Label

Ahad, 19 Mac 2017

Novel The Time We Were Not In Love Bab1

Kringgg!! Kedengaran bunyi jam loceng memecah kesunyian pagi itu sekaligus memusnahkan mimpi‐ mimpi indah yang terjalin. Bunyi jam loceng yang sangat kuat dan nyaring itu membuatkan si pemiliknya terus tersedar dari tidur. Dengan mata yang masih terkatup rapat, perlahan‐ lahan jari‐ jemarinya mencapai jam loceng tersebut lalu terus menekan butang stop. Sunyi. Bunyi bingit tadi terus terhenti dan suasana kembali menjadi sunyi sepi. Si pemiliknya terus mencapai patung mashimaro kesayangannya kemudian memeluknya erat‐ erat dan menyambung kembali mimpi indah yang terganggu sebentar tadi.

Beby. Itulah nama panggilan manja untuk gadis ini. Nama manjanya cukup manis untuk disebut tetapi ia tidaklah semanis orangnya kerana Beby bukan tergolong dalam golongan gadis yang lemah‐ lembut namun bukan juga tergolong dalam golongan yang dipanggil tomboi itu. Dia cuma gadis berperwatakkan sederhana yang sangat aktif dan lasak. Sangat cerdik dalam pelajaran namun sikapnya yang selalu lambat datang ke kelas menyebabkan dia dilabel oleh pensyarah sebagai salah seorang pelajar bermasalah di kolej. Bukan sahaja kerap lambat datang, dia juga selalu lambat menghantar tugasan dan lab report yang diberi oleh pensyarah.



Ms. Ainah selaku mentor mereka turut keliru untuk menyelesaikan masalah mentee nya ini kerana apabila ditanya sama ada Beby mahu terus belajar atau berhenti saja, dengan bersemangat, Beby pasti akan menjawab “ ya, saya masih mahu belajar.” Katanya masih mahu terus belajar tetapi sikap sambil lewanya tetap tidak pernah berubah. Dia tetap lambat masuk kuliah, lambat hantar tugasan dan lab report walaupun sudah berpuluh kali ditegur oleh pensyarah. Namun, satu keistimewaan pada Beby yang sangat jarang ada pada orang lain kerana walaupun Beby jarang belajar, dia tetap sentiasa mendapat pointer 4.00. mungkin ia agak kedengaran mustahil kerana umum mengetahui bahawa hanya orang yang rajin belajar saja yang akan berjaya tapi tidak bagi Beby. Pada saat‐ saat akhir, Beby akan membuat nota ringkas yang mudah, padat, tepat dan mudah di ingati. Otaknya pula mampu mengingati 85% apa yang dia pelajari pada saat‐ saat akhir sebab itu dia tidak pernah gagal dalam mana‐ mana subjek. Dan tentu saja..keistimewaan Beby ini boleh dikatakan satu anugerah baginya.

******

Beby melangkah dengan berhati‐ hati masuk ke dalam kelas. Rakan‐ rakan sekelasnya yang lain langsung tidak menyedari kedatangan si badgirl yang memang selalu datang lambat ini kerana masing‐ masing sibuk membuat kerja sendiri. Matanya meliar ke kiri dan kanan mencari kelibat pensyarah. Aman! Pensyarah tiada! Beby berlari secepat kilat dan terus melabuhkan punggungnya diatas kerusi.

“ wei kepala kerbau terbang!” Syika yang sedang khusyuk menulis sesuatu di atas kertas terkejut beruk dengan kedatangan sahabatnya itu dan penyakit latahnya terus terkeluar. “ oi! Dah lah lambat! Buat saya terkejut lagi! Nasib baik saya ni tak sakit jantung!” marah Syika sambil mengusap‐ usap dadanya dek kerana terlalu terkejut. Beby cuma tersengih.

“ penyakit jantung memang takde tapi penyakit latah ada kan?” Beby sengaja mengusik Syika.

“ hish..tak boleh ke masuk baik‐ baik? Bagi salam ke, selamat pagi ke.”

“ err..nak juga..tapi takut kantoi lambat datang lagi..terpaksalah curi‐ curi masuk.”

“ hah, tu lah..dah banyak kali kena bagi amaran kan? Tapi tetap tak nak dengar. Tadi Ms. Lydia cari awak.”

“ Ms. Lydia takpe..tapi Ms. Ainah tu haa..eh, seram okeyy.”

“ kenapa lambat datang lagi? Minggu lalu bukan ke awak dah janji nak berubah? Datang kelas awal, buat tugasan, hadir masa amali dan tak nak skip kelas? Tapi sekarang ni apa? Sama je pun.”

Beby menggaru‐ garu kepalanya yang tidak gatal sambil bibirnya tidak henti‐ henti tersengih nakal. Syika ni kalau membebel boleh tahan juga mulutnya. Macam mama pun ada. Syika umurnya sebaya dengan dia juga tapi Syika nampak lebih matang dan pandai berfikir berbanding dirinya.

“ alarm saya buat hal lagilah..saya set pukul lapan, dia bunyi pukul sepuluhlah pulak..alahai..pelik kan?” huu..Beby ni kalau bagi alasan memang nombor satu. Alarm nya juga yang dipersalahkan padahal jam locengnya sudah mengaum‐ ngaum membangunkan tuannya tetapi Beby sendiri yang mematikan bunyi alarm nya itu kemudian menyambung tidurnya kembali.

“ aigoo..awak set pukul 8 petang kot..bukan pukul 8 pagi. Dah basi sangat alasan awak tu cik Beby oii..macamlah saya tak tahu.”

Beby cuma tersengih nakal. Syika memang tahu Beby sedang berbohong. Dia sudah masak benar dengan perangai sahabatnya ini. Dari darjah tiga lagi mereka bersahabat takkan dia belum tahu sikap sebenar Beby.

“ he he he..susah betul lah nak bangun awal pagi. Subuh‐ subuh baru nak syok tidur ni. Rasa sayang pulak nak bangun awal.”

“ alasan lagi..awak ingat saya tak tahu ke awak layan anime sampai larut malam? Subuh baru nak tidur. Kita dah masuk semester dua ni mustahil sangat awak belum biasa nak bangun awal kan? Malas tu yang awak layankan sangat.” Bebel Syika agak panjang lebar. Beby buat‐ buat muka merajuk.

“ sorry pun. Janganlah marah..pleaseee.”

“ tak nak..saya nak marah juga ni. Awak tahu tak dah berapa banyak kesalahan yang awak dah buat? Nama awak ni dah banyak kali masuk mesyuarat sebab aduii..fikirlah sendiri apa yang awak dah buat. Saya pun dah malas nak jawab pertanyaan lecturer kita pasal awak. Boleh tak kalau pensyarah tu call, awak angkat. Nombor parents awak pun awak tak bagi.”

Panjang lebar leteran Syika kali ini. Dia sendiri jadi bengang apabila setiap kali pensyarah masuk kelas, mesti akan tanya dia pasal Beby. Dia dimana? Datang kelas ke? Masih mahu belajar ke? Bila nak hantar tugasan? Itulah soalan‐ soalan yang wajib ditanya oleh pensyarah kepadanya. Walaupun Syika adalah sahabat Beby sejak kecil tetapi dia tetap jadi geram bila asyik kena tanya soalan yang sama mengenai Beby. Hmm, nasib baik kau tu sahabat aku..bisik hati Syika.

“ saya tahu. Minggu lalu Ms. Ainah dah bagitau saya, kalau saya masih tak berubah, saya akan dapat amaran terakhir.” Beby bersuara lemah.

“ hah! Tahu pun..jadi? kenapa masih juga sama? Takde berubah apa‐ apa pun?” Syika lantas memandang wajah Beby yang buat‐ buat muka kasihan namun tenang saja seperti tidak akan ada apa‐ apa masalah yang akan berlaku kepadanya.

“ kalau awak sporting, takde apa‐ apa juga tu hi hi hi.” Syika mengeleng kepala melihat telatah sahabatnya yang memang degil dan nakal itu. Entah macam mana lagi dia nak nasihatkan sahabatnya ini. Membebel lah sampai besok pagi pun sia‐ sia saja. Ibarat mencurah air di atas daun keladi. Beby memang tidak makan saman.

“ assalammualaikum cik Deyanna Gracia binti Datuk Ronal..baru sampai ke?” tiba‐ tiba kedengaran satu suara yang cukup dikenali menyampuk perbualan antara Beby dan Syika.

Syika dan Beby serentak memandang ke hadapan mereka.

“ hai.” Sebuah senyuman yang sangat manis dihadiahkan kepada kedua‐ dua gadis dihadapannya. Hish..si jejaka perasan artis popular pula ni.

“ ohh..uncle long leg alias kacang panjang..sorry lah ye..kami takde ujibakat untuk iklan gigi..tak payahlah nak senyum‐ senyum depan kitaorang k. Membazir senyuman awak je.” Beby yang sudah dapat mengagak tujuan jejaka itu terus memalingkan wajahnya ke arah lain. Kalau boleh dia tidak mahu melayan karenah artis kolej itu sebab dia tidak mahu mood cerianya pagi itu hilang.

Mohd. L Akimi, latar belakang datang dari keluarga yang sederhana saja. Tidak ada istimewa sangat pasal keluarganya cuma yang istimewanya, lelaki ini konon nya sangat sempurna dari segala segi. Memiliki wajah tampan, kulit yang sihat tiada cacat cela, sangat cerdik dalam bidang akademi, seni dan juga sukan. Sangat berbakat dalam bidang nyanyian dan tarian sehingga digelar sebagai artis di kolej mereka, memegang jawatan sebagai presiden pelajar walaupun baru berada di semester dua. Juara Mr. MSU College. L memiliki tubuh sihat seperti model dengan ketinggian 188 cm. Huh..sangat tinggi. Dan sudah tentu ia menjadi kegilaan semua pelajar perempuan di kolej mereka walaupun tahu L bukanlah anak orang kaya, sama macam pelajar lain yang meminjam PTPN untuk menampung pengajiannya.

Mungkin sebab muka yang kacak kot.

“ aha..bukan nak ujibakat..tapi, cuma nak minta autograph cik je..boleh kan?” sehelai kertas putih yang penuh dengan tulisan berwarna hitam dan merah diserahkan pada Beby. Beby mengambilnya dengan kasar.

“ apa ni?” Beby memandang ke arah L.

“ bacalah dulu cik..satu helai je tu..takkan nak baca pun malas.” Kata L dengan tenang namun dengan nada sindiran. Beby segera membaca isi kandungan kertas tersebut tanpa berkedip mata. Isk! Panas betul hati Beby setelah selesai membaca isi kandungan surat itu. Beby cuba merenyukkan kertas itu tetapi tangan L lebih dulu mengambil kembali kertas itu dari tangan Beby.

“ jadi, nak sign ke atau macam mana?” tanyanya kepada Beby.

“ awak ni kenapa sibuk sangat pasal saya hah? Kalau saya buat salah, biarlah saya sendiri jumpa Ms. Gemuk tu! Tak payah surat‐ surat macam ni! Ingat orang bodoh ke nak sign? Pergi mampuslah korang semua. Tahulah kamu tu perfect sangat macam angel.”

Dengan ayat yang sangat biadap, Beby terus menghamburkan kata‐ katanya. Mulut Beby memang laser. Tidak tahulah dia pernah belajar pendidikan moral atau tidak. Dia akan cakap apa yang dia nak cakap tanpa memikirkan buruk baiknya.

“ sibuk? Eii..saya cuma jalankan tugas yang mentor kita bagi. Dia suruh saya bagi ni ke awak dan suruh awak sign je. Saya ikut je lah.”

“ ehh, kenapa awak yang kena suruh..dan apa ni, kenapa saya kena suruh sign je terus?”

“ tanya lagi..dia suruh sign je terus sebab dia cakap dia dah malas nak urus pasal awak..tiap kali ada mesyuarat ada je nama awak kena sebut..dia mentor kitalah..dia pun malu juga. Bukan dia tak cuba nak tolong awak tapi awak sendiri yang tak nak tolong diri sendiri kan? Tu lah..anak orang kaya tapi bodoh!” dengan selamba L menolak kepala Beby. Tindakan L ini menyebabkan hati Beby yang memang sudah panas dari tadi bertambah panas lagi.

“ eii! Panas betul lah saya ngan awak ni! Yang awak tolak kepala saya tu kenapa? Saya buat apa, suka hati sayalah! Saya nak sign ke atau tak itu saya punya hal lah!” kata Beby separuh menjerit. Dia menghentakkan buku notanya di atas meja dengan kuat. Geram betul dia dengan tindakan L sebentar tadi yang dia kira memperlakukannya macam orang bodoh.

“ aii, melawan..eii, dengar ya..saya bukan gila nak sibuk sangat pasal awak. Banyak lagi saya nak buat tapi mentor kita yang suruh saya bagi surat ni pada awak.”

“ jangan nak tipu..memang awak suka buat kerja macam ni sebab awak gilakan pujian! Saya tak nak sign.”

“ ooo..ok..kalau macam tu, saya terus bagitau parents awaklah..tapi, jangan menyesal kalau saya yang bersuara. Nanti, saya bagitau mak awak, yang awak ni student paling bermasalah kat kolej, awak merokok, tak masuk kelas, lambat datang, tak hantar tugasan, mencuri, membuli daaannn..kena tangkap khalwat.”

Ternganga Beby mendengar kata‐ kata L sebentar tadi. Betul ke dia ni sampai hati nak bagitau hal‐ hal yang begitu memalukan kepada emaknya itu walhal dia tidak pernah buat semua yang L sebutkan tadi. Setakat lambat datang, tidak hantar tugasan dan tidak masuk kelas sekali-sekala ada lah. Senakal‐ nakal dia, dia tidak pernah akan lakukan hal‐ hal seperti yang L sebutkan tadi. Semua masalah Beby di kolej memang tidak pernah sampai ke pengetahuan ibunya kerana Beby bijak menyembunyikannya. Dalam portfolio pelajar pun, dia langsung tidak meletakkan nombor telefon ahli keluarganya kecuali nombor telefon kakak angkatnya Emiliyanah.

“ heii! Awak jangan macam‐ macam!” kecut juga perut Beby tatkala mendengar ugutan daripada L tadi. Tidak. Dia tidak mahu ibunya tahu yang dia dilabelkan sebagai salah seorang pelajar bermasalah di kolej. Kalau ibunya tahu, pasti ibu akan sedih. “ ha ha ha ha..tahu takut kan? Hmm..jadi?” L mengangkat keningnya. Aduhh..macam mana ni? Beby buntu seketika. Kali ni dia mungkin terpaksa kena akur dengan mentor mereka. Ms. Ainah suruh L yang urus Beby sebab dah tak sanggup nak uruskan. Bukan intake mereka saja yang Ms. Ainah kena jaga, urus dan pantau. Padan muka engkau Beby! Beby tertunduk. Walau apa pun yang terjadi, dia tetap tidak akan sign surat tersebut dan dia akan pastikan hal itu tidak sampai ke pengetahuan ibunya.

“ oii..kenapa diam? Cepatlah buat keputusan..selesaikan kat sini atau libatkan mak awak tu. Pilihlah mana satu.” Tengking L.

Beby mengangkat wajahnya. Matanya tajam memandang ke arah L. Serius. Tapi , tiba‐ tiba tersenyum. L mengerutkan keningnya. Dah kenapa budak ni? Dah nak kena buang dari kolej pun masih mampu tersenyum? Patutlah mentor mereka yang garang itu pun pening nak urus betina seekor ni.

“ apa senyum‐ senyum? Cepatlah buat keputusan.” L sengaja lagi meninggikan suaranya supaya Beby takut konon dengannya.

“ ermm..kita bincang baik‐ baik boleh tak? Hi hi.” Beby tersenyum lagi. Agaknya dia dapat idealah tu nak melepaskan diri.

“ tak payah nak acah‐ acah lembut ngan sayalah..cakap je apa yang awak nak.”

“ apa kata kalau saya belanja awak ngan sorang rakan yang bertuah dan masalah ni pun settle kat sini..jangan bagitau mentor dan my mom.” Huh? L memandang wajah Beby agak lama.

Belanja? Belanja makan? Owhh..ha ha ha..baiklah. L pula yang dapat idea nakal. Baguslah..dia nak belanja? Alang‐ alang nak belanja, suruh dia ni belanja saya dengan membayar yuran pengajian saya semester ni. Bagus! Bagus juga idea ni. L pula yang dapat idea nak kelentong si anak orang kaya yang dia anggap bodoh ini. Memandangkan dia belum membayar yuran pengajian untuk semester ini, bagus ugut dia bayarkan untuk saya. Hati L mula berbunga riang.

“ betul awak nak belanja? Hmm..boleh. tapi, saya nak saya yang cadangkan sendiri apa yang saya nak.” Kata L dengan senang hati. Tak sangka juga Beby akan cakap seperti ini. Tapi, dia buat macam ini pun bukan kerana semata‐ mata mahu kelentong Beby, dia lakukan semua ini kerana dengki dan benci dengan Beby. Dalam intake kita ni, kau adalah satu‐ satunya pesaing terhebat aku. Kau memiliki segala‐ gala yang aku miliki kecuali duitlah sebab L bukan anak orang berada. Dia mahu menjatuhkan Beby kerana dia benci apabila keputusan peperiksaan sama dengan keputusan peperiksaan Beby padahal si Beby ni selalu lambat masuk kelas, kadang‐ kadang skip kelas, lambat hantar tugasan dan macam‐ macam lagi tapi bila keluar result, pointer mereka sama pula. Sungguh tidak adil bagi L. Kerana kaulah, saya tidak ada peluang mahu menjadi lebih hebat daripada kau. Ditambah lagi dengan sikap kau yang buat saya menyampah tu membuatkan saya semakin meluat tengok kau. Sangat‐ sangat benci dengan perempuan yang bersikap kasar. Apalagi perempuan berkaki pendek dan kecil macam kau ni..betul‐ betul merosakkan imej perempuan. Perempuan sepatutnya dilahirkan dengan sikap lemah‐ lembutnya.

“ awak yang cadangkan apa awak nak? Hmm..kalau macam tu, awak setujulah dengan cadangan saya tadi tu kan kan? Ok ok, awak boleh minta apa je awak nak.”

Syika yang tadinya langsung tidak ambil peduli dengan anjing dan kucing itu terus berpaling ke arah Beby yang cepat sangat mengiyakan kata‐ kata L. Syika memijak kaki Beby dari bawah tanda protes. Beby tidak mengendahkannya. Bagi Beby, asalkan L tidak memberitahu Ms.Ainah dan ibunya, dia akan bagi apa saja untuk memastikan L tutup mulut. Gila ke apa Beby ni cepat sangat setuju? L ni lelaki. Kalau dia minta yang bukan‐ bukan macam mana? Syika pula yang risau.

“ apa‐ apa je ke? Apa je yang saya minta pun awak setuju juga?” tanya L dengan senyuman sinis di bibirnya.

“ oooh..maksud Beby, apa‐ apa je asalkan bukan jahat..kan Beby?” Syika cepat‐ cepat menyampuk dan menjawab bagi pihak Beby. Apalah Beby ni..fikir sebelum buat keputusanlah.

Belajar bukan main terror kau tapi berhadapan dengan lelaki berlagak macam ni boleh pula kau hilang akal.

“ ya. Betul! Macam tu lah maksud saya. Macam yang Ika cakap tadi.”

“ ok..deal. kalau macam tu, kita jumpa kat Imago pukul 6 petang nanti. Kalau awak tak datang, awak tahu juga kan apa yang akan saya lakukan?” habis saja berbicara, L bingkas berdiri dan meninggalkan kedua orang gadis yang masih terkebil‐ kebil dengan kata‐ kata terakhir L yang berbaur ugutan.

“ kacang panjang tak guna!”

******
Rumah Beby

“ arghh! Malang betul lah hari ni! Isk!”

Kedengaran suara Beby bergema memenuhi segenap ruang bilik kemudian diikuti bunyi objek berjatuhan. Yana yang baru keluar dari kamar mandi terkejut beruk dengan amukan kecil Beby. Balik rumah je marah‐ marah..apa pula yang tidak kena dengan gadis sorang ni? Mabuk ke apa?

“ weii..dahlah masuk tak bagi salam..ni hah, awak dah kenapa ni hah? Cantik betul perangai..awak kenapa? Habis bilik ni bersepah..siaplah awak kalau tak kemas balik!” marah Yana bercekak pinggang di hadapan Beby. Bengisnya muka. Geram dia melihat Beby yang menyebabkan bilik yang baru tadi di kemas kembali menjadi berantakan. Dari kecil, Datin Lenny sudah membiasakan mereka agar mengemas bilik tidur sendiri tanpa bergantung kepada pembantu rumah.

“ alaa..macam mak cik‐ mak cik pula..apalagi? mestilah sebab si artis kolej ..anak si Johan bin Juara tu!” jawab Beby selamba saja menyebut nama bapa L malah dengan menambah nama Juara pula di belakang nama bapa L. Haih! Belum habis marah rupanya. Tidak habis marah di kolej, sambung lagi di rumah.

“ L ke yang awak maksudkan ni? Mohd. L Akimi bin Mohd. Johan? Yang muka dia macam Ji Chang Wook tu kan? Kenapa dengan dia?”

Apa? Saya tak salah dengar ke? Ji Chang Wook pelakon korea yang hensem dan macho tu? Bagai nak keluar segala isi perut Beby mendengarnya. Yana pula tiba‐ tiba menerkam ke arah Beby. Hilang terus amarahnya apabila mendengar nama L. Yana memang minat si L ni dari semester satu lagi tapi minat dalam diam je lah. Nak luahkan? Tak mungkinlah. Sebab L ni terkenal dengan sikapnya yang angkuh dan sombong. Semua orang tahu L cuma mahu berkawan dengan gadis yang cantik, berkaki panjang, badan yang ramping dan cantik, bijak dan berbakat. Pendek kata, lelaki itu amat mementingkan kesempurnaan. Ahh..dan juga dia mahu perempuan yang kaya je..maklumlah kan, L ni bukannya anak orang kaya.

“ wei, yang awak tiba‐ tiba jadi seronok sangat ni apahal? Awak minat ke ngan si kacang panjang tu?” Beby cepat‐ cepat mengalihkan pandangannya pada wajah kakak angkatnya itu.

Tadi muka bukan main bengis, dengar nama L je terus lembut semacam. “ emm..rasanya sukalah kot..sebab, dia tu henseeeem sangat‐ sangat. Memang lelaki idaman saya.” dengan malu‐ malu, Yana mengakuinya.

Aduhai..tak sangka si kacang panjang itu dah jadi lelaki idaman kakak angkatnya pula. Entah apa yang istimewa sangat. Di kolej pun, ramai pelajar perempuan menjadikan L ni sebagai idol mereka. Yang gelinya, ada juga pelajar lelaki join kelab peminat si kacang panjang ni di kolej. Gay kot..ha ha ha.

“ eh, Beby panggil dia si kacang panjang ke? Lelaki hensem macam tu boleh pula awak gelarkan dia si kacang panjang ya. Rabun agaknya awak ni kan? Besok saya temankan pegi beli cermin mata. Hello, lelaki yang tinggi tu kacak tau..dan, semua pompuan mahukan lelaki yang tinggi.”

“ apa? Saya rabun? Agaknya awak yang rabunlah Yana..lelaki mulut longkang macam dia pun awak cakap hensem? Mata saya ni penglihatannya sangat terang ok..sampai kuman kat lubang hidung awak pun saya nampak. Bagi Beby, hensem macam mana pun kalau perangai longkang, longkang lah juga.”

Yana terus menarik muka masam apabila mendengar kata‐ kata Beby. Kalau bab‐ bab berlawan cakap ni memang dia yang akan angkat bendera putih dulu. Mulut Beby memang berbisa.

“ jahatlah Beby ni..L tu kan student kebanggaan kolej kita..aset kolej kita. Semua lecturer pun sayangkan dia.”

“ kebanggaanlah sangat. Kalau tahu sikap sebenar dia, mesti kena layan macam banduanlah. Awak tahu tak? Dia tu dahlah sombong, ego, berlagak, tamak, jahat, angkuh, mata duitan, pembuli, syok sendiri, badboy, playboy lagi!” amboi..segala yang tidak baik konon semualah sikap L.

“ badboy? Playboy?” Yana mengerutkan keningnya. Kalau benar L tu playboy, kenapa saya tak pernah nampak dia jalan sama‐ sama pompuan? Asyik berkepit dengan geng lelaki dia je. Yana cuba mengingati peristiwa‐ peristiwa terserampak dengan L di kolej.

“ yalah..playboy. Dan jangan mimpilah nak couple ngan dia.”

“ apasal pula? Takkan dia tak nak tengok langsung muka saya yang macam Ariana Grande ni?”

Puikk! Ariana lah sangat kau Yana..tapi memang tidak dinafikan, Yana memang gadis yang cukup sempurna dan cantik. Ditambah pula dengan keperibadiannya yang cantik membuatkan kakak angkatnya itu terlihat sangat sempurna dan menawan hati sesiapa saja yang melihatnya.

“ ha ha ha ha...awak tahu tak? Si L tu tunggu bidadari dari kayangan baru dia serius nak bercinta.” Kata Beby berseloroh.

“ erghh..yalah‐ yalah. Jadi, yang awak marah sangat ngan dia ni kenapa lagi?”

“ gila glamer..dia memang sengaja nak cari pasal. Dah..saya nak mandi dulu. Nanti nak keluar ni.” Kata Beby mencapai tuala mandinya lalu masuk ke dalam kamar mandi yang terdapat dalam bilik tidur mereka. Yana mengekori sahaja kelibat Beby sehingga hilang di sebalik pintu.

Mungkin Beby marah lagi sebab L menggelarnya perempuan separuh siap sebab perwatakkan Beby yang kasar, aktif dan lasak. Tapi Beby ni nak dikatakan sebagai tomboi pun tak juga..rambutnya panjang nak sampai pinggang tapi selalu disanggul tinggi. Bajunya juga cantik‐ cantik dan masih memakai baju perempuan. Cuma sikapnya saja yang kasar dan aktif yang menyebabkan dia kelihatan seperti tomboi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan