Bagaikan mahu gugur jantung Hajar apabila bahunya ditepuk kuat oleh seseorang. Apabila menoleh belakang, dia melihat Harris tersengih – sengih memandangnya. Dah kenapa mamat sorang ni? Kena sampuk ke apa?
“Harris! Kau ni nak bagi aku mati cepat ke? Nasib aku tak ada sakit jantung! Yang kau ni tiba – tiba nak mengusik aku ni kenapa? Sorry, I am not available!” Nasib aku dah ada tunang, kalau tak cair jugak dengan si Harris ni! Boleh tahan hensem! Hajar tersenyum sendiri. Dia berpura – pura khusyuk membaca nota yang berada di atas mejanya, sengaja tidak mahu melayan karenah Harris.
“Yang kau ni tersenyum – senyum sorang – sorang tu apa cerita pulak? Perasan! Ada orang tak dekat sebelah kau tu? Boleh aku duduk situ?”
Ewah! Sedap – sedap je dia kata aku perasan! Mentang – mentang la hensem, ingat semua perempuan tergila – gilakan dia la tu! Eh, memang pun~ huhu~~
“Kau rasa agak – agak ada orang ke tak? Ke aku duduk sebelah jin? Dah tau kosong mestilah tak ada orang sebelah aku ni Encik Harris oi!” Mahu sahaja Hajar menempelak Harris tetapi memandangkan terdapat mata – mata pelajar perempuan sekuliah dengan mereka memandang kearahnya, Hajar cuba mengawal suaranya agar tidak terlalu tinggi pada pendengaran orang lain.
Harris yang mendengar respon daripada Hajar cepat sahaja beralih tempat di sebelah Hajar. Hajar tidak sedap hati. Maklumlah, dia tidak mahu digosipkan dengan Harris, pelajar lelaki yang glamor di mata pelajar perempuan jurusan Undang – undang! Walaupun mereka baru sebulan di situ, Harris agak terkenal dengan keaktifannya dalam berorganisasi lebih – lebih lagi apabila melibatkan pidato dan sukan.
“Macamana kau boleh kenal dengan Irina Fahreen binti Johan?” suara Harris separuh berbisik.
Takut didengari oleh pelajar yang lain.
Bulat mata Hajar mendengar nama penuh Irina terpacul daripada mulut Harris. Bila pulak si Harris ni jadi James Bond Malaysia?
“Kau pun kenal Irina? Macamana kau boleh tau pasal Irina? Dan macamana kau tau aku berkawan dengan dia?” Bertalu – talu Hajar menyoal Harris. Pelik kerana mereka berlainan jurusan dan mustahil untuk Harris untuk mengetahui hal Irina memandangkan Irina bukan gadis yang lincah dan suka menonjolkan dirinya di dalam aktiviti –aktiviti berorganisasi. Satu –satunya yang diceburinya adalah aktiviti kemasyarakatan, itu pun sebagai subjek korikulum yang wajib diambil bagi setiap pelajar baru seperti mereka. Dan setahunya Harris mengambil Kelab Kembara sebagai subjek korikulumnya. Jadi, peluang untuk mereka berkenalan dan berjumpa adalah 0.001 peratus.
“Jawab ajelah. Macam polis la kau ni. Sekarang ni aku yang tanya kau dulu kan?” Harris cukup kenal dengan sikap Hajar yang bermulut becok itu. Lagipun, mereka di dalam kumpulan yang sama untuk setiap tugasan secara berkumpulan. Jadi tidak hairanlah mereka kelihatan agak akrab. Hajar mengalah apabila melihat Harris bersungguh – sungguh hendak tahu.
“Yelah, yelah. Aku kenal dia masa sesi orientasi dulu. Kebetulan kami di dalam kumpulan yang sama. Dia tu pendiam sikit tapi bila dengan orang yang dia serasi, dia jadi peramah. Jadi, agak hairanlah bila kau tiba – tiba tanya pasal dia sedangkan aku tak pernah nampak dia bercakap mesra dengan mana – mana lelaki setakat ni.” Hajar menerangkan dengan panjang lebar.
Irina. Masih seperti dahulu… getus Harris di dalam hati. Otaknya ligat berputar memikirkan sesuatu. Hajar, yang melihat Harris mengelamun menggertak Harris.
“Hoi! Kau ni berangan ke? Tadi sibuk tanya aku pasal Irina, ni tak pasal – pasal mengelamun sorang – sorang pulak!”
“Ada ke orang mengelamun ajak orang? Kau ni entah apa – apa lah Hajar.” Harris tersengih, menutup malu sendiri. Tidak mahu Hajar mengesyaki apa – apa.
“Kau tak jawab soalan aku lagi kan? Jangan nak buat alasan pulak.”
“Aku nampak kau dengan dia dekat library minggu lepas. Dia tu kawan satu kelas dengan aku dulu time sekolah menengah…” Harris menjawab soalan Hajar ringkas.
“Really? Takkan kau tak tau dia sambung studydekat sini jugak? So, kau nak jumpa dia lah ni? Actuallyaku selalu lepak dengan dia jugak. Kalau kau nak join sekali jom lah.” Hajar beria – ria mengajak Harris berjumpa Irina. Tidak sabar rasanya mahu menemukan dua sahabat lama itu.
“Next time lah. Aku tak rasa dia nak jumpa aku. Kau pun jangan bukak cerita apa – apa pasal aku dekat dia.” Berkerut – kerut dahi Hajar mendengar pesanan daripada Harris. Belum sempat Hajar bertanya lebih lanjut, perbualannya terbantut apabila pensyarah mereka, Profesor Adnan masuk ke dewan kuliah. Dan dewan kuliah yang sejak tadi bingit dengan sekelip mata menjadi sunyi sepi…
Aizat membuka email. Sudah tiga bulan dia tidak mendapat khabar berita daripada Irina. Kesibukannya dengan kuliah dan exam membantutkan Aizat untuk berhubung dengan rakan – rakannya di Malaysia. Aizat tersenyum apabila melihat kiriman email daripada Irina. Sudah dua minggu rupanya. Hai, teruk betul aku ni! Lekas sahaja kiriman email itu dibaca.
Assalamualaikum…
Apa khabar Aizat di sana? Dah lama Areen tak dengar khabar daripada Aizat. Macamana dengan exam Aizat minggu lepas? Semuanya lancar? Areen di Malaysia sihat‐sihat saja. Areen sekarang dah start kuliah. Baru dua minggu di UM. Areen dapat jurusan Farmasi. Baru aja habis sesi orientasi. Teruk betul! Areen kena buli dengan senior! Geram pulak rasa bila dikenakan macam‐macam dengan diorang. Tapi bila duduk sorang‐sorang dekat sini sunyi pula rasa. Laila dapat sambung belajar di USM. Areen pulak ada di UM. Bagusnya kalau Aizat ada kat sini… :(
Okaylah, next time Areen kirim email lagi. Curi masa sekejap sementara tunggu kawan nak pergi lunch. Jaga diri!
Aizat tersenyum sendiri. Butang reply ditekan. Lincah jari – jemarinya membalas email Irina. Baru beberapa patah perkataan ditaip, Aizat berhenti. UM? Rasanya Harris pun di UM. Itupun dia mendapat tahu daripada ibunya, Puan Zulaikha. Dia dan Harris sudah lama tidak berhubung. Kali terakhir dia bertemu Harris dua tahun lepas, ketika Hari Raya Aidilfitri. Sejak itu, Harris terus menyepi.
Entah apa khabar kawan karibnya itu. Silapnya kerana tidak memberikan alamat emailnya kepada Harris. Jika benar Harris di UM pasti dia tahu Irina turut belajar di UM. Tetapi Irina langsung tidak menyentuh isu berkaitan Harris. Masakan Irina tidak tahu?
Rindunya pada Malaysia semakin menebal. Rindukan Malaysia atau Irina? Aizat tersenyum sendiri apabila terkenangkan keletah Irina. Sabarlah hati… masih ada empat tahun lagi dia perlu berjuang untuk mencapai cita – citanya. Kelak, apabila pulang ke tanah air, dia nekad untuk melamar Irina menjadi surinya!
Selesai membalas, Aizat berbaring di atas katil. Sekadar merehatkan badannya yang letih selepas pulang dari program di kolej. Tidak sampai lima minit, Aizat sudah hanyut dibuai mimpi…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan