Label

Isnin, 20 Mac 2017

NOVEL Clown No1 Bab1

Crime scene: Highway Ampang
10.05 malam

Hujan mengganas membasahi kawasan pergunungan jalan lama. Rintikan hujan makin kuat, dari satu detik ke detik yang lain. Embun dari hujung gelongsoran daun bertukar bah yang mengalir ke laluan parit kecil dari tepi highway tersebut.

Deras.
Hujan juga menimpa ke arah payung‐payung pelbagai warna tetapi banyaknya hitam, menyembunyikan tubuh‐tubuh yang cuba berlindung darinya. Setiap aliran hujan dari atas payung tersebut turun juga menimpa ke tanah. Tanah, darat semakin basah. Lecah. Tidak jelas warna mereka kerana malam sudah pekat.

Sunyi.
Sebelum diputuskan oleh bunyi derapan tapak kaki yang mematahkan akar‐akar kayu terhasil daripada 5 orang anggota polis berpangkat konstable yang berulang alik dari arah dalam crime scenetersebut. Pita kuning dipasang membahagikan kawasan jenayah dengan kawasan luar, membahagikan kawasan polis dan pakar forensik, dengan orang ramai dan wartawan yang bersepah. Semua masih menunggu pihak polis menggali kawasan yang dihidu oleh anjing kadaver sejam yang lalu.



Sejuk.
Bunyi salakan anjing makin kuat. Semakin lama, semakin kuat. Derapan tapak kaki manusia kini ditutupi oleh salakan anjing. Pihak forensik menyuruh pihak polis yang menggali supaya berhenti. Tidak pasti adakah kerana kilat kini mula memunculkan diri atau dentuman guruh yang mula mengaum atau kerana apa yang digali sudah memunculkan diri.

Diam.
Satu kujur tubuh terbongkar dari tanah. Diikat kaki dan tangan dengan reben berwarna merah yang sedikit reput. Mulut mangsa turut disumbat dengan kain cotton berwarna merah. Lelaki yang pasti jantinanya, berdasarkan pakaian dan kepalanya yang botak.

Orang ramai menekup mulut. Tidak pasti samaada terkejut atau busuk dengan baunya. Seorang perempuan lingkungan 40 an, berhijab kuning yang agak sedikit ke belakang hingga menampakkan anak tudungnya, sedikit tidak terurus, kini jatuh terduduk. Dari tadi dia hanya diam, dengan air matanya. Kali ini dia rebah. Sebelum menjerit memanggil nama 'Sazly'. Nama mayat yang baru dibongkar tersebut. Dia ditenangkan oleh seorang perempuan yang berdiri dengannya sejak dari tadi. Payung mereka terlepas. Hujan menimpa ke arah dua wanita ini.

Basah.
Seorang perempuan yang muncul dari kesesakkan orang ramai, mengambil payung tersebut dan memayungkan mereka kembali. Membiarkan tubuhnya yang dibaluti oleh baju hujan lut sinar putih itu bermandi dengan hujan. Titisan air hujan dari aras kepala hoodienya itu menitik laju mengena mata. Perempuan itu membiarkan sahaja. Mulutnya menggumam sesuatu. Cuba menenangkan kedua wanita tersebut sebelum bahunya dilanggar dari belakang oleh seorang lelaki yang menarik pita kuning tersebut dan masuk ke kawasan crime scene tersebut.

Lensa kamera yang tadi hanya beracah‐acah kecil kini semakin rancak memancar. Ke arah semua sudut. Tetapi barangkali tiada apa yang mereka dapat tangkap kecuali badan pihak polis yang mengawal ketat mayat tersebut daripada kamera wartawan. Pihak forensik, 3 orang semuanya melakukan cleaning serta merta. Beberapa berus dikeluarkan dan dialirkan perlahan menggabus tanah daripada badan mayat tersebut. Agak sukar, kerana keadaan tanah yang bersatu dengan air hujan. Selain lensa kamera daripada pasukan forensik yang tak berhenti memancar ke arah mayat tersebut, pancaran cahaya dari kamera wartawan dan orang ramai jugak tidak berhenti sesaat walaupun mereka hanya menangkap bayu malam. 5 orang konstable tadi mula bertindak menghalang orang ramai dari mengganggu proses. Berasak-asak.

Tidak pasti siapa yang akan menang. 30 minit berlalu hanya dengan halangan daripada pihak polis.
Tetapi betah menunggu.

1 jam pihak wartawan ini menunggu pihak polis berpangkat lebih besar atau lebih tepat untuk kes‐kes begini, yang dipanggil sebagai I.O ﴾Investigation officer﴿ selesai dalam kerja mereka untuk ditemu ramah. Seorang daripada IO, berbaju kemeja berwarna Beige, berserta cap hijau lumut, menanggalkan sarung tangan getahnya dan mengangkat sedikit pita kuning tersebut melepasi kepalanya dan keluar dari kawasan tersebut. Kini lensa bertukar arah.

Seperti sudah disangka, dia diserbu oleh para wartawan. Yang menghimpit dari segenap penjuru. Pelbagai alat recorder dihalakan ke mulutnya, hanya tunggu beberapa inci untuk masuk ke dalam mulut I.O ini. Lensa kamera semakin rancak dengan cahayanya. Malam ini cerah.

'Adakah mayat ini mangsa yang hilang 1 minggu yang lepas?' Soalan pertama dilontarkan sebelum sesaat kemudian diikuti oleh lonjakan soalan yang melimpah‐limpah. I.O tersebut masih tidak menjawab. Bibirnya mengetap seperti menahan sesuatu yang penting. Tetapi masih melihat ragam puluhan wartawan di hadapannya. Umpama menunggu confession daripada pelajar‐pelajar perempuan yang acap kali dia lalui ketika zaman persekolahan, lelaki ini hanya tersenyum sinis.
'Benarkan ini kes penculikan?'

'Siapakah suspek yang ada dalam senarai pihak polis sekarang?'

'Adakah benar mangsa dirogol sebelum dibunuh?'

'Apakah tindakan polis selepas ini?'

'Adakah ini berkaitan dengan teman lelaki mangsa?'

'Benarkan ini kes ke 5 serial murder ulu kinta 29 tahun yang lepas?'

Sesaat. Diam. Soalan terakhir membuatkan semua diam. Umpama televisyen yang menyumbang keriuhan kini ditutup, umpama radio buruk kini pitanya rosak, umpama bayi menangis kini diberi susu. Diam. Tetapi tidak kepada lensa dan recorder. Kini beralih kepada seorang wartawan yang mengajukan soalan terakhir tersebut. Wartawan lelaki yang lengkap dengan baju hujan lut sinar putih. Matanya terkebil‐kebil menahan hujan yang mencurah, menitik ke mata dan wajahnya. Sukar untuk lihat wajah sebenar lelaki tersebut.

I.O tersebut tidak terkecuali daripada merenung tepat ke arah wartawan tersebut. Turun pandangannnya 15 darjah ke bawah, ke arah name tag wartawan tersebut.

'Kau?' I.O tersebut menyoal. Meneliti setiap penjuru susuk tubuh lelaki tersebut. Lelaki itu diam.

Dia rasa dia patut diam. Dia rasa dia patut kembali ke posisi diam.

'So. It’s you ' I.O tersebut menambah lagi. Jelas senyuman sinis dari sisi kiri pipinya. Menapak, 2 ke 3 langkah ke arah lelaki tadi. Faris, dia perlu cari akal.

'Hah?’ Faris termangu. Kaku. Dia tidak faham. Hoodienya yang agak sedikit ke hadapan semakin ke hadapan.

'Kau press yang famous tu?' I.O menambah. Faris membuat bunyi sedikit faham. Dan balasannya, wartawan yang lain semakin bising. ‘Dia kan wartawan tu?’ seorang wartawan lelaki membisik kuat pada rakan sebelahnya sambil diangguk‐angguk oleh yang lain. ‘Dia memang suka cabar polis’ Seorang wanita menyuarakan pendapat dibalas dengan mata yang terbeliak wartawan yang lain, yang melihat situasi tersebut. Semakin lama semakin riuh.

'Kenapa kau cakap macam tu?’ I.O tersebut menunggu respond Faris yang dibalas dengan recorder diletakkan oleh Faris ke mulutnya sendiri. Matanya walau ada rintik hujan selebat manapun, lelaki ini seolah tekad akan menebeliakkan matanya selamanya dan tidak mahu berkedip. Matanya merah, merenung I.O tersebut.

'Cara ikatan mangsa, simpulan yang unik, tali merah, mulutnya yang disumbat dan cara mangsa ditemui. Seminggu lepas hilang kan? Semua sama. Exactly like 29 years ago' Faris mengeluarkan hujahnya. I.O tersebut mengerutkan keningnya. Faris merenung ke arah IO tersebut. Tidak puas hati. Rantaian pancaran kamera makin berhenti. Mungkin semua perasan akan keadaan yang dingin tersebut. I.O tersebut melangkah pergi dari crime scene tersebut, menuju ke arah keretanya yang diletakkan di seberang highway tersebut dan dia tahu Faris mengekorinya dari belakang dan itu memang niatnya.

'Betul kan ni kes yang sama macam 29 tahun yang lepas? Faris menyoal bertubi. I.O tersebut mengerutkan keningnya makin dahsyat dan mendekati secara sengaja ke arah wartawan tersebut.

Hujan, lebatnya senada seperti sebelum ini. Cuma yang berhenti hanyalah kilat dan guruh yang menarik diri dari peta alam. Faris memegang kemas payung hitamnya. Sekali sekala menyeret kasut sukannya yang berwarna putih ke jalan tar untuk membuang bekas tanah lumpur yang menebal di tapak kasutnya. Beg sandangnya dihayunkan sekali lagi ke bahu kirinya dan bahunya basah cuba memayungi I.O tersebut menyebabkan I.O tersebut menolak payung tersebut ke arah Faris kembali. Cukup baginya baju hujan plastik putih dan topi yang membaluti dirinya daripada hujan.

‘Kes ni baru pertama kali berlaku di Ampang. Kami dapat maklumat dan datang sini pukul 8 malam. Pukul 10 malam baru mayat dijumpai. Antara pukul 8 sehingga pukul 10 tak ada orang lain selain 5 orang polis. Pihak wartawan, orang kau termasuk kau datang pukul 10.15 malam.

Dan disebabkan aku ada di sini sebelum korang semua datang, aku tahu lebih dari orang lain yang kawalan pihak polis adalah ketat dan tidak ada seorang pun dari korang semua boleh nampak keadaan mayat. Dan kalaupun kau nampak, kau takkan boleh compare dengan kes 29 tahun yang dulu sebab keadaan mangsa ditemui macam situasi sekarang, tak pernah leak dari jabatan polis. Even media! Jadi jangan cari pasal dengan aku, cakap siapa yang dah leak maklumat pada kau? Polis mana? Aku tak rasa kau buat sorang. Ada orang belakang kau kan? Siapa? Dia di mana?’

Faris mengebamkan mulutnya. Tidak bersuara. Hanya hujan semakin kuat menujah sebelum mereka didekati oleh seorang detektif tinggi lampai.

‘Aku baru soal adik mangsa. Dia cakap dia dapat alamat sini sebab isteri mangsa terima surat tu tadi secara pos laju. Sekali dengan IC mangsa. Adik mangsa terus datang ke balai tadi report pada polis yang bertugas. Polis yang terima aduan sebelum ni mungkin tak tanya detail pasal surat tu. Sebab semua rushing nak datang sini tadi.’

I.O tadi dahinya mengerutkan kening. Cepat‐cepat menyembunyikan envelope merah tersebut daripada dipandang oleh Faris. Dia cuba menahan sesuatu yang dia rasakan marah dan kecewa yang menggunung. Dia beralih menarik Jun jauh dari situ. Detektif Jun melanjutkan bicaranya. Takut dan risau. Nafas cuak diatur sebaik mungkin.

‘Warna merah. Surat tu warna merah. Cara ikatan mayat, mulut yang disumbat, mayat yang ditanam dan sekarang surat. Sebijik macam 29 tahun yang dulu. I am afraid we are handling the same case. Wartawan tadi mungkin betul’

I.O tersebut mengebam bibirnya. Sangkaannya pada wartawan tadi semakin tepat. Nafasnya turun naik sebelum seseorang menyentuh bahunya dari belakang.

‘I.O Akkir..’ I.O tersebut mengalihkan tubuhnya bila mana namanya dipanggil oleh Faris yang kini seperti sudah bersedia untuk memberitahunya hal sebenar.

*
Mitula Homes
2 pagi

Akkir melihat di balik cahaya lampu daripada telefon bimbitnya, anak kecil Sazly bermain dengan bearkecilnya berwarna merah jambu. Tangan Akkir dalam pada itu, meneliti rak kedua almari buku milik Sazly.

‘Sazly jarang keluar rumah. Banyak masa habis dengan kerja dan anak di rumah. Hujung minggu dia volunteer kerja amal dekat rumah orang tua di Perak’ Isteri Sazly membalas.

Berbekalkan cahaya telefon bimbit di tangannya, dia berlalu pergi bersama anaknya ke ruang tamu, meninggalkan Akkir dan Jun. Air the dan biskut kering diletakkan di meja kecil, tengah bilik tersebut. Jun memandang Akkir dalam samar, gelap. Hanya cahaya dari telefon bimbit mereka menerangi malam itu.

‘Jadi wartawan tu cakap apa?’

Akkir tidak menjawab terus soalan Jun. Beberapa buku‐buku dari kabinet kecil itu kini bertaburan ke lantai, bersepah bersama nota‐nota kecil. Gelap. Kerana hujan lebat di daerah rumah flat mitula homes sejak dari awal pagi tadi hinggalah ke lewat malam sekarang, mungkin itu puncanya. Akkir mengangkat salah satu buku dari lantai dan menyelaknya laju sebelum menghempas buku tersebut ke tepi katil, di mana Jun sedang berada.

‘Dia cakap dia buat sorang. Analysis sendiri’

‘Bohong. Budak sekolah pun tahu.

‘Kalau nak buat analysis sekalipun takkan pernah spesifik macam tu kecuali kalau dia dah tengok laporan kes tu. Mesti ada orang belakang dia. Kau tak nak siasat? Kau tak cakap kat dia yang kita boleh dakwa dia?’ Jun meningkah. Bangun menghirup teh panas tersebut.

‘Kau ingat aku tak buat? Jadi kalau aku buat, kau ingat orang yang jadi periuk nasi dia, dia akan bongkarkan pada polis macam tu saja? Dia boleh naik turun mahkamah, mungkin itu yang dia nak. Publicity. Lagi banyak pembaca dia’ Akkir membalas malas. Derapan tapak kaki manusia mendekati bilik tidur utama rumah tersebut tersebut bersama lilin yang dibakar dua dan dilekatkan cairan lekatannya pada kotak besi bersaiz sederhana. Isteri Sazly meletakkan lilin tersebut di sis meja sebelah katil yang habis bersepah selimut akibat digeledah seharian. Dia kembali ke dapur bersama satu lagi baki lilin yang ada. Jalannya semakin lama semakin perlahan meninggalkan dua orang anggota polis di ruangan bilik tersebut. Jun melihat dalam keadaan serba salah. Tidak habis air yang diteguknya sebentar tadi.

‘Kau tak rasa ke kita patut geledah bilik ni esok saja? Lagipun blackoutAkkir. Susah nak cari benda. Mesti ada benda yang kita akan terlepas pandang gelap‐gelap macam ni’

‘Ada lilin Jun, nak gelap apa?’ Akkir menyindir

‘Tak cukup. More than anything, baru tadi isteri Sazly dapat tahu mayat yang kena tanam tu mayat suami dia. Dia baru tahu suaminya di bunuh. Kau tak boleh ke timbangrasa sikit. Bagi isteri dia rehat. Ni tak, kita datang rumah dia, susahkan dia lagi. At least tunggu sampai esok. Sekarang dah pukul 2.30 pagi.’ Jun membantah.

‘Sazly pun tunggu orang selamatkan dia Jun tapi sebab kita lambat, dia kena bunuh. Sebab tu, aku, kau tak boleh lambat. Kalau kita tunggu kita takkan pernah tolong isteri Sazly.’ Akkir menambah. Menyelak buku‐buku nota milik Sazly yang merupakan seorang peguam ketika dia hidup. Sesaat sebelum telefon bimbit Akkir memecah kesunyian pagi yang muda itu ‘Kami dah trace postmen dan pejabat post yang deliver envelope merah tu’. Jelas kedengaran suara keletihan dari telefon bimbit 2g milik Inspektor Akkir.

‘Dia cakap dia just received package yang officer dia suruh hantar. Dan orang yang terima package tu tak cam orang yang minta pos package tu sebab ikut tarikh yang kita nak, diorang terima 125 pelanggan. So tak ingat yang mana satu’

‘Survellieance footage pejabat pos?’ Soal Akkir.

‘Dah, tapi tak sure yang mana satu sebab kotak yang pembunuh guna lebih kurang sama dengan pelanggan yang lain’ Balas detektif itu lagi.

'Handwriting analysis?' Akkir menyoal lagi,

‘Saya dah hantar lab crime. Untuk AFIS, lansung tak ada kesan cap jari pada sampul tu’. Lelaki di telefon tersebut membalas.

‘List down, and trace alamat orang yang pergi pejabat pos pada tarikh 3 hari sebelum envelope tu sampai pada isteri mangsa’ Terus Akkir mematikan telefon bimbitnya. Jun hanya mengeluh panjang. Malam itu akan jadi malam yang panjanng bagi dia, dan Akkir.

AFIS: Automated Fingerprint Identification System

Tiada ulasan:

Catat Ulasan