Label

Jumaat, 24 Mac 2017

NOVEL Clown No1 Bab2

IPD Ampang
8.15 pagi

Akkir menyelak kembali helaian dokumen laporan yang baru diserahkan oleh orang bawahannya. Seorang lelaki berpangkat konstable kini berdiri agak tegak, tapi kepalanya tunduk dari tadi. Seperti takut dihentam sekali lagi oleh fail yang dipegang oleh Akkir.

‘Betul, kau tak tinggal apa‐apa lagi?’

Lelaki tersebut mengangguk. Keringat mengalir dari bilik yang berhawa dingin tersebut. Akkir
memandangnya tajam.

‘Kau tahu kan apa yang kau dah buat’ Akkir mengerling tajam. Bibir lelaki tersebut bergetar tetapi cuba juga menjawab sesuatu kerana pada firasatnya Akkir mahukan alasan daripada diam. Lelaki yang kelihatan awet muda berbanding umurnya itu hanya diam. Walaupun dia sendiri merasakan yang dia lebih tua dari Akkir.

‘Saya tak sangka surat tu..’

Akkir menjegilkan matanya. Lelaki itu diam.



‘Surat yang merely nothing pada kau means everything pada aku. Korang first line yang terima aduan orang ramai. Kami siasat berdasarkan report korang pada permulaan, kalau korang buat silap. Mengaku! Jangan susahkan orang lain.’ Akkir meninggikan suaranya sebelum seseorang menyapanya dari belakang.

‘Kau tak rasa kau tegas sangat dengan dengan budak baru, Akkir?’ Seorang anggota polis berpakaian seragam, jelas menunjukkan pangkatnya di situ mucul bersama anggota polis yang lain. Membuntutinya dari belakang.

‘Tuan’ Akkir memusingkan tubuhnya dan memberi tabik hormat. Dia berdiri tegak sebelum perutnya ditumbuk perlahan oleh ketuanya.

‘Saya dengar mak mangsa terima envelope merah.’ Akkir mengangguk mendengar soalan daripada Chief Mazhan. Mengerutkan keningnya melihat lelaki itu.

‘Abaikan’ Ucap Chief Mazhan itu sambil memegang bahu Akkir dan berlalu pergi dari situ.

Akkir terdiam sebelum berlari anak ke arah tuannya itu.

‘Apa maksud Tuan?’Akkir tidak faham. Kenapa bukti yang orang bawahannya ingat benda kecil, sekarang kecil juga di mata orang atasannya. Atau dia seorang yang punya mata? Orang lain tak nampak?

‘Awak tahu kan sebab apa’ Chief Mazhan membalas sambil melambai ke arah beberapa orang di kiri dan kanannya yang memberi senyuman padanya.

‘Saya tak tahu. Yang saya tahu tu bukti penting’ Akkir balas laju.

‘Bukti apa? Bukti yang ni kes serial murder 29 tahun lepas?’ Chief Mazhan menyoal bertubi.

‘Kita tak cukup bukti’ Dia menambah.

‘Ni baru hari pertama mayat dijumpai, banyak lagi masa nak cari bukti baru’ Akkir yang diam lama membalas.

‘Hari pertama pun orang dah kecoh pasal kes ni. Sebab mulut wartawan tu, kau ingat apa lagi orang ramai akan persoalkan kalau diorang tahu ni kes 29 tahun yang lepas. Diorang akan cakap polis tak buat kerja sebab tu killer tu masih ada sampai sekarang’ Seorang lelaki kelihatan lebih tua dari orang Chief Mazhan, berkumis, dan kelihatan lebih berpangkat dari polis‐polis lain, tiba‐tiba muncul dari balik pintu pejabat aras 3 tersebut bersama polis lelaki seorang lagi di sisinya. Akkir memusingkan tubuhnya memandang lelaki tersebut yang dia kenali sebagai SP Zarul. Dan baru sedar yang dia sudah diberi maklumat oleh Jun yang mereka akan dapat ketua balai yang baru.

‘So ni pasal maruah?’ Akkir menyindir. Chief Mazhan cuba menendang kaki Akkir.

‘Jaga mulut kau Akkir’ Anggota polis di sebelah SP Zarul, I.O Malik, lelaki berusia 40 tahun itu
menyampuk.

‘Ni pasal kredibiliti polis. Kau bukan kerja sorang Akkir. Satu building ni ada 60 orang pekerja. Dan kalau kau nak kaitkan dengan kes 29 tahun lepas. Di ulu kinta. Pekerjanya 30 orang. Hampir seratus orang polis kena tanggung akibat. Daripada tak ada masalah, jangan buat masalah. Kes ni akan reda. Jangan put orang ramai dalam state yang lain.’ Balas SP Zarul, panjang. Kini mata semakin banyak menyaksikan pertengkaran tersebut.

‘Kalau dari awal kita silap, kita takkan dapat selesaikan kes ni’Akkir balas. Dia perlu balas. Chief
Mazhan diam, sunyi memandang Akkir.

‘Kalau pembunuhnya orang yang sama..’Akkir menyambung sebelum dipintas oleh SP Zarul yang memandang tajam ke arahnya dari tadi.

‘Pembunuhnya takkan sama! Jangan nak create cerita lain. Kalau kau tak nak badge kau kena rampas, baik kau dengar cakap orang atasan’ S.P Zarul membalas lagi dan kini Akkir diam. Dia kecewa dengan diamnya. Chief Mazhan, SP Zarul dan I.O Malik berlalu dari situ bersama anggota polis yang lain. Lelaki yang dimarahi Akkir tadi, matanya terkebil‐kebil melihat peristiwa tersebut. Tidak pasti sama ada dirinya gembira atau tidak dibela oleh orang atasan yang lebih berkuasa daripada Akkir. Tangan Akkir dihentak ke dinding. Jun datang menepuk bahunya dari belakang. Akkir kembali duduk di mejanya. Rakan sekerjanya, Inspektor Arif datang bersama lap top dan pendrive putih.

‘Daripada list yang yang kami dapat. One of them guna alamat dan no tel yang palsu. Ni cctv keluar masuk orang tu’

‘Tengok, tak jelas. Dia pakai mask dan full cover. Macam dah tahu orang akan cari dia’

‘Dari arah keluar pejabat pos, tiada surveillance cctv sebab banyak kawasan terpencil. Tak ada security demand. Paling dekat cctv adalah jalan besar, tapi mustahil nak trace kenderaan atau suspek sebab beribu kenderaan keluar dalam waktu tu. Pegawai pos tu pun tak cam wajah lelaki tu sebab lelaki tu pakai mask, dan tak bersuara apa‐apa’. Terang inspektor Arif.

‘Laporan forensik?’ Detektif Jun menyoal Inspektor Arif.

Detektif Arif menghela nafas berat dan menggelengkan kepalanya. Akkir menghempas fail di tangannya ke lantai. Kuat. Jun bangun untuk menenangkannya sebelum Akkir menyelitkan dirinya dari ruangan sempit meja yang berkembar dan meninggalkan pejabat tersebut. Dia perlu masa. Inspektor Jun dan Arif hanya melihat kosong. Hujan dari semalam masih belum menunjukkan tanda‐tanda mahu berlalu pergi. Ramalan cuaca setakat ini benar. Akan hujan sepanjang November ini di daerah Kuala Lumpur dan Selangor. Akkir menapak keluar perlahan, menuruni puluhan tangga kecil untuk keluar dari bagunan skuad polis tersebut sebelum terasa bahunya dilanggar dari tepi oleh sesuatu yang tirus seperti payung. Seorang wanita berpayung hitam di koridor jalan luar balai polis tersebut berlari anak ke arah kereta.

Akkir mengerutkan keningnya. Satu perasaan yang seperti dia sudah alami sebelum ini.

*
Briekfield Penthouse
10.15 malam

Akkir melabuhkan punggungnya ke kerusi urut dan meletakkan kepalanya ke sofa empuk tersebut. Matanya dipejam, Cuba dilelapkan sebelum satu suara, 3 suara, kedengaran dari luar, dari televisyen. Akkir mebuka kelopak matanya sebelum melihat ibunya dengan sepinggan anggur di tangannya sedang dalam keadaan teruja menunggu cerita kegemarannya bersiaran sekarang. Akkir menggelengkan kepalanya.

‘Cerita apa yang mak tengok? Drama mana pulak sekarang? Korea? Philipine? Thai?’ Soal Akkir malas. Wanita separuh umur itu menjeling sekilas ke arah Akkir sebelum memakukan kembali matanya pada skrin televisyen dan meninggikan volume.

‘Tolong sikit. Ingat mak tengok cerita macam tu saja? Ni cerita orang kita. Dan bukan drama okay?’

Akkir yang tidak percaya pengakuan ibunya itu turut mengalihkan matanya pada skrin televisyen tersebut. Terpampang suatu siaran yang kelihatan lebih kepada satu perdebatan atau dialog sementara ketawa geli di dalam hatinya memikirkan minat ibunya sudah berubah.

Cuma sesaat sebelum matanya mengecil melihat wajah seseorang. Seperti panel utama dialog tersebut. Dan seperti yang dia pernah lihat, atau jumpa sebelum ini. Akkir melilau mencari nama perempuan tersebut.

‘Dian Sufia. Profiler. Cantik kan?’ Mak Akkir yang seperti dapat membaca fikiran Akkir segera
mencelah. Memasukkan anggur yang ke 10 ke dalam mulutnya. Akkir menebeliakkan matanya
memandang ibunya.

‘Profiler?’ Akkir menyoal laju. Tidak lagi bersandar pada sofa tersebut.

‘Tulah kau Akkir, asyik perli mak selalu tengok TV. Tulah akibatnya kalau kau tak tengok TV. Orang terkenal macam ni pun kau tak kenal’

Akkir tidak membalas. Diam. Mengalihkan kepalanya pada skin televisyen sekarang, mendengar teliti dialog tersebut.

‘Most of the case will turn into cold case kalau tak ada lead at least for 2 weeks. Kemudian polis yang sama akan terima kes baru, kerana itu memang tugasan mereka. People then will forget about the old case, that is why it’s became a forgotten case. But doesn’t mean we need to stop investigate. Kes adik Nurin Jazlin, sampai sekarang kita masih belum dapat tangkap pembunuhnya. Kita geram, marah tapi hanya sekejap. Siasatan pun hanya sekejap. Mungkin sebab kita tak lagi dengar kes yang sama macam adik Nurin walaupun masih ada kanak‐kanak yang dilapor hilang. Jadi kita assume pembunuh adik Nurin mungkin sudah mati. Kalau tidak kenapa dia stop? Kita masih tiada lead untuk tangkap dia, dia bebas untuk membunuh merogol, membunuh mangsa yang lain, he is completely addicted to kill, so why did he stop? Kami profiler buat andaian, dia mungkin mati. Atau lari ke negara lain, atau dia kemalangan hingga koma, atau di dalam penjara, kena charge dengan jenayah yang lain. Saya boleh terima kalau ini teori yang berlaku pada penjenayah ni, tapi macam mana kalau dia masih dalam kalangan kita? Still in our midst? Dan dia tidak lagi meninggalkan mangsanya seperti yang dia buat pada adik Nurin tapi tanam? Dengan cara kita takkan dapat mengesannya sampai bila-bila. Macam mana kalau kanak‐kanak yang hilang sampai sekarang menjadi mangsanya?’

Profiler Dian bersuara dengan hujahnya dan jelas dua lagi panel yang lain kurang senang dengan hujah tersebut.

‘Polis tak boleh fokus hanya pada satu kes saja. Kalau kita bukak balik satu cold case, cold case yang lain kena buka balik jugak. Sudahnya semua polis bazir masa pada kes lama, dan tak selesaikan kes baru, it even made up more cold case’ Seorang lelaki yang Akkir baca keterangan di bawah pada papan skrin sebagai CP Mazlan membantah. Akkir kenal lelaki itu sebagai orang atasannya yang jelas kenal dengan ramai ahli politik. Perempuan bernama Dian itu masih belum membalas menyebabkan seorang lelaki lain di hujung meja menambah.

‘Sebab kami polis lebih dari orang lain, tahu how tiring handle with the cold case who have no lead.’ CP Jamal menambah sekali lagi. Profiler Dian memandang tajam ke arah CP Jamal pula.

‘Saya tak minta semua polis terlibat dengan kes macam ni, kita hanya perlukan certain people. A team at least. We have no lead because we stop searching’ Profiler Dian akhirnya membalas.

Meliar matanya melihat polis lelaki di hadapannya sekarang ini. Kedengaran suara penonton di dalam studio kini berbisik‐bisik antara satu sama lain. Pengacara dibiar berdiam, mungkin taktik pengarah studio untuk naikkan rating dengan cara sebegitu. Dan Akkir percaya teorinya betul di mana maknya kini semakin fokus ke dalam dialog tersebut, tidak sedar Akkir sudah menghabiskan anggurnya. Profiler Dian, Akkir lihat masih mahu menyambung hujahnya di balik kekalutan tersebut.

‘Dan kes terbaru. Kes pembunuhan semalam. Polis tidak menjawab kes semalam adalah kes yang sama seperti 29 tahun dulu. Sebab?’ Profiler Dian menyindir tegas.

Akkir seperti mahu masuk ke dalam skrin tersebut waktu itu juga, mahu berdebat sendiri dengan profiler tersebut.

‘Kes tu masih dalam siasatan. Tak ada hitam putih lagi Profiler Dian’ Agak keras kali ini nada CP
Mazlan membuatkan Akkir merasa lega. Kenapa? Bukan dia salah seorang yang mahu menyiasat kes ini sebagai kes 29 tahun yang lalu. Adakah kerana sekarang Profiler Dian menghina polis? Akkir mengerutkan keningnya. Mendengar hujah Profiler Dian yang seterusnya.

‘Polis boleh cakap ya atau tidak. Simple. Kerana mereka hanya perlukan comparison. Bukan semalam ketua polis yang siasat kes ni bagi statement cara mangsa ditemui tak pernah leak pada orang ramai, jadi kalau apa yang press tu cakap salah, dia hanya boleh cakap tak’

Hujah Profiler Dian kali ini semakin membuatkan polis lelaki itu bertambah tegang wajahnya. Ibu Akkir kini menepuk kedua belah tangannya berulang kali, kelihatan sangat kagum dengan Profiler Dian.

‘Press yang keluarkan berita tu tak ada kesahihan pada beritanya. Saya tak tahu siapa yang beri…’ CP Mazlan membantah sebelum dicelah oleh Profiler Dian.

‘Jadi Tuan boleh perbetulkan berita dia sekarang. Ini peluangnya. Live. Betulkah ini bukan kes yang dulu?’ Profiler Dian mencantas sambil melihat ke arah penonton di dalam studio yang Akkir yakin seratus peratus kini memihak kepada profiler tersebut. CP Mazlan membisu dalam marah
‘Is that a yes?’ Profiler Dian menyoal dengan nada sinis tapi masih, CP Mazlan diam membisu.

‘People is dying’ Profiler Dian menambah bara dalam api. Keras dalam nadanya. Keringatnya CP Mazlan kini mula kelihatan. Dan bergetar bibirnya menahan marah yang kini meletus.

‘People is dead! Only one and won’t more. Victim who die now is nothing to do with the 5 victims in the past.’CP Mazlan yang diam dari tadi akhirnya bersuara. Ibu jarinya digeserkan dengan anak jarinya yang lain. Tetapi masih memandang tepat ke arah Dian. Yang lain akui, sekarang, keadaan adalah tegang.

‘Saya bukan nak membela pihak polis, tapi kes tu dah disiasat lama tanpa ada apa‐apa lead. Bukan pihak polis tidak buat kerja tapi dah tak de lead?’ CP Jamal menambah lagi. Profiler Dian menghela nafas berat.

‘Tuan polis. Kalau Tuan tak bela nasib polis, Tuan bela nasib siapa? Tuan kena bela nasib polis untuk lawan orang macam saya. Polis tak boleh lari dari persoalan orang ramai. Hanya sebab certain time past, kita tak boleh lupakan penjenayah, apatahlagi mangsa. Someone out there should remember them. Do something for them. Police is my number one list’

Profiler Dian mematikan dialog yang tiada penyelesaian hingga ke akhir. CP Mazlan dilihat bangun serta merta dari kerusinya yang hilang dari skrin sebelum tiba‐tiba dialog tersebut ditukar dengan iklan perabot membuatkan ibu Akkir mengeluh, menjerit dan bergerak ke arah dapur. Akkir, dia tidak boleh tidur malam itu.

*
Nibong Restaurant, Ampang
2.30 petang

Hujan masih lebat. Akkir menanggalkan cermin mata hitamnya setelah melihat 2 orang yang dia berhadapan sekarang seperti masih belum mengenalinya. Salah seorang dari mereka, Faris jelas terkejut, dan bersiap sedia mahu lari sebelum perempuan di sebelahnya menahannya dari pergi.

‘Jadi Profiler Dian informer kau? What a police attitude’ Akkir memulakan perbualan di luar retoran di mana dia secara sengaja mengekori Faris dan tekaannya tepat, Faris memang berhubung dengan Profiler Dian. Perempuan yang Akkir syak ada waktu kes pembunuhan lepas, perempuan yang dia berlanggar bahu dan sekali lagi Akkir lihat di ibu pejabat polis Ampang tempoh hari.

‘Excuse me Inspektor Akkir. Saya tak tahu apa Tuan cuba cakap but we just eating’ Dian cuba memberi penjelasan dengan wajah tidak bersalah. Akkir memandangnya tajam. Faris diam.

‘And talk about case. Kau ingat aku pekak’ Akkir mencantas kata‐kata Dian. Dian membalas dengan senyuman sinis.

‘So you hear. Baguslah kalau dah dengar. So tunggu apa lagi..’

Akkir meletakkan garinya pada Dian. Faris cuba menghalang tetapi terlalu takut.

‘Saya tak minta Tuan gari tangan saya, saya nak Tuan siasat balik kes ni. Apa yang Tuan buat?’

Dian meninggikan suaranya memandang Akkir. Akkir selesai menggari Dian.

‘Aku tak rasa aku perlu terima nasihat dari orang yang dah belot agensi dia sendiri. Kau tahu apa yang kau buat dah rosakkan imej polis’ Akkir membalas dengan suara yang lebih tinggi dari Dian. Dian yang mendengarnya memandang Faris sesaat sebelum kembali memandang Akkir. Dia memandang Akkir tajam. Sinis.

‘Sazly ada 4 orang anak. Semua masih sekolah. Sekarang yatim. Isterinya sakit. Suri rumah. Sekarang janda. Yatim dan janda. Because someone murder their dad, and her husband. But thanks to someone ego, our almighty police don’t want to cooperate. All they need to do just open up old case and investigate properly. But again, sama macam 29 tahun yang lalu, diorang cut off anyone who make this thing go viral. Again, again, and again! Cuff the wrong person! So I.O Akkir Fedi, I ask you again, just what have you been doing?’

Dian memandang tajam ke arah Akkir. Tangan lelaki itu masih memegang gari, dan tangan perempuan tersebut. Dan kali ini diam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan