Label

Selasa, 3 Januari 2017

NOVEL Re Mimpi Rialiti Bab26

Suasana di luar perkarangan lobi Hotel Q dipenuhi dengan wartawan dan peminat yang sudahpun berkumpul sejak pagi tadi, menempuh suasana sejuk dan ada antaranya berembun di jalanan semata‐mata ingin mendapat sekeping gambar artis antarabangsa dan digilai peminat, Yukano Amanda dalam pakaian kahwinnya. Majlis perkahwinan yang dibuat secara tertutup dan hanya menjemput rakan terdekat menyebabkan semakin ramai wartawan membanjiri kawasan Hotel Q meskipun lokasi majlisnya dirahsiakan.

Suri gugup. Dia fobia saat wartawan mula mengerumuni kawasan. Dalam banyak‐banyak kejadian yang menemani hidupnya ialah saat dia dikerumun wartawan begitu banyak dalam satu masa sehingga dia jadi lemas dan tenggelam dalam kerumunan itu. Kali terakhir dia dalam keadaan begitu ialah saat dia umumkan pertunangannya dengan Yurino sudah berakhir pada dua tahun lepas. Dalam kegelisahan, dia ramas cincin milik ibunya yang selama ini dia simpan dalam almari laci. Ini adalah kali pertama dia sarungkannya di jari manis di tangan kirinya dan memberikan rasa yang janggal setiap kali permukaan sejuk itu bersentuh dengan kulitnya.

“Kalau kau fikir nak pergi majlis Yukano dengan tangan kosong esok, lebih baik kau berhenti berangan nak lindungi keluarga ni.”

Bahu Suri jatuh. Suara Orang Tua Heitai menerjah ingatannya dan bila setiap kali dia ingatkan suara dalam datuknya itu, dia akan teringatkan riaknya yang terkejut, menunjukkan segala apa yang berlaku terlukis di riak wajahnya seperti orang tua itu dapat bacanya. Orang Tua Heitai hanya mendengus kasar.



Sepanjang dia berada di dalam hubungan dengan Shawn, tidak pernah sekali pun dia terfikirkan cincin pertunangan yang sepatutnya sudah tersarung cantik di jarinya. Selepas Orang Tua Heitai tegurnya semalam, baharu itu dia terfikir. Antara dia dan Shawn, hanya perhubungan politik antara keluarga. Dia, untuk naikkan statusnya dan Shawn, untuk teruskan hidup. Sebab itu antara mereka tidak terfikir pun cincin pertunangan ini. Tiada perkahwinan yang membawa makna cinta hingga akhir hayat. Malah untuk ibunya juga, perkahwinan mereka tidak pernah direstui dan hanya mampu lari dari rialiti. Dia tidak mahu lari lagi. Kali terakhir dia lari, dunianya penuh dengan bauan darah.

“Awak okey?” soal Shawn lembut tetapi kedengaran begitu jauh. Suri tidak tahu mengapa, dia sudah cuba terangkan pada Shawn yang malam itu hanya salah faham, namun lelaki ini semakin menjauhkan diri darinya.

Suri cuba ukir senyum manis dan dia dapat rasa hujung bibirnya menggeletar. “Okey,” bohongnya.

Kenderaan SUVLexus RX Hybrid telah pun berhenti di hadapan pintu lobi hotel ﴾ini menambahkan lagi rasa was‐was Suri terhadap Shawn yang kereta ini bukan kereta sewa﴿.

Karpet merah telah pun terbentang dan kedua‐dua belah sisi karpet terletak pernghadang, menghalang wartawan dari menyerbu. Sudah serupa malam anugerah seni rupanya. Shawn sudah menapak keluar dan membuka pintunya, mengekalkan postur lelaki budiman, dia hulurkan jemari kanannya manakala tangan kirinya memegang kotak hadiah. Pemandu valet sudah berada di luar pintu pemandu. Suri tarik nafasnya lalu dengan lemah lembut dan senyum plastik yang telah dia praktikkan selama lebih 15 tahun, terpapar di wajahnya. Kaki kirinya yang tersarung kasut tumit tinggi menapak keluar dahulu diikuti tubuhnya yang tersarung dress pemberian Yurino yang dilapiskan dengan kot bulu bewarna cotton candy pink dan terakhirnya kaki kanannya yang tersarung kasut yang padan dengan kaki kiri. Dia telah pastikan pemakaiannya bersesuaian dengan tema majlis dan tidak terlalu menonjol dari pengantin. Aksesorinya hanya anting‐angting kecil di kedua belah telinganya, gelang tangan manik di tangan kanan dan jam tangan Cartier yang dihiasi berlian kecil. Rambutnya pula disanggul menjadi bun dan dililit dengan jalinan rambut. Solekannya ringan dan tidak terlalu tebal cukup dengan faundation, bedak kompek, pemerah pipi, celak, eye‐shadow warna emas dan gincu merah jambu. Begitupun, dia tetap rasa yang dia tampak menonjol saat lensa kamera menangkap setiap momun langkahnya di samping Shawn.

“Popularnya awak,” puji Shawn namun kenapa Suri rasa penuh dengan nada sarkastik?

Suri genggam erat beg dompet di tangan kanannya dan dengan tenaga yang sama tanpa dia sengajakan dia berbuat yang sama pada tangan kirinya yang masih berpaut pada jemari Shawn. “Awak pun apa kurangnya. Mereka baru dapat lihat pewaris misteri Robb and West Corp. Bukankah tu lagi hangat?”

Shawn mencebik seketika kemudian seperti mahir, senyum tampalnya itu muncul semula. Lakonan mereka berlanjutan sehingga mereka masuk ke dalam perut lif. Suri lepas nafas lega. Interior dalaman lif yang memantulkan bias dari permukaannya yang bewarna emas, memaparkan diriannya dengan Shawn yang terpisah dengan jarak 10 sentimeter dan jambatan yang menyambungkan mereka hanya jemari mereka yang masih terkunci kemas. Melihat keadaan mereka mengingatkan Suri pada ketika mereka di dalam lif bangunan kerajaan tempoh hari. Rentak jantungnya tika itu dan tika ini masih sama, bezanya dia kini tahu yang dia cintakan Shawn, mengetahui yang Shawn hanya menggunakan dia. Begitupun, Shawn kini dingin dengannya dan dia tidak tahu untuk berkata apa atau samaada ingin menarik jarinya dari terus digenggam Shawn atau biarkan sahaja.

TEMA perkahwinan Yukano dengan Sora ialah winter garden dan tema itu diolah dengan penuh elegan dan sofistikated. Ianya dhiasi dengan bunga‐bunga Iberis dan Snapdragon dengan dominasi warna putih dan pink lembut. Secara praktikalnya majlis mereka diadakan di taman namun tamannya mempunyai bumbung cermin yang menampakkan langit biru yang jelas dan taman tersebut diapit dengan lorong‐lorong kecil dengan terdirinya enam arka di setiap lorong. Di tengah taman terbentang karpet putih dan kiri kanannya ada tiang lampu yang diilhamkan dengan lilitan bunga‐bunga Iberis. Suasanan di taman itu tampak sejuk namun bila berada di taman tersebut, ia berasa selesa dan hangat. Badannya tidak menggeletar bila dia jejakkan kaki ke taman tersebut.

Shawn bawanya duduk ke salah satu meja ﴾hadiah telahpun mereka letak di meja penyambut tetamu jemputan﴿ di mana dia atas meja tersebut terdapat satu kad tertulis nama jemputan yang akan duduk di situ. Nasib baik nama Hiromi tiada dalam senarai tetamu yang akan duduk di situ.

Mereka duduk sebelah menyebelah. Shawn masih tidak lepaskan jemarinya dan Suri ingin buka kot bulunya. Dia pandang Shawn yang seperti ingin berkata sesuatu padanya.

“Ryuuji,” tegurnya dahulu.

“Suri,” potong Shawn. Lelaki itu menoleh memandangnya tepat ke mata. Kali ini sedikit berkeyakinan dari tadi dan Suri biarkan apa sahaja yang Shawn ingin katakan daripada angin dingin berlalu antara mereka lagi. “Saya... cuma nak awak tahu... yang saya tak nak awak bencikan saya dan saya nak awak fahami saya walau apapun perubahan yang berlaku antara kita. Saya takkan tinggalkan awak. Saya janji,” ucapnya seperti berbisik.

Suri termangu di situ. Matanya lansung tidak berkelip melihat senyuman tipis yang terukir di hujung bibir lelaki itu. Dari mana dan apa punca yang menyebabkan lelaki ini berkata perkara yang dia tidak faham dan dia hanya mampu mengangguk kecil. Mendengarkan janji di akhir kata itu juga buatkan dia berasa sedikit senang. Sekurang‐kurangnya, Shawn ingin bercakap dengannya. Suatu hari nanti dia akan faham juga.

Lirik matanya menangkap bayang seorang lelaki yang dia kenali. Bibirnya automatik menyebut nama itu. “Yuri.”

Tiba‐tiba pergelangan di tangannya menjadi longgar namun Suri pantas menangkap tangan Shawn dari terus pergi dan menggenggamnya lebih erat.

Yurino angkat tangannya selepas mendekati mereka. Shawn lansung tidak mahu berpusing memandang Yurino yang ada di belakang. Apapun Suri tampal senyum professionalnya.

“Miza memang serius tak nak datang huh?” kata Yurino merujuk kepada kerusi kosong disebelah Suri, mengaggap kerusi itu khas untuk Miza memandangkan nama Miza juga diletakkan pada meja ini.

“Itu menunjukkan dia manusia,” jawab Suri. Dia lihat Shawn lansung tidak berminat untuk mengetahui apa isi perbualan mereka. “Da Um?”

Yurino mengunjukkan bibirnya pada seorang gadis petit yang berdiri di meja yang ditempati artis‐artis tempatan dan ada antaranya yang dia minati juga. “Terkinja macam orang gila kat sana. Malas aku nak tunjuk muka. Malu je,” katanya dalam nada penat.

Suri tersengih‐sengih. Padanlah dia dapat tahan nafsu dia, jika tidak dia dapat bayangkan betapa buruknya rupa dia terkinja‐kinja di meja orang seperti orang yang tiada maruah.

“Tahniah dapat abang ipar,” ucapnya ikhlas.

Lelaki itu hanya senyum nipis. “Okeylah, nak tolong mama dekat depan sebelum aku cabut lari dari sini,” ujarnya dengan wajah sedikit berseri. Baharu sahaja lelaki itu ingin pergi, dia terhenti.

“Suri,” panggilnya. “Dia dah sampai,” umumnya.

Suri pandang ke arah yang Yurino maksudkan dan wajahnya serta merta berubah tegang. Agaknya Shawn dapat membaca perubahan wajahnya, lelaki itu juga pandang ke arah yang sama dan wajah itu mengeras dan pucat pada masa yang sama.

BUNYI tepukan gemuruh dari tetamu menyampaikan kalungan tahniah pada pasangan pengantin yang telah diijabkan menjadi suami isteri menambahkan rasa hangat di taman itu yang telah sedia rasa begitu kerana iringan senyuman bahagia yang terpamer di wajah pasangan itu. Suri berasa bahagia untuk Yukano yang telah lama dia kenali sejak kecil walaupun wanita itu ada kekurangannya dan buatkan sahabatnya rasa menderita tetapi dia yakin ada jodoh lebih baik untuk Miza. Begitupun...

Suri jeling wajah Shawn disebelahnya. Kompleks di wajah itu sudah kembali, senyuman yang tertampal di wajah itu juga cukup membutakan pandangan orang lain yang dia tadi seperti orang sakit namun tidak Suri. Dia tahu ada yang tidak kena dengan Shawn. Semenjak Hiromi tiba dengan tunangnya yang juga artis antarabangsa; Annie Rose Somers, Shawn lansung tidak bercakap dengannya. Malah tangan mereka sudah tidak bertaut lagi. Terputus saat mereka sedarkan kedatangan Hiromi.

“Awak okey, Ryuuji?” bisik Suri lembut. Dia pegang bahu Shawn, menyedarkan lelaki itu dari terus tenggelam dalam dunianya sendiri. Dia perasan ada beberapa mata yang memandang ke arah mereka dan antaranya Annie Rose. “Awak macam tak sihat,” tambah Suri lagi lalu menawarkan segelas air mineral.

Lelaki itu menggeleng. “Saya okey,” jawabnya pendek dan menerima huluran gelas tersebut. Dia meneguknya perlahan.

Suri tersenyum lega. Hidangan pembuka selera telah pun dihidangkan dan pada masa yang sama, ucapan tahniah dari rakan‐rakan terdekat pun sudah bermula. “Nanti awak nak jumpa Cik Somers? Awak kata awak minat dia,” cadang Suri memikirkan perbualan mereka yang lepas.

Sekali lagi Shawn menggeleng. “Sejak bila saya kata saya minat dia?” dingin nada Shawn gunakan buatkan Suri terundur sedikit. Tanpa dia sedar, dia gigit bibir bawahnya kemudian dia tampal senyum pura‐puranya. “Ya? Saya silap dengar mungkin. Sorry.”

Wajah Shawn mendung. Dia suap salad buah masuk ke dalam mulutnya. Sekurang‐kurangnya lelaki itu ada selera makan. Suri juga buat demikian.

“Untuk sahabat yang kini telah pun menjadi isteri.”

Suri angkat wajahnya. Hiromi berdiri di atas pentas dengan gelas yang masih tidak bersentuh, dia angkat gelas itu tinggi.

“Selamat pengantin baru juga selamat menjalani hidup sebagai bakal ibu. Aku yakin kau dapat jadi seorang isteri dan ibu yang baik juga garang.” Dia selitkan nada jenaka pada perkataan garang buatkan tetamu ketawa kecil. “Jaga orang yang kau sayang sebagaimana kau sayang kuku kau,” jenakanya lagi dan disambut ketawa kuat pada bahagian alumni sekolah menengah tempat Yukano belajar. Wanita itu sudah berkerut‐kerut wajahnya tanda tidak menyenangi komen Hiromi. Suri hairan bagaimana Hiromi boleh tersenarai segabai tetamu untuk mengucapkan ucapan tahniah sedangkan Yukano kata padanya yang dia sudah tidak rapat dengan Hiromi.

Hiromi anjak gelasnya tinggi lagi. “Untuk bidadari kelas 3C, bahagia hingga akhir hayat!” laungnya diikuti laungan semangat dari kumpulan alumni dan laungan sederhana dari tetamu yang lain. Suri hanya mengangkat begitu juga Shawn, hanya mengikut rentak suasana. “Oh!” Saudaranya itu tidak habis lagi rupanya ingin memberi ucapan. Mata lelaki itu meliar ke arahnya.

“Tidak lupa juga untuk saudara jauh ku, tahniah untuk pertunangan kamu.” Lantas dia teguk minumannya. Sesudah itu senyumannya terukir dan Suri dapat rasakan bulu romanya berdiri saat melihat hujung bibir Hiromi yang terjongket lebih tinggi dari hujung yang satu lagi. Dia rasa tidak sedap hati.

“Saya nak berkongsi sesuatu,” cakapnya dalam nada bersahaja, tiada ura untuk berhenti bercakap. Yukano sudah gelisah di tempatnya kerana Hiromi mengambil masa yang lama untuk berucap. “Annie saya, selalu beritahu yang pewaris Robb and West Corp. ialah seorang penyanyi yang bagus. Suaranya lunak, ya sayang?” Dia pandang ke arah Annie Rose dan tunangnya itu mengangguk.

Suri berpaling memandang Shawn. Wajah itu sudah menegang namun dikawal sebaiknya. Pandangan Suri dibalas. Senyumannya nipis lansung tidak menghentikan debar di dada gadis itu.

“Macam mana Annie tahu? Dia kata yang mereka dah lama berkenalan. Sejak kecil lagi.”

Kali ini wajah Suri pula keras. Segala darah yang mengalir di wajahnya turun ke tubuhnya. Apa yang Hiromi repekkan?

“Oh nampaknya cik muda kita tak tahu yang pasangannya berkawan rapat dengan Annie. Tak apa, itu menunjukkan yang dia rendah diri. Untuk itu apa kata kita jemput Encik Kominato untuk menyanyi? Saya pasti ramai hendak berkenalan dengan pewaris misteri ini kan?”

Semua tetamu saling berbisik dan bertepuk tangan. Suri panik sedikit. Dia pegang tangan Shawn. “Awak tak perlu buat kalau awak tak mahu,” bisiknya. Dia risaukan Shawn dan dia sendiri berasa keliru juga. Betulkah Shawn berkawan rapat dengan Annie Rose yang Shawn anggap seiras dengan wajah cinta pertamanya?

Shawn tolak tangan Suri lembut. “Dan biarkan mamat tu terus kenakan kita? Awak jangan risau, saya boleh handle ni,” pujuknya dan nadanya kedengaran sedikit menggeletar. Lalu lelaki itu bangkit dan berjalan ke arah pentas. Tepukan semakin gemuruh. Shawn ambil mikrofon dari Hiromi dan saudaranya itu pergi ke arah mejanya, duduk di sebelah tunangnya, seolah-olah dia telah lakukan perkara paling mulia di dunia.

“Selamat petang.” Suara Shawn bergema. Dia sudah selesai berbincang dengan ahli muzik di belakang. Beberapa tetamu berteriak suka yang datangnya dari gadis‐gadis muda. Salah seorangnya, Da Um.

“Urm, saya tak berniat hendak panjangkan sesi ni tapi saya tak nak kecewakan orang yang letak harapan pada saya. Lagi‐lagi Encik Kenichi,” lembut dan penuh makna Shawn ucapkan.

“Saya Kominato Shawn Ryuuji dan saya bertuah dapat bersama dengan tunang saya, Nomiya Suri. Pada pasangan bahagia, Encik Manabe dan Puan Manabe, saya ingin dendangkan lagu dari Savage Garden, I Knew I Loved You.”

Muzik pun dimainkan. Suara merdu dan lembut Shawn kedengaran diiring dengan penyanyi latar.

‘Maybe it's intuition
But some things you just don't question
Like in your eyes
I see my future in an instant
and there it goes

I think I've found my best friend
I know that it might sound more than
a little crazy but I believe

I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life
There's just no rhyme or reason
only this sense of completion
and in your eyes

I see the missing pieces
I'm searching for
I think I found my way home
I know that it might sound more than
a little crazy but I believe

I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life
A thousand angels dance around you

I am complete now that I found you
I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life

I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life.’

SELEPAS persembahan mengejut dari Shawn, beberapa orang selepas itu membuat ucapan dan diikuti dengan persembahan dari artis tempatan. Hidangan utama juga disediakan. Semua orang tampak senang dan makan dengan penuh berselera. Suri cuit‐cuit makanannya.

Manisan makanan telah pun dihidangkan selepas tamat hidangan utama. Cream puff dengan ice cream cake pie. Dia suka makan manisan namun seperti hidangan utama tadi, tekak dan perutnya tiada di tempat yang sepatutnya. Di bawa lari bersama fikirannya yang terus melayang ke lembah memori. Shawn juga tidak banyak cakap dengan dia. Itu yang buatkan dia rasa… tergugat.

“Suri.”

Suri angkat wajahnya. Wanita dalam pakaian serba putih rekaan dari pereka tempatan yang direka untuk memaparkan bentuk badan wanita itu yang slim dan melengkuk cantik di bahagian tertentu. Juga dengan gaya ekor mermaid yang meleret, Yukano terpaksa angkat urai kainnya yang meleret dan duduk di kerusi Shawn yang kosong. Tunangnya telah pergi ke tandas.

“Kak Yukano,” tegur Suri masih lagi menampal senyum palsu tetapi Suri dapat rasa yang Yukano dapat lihat disebaliknya.

“Suri okey? Terima kasih sebab datang,” ucapnya dan memegang tangan Suri erat.

Suri senyap dan hanya memandang tangannya dalam genggaman tangan Yukano. Dia tidak tahu hendak kata apa, fikirannya bercelaru sekarang ini. Hiromi memang sudah kenakan dia.

“Akak tak patut jemput dia, geram betul akak,” bisik Yukano. Wajahnya memerah sedikit dengan kening yang bertaut. Kemudian ia mengendur dan wanita itu hela nafas. Tangan kanannya memegang perut. “Nasib baik suara merdu Shawn buat hati akak dan Yuu‐chan gembira sedikit,” komennya dengan senyum senang.

“Yuu‐chan?”

“Nama baby kami.”

Bibir Suri terbentuk ‘O’. Tanpa niat, tangan Suri bergerak memegang permukaan perut Yukano. Empat minggu? Tidak lama lagi ia akan makan bulan dan bila cukup sembilan bulan, seorang bayi comel akan lahir ke dunia. Bagaimana dahulu dia dilahirkan? Adakah dalam keadaan yang menggembirakan? Atau lebih tepat, seluruh keluarga membencinya. “Saya harap dia dilahirkan dengan penuh rasa cinta dan diterima sepenuh hati. Membesar menjadi seorang anak yang bahagia,” bisiknya sambil menahan air mata.

“Akak akan sayang dia sebagaimana seorang ibu sepatutnya sayangkan anaknya. Didik dia menjadi anak yang baik dan akak takkan buat dia rasa sia‐sia dilahirkan,” janji Yukano. Dia usap pipi Suri. “Dan akak juga harap dia dapat beri kebahagiaan pada orang lain juga. Sebagaimana Suri lakukan sekarang. Akak sokong Suri dari belakang walaupun Suri bukan lagi tunang Yuri tapi Suri masih adik akak.”

Suri tarik tangannya. “Sora?” Dia menukar topik. Matanya yang rasa berair dia kedip‐kedipkan.

“Dia borak dengan kawan dia. Okeylah. Akak nak jumpa yang lain pula. Nanti... tolong sampaikan salam akak pada Miza.”

Suri mengangguk. Dia tidak tahu sama ada dia patut sampaikannya tetapi dia harus sampaikannya. Dia ambil dompet dan kot bulunya dan berlalu ke tandas selepas melihat Yukano pergi ke arah tetamu yang lain. Kaki disusun laju. Air mata yang ingin mengalir dia cuba tahan. Sudah dia berjanji pada diri sendiri yang dia tidak akan berasa sedih tadi tetapi tangki air matanya tidak dapat menampung lebihan air yang bakal pecah bila‐bila masa.

Kaki Suri berhenti melangkah. Tidak silap tadi, ekor matanya menangkap bayang Shawn berdiri di balkoni. Dia pergi mendekati tingkap dan matanya tidak silap melihat. Patutlah lelaki itu lama ke tandas, rupanya bersidai di balkoni yang menghadap ke arah kolam renang. Suri gigit bibirnya. Patutkah dia ke sana? Daripada dia menangis dalam kubikle tandas, baik dia mengadu domba pada Shawn. Lelaki itu pandai memujuknya. Dalam cara yang tersendiri.

Mengingati setiap momen setiap kali dia berasa sedih, tunangnya pasti akan berada di sisinya. Memujuk sebaik mungkin. Salah satu memori yang paling dia tidak boleh lupa ialah ketika dia berasa sedih dengan tindakan Hiromi memanggil wartawan ke kafenya. Dia tersentuh dengan tindakan Shawn datang ke rumah teresnya malam itu dan dari situ hubungan mereka semakin baik. Sehingga pada satu tahap, Shawn tiba‐tiba berubah dingin. Hendak kata mereka bergaduh, mereka sering bergaduh tetapi perbualan malam mereka tidak berubah. Namun sejak malam Shawn jumpa Yurino berada di biliknya, perangai lelaki itu berubah.

Baharu sahaja Suri ingin memanggil nama Shawn, gadis itu berhenti melangkah. Bibirnya terkunci dan dia serta merta menyorok di balik dinding. Bibirnya dikatup dengan kedua belah tangannya. Matanya membulat. Itu Annie Rose Somers!

“Leave me alone, Annie!”

Itu suara Shawn. Dari nada lelaki itu menyebut nama Annie Rose, ianya kedengaran mesra dan familiar di bibir itu. Jadi betullah kata Hiromi tadi yang Annie Rose dan Shawn berkawan rapat?

“No!” bentak Annie Rose. “Saya tahu yang awak marahkan saya. Saya takkan pergi selagi awak tak maafkan saya.”

Shawn mengeluh. “Really... Saya tak ada mood nak layan kerenah awak, Annie. Saya dah maafkan awak. Dah, pergi,” halaunya.

Annie Rose ketap bibirnya. “Why are you being like this? You’re not a kid anymore. Stop with your hormone problem,” gumamnya dengan wajah yang mencebik.

“Hah!” Shawn bercekak pinggang. “Well you’re the one that treating me like a kid. Always. Now, please go!”

Suasana antara mereka jadi sepi.

Mendengarkan ayat Shawn tadi, Suri tiba‐tiba teringat yang lelaki itu pernah katakan pada dia hari mereka di bagunan kerajaan tempoh hari.

“Well, for some people they care. I care cause people around me tend to treat me like kid.”

“Kesiannya. Awak bukan anak tunggal macam saya ke?”

“Jiran saya buat saya macam tu.”

Suri susun format perkiraannya semula. Jadi Shawn dan Annie Rose berkawan rapat dan Annie Rose selalu layan tunangnya seperti budak‐budak. Malah orang yang selalu layan Shawn seperti budak‐budak ialah jiran lelaki itu. Tunggu Shawn juga kata yang wajah cinta pertamanya seperti Annie Rose. Ini bermakna, Annie Rose = Kawan Rapat + Jiran = Cinta Pertama = Cliche. Ini bukan shoujo manga‐lah!

“Why do you always get mad at me about that! Bagi saya memang saya kena treat awak macam budak. Awak tu adik, takkan saya nak layan awak equal?” letus Annie Rose tiba‐tiba.

Dia tolak bahu Shawn dengan kasar. Wajah dan telinganya merah. “Kalau saya tak letak sempadan antara awak dan saya, benda lain boleh jadi!”

“Benda lain? Awak takut dengan saya? Kenapa? Takut awak nampak saya macam seorang lelaki? Bagitu?” soal Shawn bertubi‐tubi buatkan Suri yang mendengarkan berasa berdebar sakan. Sudah rasa macam tengok wayang opera pula dan dia tidak patut berada di sini. Ini sudah kira pecah masuk privasi orang lain! Tetapi dia tidak berganjak dari situ. Hatinya enggan.

Dia khuatir jika dia tinggalkan mereka berdua sahaja, orang lain akan salah anggap. Dia akan salah anggap. Kalau benda buruk akan berlaku, dia boleh tolong. Jadi lebih baik, dia berdiri di situ senyap‐senyap dan cuba tutup telinga.

“For Pete’s sake! Kenapa kita bergaduh fasal benda ni sedangkan tadi kita cakap fasal saya beritahu Hiromi tentang bakat awak!” keluh Annie Rose. Suaranya seperti menggeletar. Cuba menahan debar.

Shawn merapatkan badannya pada Annie Rose. “Kenapa ubah topik? Awak takut sebenarnyakan? You can’t resist my charm right?” bisiknya hampir menyukarkan Suri untuk tidak cuba untuk tidak mendengar perbualan mereka.

“Please – ”
Semakin Suri cuba menelinga, semakin dia tidak dapat mengenal pasti bunyi apa yang dia
dengar. Dia berasa gelisah. Rasa hati yang sejak tadi mengundah gulanakan jiwanya memaksa
dia untuk mengintai sedikit. Sedikit sahaja.
Badannya kaku. Rasa tidak sedap yang dia rasakan kini menjadi kenyataan. Kerongkongnya
rasa sempit, matanya yang tadi penuh dengan air kumbahan yang ingin melimpah jadi kering.
Fikirannya kosong. Apa yang patut dia buat? Apa yang patut dia lakukan? Apa yang patut dia
katakan? Dia tidak patut lihat. Dia tidak patut berdiri di sini. Dia tidak patut tahu pun akan
perkara ini. Tiba‐tiba ada satu tangan menutup pandangannya.
“Kita tak patut ada kat sini,” bisik suara itu.
Suri ketap bibirnya. Dia rasa hendak menangis. Dia hendak meraung. Dia hendak tepis tangan
yang menutup matanya tetapi dia tiada semangat untuk semua itu. Sepertimana kosongnya
fikirannya saat itu, jiwanya juga kosong. Mana perginya maksud sakit yang selama ini menjadi
teman di hatinya? Yang mengajarnya betapa insan yang kita sayang mudah untuk tinggalkan
kita? Dalam dia cuba untuk tidak lari dari kenyataan, cuba untuk buat rialitinya lebih baik...
semua itu buatkan dia semakin tertarik untuk kembali semula pada dunia pelariannya.
Kembali...
Suri genggam tangannya erat. Dia tolak tangan besar yang menutup matanya kasar lantas
berlari ke tengah pintu masuk balkoni. “Ryuuji!!!” jeritnya seperti perempuan histeria bersama
segala sakit yang tiba‐tiba menghempap hatinya seperti durian jatuh menghempap
permukaan tanah.
Mereka tersentak. Wajah Shawn seperti baharu sedar dari mimpi dan wajah Annie Rose yang
merah. Entah merah kerana diserang tiba‐tiba oleh Shawn atau segan kerana menerima
sesuatu yang tidak dijangka atau malu menyedari yang mereka ditangkap bermain cinta!
Belum sempat dia hendak berkonfrontasi dengan pesalah, tangannya direntap. Hiromi!
Lelaki itu menariknya jauh dari situ dan dia cuba untuk meloloskan pegangannya dari lelaki itu.
“Lepaskan lah gila!” marah Suri. Dia berpaling ke arah balkoni di mana Shawn dan Annie Rose
masih terpacak berdiri di situ, lansung tidak bergerak. Dia ingin selesaikan hal ini sekarang
juga. Dia tidak mahu lari lagi. “Lepaskan lah HIROMI!”
Lelaki itu menolaknya ke arah dinding. Kedua belah tangannya dicengkam dan dipaku ke arah
dinding. “kau tak boleh cuba senyapkan mulut tu ke? Kau nak tarik perhatian semua orang ke
dungu?”
Tenungan tajam Hiromi buatkan perut Suri kecut. Dia takut. Saudaranya ini tampak sangat
menakutkan dan dia geram dengan dirinya sendiri sebab dia boleh berasa begitu takut
dengan ugutan Hiromi. Dia buang pandangnya semula ke arah balkoni. Mereka sudah tiada di
situ. Hilang dibawa angin. Mata Suri kabur. Tanpa sempat dia tahan, air matanya mengalir.
Perlahan Hiromi lepaskan tangannya dan Suri pantas menampar wajah lelaki itu. “Sekarang kau
puaskan? Kau memang dah set benda ni dari awal kan?!”
Dia takut dengan Hiromi namun dia sudah tiada semangat untuk berlari. Semuanya telah dia
curahkan pada tamparan ke wajah saudaranya. Perlahan dia tekup wajahnya. Betapa lemahnya
dia. Dia takut. Dia juga malu. Dia kalah di hadapan lawannya dan dia menangis seperti anak
kecil kerana bila dia fikir dia boleh percayakan cinta yang baharu ini, rialiti datang mengetuk
kepalanya untuk sedar yang selama ini dan akan sentiasa bertepuk sebelah tangan. Sekali lagi,
dia akan ditinggalkan. Janji hanya tinggal janji.
“Saya... cuma nak awak tahu... yang saya tak nak awak bencikan saya dan saya nak awak fahami
saya walau apapun perubahan yang berlaku antara kita. Saya takkan tinggalkan awak. Saya
janji.”
‐‐‐‐‐
Hi ^^,
I know it was so longggg ago that I update this series but fortunately my semester break has
started about two weeks ago and I had managed to settle a few things before starting to catch
up with you all, my loyal readers. Thank you for all your support and reading this piece. As
appreciation I had submitted 5 extra entry including this chapter. I hope you enjoy and if Allah
forbid, I will post it every Thursday like I used to before. Oh, I also had submitted an excerpt
titled 'Kopi Waffle' which was supposed to be 'Kopi & Waffle' but I forgot to put the '&'. Silly
me. Hehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan