Enjin motosikal segera dimatikan sebaik mereka sampai ke pondok buruk itu. Kalau dibiarkan enjin itu mengaum pun tidak ada yang peduli. Tidak ada siapa yang mahu melintasi atau melepak di kawasan itu selain dari mereka bertiga. Hanya mereka bertiga saja yang berani bertunggu tangga di pondok yang dikatakan berhantu itu.
“Aku dengar cerita Milah dah nak bertunang, betulke Wan?” tanya Jenal yang duduk tidak jauh dari Wan yang sedang termenung.
“Kau dengar dari siapa cerita tu?” Soalan yang dijawab dengan pertanyaan.
“Mak aku yang cakap,” Jenal tunjuk muka sepuluh sen.
“Yalah agaknya.” Wan seperti tidak bersemangat untuk menjawab.
Namun dari riak wajah Wan, Jenal dapat meneka yang sahabatnya itu sedang menanggung duka yang bukan sedikit. Kebiasaannya Wan tidak murung begitu, seperti cicak berak kapur saja lagaknya. Diantara mereka bertiga, Wanlah yang paling banyak bercakap dan rajin memberi nasihat. Sekiranya diantara mereka ada menghadapi kesulitan, Wanlah yang akan memberi kata semangat. Dia adalah contoh sahabat yang sejati.
Kalau ditakdirkan mati hidup semula pun Jenal akan tetap mencari Wan untuk menjadi sahabatnya. Tiba‐tiba saja perasaan simpatinya terhadap Wan menggebu di dalam jiwanya. Dia tahu benar bagaimana perasaan cinta Wan terhadap Milah. Sejak dari bangku sekolah lagi mereka berdua sudah menyemai cinta. Pantang Wan mendengar Jenal memburuk‐burukkan Milah di hadapannya, kalau tersilap haribulan pipi Jenal akan menjadi habuan.
“Kau nak tau siapa tunang dia?” Jenal bertanya lanjut. Dia mengetahui semua cerita dari emaknya.
Wan melengung. Tiada secalit senyuman di bibirnya. “Dahlah. Jangan sebut‐sebut nama dia lagi. Aku dah buang semua kenangan aku dengan dia.”
Wan mencapai sebatang kayu lalu mencampakkannya jauh dengan sekuat hati. Dia berharap segala kenangan bersama Milah juga akan turut tercampak dan terhapus sama sekali.
Mukanya merah padam. Dia menundukkan muka ke lantai papan yang sudah berlubang-lubang. Kekesalan menghimpit perasaannya kala itu. Kesal kerana tidak dapat mempertahankan perhubungan yang telah tersemai sekianlama. Kalaulah seorang lelaki itu bersifat lembut, mahu saja dia menangis teresak‐esak untuk melepaskan segala rasa sakit yang dialaminya. Tapi mana mungkin, dia lelaki sejati yang mempunyai maruah diri dan ego yang tinggi. Cis! bukan lelaki namanya kalau menangis hanya kerana seorang perempuan. Pantang nenek moyang!
Suasana pondok jadi sepi. Jenal tidak lagi berani mengaju soalan. Melihat wajah Wan yang kemurungan, terbantut segala senda gurauan. Dia turut menumpang sedih dengan keadaan Wan. Kicauan burung‐burung yang berterbangan seakan‐akan mengejek. Bisikan angin yang bertiupan juga seolah‐olah mengakah ketawa. Wan menekap kedua‐dua belah telinga dengan tangan. Jenal memerhati dengan mata terkebil‐kebil. Sahabatnya yang ceria dan sering bergurau senda, boleh jadi sampai demikian rupa. Jahatnya cinta!
Dari jauh kedengaran ngauman enjin motosikal Faiz. Setelah hampir satu jam menunggu, barulah dia tiba. Faiz memang tidak pernah tepati janji. Sering lewat dari waktu yang dia sendiri janjikan. Mentang‐mentanglah dia ketua. Boleh datang ikut suka hatinya saja. Jenal hanya memerhati sesusuk tubuh itu mengorak langkah masuk ke dalam pondok.
“Apahal kau orang ni? Senyap sepi aje, macam diserang garuda. Kalau tidak tu, dari jauh dah dengar suara kau orang melalak.” Faiz membuka sarung tangan. Pandangan matanya beralih dari Jenal ke Wan. Pelik dia melihat Wan yang duduk terpaku. Jenal pula diam membisu.
“Woi! Korang ni dah kenapa? Dah kena rasuk hantu bisuke?” Faiz duduk di palang kayu sambil memerhatikan Wan dan Jenal bersilih ganti.
Jenal mengangkat muka, memandang Faiz sambil meletakkan jari telunjuknya ke mulut yang dimuncungkan. Jenal menghantar isyarat mata. Faiz bertambah keliru dan tidak mengerti.
“Apahal, apa dah jadi?” tanya Faiz tanpa mengeluarkan suara.
Faiz mendekati Wan. Bahu sahabatnya itu ditepuk perlahan. Walaupun mereka sering bertelagah, namun kawan tetap kawan. Andainya Wan sedang menghadapi masalah, dia sanggup menolong untuk menyelesaikannya. Kerana Wan merupakan seorang sahabat yang baik hati dan tidak pernah lokek dengan nasihat.
“Wan, kau okey ke?” Faiz duduk dekat dengan Wan.
Wan mengangguk lemah. Wajahnya tetap tunduk ke lantai.
“Kenapa ni? Kau orang bergaduh ke?” tanya Faiz kepada Jenal.
“Taklah,” jawab Jenal.
“Habis tu, apahal?” tanya Faiz lagi.
“Milah dah nak bertunang.” Tiba‐tiba Wan bersuara.
“Ha?” Faiz tercengang. “Milah nak bertunang?” Sepasang matanya membulat memandang Jenal. Dia seperti tidak percaya. Mana mungkin Milah bertunang dengan orang lain sedangkan dia tahu mereka berdua saling mencintai.
Jenal mengangguk laju.
“Betul?” soal Faiz mahukan kepastian.
“Betullah.” Jenal membalas. ‘Eh eh! Dia ni orang dah cakap tak percaya pulak,’ gerutu Jenal dalam hati.
“Betul, Faiz. Dia sendiri yang bagitau aku semalam,” jelas Wan seakan berbisik.
“Isy.. tak guna punya Milah. Sampai hati dia buat kau macam ni, Wan?” Faiz meluahkan rasa geram dan sakit hatinya terhadap Milah.
“Dah tak ada jodoh,” jawab Wan perlahan. Reda dan pasrah.
“Kau boleh terimake dengan apa yang dia buat pada kau ni?” Faiz kembali duduk di atas palang kayu.
“Salah aku.” Wan sedar kesilapan diri. Dia yang tidak mahu berubah. Bukan Milah tidak mengingatkannya tentang masa depan tetapi dia yang seolah‐olah mengambil lewa.
“Kau kenal siapa lelaki yang merampas Milah dari kau tu?” Faiz tidak berpuas hati melihat Wan yang hanya tenang saja dengan perbuatan Milah.
“Biarlah. Aku tak kisah dengan siapa pun dia nak bertunang asalkan dia bahagia. Itu yang dia mahukan. Aku apa yang ada? Dahlah sekolah tak tinggi, menganggur pulak tu. Keadaan aku sekarang tak menjaminkan yang aku boleh bahagiakan dia.” Wan menelan air liurnya yang tersekat di kerongkong. Tekak terasa kesat dan kering.
Jenal hanya menjadi pemerhati dan pendengar setia tanpa mahu mencelah. Lebih baik dia berdiam diri walaupun dia mengetahui hampir keseluruhan cerita Milah itu.
“Perempuan ni semua sama aje. Tak boleh percaya satu sen pun. Isy.. sakit pulak hati aku.” Faiz menumbuk tiang kayu yang berdekatan dengannya. “Kita kena buat sesuatu. Kita tak boleh duduk diam macam ni,” tambah Faiz lagi.
“Biarlah dia. Aku mengaku salah aku. Tak ada apa yang aku nak tuntut dari dia. Dah memang nyata dan jelas, aku tak mampu nak sediakan duit sepuluh ribu untuk buat hantaran.” Wan meraup mukanya beberapa kali. Kesal dan sedih berbaur dalam jiwanya. Seboleh mungkin dia mahu menyembunyikannya dari pengetahuan Faiz dan Jenal.
“Hebat sangatke lelaki bakal tunang dia tu?” marah Faiz. Sukar untuk dia menerima berita pertunangan Milah itu.
“Emak aku kata, sepupu dia. Baru balik dari luar negara.” Jenal bersuara juga akhirnya.
Wan duduk menyandar. Cerita itu seperti sudah tidak ada apa ertinya lagi. Dia tidak mampu merubah segalanya. Dia perlu reda dan akur. Semuanya telah ditakdirkan.
Faiz merenung tajam ke muka Jenal. “Kau mana tau?” tanyanya.
“Mak aku yang cakap,” jawab Jenal dengan muka sardin.
“Dahlah. Jangan kita bertekak pasal dia. Mulai hari ini kau orang jangan sebut nama dia lagi. Aku dah buang segala‐galanya tentang dia dari hidup aku. Kau oranglah yang aku harapkan boleh bantu aku untuk lupakan dia.” Wajah Wan yang sugul mula tersenyum. Namun ternyata senyumannya kelat dan seperti dibuat‐buat.
“Bunga bukan sekuntum, Wan. Seorang pergi seribu mari.” Jenal menepuk‐nepuk belakang Wan dengan niat untuk mengembalikan keceriaan sahabatnya itu.
“Ya betul. Aku setuju. Alahh.. Lagi pun dia orang baru bertunang. Sedangkan orang dah kahwin pun boleh bercerai berai, inikan pulak bertunang. Kau relek aje..” Faiz menghampiri Wan dan Jenal. Dia turut menepuk‐nepuk belakang Wan.
‘Aku terlalu cintakan dia. Mana mungkin aku dapat melupakan dia dalam sekelip mata?’ Jauh di sudut hati Wan, dia mengeluh dan menangis. Namun keluhan dan tangisannya hanya dia yang tahu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan