Label

Khamis, 5 Januari 2017

NOVEL Luka Melukai Bab1

Sekali lagi Mayra datang melawat Anaz.Mungkin ini lawatannya yang terakhir memandangkan Mayra sudah pun boleh keluar dari ward.Dan,lawatannya jua adalah sebagai salah satu usaha untuk menebus kesalahannya terhadap Anaz.Dia sangat berharap agar Anaz berlembut hati menerima bantuan yang ditawarkannya supaya tiada lagi rasa serba‐salah mendatang padanya pada masa akan datang.

“Encik Anaz,”panggil Mayra saat dia melangkah ke ward yang diduduki Anaz setelah meminta
izin dari ibu Anaz untuk masuk ke situ.Pada mulanya Anaz enggan menerima kehadirannya. Namun, setelah diyakinkan ibunya yang itu adalah kali terakhir Mayra datang melawatnya,barulah Anaz menerimanya dengan berat hati.

“Apa lagi yang kau nak?”balas Anaz serius tanpa sedikit pun memandang wajah Mayra.

“Tolonglah terima tawaran saya,”pujuk Mayra lembut.

“Kau ingat duit boleh settle kan segala‐galanya ke?Ini berkaitan dengan hidup aku!Kalau aku lumpuh selama‐lamanya camne?Apa kau boleh buat?”soal Anaz kasar.

“Encik Anaz janganlah cakap macam tu.Kan Doktor dah bagi harapan baik yang Encik Anaz boleh pulih.”



“Harapan?Ada apa dengan harapan?Kalau harapan tak jadi kenyataan macam mana?”potong Anaz sinis.

“Iyaa..,Cuma,mungkin mengambil masa sedikit.Asalkan Encik Anaz mengikuti terapi seperti yang diarahkan,Insya‐Allah,Encik Anaz boleh pulih seperti sedia kala.Saya yakin Encik Anaz boleh pulih,asalkan Encik Anaz sendiri mestilah berfikiran positive.That’s why saya suggestkan Encik Anaz untuk terima tawaran saya ni.Supaya saya boleh tengok Encik Anaz pulih,dan maybe kita boleh jadi kawan baik.Dan settle lah hutang saya terhadap Encik Anaz,”pinta Mayra bersungguh‐sungguh.

“Positive konon.Cuba kalau kau yang kena.Tak mungkinlah.Kau ingat aku apa nak gula‐gulakan aku dengan duit.Aku pun ada duit lah.Tak payah nak perbodohkan aku,”tajam maksud katakata lelaki itu.

“Iyaa..Bukan pasal tu je..Mungkin nanti waktu Encik Anaz nak buat rawatan,saya pun datang tengok ke,bagi sokongan,tolong bawak.Tak,saya tak ada nak main‐mainkan pun,”suara Mayra cuba memujuk Anaz meskipun hatinya sendiri jua terluka dengan apa yang telah berlaku.

“Cakap senanglah.Dah,aku tak nak dengar.Kau boleh pergi,”marah Anaz.

“Habis tu apa yang Encik Anaz nak saya buat untuk saya tebus kesalahan saya ni?”soal Mayra cuba bersabar lagi meskipun kesabarannya hampir hilang.Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia membiarkan semua itu.Namun,Mayra nekad untuk tidak berhutang dengan sesiapa.Kalau tak didunia,pastikan ditanya diakhirat nanti.Dia tidak mahu rasa bersalah itu mengganggu dirinya seumur hidup.

“Aku nak kaki aku normal balik macam biasa!”

“Yer,itu sebab saya nak bantu kamu sepanjang menjalani rawatan tu,”

“Semua tu takkan mencukupilah.Aku nak kau rasa apa yang aku rasa!”

“Macam mana saya nak rasa?Saya pun baru je accident sama‐sama dengan Encik

Anaz.Cuma,keadaan saya tak sampai macam tu je.Kamu tolonglah faham keadaan saya jugak.Saya minta maaflah dengan apa yang berlaku,”suara Mayra hampir menangis.

“Kau kena hidup dengan aku!Nikah dengan aku,”ucap Anaz seolah mengarah.

“Encik Anaz?”Bulat mata Mayra mendengar permintaan itu.

“Hanya dengan cara tu je aku maafkan kau.”sambung Anaz lagi.

“Encik Anaz..Betul ke.,”wajah Mayra sudah berkerut.Seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Takkanlah dia nak kahwin dengan orang yang dia tak kenal pulak kot!

“Ya,aku ajak kau nikah ni,”tegas Anaz lagi.

“Tapi Encik Anaz..,”

“Aku boleh lepaskan kau kalau aku dapat pulih sepenuhnya seperti sebelum kau langgar aku.Kalau tak,kau jaga aku seumur hidup kau!Sanggup?”

Perlahan air mata Mayra mengalir mendengar ayat yang dituturkan oleh Anaz itu.Dia mula berpaling untuk keluar dari menghadap wajah Anaz.Susah benar untuk Anaz memahami.Entah mengapalah jejaka itu penuh dengan dendam dihatinya.Tidakkah dia redha dengan qada dan qadarnya yang telah ditetapkan itu?

“Encik Anaz..Tapi saya..,”tutur Mayra dalam tangisan sambil sedikit menggeleng tanda tidak setuju.

“Kenapa?Tak sanggup?Tak sanggup dapat suami cacatkan?”

“Dah,kalau tak sanggup,kau boleh blah.Jangan bazirkan masa aku lagi untuk menghadap muka kau,”tegas Anaz lagi.

“Perempuan yang bergaya macam kau ni..Memang memilih,kan? Tahu tak nak dapat suami cacat. Memang dah agak pun.Huh,”sambung Anaz menuturkan ayatnya yang penuh dengan sindiran. Wajahnya dipenuhi rasa menyampah.

Mayra melangkah keluar dari bilik itu dengan hati yang sebak.Hatinya semakin terluka saat ini. Tak mungkin.Tak mungkin dia akan berkahwin dengan orang yang tidak dicintainya.Apatah lagi tidak pernah dikenalinya langsung sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan