Label

Rabu, 4 Januari 2017

NOVEL Sehelai Nota Di Atas Meja Bab7

jam ditangan Kzrul menunjukan pukul 10.00 pagi,dia masih menunggu perkembangan tentang Fifah,kzrul masih setia menunggu di motornya,kelompok orang yang berkemungkinan keluarga Fifah tidak lagi kelihatan di ruang luar unit kecemasan itu..tiada apa apa whatsap dari adiknya.. mujurlah hari ini hari sabtu,hari cuti..

‐apa perkembangan terbaru Afifah?‐

whatsap di hantar.

‐pembedahan dah selesai jam 8 tadi,sekarang ni kakak masih tak sedar,doctor keluarkan darah beku dikepala.tak dibenarkan sesiapa masuk melawat,hanya keluarga terdekat sahajaringkas dan padat whatsap yang dibalas adik Fifah.

Kzrul agak kecewa,niatnya untuk melihat Fifah dimatikan dengan whatsap itu..perutnya semakin berkeroncong tanda minta diisi..

"moga ALLAH melindungi dan menyihatkan dirimu Afifah" hati Kzrul berkata.. enjin motor dihidupkan,Kzrul meluncur laju meninggalkan Hospital Putrajaya itu.dia harus balik kerumah,mandi dan makan,yang paling utama dia tidak mahu ibunya risau akan ketiadaannya sehari suntuk dirumah..



"amboiii...senyum memanjang janda sorang ni,apa citer ni?.malam tadi pergi mana,lewat balik nampakkkk...."

Sha memperli Farah yang dari tadi ceria dan tersenyum..

"sibuk je dia ni"..

Farah terus duduk di tepi Sha,peha putih gadis itu ditamparnya..

"sakitlaaaa!!" jerit Sha..nampak kemerahan dipeha itu kesan tamparan manja Farah..

"tak keluar dating ke?"

Farah bertanya,sambil tangannya memicit butang remote tv.

"Orang tanya dia..dia tanya kita plak..abang sayang kita bz la,tak boleh dating"

Sha memuncungkan mulut,tangannya mengosok gosok peha yang kemerahan tadi.. ruang tamu rumah itu tersusun rapi,tv lcd bersaiz 56inci memenuhi sudut dinding yang berwarna unggu..kelengkapan memenuhi segenap ruang rumah itu..Rumah 2 tingkat itu milik Farah..dan Sha adalah rakan yang dibawa oleh Farah untuk mengenali erti kehidupan.Sha amat disayangi oleh Farah seperti adik kandungnya..sabtu dan ahad adalah hari mereka merehatkan diri di rumah,jika tidak ada apa yang dilakukan kebiasaannya mereka akan ke shoping compleks atau merayau rayau..

‐"awk jadi x ptg ni nak keluar?"‐ msj di hantar ke Kzrul.Farah mengharap.

‐"maaf awk,saya rasa x brapa sihat,maaf sngt2"‐

‐"awk x sihat ke,jom sy anta awk g klinik"‐

Farah mula risau,lelaki yang disayanginya itu dikhuatiri sakit..

‐"x pe awk,sy cuma perlu rehat je..nanti apa2 sy msj awk"‐

Kzrul tidak mahu diganggu,alasan yang diberikan adalah salah satu cara yang terbaik baginya untuk menjaga hati milik si Farah itu.

‐"ok awk..apa2 nanti msj sy ye..miss u"‐

Farah tidak mahu memaksa,malah Farah akur,lelaki yang bernama Kzrul ini memang tidak suka dipaksa,Farah hanya memendam kerinduannya..

"esok esok masih boleh jumpa lagi'hati Farah berkata sendiri,kata kata yang hanya untuk menyedapkan hatinya sendiri,hakikatnya Farah kecewa sedikit kerana hari ini sangkanya dapat dihabiskan masa bersama Kzrul.

Kzrul yang baru selesai mandi membalas whatsap Farah..mata Kzrul semakin mengantuk,fikirannya masih teringatkan Fifah,semahunya ingin saja dia berada di sebelah Fifah,menemani gadis itu..dia tahu Fifah sedang melawan kesakitan,dia rindukan suara dan keletahan gadis itu..namun peraturan Hospital yang ditetapkan membataskan segala niatnya.

jam hp nya dikunci..1.00pm..Kzrul mahu tidur,pukul 1 dia hendak bangun,moga zohornya tidak terlepas.

"ini adalah x‐ray dari cik Afifah,darah beku dikepalanya dah berjaya kita keluarkan,encik Rahman jangan risau,insyaAllah cik Afifah tidak apa apa,daripada x ray ni jelas tidak ada berlaku apa apa gegaran di otaknya,darah beku ini berkemungkinan bukan dari kesan kemalangan itu,ini mungkin adalah ketumbuhan kecil yang mungkin dimilikinya dari kecil,saya lakukan sekali pembedahan kecil untuk membuangnya,malah kita harus bersyukur kerana darah beku itu bukan dikawasan yang berhampiran dengan titik kritikal. tulang pehanya kita terpaksa masukkan besi,di kawasan ini amat perlu dititikberatkan,jika dibiarkan kemungkinan cik Afifah akan lumpuh,kecederaan peha kanan ini boleh dikatakan agak kritikal,kaki kirinya alhamdulilah tidak mengalami kecedaraan..Encik Rahman dan puan Malissa jangan bimbang,saya akan cuba yang terbaik..apa pun kita jangan putus berdoa".. penjelasan dari doktor Hisyam pada ayah dan ibu Fifah.

"terima kasih doktor Hisyam,terima kasih sangat sangat"

Encik Rahman yang kesedihan tadi semakin berlapang dada sedikit setelah penerangan itu di terima..tangan doktor Hisyam disalamnya tanda terima kasih yang tak terhingga..

"sama sama Encik Rahman,tak perlu panggil saya doktor,panggil Hisyam saja dah cukup,Encik Rahman dan ayah saya bukan orang lain pun".. doktor Hisyam merendah diri tanda hormatnya pada Encik Rahman yang seusia dengan ayahnya.

Puan Malissa yang menangis dari tadi semakin perlahan esakkannya setelah mendengar penjelasan dari doktor muda itu.hatinya kembali tenang.harapannya agar anak manjanya itu pulih seperti biasa,besar harapan seorang ibu pada anaknya.Kepercayaan di berikan kepada doktor muda itu sepenuhnya..

Doktor Hisyam adalah anak kepada kawan Encik Rahman,Encik Zaidi adalah ayah kepada doktor Hisyam..Antara Encik Rahman dan Encik Zaidi mereka adalah kenalan dari sekolah hinggalah ke universiti.Malah keakraban mereka sehingga kini masih terjalin..Semasa Encik Rahman mendapat berita tentang kemalangan Fifah,Encik Zaidi dimaklumkan dan Encik Zaidi lah yang menyuruh Encik Rahman supaya Fifah mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya.Encik Zaidi telah menelefon anaknya doktor Hisyam agar kes Fifah di ambil olehnya..

Encik Zaidi juga adalah seorang doktor,pernah berhidmat di Hospital yang sama,namun sekarang Encik Zaidi tidak lagi berhidmat di Hospital Putrajaya,ini kerana Encik Zaidi telah membuka sebuah klinik,masanya ditumpukan sepenuhnya pada klinik miliknya sendiri.Encik Zaidi lebih senang berkerja sendiri.

"saya akan merawat Afifah hingga ia pulih,jika Encik Rahman izinkan,benarkanlah Afifah di sini dalam masa 3 bulan,kerana rawatan susulan berkemungkinan dalam tempoh itu,saya nak Afifah sihat dan pulih sebaik mungkin".

Doktor Hisyam semakin melegakan Encik Rahman dengan kata katanya..

Encik Rahman semakin menaruh harapan pada doktor muda itu,diharapkan dengan rawatan dan penjagaan rapi oleh pihak hospital anaknya cepat pulih..Encik Rahman mengangguk tanda setuju..Doktor Hisyam tersenyum tanda rasa dirinya dihargai...

Kzrul tersedar dari tidurnya..deringan jam yang dikunci pada hp itu mengejutkan lenanya..Kzrul
duduk diatas tilam bujang yang semakin menipis itu,di matikan alarm pd hp itu..tangannya meraba raba dibawah bantal tidurnya tadi..sekeping gambar dikeluarkan dari bawah bantal itu..di tatap gambar itu dalam dalam,airmatanya berlinangan..demi ALLAH,kemana saja dia pergi wajah ini tidak pernah hilang,dan kisahnya tidak pernah mati.wajah itu amat dirinduinya.wajah itu seperti nyawanya..

"Ya Allah,sesungguhnya tiada apa yang kumahu,hanyalah insan didalam gambar inilah segalanya untuk hidupku" airmata Kzrul turun dengan laju..esakannya semakin kuat.. motornya di letakkan di tempat parking itu,dia terus menuju ke kaunter di hadapan pintu wad..di lihat ada 2 wanita sedang mengawal dihadapan pintu..2 lagi di kaunter..Kzrul nekad untuk masuk,bilik wad yang diberitahu oleh adik Fifah di ingatnya..

"malam ni aku mesti masuk"...jam di tangan menunjukkan pukul 9.00 malam.apa yang diberitahu oleh adik Fifah siang tadi,ibu dan ayahnya telah balik kerumah,esok pagi mungkin akan datang semula..Kzrul nekad untuk melihat gadis itu..langkahnya di teruskan,dia benar2 berada di hadapan kaunter..

"cik,saya nak melawat isteri saya,dia di bilik wad 32 tingkat 4" pengawal yang berada didepan pintu agak nampak kemalasan,malas untuk menyemak di komputer senarai nama waris,dilepaskan Kzrul masuk melepasi pintu wad..Kzrul melangkah laju terus ke lif..

"tingkat 4 zon kritikal" lif berbunyi....

Kzrul melangkah laju mencari bilik bernombor 32.

perlahan ia menolak daun pintu itu dan menutupnya semula..dilihatnya Fifah sedang terbaring lesu,topeng gas yang di tekap ke muka Fifah itu berbunyi tanda Fifah sedang bernafas..mesin di sebelah kanan Fifah seperti menari nari grafnya..Fifah masih sihat,Fifah masih kuat,ngomel Kzrul sendiri dalam hati.Di perhatikan tubuh itu,airmata Kzrul berlinangan,mahu saja di peluk gadis itu..pertama kali Kzrul melihat gadis ini tidak bertudung,memang cantik..namun wajah itu sedang dalam melawan kesakitan..ada beberapa wayar di tangan Fifah..Kzrul menghampiri Fifah dan duduk di sebelah katilnya..

Al fatihah di baca.. tiba tiba pintu bilik ditolak,Kzrul terkejut tetapi bacaan diteruskan.. seorang nurse yang agak berusia masuk,senyuman diberikan pada Kzrul,senyuman dibalasnya..nurse melihat dan merekodkan sesuatu di kertas..dan meletakkan kertas itu semula di hujung katil kaki Fifah,rekod pemerhatian dan tindakbalas Fifah dicatit.

jam di bikik menunjukkan pukul 11 malam.Kzrul harus meninggalkan bilik itu,sebelum melangkah pergi satu bisikan di telinga Fifah di bisikkan..

"Fifah cepat sembuh ye,cepat sihat ye,abg nak balik ni,abg rindu gelak tawa Fifah yang dulu"

Kzrul terus melangkah pergi......

‐"awk..awk kat mana,sehari suntuk diam membisu,awk dah sihat?"‐

whatsap dari Farah masuk ke ruang hp Kzrul.

‐"sihat,maaf kan sy"‐

Kzrul membalas..baru 10minit ia sampai dirumah..

‐"ptg td sy g shoping,ada hadiah untuk awk. "‐

Farah amat teruja,semahunya ingin saja dia terbang dan berada di sebelah Kzrul menyerahkannya saat itu juga.

‐"tq awk.."‐

Kzrul hanya membalas seperti acuh tidak acuh.

Sikap Kzrul membuat Farah tidak selesa..

‐"awk ok ke?sy ada buat apa apa salah pada awk?sy minta maaf,sy rindukan awk,sbb tu sy msj,maaf ye klu sy menganggu hidup awk"‐

Farah hanya menaip apa yang terbuku di hatinya sekarang ni,sambil ia menaip airmatanya jatuh discren hp nya..dia sebak..dia sedih..kerinduanya seperti tidak berbalas... sesampai saja whatsap itu,hati Kzrul tersentuh terus ia menelefon Farah...

"Assalamualaikum"

Kzrul bercakap setelah panggilan itu disambut Farah..

"awak,saya minta maaf kalau saya ada salah,saya tak tau apa salah saya,satu hari saya keluar dengan Sha untuk tidak ganggu hari awak,saya cuba awak...tapi hati ini sentiasa mengingati awak..maafkan saya"

Farah melepaskan apa terbuku,esakannya tidak dapat dikawal,dalam masa bercakap jelas dengar sedu sedu Farah menangis..

"maafkan saya,jangan menangis lagi"

Kzrul cuba memujuk dan menenangkan Farah..dia tak mahu gadis ini menangis,lagi banyak Farah menangis lagi berat rasanya kesalahan yang dibuat terhadap Farah...lembut si lembut hati Farah..Kzrul memujuk sebaik mungkin,segala tutur kata dijaga dan ayat mendamaikan di keluarkan untuk mententeramkan hati lembut Farah itu.. maka berbualah mereka seperti biasa,esakan Farah telah tiada,yang ada hanya senyuman dan ketawa,kerinduannya terhakis sedikit bila mendengar suara Kzrul..

Kzrul mengawal keadaan sebaik mungkin hati lembut Farah,hampir 2jam mereka berbual di telefon..kelegaan Farah berbalas... panggilan ditamatkan.

Farah melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja solek itu,dilihat wajahnya,matanya yang kemerahan menangis tadi amat jelas kelihatan,namun ia tersenyum,rindunya pada Kzrul terubat pabila lelaki itu menelefonnya..

Dikeluarkan satu bungkusan yang berbalut,kertas bungkusan yang bercorak hati itu dibelek beleknya..Farah tersenyum..

"ini untuk awak"

Farah melakonkan gerak geri cara penyerahan hadiah itu untuk Kzrul dihadapan cermin...sedang ia mengelamun sendiri tiba tiba....

" I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly, I believe I can fly
I believe I can fly"...

hp Farah berbunyi..dilihat di scren,

"Ayahanda"..

"kenapa ayah ni,2 pagi ni telefon.."hati Farah risau,ada apa apa yang tak kena ke ni kat sana..

"assalamualaikum nak,ayah ni,esok balik Penang ye,ada hal penting ni"..ringkas dan padat serta mudah difahami ayat dari ayah Farah..

Farah seperti terkulat kulat sendiri..berdebar debar...."apa yang penting sangat ni"....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan