Label

Rabu, 4 Januari 2017

NOVEL Wanita Rembang Malam Bab3

“Cecil bersembanglah dengan mama. Abang nak keluar sekejap. Nanti abang jemput.”

“Okey. Jangan lama‐lama tau.”Cecil keberatan mahu berpisah dengan lelaki itu. Shaq mengangguk. Dikucupnya puncak kepala isterinya sebelum pergi. Puan Nadia tersenyum.

Dihampirinya Cecil yang tercegat di tubir pintu.

“Nampaknya Shaq dah pandai sayang kat orang.”

Cecil mengalihkan pandangan. Dia tersenyum walau tiada sebiji pun ayat yang tercicir dari mulut ibu mertuanya masuk ke dalam telinganya. “Mana papa, mama?”

“Ada kat dalam bilik bacaan. Papa susah nak gerak kerana kedua batang kakinya lumpuh.”

Wanita itu menjelaskan. Diajaknya Cecil duduk di ruang tamu.

“Kesian papa. Sejak bila dia jadi begitu?”Cecil berasa kekok pula apabila Puan Nadia memintanya menanggalkan tudung.

“Mama mahu menyikat rambutCecil, boleh kan?”



“Boleh mama.”Cecil terpaksa melorot tudungnya lalu duduk membelakangi ibu mertuanya.

“Kejap. Mama nak ambil kotak sikat.” Puan Nadia bingkas dan menghilang ke dalam bilik.

Sejurus, dia keluar semula bersama sebuah kotak kecil berukiran antik. “Sikat‐sikat kat dalam kotak ni adalah hadiah dari papa.” Satu sikat yang seakan berus dikeluarkannya. Pemegang sikat tersebut berwarna keemasan.

“Unik sikat ni,” pujiCecil dan sekali lagi duduk membelakangi ibu mertuanya setelah diminta berbuat begitu. Puan Nadia mengelus rambutnya kemudian menyikatnya perlahan‐lahan.

“Cecil cantik, muda dan menawan. Shaq bertuah kerana berjaya memperisterikan Cecil,” bisiknya hampir tidak kedengaran.Cecil tersenyum. “Cecil dah pakai ke gaunputih tu?”

“Belum lagi mama. Mungkin malam ni.”Cecil tersentak. Diaseakan ternampak kelibat seseorang
berjalan lurus di luar, namun tidak berkata apa‐apa.

Puan Nadia berhenti menyikat. “Nanti,Cecil kena pakai gaun tu,” katanya seperti memujuk.

“Baiklah mama”Cecil menoleh. Puan Nadia tersenyum seraya mengangguk.

“Sebenarnya gaun putih tu dah lama mama beli tapi tak berkesempatan memakainya. Selepas kelahiran anak kembar...”

Cecil terkejut. Dia menoleh lagi. “Abang Shaq ada saudara kembar ke?” pintasnya. Anggukan ibu mertuanya membuatkannya dihentak debaran. “Kembar seiras ke mama?” Puan Nadia mengangguk. “Habis? Mana perginya kembar tu?”

“Dah meninggal,Cecil.”

“Meninggal?”Cecil memusingkan tubuh. Dipandanginya ibu mertuanya yang tiba‐tiba bersedih. “MaafkanCecil, mama.Cecil taksepatutnya tanyakan hal ni.” Dia kesal.

“Tak mengapaCecil. Aziq memang patut mati. Dia suka berfoya‐foya dan bawa perempuan kat rumah atas bukit tu. Mama pun dah tak tahan dengan perangainya. Dia suka menconteng arang dan melakukan sesuatu yang sangat memalukan keluarga. Mujurlah dia mati terbunuh kat rumah tu.”

“Mama...” PerasaanCecil lain macam pabila melihat emosi Puan Nadia begitu. Dalam diam, dia tidak menyenangi ungkapan wanita itu. Sungguhpun begitu, dia tidak punya kuasamahu menegur supaya ibu mertuanya menjaga bahasa.

“Kelak,Cecil janganlah bermalam kat rumah jahanam tu.”

Kini barulahCecil faham kenapa dan mengapa Shaq tidak bersetuju terhadap ajakannya siang tadi. “Baiklah mama.” Dia memusingkan tubuh semula. Puan Nadia kembali menyikat helaian rambutnya. Dia ingin menyuakan pertanyaan, namun situasi wanita itu tidak mengizinkannya untuk bertanya lebih lanjut.

“Aziq budak jahat,Cecil. Aziq juga sering menyamar sebagai Shaq.”

Cecil tersentak. “Shaq?” sebutnya sepatah.

Puan Nadia tersenyum. “Cecil jangan risau. Aziq dah lama mati. Dia dah tak boleh menyamar sebagai Shaq lagi. Shaq dah bebas. Shaq bebas dari dibayangi Aziq.”

Cecil menarik nafas kemudian melepaskannya perlahan. Dia berasa lega amat sangat. “Cecil sayangkan Abang Shaq.Cecil nak lahirkananak kembar untuknya.” Dia mengulum bibir.

“Mama tumpang gembira,Cecil. Mamaberharap kamu berdua berjaya mendapatkan bayi kembar.”

“Insya‐ALLAH mama. Doakan yang terbaik untuk kami agar dipermudahkan rezeki.”

“Mudah‐mudahanCecil. Mama dan papa pun dah tak sabar‐sabar mahu menimang cucu.”

Suara Tuan Harafi memanggil Puan Nadia kedengaran. Puan Nadia segera meminta diri dan terkocoh‐kocoh mendapatkan lelaki tersebut.Cecil kini bersendirian di ruang tamu. Dia berasa seram pula tatkala teringatkan kelibat tadi.

“Agaknya kelibat...” Merinding pula bulu romanya bila teringatkan Aziq yang mati berdarah dalam rumah persinggahan. “Tak sangka Abang Shaq memiliki seorang kembar.” Dia berasa seram sejuk. “Cepatlah mama.”Cecil memandang pintu bilik bacaan yang terbuka sedikit. Dari luar, dia boleh mendengar suara ibu mertuanya sedang membualkan sesuatu.

Tunaknya berkalih arah kotak antik berisi sikat. Beberapa batang sikat tersimpan di situ.Cecil ingin membeleknya satu per satu, namun dia risau pula jika tindakannya itu nanti tidak disenangi oleh ibu mertuanya.Cecil memandang hala depan semula dan terkejut apabila melihat sekujur tubuh terpacak kaku di depannya.

“Cecil okey?” Tubuh itu lesap. Puan Nadia yang berdiri di depanCecil kehairanan.Cecil cepat-cepat
menganggukkan kepala. “MukaCecil seperti ternampak hantu.Cecil nampak sesuatu ke?”Cecilhanya menggelengkan kepala. “Betul?” Wanita itu tidak berpuas hati. Punggungnya didaratkan dekatCecil. “Cecil mesti bagitahu Shaq jika melihat sesuatu. Jangan diamkan nanti memakan diri.”

Cecil memandang wanita itu. “Hmm.. ba.. baiklah mama.Cecil tak apa‐apa,” ujarnya gugup.

“KENAPA lama sangat? Sekarang sudah pukul berapa?” Shaq meradang. Wadi, Sazlan, Bob, Kudin dan Que hanya mendiamkan diri. Muka mereka berlima kelihatan pucat. “Penat ke?”

Shaq terpaksa melupakan kemarahannya pabila terintai keletihan yang menyelimuti wajah-wajah mereka.

“Penat, Bos.” Bob cepat‐cepat menjawab.

Shaq menarik nafas. “Okeylah. Malam ni kamu berlima berehatlah dulu. Besok malam baru mulakan tugas mengalihkan mayat tu. Aku tak suka hantu perempuan tu datang mengganggu bini aku.”

“Macam mana kalau mayat tu sudah dialihkan, tetapi hantu perempuan tu masih degil nak berkeliaran dalam pulau ni?”

Shaq terdiam tatkala mendengar kata‐kata Wadi. “Awak ada rancangan lain ke?” tanya Shaq pula. Dipandanginya muka Wadi yang dicurahi cahaya rembulan yang sedang menyimbah ketika ini. Wadi menggelengkan kepala.

“Hanya ada satu cara.” Que bersuara. Semua pandangan menghempuknya serentak.

“Apa caranya?” Sazlan kurang sabar.

“Dapatkan perkhidmatan dukun. Biar dukun saja yang mengusir hantu tu,” cadang Que lantas tersengih.

“Elok juga macam tu.” Nampaknya Kudin bersetuju.

“Masalahnya bini aku tu warak. Dia tak akan benarkan benda‐benda khurafat macam ni berlaku dalam pulau ni.” Shaq tetap susah hati.

Sazlan berdecit. “Kuasa ada dalam tangan Bos. Bukan dalam tangan adik Firul. Bos berhak menentukan keputusan mana yang harus kita ambil.”

Shaq mencebik. Dia tidak suka Sazlan berkata begitu. “Lebih baik awak jaga mulut, Sazlan. Aku hormatkan bini aku. Kau orang semua pun kena belajar menghormatinya. Mulai sekarang dia adalah Puan. Bukan barua macam kau orang semua.” Dia bertegas. Wadi dan Sazlan berpandangan. Suasana bertukar sepi.

“Kau orang boleh tidur dan berehat dalam rumah ni. Yang penting jangan bising. Aku tak mahu dengar sesiapa terpekik terlolong tengah‐tengah malam buta.”

“Okey Bos. Bisa diatur.” Wadi memberi jaminan. Shaq bergegas pergi sesudah menitipkan selembar pesan. Sewaktu dalam perjalanan, dia terserempak dengan seseorang.

“Aziq?” Shaq terkejut.

“Siapa Aziq? Aku atau awak?”

“Mestilah awak! Takkan aku pula!” Shaq berbahang. “Awak kan dah mampus, Aziq? Kenapa awak masih berada di sini?” Jiwanya disula gelisah. Aziq adalah saudara kembarnya. Saudara kembar yang paling digeruninya. Lelaki itu jahat dan kejam. Dia adalah pembunuh!

Aziq ketawa mengejek lantas mendekati Shaq. “Aku tak senang hati tengok kebahagiaan awak, Shaq. Aku benci tengok awakbergembira dengan perempuan tu. Aku pun nak tumpang sekaki...”

“Bangsatt!!” Shaq menggenggam penumbuk. Gigi atas dan bawahnya menggerutup menahan marah. “Awak memang celaka, Aziq! Awak lelaki keparat!” Aziq ketawa berdekah. Dikitarinya Shaq sambil anak matanya membelek setiap inci susuk tubuh abangnya itu.

“Awak dah semakin banyak berubah selepas menjadi suamiNor Cecilina. Aku pun teringin sangat mahu berubah. Mungkin kita boleh berkongsikan wanita yang sama.”

“Jahanammm!!” Buku lima Shaq melayah lalu menyinggah pada angin yang sedang bersepoian ketika ini. Shaq terpinga‐pinga. Tunaknya melilau, mencari batang tubuh Aziq. Namun Aziq telah hilang entah ke mana. “Mungkin jelmaan tadi hanyalah bayanganku.” Shaq meraup muka. Setitik air matanya luruh. Dia kesal dan amat marah terhadap kata‐kata Aziq tadi.

Dia tersinggung dan berasakan ayat tersebut tidak wajar Aziq lafazkan. “Kenapa awak tak sudah‐sudah mengganggu hidup aku, Aziq? Apa lagi yang awak mahukan selepas jiwa milik insan‐insan yang kita sayang tu terkorban?” Sebintil air matanya terlucut lagi. Dia terkesan dengan ayat yang telah dihambur oleh Aziq tadi.

NAFASNYA dihela kemudian dihembus perlahan. Dia cuba menenangkan hati sebelum meneruskan haluan. Sekeping wajah milik isteri tersayang kini berlegar dalam kamar fikirnya.

Wajah lembut yang berjaya menambat hati dan menggalaukan perasaannya. Tak akan mungkin dibiarkannya Aziq menikmati segala kesucian dan keindahan milik wanita itu. Dia berjanji akan mencabut nyawa Aziq jika perkara tersebut berlaku.

“Aku tak akan biarkan awak, Aziq. Awak tak berhak menyentuh isteriku walau secebis kulit. Jika itu berlaku, aku akan bunuh awak untuk ke sekian kali.” Dia berazam. Langkahnya semakin panjang. Dia tiba di depan rumah mamanya sejurus kemudian. PandanganCecil berkalih.

“Abang...”Cecil bingkas lalu meluru ke arah Shaq. Shaq terpempan apabilaCecil menerpamanja.

“Rindu kat abang.”Cecil meluahkan. Puan Nadia tersenyum. Sikat yang dipegangnya dimasukkan semula ke dalam kotak. Shaq mengucup puncak kepalaCecil lalu mengajaknya duduk.Cecil akur.

“Shaq pergi mana tadi?” Puan Nadia bertanya.

“Periksa rumah kat atas tu.”

“Ada apa‐apa yang Shaq jumpa?”

“Tak ada mama.” DiliriknyaCecil yang duduk menempel di sebelah. Sambil tersenyum, ditariknya bahuCecil agar rapat dengannya. “SayangCecil,” bisiknya romantis.Cecil tersenyum malu. “Oh ya, mama. Shaq terserempak dengan hantu Aziq tadi,” beritahunya. Puan Nadia terkejut. Duduknya spontan menegak. Demikian jugaCecil.

“Apa yang dia mahu?”Cecil berasa aneh, cara ibu mertuanya bertanya nampak bersahaja.

Seolah kembar suaminya itu masih hidup.

“Dia mahukan hak milik Shaq.”

Puan Nadia terpelangah. “Nampaknya Aziq dah semakin keterlaluan.” Wanita itu berang. Air mukanya menjelaskan isi hatinya yang berkecamuk ketika ini. “Shaq dah usir dia ke?”

“Dia pergi macam tu aje.”

“Dah memang dinamakan hantu.” Puan Nadia menggeleng‐gelengkan kepala. Keluhannya terhambur. “Pergi bawaCecil balik. Jangan lupa kunci semua pintu dan tingkap.” Dia bingkas.

“Kita dah tahu perangai Aziq tu macam mana, jadi kena hati‐hati. Jangan biarkanCecil bersendirian. Ingat cakap mama, jangan sesekali tinggalkanCecil kat dalam rumah tu berseorangan,” pesannya dalam nada getir. Ada ketakutan dan keresahan mengisi kolam matanya.

“Yalah mama.” Shaq bangkit diikuti Cecil.Cecil segera menyalami dan mengucup tangan ibu mertuanya. Dia dan Shaq kemudian beredar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan