“NASIB baik awak sakit…kalau tak, dah lama saya tinggalkan awak!”
Manissa dan Luqman kembali seiring berjalan menuju ke pintu utama hospital pakar itu. Hubungan mereka nampak mesra walaupun tidak begitu lama mengenali antara satu sama lain. Putik‐putik kemesraan semakin berkembang.
“Awak tunggu sini dulu. Biar saya ambil kereta. Kasihan pulak tengok awak macam ni.”
“Terima kasih awak. Tak sangka ada jugak rasa simpati awak kat saya.”
“Dah jangan banyak cakap. Saya pun tak sangka kenapa saya nak tolong awak!”
“Sebab awak baik hatikan?”
“Baiklah sangat!”
Luqman Adzlie mengukir senyuman di bibirnya. Matanya terus mengekori jejak langkah Manissa menuju ke kawasan parkir. Lima belas minit telah berlalu namun bayang Manissa masih lagi belum muncul. Luqman Adzlie tertinjau‐tinjau juga ke arah kawasan parkir kereta tetapi tidak melihat apa yang dicarinya. ‘Ke mana pulak perginya? Tak kan jauh sangat kot!’ desisnya sendirian.
“Luqman!”
Satu suara kuat memanggil nama lelaki itu dari arah belakang. Luqman Adzlie tersentak. Pantas dia menoleh. Tiba‐tiba dirinya menjadi serba salah. Perasaan bimbang mula menyelubungi dirinya ketika itu. Jantungnya berdegup kencang, nafas resahnya mula memanjang. Lain yang ditunggu, lain pula yang tiba.
Menatap wajah Syafika Aziera yang semakin menghampirinya, lidahnya kelu dan senyumnya tidak menjadi. Segalanya terasa hambar. Dia memang benar‐benar terkejut. Di fikirannya berlegar‐legar persoalan apa akan jadi sebentar lagi? Wajah Manissa mula mengapung di ingatan. Kemudian bersilih ganti dengan hadirnya Syafika Aziera. Seram sejuk juga terasa menyelubungi dirinya saat itu.
“Kenapa ni Man? Macam nampak hantu saja!”
“Err…Fika buat apa kat sini?”
“Ehh…kenapa dengan Man? Peliklah Fika tengok.”
“Apa yang peliknya? Bukan tak biasa dengan Man,”
“Tanya pulak buat apa kat sini. Tak kan datang nak tengok monyet!”
“Amboi…kalau marah pun jangan sebut macam tu. Man dahlah sakit, semakin sakit lagi jiwa ni.”
“Dah tu yang tanya soalan yang tak masuk akal buat apa? Erm…sendiri mahu ingat!”
“Iyelah…macam‐macam nak fikir. Kadang‐kadang kita mudah lupa.”
“Kita? Yang mudah lupa tu Man, bukan Fika.”
Terasa pedas ayat itu dilemparkan kepadanya. Walaupun ayat itu sekadar gurauan tetapi sedikit sebanyak terasa juga di hati. Dalam keadaan yang gelisah itu, dilayankan juga celoteh tunangannya itu. Dalam hati turut berdoa agar Manissa jangan lagi muncul ketika itu. Lambat macam mana pun dia sanggup menunggu. Kemunculannya nanti pasti mengundang masalah.
Pasti salah faham akan berlaku.
“Fika cari Man di wad tadi. Dia orang cakap Man dah keluar. Nasib baik jumpa kat sini.”
“Iyelah…nasib baik.”
“Ehh…Man ni kenapa? Nampak gelisah semacam. Ada apa‐apa yang tak kena pada Fikakah?”
“Err…tak adalah. Pening kepala sikit kot.”
Semakin pening kepala Luqman Adzlie untuk menjawab pertanyaan demi pertanyaan Syafika Aziera. Apa lagi helahnya untuk mengelak berlakunya pertemuan antara tunangannya itu dengan Manissa? Huru hara jadinya dunia kalau itu yang berlaku. Sekiranya berlaku juga, semuanya akan menjadi mangsa. Syafika Aziera memang terkenal dengan sikap memberontaknya, Manissa mungkin merajuk hati. Dan dia akan tersepit di antaranya. Parahnya dia yang akan menanggung. Sementara itu, Syafika Aziera mula membelek‐belek isi kandungan beg tangannya.
“Fika buat apa tu?”
“Cari minyak angin. Kata tadi pening.”
“Ehh…tak apalah. Sikit saja…kejap lagi okeylah.”
“Habis tu duduk sini buat apa?”
Soalan ini lagi memeningkan Luqman Adzlie. Apa yang harus dijawab? Kalau boleh diputarkan masa, sebaiknya dia menolak pelawaan Manissa untuk menghantarnya pulang. Lebih baik kalau diminta pertolongan sahabat baiknya, Hakimie. Setiap kali masa berdetik, semakin berdebar degup jantungnya.
“Saya ikhlas nak tolong awak. Lagi pun memang saya nak balik ke rumah Mak Intan. Apa salahnya saya tumpangkan awak.”
“Menyusahkan awakkan?”
“Kalau menyusahkan, dari dulu memang saya tak sudi nak tolong awak. Kebetulan pagi tu saya akan hantar Mia ke lapangan terbang. Lepas tu bolehlah saya ambil awak pulak.”
“Alhamdulillah…banyak jasa awak pada keluarga saya. Awak memang baik.”
“Apa yang awak merepek ni? Nanti sampai masanya saya ambil awak.”
“Mana ada merepek? Kenyataan…awak memang terbaik!”
“Awak kalau tak usik saya memang tak sahkan?”
“Awak memang comel bila awak marah!”
“Hissshh…awakkk!”
Tanpa sengaja, satu cubitan manja singgah lengan kanan Luqman Adzlie yang masih sakit. Geram sungguh Manissa apabila tidak berhenti diusik lelaki itu.
“Sakitlah awak…”
“Padan muka!”
Tersenyum Luqman Adzlie teringatkan peristiwa itu. Terhibur pun ada juga di saat dilanda rasa bosan yang panjang. Dia memang tidak pernah tinggal di mana‐mana wad sebelum ini. Kalau tidak sihat pun sekadar pergi ambil ubat atau pun surat cuti sakit. Sekurang‐kurangnya kehadiran teman‐teman dapat juga menghiburkan hatinya.
“Man ni sihat tak?”
Suara Syafika Aziera mengejutkan Luqman Adzlie dari terus mengingati bayang Manissa. Sempat juga dia mengelamun. Entah mengapa semakin lama semakin mesra hubungannya dengan Manissa. Niatnya juga tidak bukan hanya sekadar berkawan. Dan tidak lebih daripada itu.
“Err…Man okey. Kalau tak sihat mana boleh keluar hospitalkan?”
“Man tak jawab apa yang Fika tanya.”
“Tanya apa tadi? Ahh…banyak benda Man nak ingat. Kerja berlambak‐lambak tak siap. Tu yang kepala memikir macam‐macam.”
Alasan demi alasan dicari agar dapat menutup segala kelemahannya. Dia tahu apa yang Syafika Aziera tanyakan. Sengaja dia buat‐buat tidak ingat. Saat itu pun badannya terasa panas, berpeluh tetapi di dalam. Manakan tidak, kemunculan Syafika Aziera secara tiba‐tiba benar‐benar mengejutkan.
“Nak balik rumahkan? Jomlah Fika hantar.”
“Err…sebenarnya...err…”
“Mengapa dengan Man ni? Gelabah semacam. Atau ada sesuatu yang Fika tak tahu?”
Kereta sport Manissa berhenti hampir dengan tempat Luqman Adzlie dan Syafika Aziera sedang berdiri. Cermin kereta yang agak gelap itu diturunkan. Sejurus kemudian nampak tangan Manissa melambai Luqman Adzlie. Air muka lelaki itu mula berubah. Di fikirannya hanya teringatkan satu perkara, perang dunia bakal meletus!
“Awak…maaflah. Tadi kereta saya dihalang…tu yang lambat sikit. Cepatlah naik!”
Syafika Aziera memandang ke arah Manissa. Kemudian pandangannya beralih kepada Luqman Adzlie. Sambil mengetap bibir, renungannya semakin tajam. Manissa baru sahaja perasan akan kehadiran Syafika Aziera. Dia memang tidak mengenali gadis itu. Berjumpa pun tidak pernah. Melihatkan wajah Luqman Adzlie, ada tanda tanya menunda di jiwanya. Antara bersedia atau tidak, Luqman Adzlie sekali lagi akan berhadapan dengan peluru‐peluru yang bakal menghentamnya. Syafika Aziera mula hilang sabar.
“Ohh…patutlah dari tadi Fika tengok Man gelabah semacam saja. Macam‐macam alasan Man… itulah…inilah! Man memang lelaki tak jujur!”
“Nanti dulu Fika. Bagi peluang Man terang duduk perkara yang sebenarnya.”
“Man boleh cakap apa saja. Fika tetap tak akan percaya. Sudah jelas Man…amat jelas!”
“Ini semua salah faham!”
“Memang tak salah. Memang jelas Man…dalam terang tak perlu bersuluh!”
“Fika…dengar cakap Man boleh tak? Jangan buat tuduhan tanpa usul periksa.”
“Siapa perempuan tu?”
Luqman Adzlie memandang ke arah Manissa yang masih berada di tempat duduk pemandu keretanya. Manissa tidak bersalah dalam hal ini. Semuanya adalah kerana persetujuan daripadanya juga. Gadis itu perlu dilindungi.
“Dia Cuma kawan Man. Dan tak lebih dari itu.”
“Kawan? Kan lebih baik Man kahwin saja dengan dia!”
“Apa yang Fika merepek ni? Kami tak ada apa‐apa hubungan. Hanya kawan!”
“Fika tetap tak percaya. Sampai hati Man buat Fika macam ni. Hanya kerana seorang kawan, sanggup Man lukakan hati seorang kekasih!”
Dada perempuan ini mula mengundang sebak. Panas di kelopak mata mula terasa. Bila‐bila masa pasti memuntahkan air jernihnya. Luqman Adzlie mula serba salah dan rasa kurang selesa. Kelibat orang ramai yang ada di kawasan itu turut memberi impak kepadanya. Dia mula menghampiri Syafika Aziera.
“Boleh tak kita bincang masalah ini di tempat lain. Tak malukah dilihat orang ramai?”
“Tahu pun malu. Tapi Man sikit pun tak malu buat Fika macam ni. Biar orang ramai tengok. Biar
dia orang tahu siapa yang tak jujur dalam perkara ini.”
“Sekarang bukan masanya untuk kita nak tahu siapa yang jujur atau tidak. Kalau Fika masih tak percayakan Man…terserah! Kebenaran akan muncul juga akhirnya nanti.”
“Buktinya dah jelas Man! Apa yang Fika bayangkan sebelum ini akhirnya menjadi nyata.”
Luqman Adzlie semakin buntu untuk memujuk Syafika Aziera. Jiwa perempuan yang sedang kacau dan berkecamuk itu mesti ditenangkan. Manissa seakan tahu perbalahan yang berlaku antara Luqman Adzlie dengan perempuan yang tidak dikenali itu. Dia hanya memandang dari dalam kereta. Tertanya‐tanya juga di benaknya, apa masalah dia orang berdua ini? Sebaiknya dia tidak mencampuri urusan mereka sebab tidak tahu hujung pangkal cerita. Bosan juga dia menunggu. Tadi dia terpaksa menunggu di kawasan parkir, kini dia terpaksa menunggu lagi buat seketika.
Jam di tangannya Manissa sudah menunjukkan pukul 4.15 petang. Hari semakin lama semakin hampir ke petang. Luqman Adzlie dan wanita itu masih lagi berlawan kata. Kali ini dia memang tidak sabar lagi menunggu. Dia cuba melambaikan tangan kepada Luqman Adzlie namun tidak ada tindak balas. Geram juga hatinya. Nasib baik tidak ada kereta lain di belakangnya. Dia mengambil keputusan untuk turun dari kereta dan pergi mendapatkan Luqman Adzlie.
“Awak…lama lagikah? Kejap lagi jalan mesti sesak sebab orang dah mula balik dari kerja.”
“Err…maaflah sebab dah susahkan awak.”
“Ada masalah yang belum selesaikah?”
Meluat sungguh Syafika Aziera apabila memandang wajah Manissa. Kalau tidak difikirkan di situ kawasan hospital, pasti ditarik‐tariknya rambut perempuan itu. Memang perempuan itu tidak kenal siapa dirinya. Juga tidak tahu siapa dia di hati lelaki yang bernama Luqman Adzlie itu. Mungkin salah Luqman Adzlie juga sebab tidak beritahu bahawa dia sudah bertunang. Atau wanita yang ada di hadapan matanya sekarang memang seorang perempuan perampas kekasih orang?
“Memang ada masalah yang belum selesai. Sebenarnya awak tu yang menjadi punca masalahnya!”
“Fikaaa!”
Terkejut sungguh Manissa apabila tiba‐tiba dia dituduh sebegitu. Apa masalah perempuan ini? Dia benar‐benar tidak memahami situasi yang sedang berlaku sekarang. Kemelut apakah yang sedang melanda mereka berdua? Rasa malu pun ada apabila ditegur sebegitu. Tercabar juga maruah dirinya apabila tiba‐tiba dikaitkan dengan masalah yang dia sendiri tidak tahu. Luqman Adzlie juga sedang marah. Tergamak sungguh Syafika Aziera menuduh Manissa menjadi punca masalah dalam perhubungan mereka. Sedangkan hakikatnya Manissa tidak tahu apa-apapun tentang kisah mereka. Memang dia sendiri merahsiakan daripada pengetahuan Manissa bahawa dia sudah bertunang. Dan dia ada sebab untuk berbuat sedemikian. Dia tidak mahu status itu menjadi penghalang untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Sebagai seorang wartawan, semua orang adalah sahabatnya. Semuanya boleh menyumbang sumber berita untuk kerjayanya.
“Fika sepatut belajar untuk menghormati orang lain. Dia bukan seperti yang Fika sangka!”
“Memang Man dah mula berubah. Sanggup membela orang lain dari tunang sendiri.”
Tunang? Perkataan itu terus melekat di fikiran Manissa. Memang dia tidak salah mendengar. Perkataan itu memang jelas kedengaran di telinganya. ‘Ya Allah…mereka sudah bertunang. Patutlah mereka berbalah!’ desisnya dalam hati.
Syafika Aziera mula hilang pertimbangan. Fikirannya memang berserabut mengenangkan sikap dingin Luqman adzlie terhadap dirinya. Walaupun apa kesannya nanti, satu keputusan telah diambil. Manissa juga berada dalam keadaan yang serba salah juga. Mungkinkah dia juga menjadi penyebab kepada masalah ini?
“Err…maafkan saya. Tak sepatutnya saya mencampuri urusan kamu berdua. Mohon saya undur diri dulu.”
“Nanti dulu. Awak perlu jadi saksi kehancuran cinta saya ini!”
“Fika…ini masalah antara kita berdua. Manissa tak tahu apa‐apa!”
“Erm…Manissa. Sedap nama tu. Orangnya pun cantik juga. Patutlah Man pun tergoda!”
“Fikaaa! Jangan melampau!”
“Man…apa nak jadi, jadilah! Fika dah tak kesah.”
“Apa yang dah menghasut Fika ni? Boleh tak bersabar sikit?”
“Dah puas Fika tahan sabar. Setiap kali pertemuan ada saja perbalahannya. Kita memang tak
serasi dan mungkin bukan jodoh kita!”
Ungkapan itu mengejutkan Luqman Adzlie dan Manissa. Syafika Aziera mengangkat tangan
kanannya ke arah Luqman Adzlie. Jelas ada sebentuk cincin petunangan di jari manisnya. Dia
datang hari itu semata‐mata mahu menunjukkan kepada Luqman Adzlie bahawa cinta tetap
untuknya. Namun apa yang berlaku petang itu memang di luar kawalan mindanya. Dia benarbenar
tersepit. Terhimpit dengan beban perasaan yang amat berat.
“Nah! Ambil balik cincin ni. Mungkin ada orang lain yang lebih berhak!”
Sepantas itu juga Syafika Aziera mencampak sebentuk cincin kepada Luqman Adzlie. Namun
cincin itu tidak sempat disambut oleh lelaki itu. Syafika Aziera terus meninggalkan Luqman
Adzlie bersama Manissa dengan seribu satu tanda tanya. Dia benar‐benar merajuk dan mahu
pergi dari ruang hidup lelaki itu. Luqman Adzlie masih tergamam dengan tindakan Syafika
Aziera itu. Cincin tunangannya terus bergolek hampir dengan kaki Manissa. Langkah kaki
Syafika Aziera semakin menjauh sebelum hilang di celah‐celah orang ramai di kawasan itu.
Manissa memungut cincin itu lalu disuakan kepada Luqman Adzlie.
“Awak simpanlah cincin itu. Ianya dah tak beri apa‐apa makna pada saya. Bolehkan awak
tolong saya?”
Tiada apa jawapan yang dibalas oleh Manissa. Entah mengapa, dia juga terkelu lidah untuk
berkata‐kata. Peristiwa petang itu sedikit sebanyak memberi pengajaran kepadanya. Baginya
bukan mudah untuk bercinta kalau tidak bersedia untuk mengharungi cabarannya. Cinta tu
mulia tetapi menjadi hina bila masing‐masing tidak ada tanggungjawab untuk
membugarkannya.
Sepanjang perjalanan pulang, suasana di dalam kereta sunyi dan sepi. Manissa membisu seribu
bahasa. Dia rasa terpukul apabila dituduh macam‐macam oleh tunangan Luqman Adzlie tadi.
Lelaki yang duduk di sebelahnya pula nampak serba salah. Dia mahu menegur Manissa yang
leka memandu tetapi bimbang hati perempuan itu terluka pula. Manissa terus memandu
kereta menuju ke destinasinya. Ingatannya pula sedang sarat memikul beban perasaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan