peluang. Lagipun ﴾meleret‐leret bunyinya﴿, Shawn akan kahwin dengan dia jugak. Hah! Dalam perjalanan pulang, pergaduhan mereka bersambung semula. Masing‐masing cuba mempertahankan alibi ﴾Suri tidak faham kenapa dia harus dikategorikan dalam kategori itu.

Dia terpaksa pertahankan juga sebab tidak mahu kalah lagi dengan Shawn﴿. Entah macam mana, topik pergaduahan mereka boleh bertukar menjadi sesi pujuk memujuk untuk Suri tahu bagaimana rupa cinta pertama Shawn. Memang tidak tahu malu betul perempuan ni!

“Fine! Rupa dia macam Annie Rose Sommers!” jawab Shawn.

Mata Suri terkebil‐kebil. “Annie Rose yang movie superstar tu?”

Shawn angguk.

“Yang model antarabangsa tu?”

Shawn angguk lagi.

Suri mengeluh kecil. “Kenapa lelaki suka berangan yang bukan‐bukan?” Kemudian dia sambung, “kalau tak Annie Rose, Angelina Jolie... Kalau tak Angelina, Jessica Alba‐lah, Ariana Grande‐lah, Audrey Hepburn‐lah...”

“Saya cakap betullah.”

“Kalau macam tu, EX saya dulu rupa dia macam Channing Tatum.”

“Menipu.”

“Tak pun macam Chris Pine.”

“Mata sepet berlagak nak jadi mat saleh,” kutuk Shawn.

Suri masih tidak endahkan kutukan Shawn. “Paling‐paling pun ada rupa macam Akanishi Jin.”

“Blurrk.” Shawn buat muka hendak termuntah. “Sudah lah Suri, saya tahu macam mana rupa mamat tu. Tak payah nak samakan muka dia dengan mana‐mana pelakon. Hiperbola melampau!”

“Jealous cakaplah jealous. Saya cuba samakan muka awak dengan mana‐mana pelakon yang saya tahu. Hurm, macam mana kalau Will Ferrell? Russel Brand? Bill Murray?” Suri main cekup mana‐mana nama pelawak yang dia kenal padahal tiada satu namapun yang serupa Shawn melainkan pelakon korea yang baharu ini dia kenali, Seo Kang Jun. Mata mereka sama coklat dan memukau dan bila setiap kali dia menonton ‘What Happens To My Family’, dia tidak dapat usir bayangan wajah Shawn bila watak Seo Kang Jun muncul.

“Saya tak tahu apa yang buatkan awak rasa anxious, tapi saya cakap betul,” cakap Shawn lembut dan berhentikan keretanya di hadapan rumah Suri.

Suri ketap bibirnya. Shawn Ryuuji Kominato lembap! Mengetahui yang rupa cinta pertama Shawn menyerupai Annie Rose buatkan Suri rasa bimbang. Suri bukannya tinggi atau berambut kuning emas dengan mata biru yang bundar. Tambah pula dia ada calar kekal di kening kiri dengan gosip liar yang tidak kenal erti jemu mengejarnya. Macam mana dia tidak bimbang? Semua itu berkumpul di dalam hatinya dan dia tidak tahu bagaimana hendak luahkan pada Shawn tanpa lelaki itu tahu yang dia cintakan Shawn. Suri cepat‐cepat kalih wajahnya. Dia dapat rasa matanya berair. “Goodnight Ryuuji,” ucapnya dan dia keluar.

BEBERAPA hari selepas itu, pada waktu petangnya, ketika dia sibuk menyusun buku di bawah kaunter ﴾buku‐buku yang baru dipulang﴿ dan dia juga sedang menunggu Shawn datang bersama buku‐buku yang ingin didermakan kepada Fiction, bahunya dicuit Lucy.

“Yes Luce.”

Dia tidak segera mendongak ke atas dan masih lagi menyibukkan diri dengan membersihkan buku‐buku tersebut terus mengikut kod agar senang nanti untuk dia susun semula ke rak yang di spesifikasikan. Dengan cara ini dapat menjimatkan tenaganya dari panjat dan turun tangga.

“Ada orang...” gesa Lucy dalam bisik‐bisiknya.

“Kau ambikkanlah,” paksa Suri memandangkan pelanggan waktu ini tidak ramai dan dia kalau boleh mahu terus hantar buku‐buku ini terus ke rak buku.

“Suriii. Ada orang nak jumpaaa...” gesa Lucy lagi betul‐betul mendesak. Nadanya kedengaran antara tidak percaya dan juga teruja.

Shawn‐kah? Setahu Suri tunangnya itu akan datang lewat petang sedikit. Dia gagahkan juga dirinya untuk melihat siapa yang Lucy maksudkan tanpa mengesyaki apa‐apa maksud dalam nada desakan rakan sekerjanya.

Bila matanya bertemu pandang dengan sepasang cermin mata hitam besar dari jenama Hermes dihiasi dengan senyuman menawan dibibir, Suri terbejat. Lansung dia tidak sangka yang wanita di hadapannya ini akan datang melawatnya di sini. Malah wanita itu juga bawa sekotak besar berisi buku.

“Suri,” tegur wanita itu. “Akak datang nak derma.”

Suri batuk sekali bagi membantu kahak yang tiba‐tiba tersekat di kerongkongnya tadi. Mata beralih dari wajah wanita itu kepada sekotak berisi buku‐buku yang tampak masih baru dan berbalut cantik di dalam sebuah kotak besar. Dia dapat rasa yang wanita ini bukan tujuan utamanya ingin menderma tetapi agenda tersembunyi yang lain. Dia tahu itu. Dia kenal sangat‐sangat perangai wanita ini. Mungkin adik wanita ini baik dan mudah diarah‐arah ﴾Suri tidak pernah ambil kesempatan di atas kelemahan itu﴿ tetapi persamaan yang ada antara dua beradik itu sangat ketara. Muka tembok. Siapa lagi kalau bukan adik beradik Genji.

SURI duduk di hadapan Yukano bersama secawan teh. Mereka pilih untuk duduk di tingkat atas jauh dari mata‐mata yang memandang tetapi tidak terlalu privasi ﴾sebab itu Yukano menolak untuk duduk di bilik kerja Fredrick﴿. Dia jeling rakan sekerjanya yang tertoleh‐toleh ke atas, beberapa pelanggan yang menyedari kehadiran artis terkenal negara juga turut memandang ke arahnya atau lebih tepat sekali ke arah Yukano.

“Terima kasih Suri,” ucapnya lembut dan menghirupnya sedikit. Telinga cawan itu dipegang.

Cermin mata hitamnya sudah disimpan ke dalam beg tangan Gerard Darelnya. Sebagaimana wanita itu cuba untuk menampakkan ketidaktonjolannya, usaha wanita itu hanya sia‐sia kerana ia tetap menonjol dengan baju sejuk dan kasut but dari Chanel dan lehernya dililit dengan skarf dari Hermes. Gaya dia tampak seperti dia baru lepas bersakan di Champs‐Elysees.

Bertahun Suri diasuh untuk mengenal jenama bila setaip kali dia dipaksa untuk menghadiri majlis formal sehingga bila dia jumpa satu lambang yang dia kenali, matanya cepat sahaja mengetahui jenamanya. Suri mengeluh kecil.

“Akak sihat?” soalnya sekadar berbahasa basi. Dia sedang mencari kata kunci untuk mengetahui niat sebenar Yukano mencarinya di sini. Wanita itu ialah wanita sibuk. Sepanjang dia mengenali Yurino hanya beberapa kali sahaja dia berjumpa kakak bekas tunangnya ini dan kebanyakkan pertemuan ini bukannya kerana perkara yang enak‐enak.

Yukano senyum manis. Wajahnya berseri. Dia menunduk merenung perutnya yang kempis dan tangannya secara automatik mengusap permukaan perutnya. “Pembetulan Suri. Awak berdua sihat? Itu yang betulnya,” tegurnya lembut. Mata masih merenung ke arah perutnya yang tidak lama lagi akan memboyot.

Suri ketap bibirnya. Baharu ini dia dengar berita kehamilan Yukano di tabloit dan ia tersebar dengan meluas di seluruh internet. “Tahniah,” ucapnya. “Dah berapa minggu?”

“Tiga.”

Suri mengangguk. Dari cara Yukano mengusap perutnya dan cahaya dari wajah wanita itu, Suri dapat rasa yang wanita itu sedang bahagia.

“Akak nampak gambar Suri di insta tempoh hari. Yuri dah terlepas gadis yang cantik,” komen Yukano bersama sengihan nakal.

Serta merta wajah Suri memerah. Dia faham makna sengihan Yukano. Postnya yang terbaru agak... kontroversi. Gambarnya dengan Shawn sedang duduk di atas kerusi kacang sambil merenung antara satu sama lain dalam jarak yang begitu dekat. Mulanya dia hanya ingin simpan gambar itu sebagai memori di dalam telefonnya tetapi Shawn desaknya untuk post gambar itu ke Instagram dan Shawn juga post gambar yang sama. Riaksi dari dua belah pihak agak memberansangkan jika dibandingkan dengan post pertama mereka sebelum ini.

“Akak pasti sekarang ni dia tengah gigit kuku sambil meraung macam orang gila bila setiap kali dia ingat gambar tu,” tambah Yukano lagi dengan nada gembira. Dia gemar dapat menyakat adik lelakinya. Lagi‐lagi sejak Yurino pilih untuk dengar cakap ibu bapa mereka dan tinggalkan Suri. Masa itu betapa marah dan geramnya dia terhadap keluarganya sehingga dia terpaksa tampar wajah adiknya bagi menyedarkan yang Yurino sudah buat keputusan yang salah. Nasi sudah menjadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...

Wajah Suri berubah muram.

“You don’t have to feel guilty, Suri. Biar dia rasa, yang peluang datang sekali seumur hidup. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Sekurang‐kurangnya ini jadi pengajaran untuk dia. Which brings me to...” Yukano mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.

Dua keping kad bewarna emas dan hitam diletakkan di hadapan Suri. Tertera di muka hadapan kad tersebut nama Yukano bersama nama seorang lelaki untuk majlis perkahwinan mereka pada 18 Januari ini. Apa yang mengejutkannya ialah nama pihak pengantin lelaki itu walaupun dia sepatutnya dapat mengagak, dia tetap sedikit tersentak. “Ini...”

“Akak jemput Suri datang majlis akak minggu depan. Datang tau. Suri dah macam adik akak,” katanya ikhlas.

Sukar untuk Suri telan liurnya. “Tapi... macam mana dengan parents akak? Da Um lagi – ”

“Who cares! Akak lagi suka kalau Suri yang datang. Akak tak pernah terima Da Um jadi sebahagian family akak lepas apa yang dia buat dekat Suri,” potong Yukano.

“Kawan baik akak pun?”

“Kawan baik yang mana?”

Suri ketap bibirnya. “Hiromi,” jawab Suri perlahan. Salah satu sebab kenapa dia tidak selesa
dengan Yukano ialah sahabat baik wanita itu ialah Hiromi Kenichi yang tidak guna itu!
Yukano senyum nipis. “Dia bukan lagi kawan baik akak. Kalau tak jemput nanti wartawan putar
belit cerita akak.” Di hujung katanya, nadanya kedengaran sedih. “Dia dah banyak berubah. Tak
macam yang akak kenal masa sekolah dulu.”
Suri dapat rasa yang sesuatu yang buruk pasti akan berlaku dan memikirkannya menyesakkan
pernafasannya. “Kad yang satu lagi ni?”
“Satu lagi ni... bagi dekat Miza.”
Mata Suri membulat.
“Akak tahu dia mesti marah dekat akak lagi tapi akak ikhlas jemput dia. Akak tak pernah
menyesal mencintai Sora tapi akak menyesal sebab Sora kehilangan kawan yang baik,” pujuk
Yukano.
Suri tidak tahu bagaiamana hendak hadam maklumat yang dia baharu terima ini dan dia dapat
bayangkan apa perasaan Miza jika sahabatnya mengetahui akan hal ini. Tiba‐tiba dia sedar
sesuatu. Hatinya menjadi semakin berat. Ini menjelaskan perangai pelik Miza sepanjang
minggu lepas dan sebab kenapa Miza menangis begitu pada malam tempoh hari. Miza masih
lagi menyimpan perasaan pada Sora Manabe, teman lelaki Yukano, bapa kepada kandungan di
dalam perut wanita itu.
“Akak tak boleh lama‐lama. Akak datang sini pun senyap‐senyap, manager akak tak tahu.
Nanti datang dengan tunang Suri eh? Akak teringin nak jumpa dia.” Dia minum sedikit teh dan
perlahan‐lahan dia letak cawan itu bersama keluh yang hampir Suri tidak dengari. Dia ambil
beg tangannya dan bangkit.
Suri ikut bangun dan iring perjalanan Yukano ke bawah sehingga wanita itu mencungap kuat.
Suri pandang ke arah yang sama.
“OH MY GUCCI. Dia lagi handsome live! Bagus Suri tinggalkan adik akak. Yang ini berbaloi
betul!” puji Yukano melangit‐langit sehingga sanggup mengetepikan adiknya sendiri.
Suri tersengih‐sengih. Dia lihat Shawn di tengah kafe sedang membawa dua kotak besar berisi
buku memandang ke arah mereka wajah seperti Yukano, awe‐struck!
“Jangan lupa eh Suri bagi kad dekat Miza and bawak tunang awak tu ke majlis akak. Tak sabar
nak tengok muka budak tu merah!” cakap Yukano sambil berjalan menuruni tangga dan
melambai ke arah peminat‐peminatnya yang memandang ke arahnya kemudian berhenti di
sebelah Shawn. Entah apa yang wanita itu cakapkan, tidak Suri dengarkan dan wanita itu
berlalu pergi bersama Ferarinya yang terpakir cantik betul‐betul di hadapan kedai.
Bila Suri berdiri di sebelah Shawn, lelaki itu masih lagi dalam mod terkejut. “Kenapa awak tak
cakap?”
“Oh, awak yang tak pernah tanya,” jawab Suri ringkas kerana dia tahu selepas ini dia perlu
berhadapan dengan beratus soalan dari rakan sekerjanya. Alamatnya rahsia dia pun mungkin
dalam keadaan bahaya juga jika seorang demi seorang orang yang dia kenali datang terjahnya
macam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan