DAUN pintu bilik dihempas kuat. Bunyi hempasan yang kuat itu mula menjadi tanda tanya kepada Mak Jah. Sewaktu Syafika Aziera melintas di ruang tamu tadi, sebelum pantas meniti anak tangga menuju naik ke biliknya. Memang Mak Jah perasan ada sedikit perubahan pada air muka anak gadisnya itu. Di dalam fikirannya mula tertanya‐tanya mengapa Syafika Aziera mukanya masam mencuka. Wajahnya mengundang warna duka dan hiba. Tadi semasa mahu keluar, cerianya bukan kepalang.
Tanpa berlengah lagi Syafika Aziera terus menghumbankan tubuhnya ke katil yang memang sedia menanti. Perasaannya sangat berkecamuk. Saat itu juga hatinya sudah cukup remuk. Seremuk sekeping kertas yang direnyuk habis. Air mata pula semakin murah harganya ketika itu. Tanpa dipaksa telah bertitisan membasahi pipi meneman gelora hatinya. Sesekali kedengaran esakan bersilih ganti.
Mak Jah memang rasa tidak sedap dihatinya. Dia tahu mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan anak daranya itu. Terdetik juga dibenaknya, apakah yang sebenarnya menyebabkan Syafika Aziera berkeadaan sebegitu. Sebagai seorang ibu, perasaannya turut terkena tempiasnya. Dia juga sudah menjangkakan apa yang sebenarnya yang telah berlaku. Sepantas itu juga, wajah lelaki yang bernama Luqman Adzlie bermain di ruang ingatannya. Dia masih boleh tersenyum walaupun rasanya cukup hambar.
Langkah diatur menuju ke bilik beradu Syafika Aziera. Seorang ibu memang tidak sanggup melihat anak‐anaknya ditimpa masalah. Lebih‐lebih lagi seorang anak gadis yang sememangnya lembut dan sensitif hatinya. Bukan niat Mak Jah untuk mengeruhkan keadaan malah niatnya dia mahu meredakan beban perasaan Syafika Aziera. Baginya bukan mahu mencari siapa salah dan siapa yang betul. Dia perlu berlaku adil, bukan hanya menyebelahi satu‐satu pihak tanpa usul periksa.
Di kamar, Syafika Aziera terus melayani perasaannya. Biar pun tangisannya tidak kedengaran namun esakannya masih lagi memanjang. Kecewa sangat hatinya petang tadi dengan sikap tidak bertanggungjawab Luqman Adzlie kepadanya. Baginya, dia sahaja yang bersungguh-sungguh sedangkan tunangannya itu sedikit pun tidak ambil kisah. Setiap kali pertemuan berlaku, ada sahaja perselisihan faham antara mereka berdua. Indah di alam pertunangan semakin hilang serinya. Baginya, lelaki itu hanya mementingkan kerjayanya sedangkan perasaan dan hatinya diabaikan.
Terdengar beberapa kali ketukan di balik pintu kamar. Kemudian kedengaran bunyi daun pintu di tolak ke dalam. Ini diikuti dengan munculnya seraut wajah tua ibunya, Mak Jah. Syafika Aziera sudah dapat mengagak bahawa ibunya pasti datang menjenguknya. Tangannya mula menyeka sisa air mata yang masih berbaki. Esakannya turut reda seketika. Tanpa berkata banyak, Mak Jah menghampiri anak daranya itu lantas memeluk dengan erat. Buat seketika, suasana di dalam bilik itu sepi. Sesekali maih kedengaran esakan Syafika Aziera. Mak Jah mengusap‐usap lembut badan dan lengan anaknya itu.
“Kenapa ni Fika? Sampai jadi macam ini. Gaduh lagi dengan Luqman ya?”
Senyap. Syafika Aziera terus bungkam dalam perasaan sedihnya itu. Memang dia terasa lemah sangat pada ketika itu. Jiwanya perempuannya memang tidak kuat untuk menghadapi saatsaat begitu. Hendak berjalan pun terasa longlai. Ingin bersuara lidahnya semakin kelu. Hanya memandang wajah ibunya dengan seribu satu kesayuan. Itu sahaja yang dia mampu lakukan untuk meringankan rasa serba salah ibunya itu.
“Fika kena banyak sabar. Semua ini adalah dugaan.”
Syafika Aziera masih kemas berpeluk tubuh di birai katil. Mak Jah mula melepaskan dakapannya apabila mendapati anak gadisnya itu semakin tenang perasaannya. Syafika Aziera tetap diam tanpa menjawab sepatah kata. Mak Jah memang sudah faham benar karenah anak gadisnya itu. Dibiarkan Syafika Aziera terus melayani perasaannya seketika.
“Tak baik Fika berterusan begini. Kalau kita tak sanggup nak hadapi karenah semasa bertunang, susahlah kalau sudah berumah tangga nanti. Fika kena banyak bersabar. Berselisih faham itu perkara biasa. Bukan mudah untuk mencari titik keserasian kalau masing‐masing ada egonya. Memberi dan menerima itulah yang sebaik‐baiknya.”
“Mak nak salahkan Fika dalam hal ini?”
“Bukan macam itu maksud mak Fika. Apa yang kita nak buat, apa yang nak kita ucapkan biarlah sesuai dengan keadaan dan masa. Bertolak ansur sangat penting. Dugaan masa bertunang ini memang cukup hebat.”
“Kenapa dia tak boleh faham dengan Fika? Fika memang sayangkan dia mak!”
“Mak memang faham. Memang tahu Fika sayangkan Luqman lebih dari segalanya. Mak dapat rasakan juga yang Luqman juga sayangkan Fika.”
“Errmm … Fika tak rasa macam itu sekarang. Dia dah semakin berubah. Tak macam masa dulu-dulu!”
“Fika pasti?”
Soalan itu memang cukup sukar untuk dijawab. Dalam hatinya, mengapa ibunya seperti mahu
menyebelahkan Luqman Adzlie? Kenapa kesalahan itu harus dibebankan ke atas dirinya seorang? Lelaki itu bagaikan terlalu sempurna di mata ibunya. Bebunga keraguan mula bercambah di dadanya, rasa benci, menyampah dan melaut mula tumbuh di lopak ingat. Dia memang amat tidak bersetuju dengan pandangan ibunya itu. Sakit hatinya apabila tidak dilayan seadanya. Dia tidak kesah kalau hanya sekadar berkawan tetapi mereka telah bertunang. Hanya menanti tarikh dan hari yang sesuai untuk disatukan. Bagi dirinya, antara kawan dengan kekasih layanan yang diberikan harus ada perbezaannya. Ini tidak, semuanya sama bagaikan tiada apa‐apa ikatan yang istimewa antara mereka berdua. Sesak nafasnya seketika melayan perasaannya.
“Bagilah dia sikit ruang dan masa. Berilah peluang untuk Luqman berfikir.”
“Berapa lama lagi mak? Berapa lama lagi!”
“Sebab itu Fika kena bersabar. Jangan terlalu memaksa.”
“Sabar … memang Fika dah terlebih sabar mak. Hari‐hari makan hati!”
Mak Jah kembali mendakap Syafika Aziera. Sentuhan kasih sayangnya masih panas buat anak gadisnya itu. Fikiran Syafika Aziera masih lagi bercelaru. Masih tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh Luqman Adzlie kepadanya.
“Memang Fika kena banyak sabar. Sabar itu separuh dari iman dan tanpa iman kita memang tak boleh hidup. Ingat Fika …kita ada Allah SWT tempat kita nak adukan segala masalah hidup. Mohonlah supaya dilembutkan hatinya untuk berubah.”
Syafika Aziera terdiam. Dia bangun dan melepaskan diri daripada pelukan ibunya. Langkahnya kemas menuju ke sisi jendela yang masih terbuka. Dia memang faham apa yang dibicarakan oleh ibunya itu. Dia sedikit pun untuk menolak malah menidakkan kata‐kata itu. Kata‐kata itu memang cukup sempurna untuk dimengertikan. Cuma yang berlegar di mindanya ketika itu ialah mengapa Luqman Adzlie tidak mahu mendengar kata‐kata darinya. Adakah dia terlalu mendesak? Adakah dia terlalu memaksa tunangannya itu untuk membuat keputusan mengikut kata hatinya? Mungkinkah tunangannya itu tidak bersetuju dengan kata‐katanya. Ahhh! Lelaki sememang tinggi egonya!
“Fika masih tak boleh terima mak. Fika masih tak boleh terima!”
“Jangan buat keputusan tanpa berfikir Fika. Fika masih muda … jalan untuk hidup masih panjang di depan. Kalau kita cepat berputus asa … akhirnya kita akan merana sendiri.”
“Biar … biarlah Fika merana sekarang. Fika tak mahu kecewa kemudian hari.”
“Benci sangat Fika pada Luqman, mesti ada sebabkan?”
“Entahlah mak. Fika tak tahu nak cakap macam mana. Kalau berterusan sikap dia macam ni memang Fika akan kecewa nanti.”
“Mak pun tak tahu macam mana nak cakap lagi dengan Fika. Mak tetap berharap Luqman akan berubah. Anak mak juga kena berubah!”
Syafika Aziera memalingkan mukanya ke arah ibunya. Pandangan mereka kembali bersatu. Ada sinar pengharapan di bebola mata Mak Jah supaya anaknya itu diberikan petunjuk oleh Allah SWT. Syafika Aziera tidak seperti seorang gadis yang tabah ketika itu. Dia cepat mengalah apabila diuji dengan sedikit dugaan. Hatinya terlalu rapuh dan sukar untuk menerima kenyataan hidup yang sebenarnya. Sebagai seorang ibu, tanggungjawabnya masih belum selesai selagi anak gadisnya itu belum dimiliki oleh seorang lelaki yang bergelar suami.
“Mak masih nak menyebelahi dia!”
“Mak tak sebelahkan siapa‐siapa. Baik Luqman mahu pun Fika. Bagi diri mak dua‐duanya sama
penting. Orang perempuan tak hidup tanpa lelaki.”
“Itu kata mak. Zaman dah berubah mak, tanpa lelaki orang perempuan tetap boleh berjaya.”
“Betul kata Fika tu. Untuk berjaya dalam hidup memang boleh. Mak pun tak nafikan namun tetap tak sempurna. Sempurna itu yang kita kena cari. Hidup kita kena saling lengkap melengkapi.”
“Memang Fika ni anak yang kurang baik. Luqman juga sempurna di mata mak!”
Mak Jah bangun lalu rapat ke arah Syafika Aziera yang kembali menatap langit senja di luar jendela biliknya. Hatinya kembali geram apabila ibunya bagaikan tidak mahu menerima kenyataan darinya. Selagi lukanya masih berdarah, selama itulah perasaan marahnya tetap bersisa. Mulai saat itu dia tidak mahu lagi tunduk dengan perasaannya. Dia tidak perlu simpati daripada sesiapa. Juga rasa simpati daripada ibunya. Apa yang diucapkan, itulah yang akan dipegang. Biarlah orang lain nak kata, dia tetap dia!
“Bukan itu maksud mak Fika. Belajarlah untuk menerima kelemahan diri sendiri. Redhalah dengan kekurangan yang dimiliki oleh pasangan kita. Kalau memang sudah tertulis di loh mahfuz yang Luqman adalah jodoh Fika, terimalah seadanya.”
“Mak boleh tak jangan sebut nama tu!”
“Kenapa ni Fika?”
“Fika kata tak suka … memang tak suka!”
Mak Jah hanya mampu menggelengkan kepalanya. Kadang‐kadang dia sendiri tidak fahami akan karenah anak gadisnya itu. Sejak mengikat tali pertunangan dengan Luqman Adzlie beberapa bulan yang lalu memang jelas ternampak perubahan emosinya. Yang amat jelas jiwa Syafika Aziera semakin sensitif. Sukar juga untuknya menenangkan keadaan itu. Dungu juga otaknya untuk berfikir. Tersilap cakap pasti mengundang padah. Ada baiknya juga sesi perbualan itu ditamatkan sesegera yang mungkin. Lagi lama dia melayan emosi Syafika Aziera semakin kusut pula pemikirannya.
“Dah nak masuk waktu Maghrib ni. Fika pergilah bersihkan diri dulu. Biar mak ke bawah dulu, kat dapur tadi tak sempat mak nak kemas lagi. Kejap lagi baliklah ayah kamu tu. Sudahlah jangan nak sedih‐sedih lagi. Jangan lupa solat, mohon Allah SWT bukakan hati dia untuk Fika.”
“Tapi mak …,”
“Apa lagi yang Fika fikir? Lagi banyak fikir makin serabut otak tu nanti.”
“Mak tolong Fika boleh?”
“Memang mak ada untuk Fika. Memang dah tanggungjawab mak.”
“Jangan marah Fika pulak.”
“Marah? Kenapa ni? Cuba bagi tahu mak.”
Ada sesuatu yang sedang difikirkan oleh Syafika Aziera. Dia tidak tahu sama ada apa yang akan dilakukan ini adalah tepat dan betul. Dia masih serba salah untuk membuat keputusan seperti apa yang sedang difikirkan. Walaupun dia rasa tidak kisah dengan apa yang akan dilakukan, ibunya pasti terkejut. Pasti tidak akan bersetuju dengan tindakannya itu. Dia masih menimbang‐nimbang sama ada mahu meneruskan niatnya atau sebaliknya. Kedua‐dua belah tangannya meraup ke muka. Satu anak nafas resah dilepaskan dengan harapan akan segera selesai masalah yang membebaninya. Mak Jah tertunggu‐tunggu apa yang hendak diperkatakan oleh anak gadisnya itu. Ada satu tanda tanya mula berlegar‐legar menuntut jawapannya.
“Apa lagi ni Fika?”
“Errmm … macam inilah mak … ermm…,” tersekat‐sekat ayat yang mahu keluar dari bibir Syafika Aziera. Seperti ada yang menyekat di kerongkongnya.
“Mak risau tengok keadaan Fika ni.”
“Err … tak ada apa‐apalah mak. Fika pun tak tahu nak cakap macam mana.”
“Pulak dah! Makin pelik bin ajaib mak tengok Fika ni. Cakap sajalah, jangan disimpan. Berat macam manapun masalahnya kalau dah terluah, barulah ringan kepala kita memikirkannya.”
Sekali lagi satu anak nafas resah dilepaskan. Perlahan‐lahan ditarik kembali nafasnya untuk mengumpul satu kekuatan. Kata putus sudah diambil. Kalau itu yang terbaik untuknya, itulah yang akan dilakukan. Mak Jah masih tertanya‐tanya. Resahnya juga kembali memusat di kepala. Perlakuan anak gadisnya itu semakin merisaukan serta memeningkan kepala. Syafika Aziera mematah‐matahkan anak‐anak jarinya. Keputusan sudah diambil. Dia sudah bersedia untuk menerima apa sahaja kata‐kata ibunya nanti.
“Mak tolong simpankan cincin ini. Fika tak sanggup melihatnya terlekat di jari ni.”
Terkejut sungguh Mak Jah apabila Syafika Aziera menyerahkan sebentuk cincin kepadanya. Itulah cincin pemberian Luqman Adzlie sempena majlis pertunangan mereka berdua dahulu. Apa motif sebenar Syafika Aziera berbuat begitu? Biar betul apa yang dilakukan oleh anak gadisnya itu. Sudah gilakah dia! Sudah hilangkah kewarasan otaknya dalam berfikir!
“Apa maksud Fika? Perkara ni tak boleh buat main‐main!”
“Siapa pulak main‐main? Fika memang serius!”
“Allahhuakbar! Minta jauhlah perkara yang bukan‐bukan ni. Jangan buat macam ini Fika, malu kita nanti!”
“Mak kenapa ni? Fika tak kata apa‐apa lagi. Fika nak mak simpankan saja. Selagi dia tak berubah, Fika tak mahu pakai cincin ini.”
Mak Jah hanya mampu menggelengkan kepala. Dia memang tidak bersetuju dengan tindakan
Syafika Aziera itu. Kalau ikutkan pendiriannya, perbuatan Syafika Aziera itu sudah melampau.
Berat sangatkah kesalahan Luqman Adzlie kepada anak gadisnya itu. Sampai sanggup Syafika
Aziera bertindak sedemikian. Dia mengurut dada supaya lebih bersabar. Sebak dan sesak juga
dadanya ketika itu.
Walaupun berat hati, dia menyambut juga cincin yang diserahkan oleh anak gadisnya itu. Dia
terpaksa pasrah sekiranya tindakan itu boleh menenangkan rasa gelora yang sedang
berkecamuk di dada Syafika Aziera. Kalau itu yang terbaik untuk menyelesaikan masalah itu,
dia masih boleh menerimanya. Harapannya semoga permasalahan antara Syafika Aziera dan
Luqman Adzlie hanyalah sementara.
“Mak harap Fika akan berfikir secara lebih matang. Berfikir sebelum bertindak dan mak tak
mahu Fika menyesal kemudian hari nanti. Mak sayangkan Fika lebih dari segala‐galanya.”
Sebak di dadanya bertunda‐tunda. Resah di hatinya mula menjerat rasa. Tanpa dipaksa Mak
Jah mula menitiskan air mata. Rasa sayunya bagaikan tidak dapat dibendung lagi. Syafika
Aziera menyedari akan hal itu lantas memeluk ibunya. Dia pun faham apa yang sedang
difikirkan oleh ibunya itu. Dia juga masih waras berfikir. Memang tidak ada ibu yang mahukan
anak‐anaknya hidup dilanda masalah, lebih‐lebih lagi anak perempuan sepertinya. Setiap ibu
mesti mahukan jodoh yang terbaik untuk anak gadis mereka. Syafika Aziera memang faham
cuma yang dilakukan ini adalah tanda protesnya kepada Luqman Adzlie.
“Mak janganlah sedih‐sedih macam ni. Fika masih boleh berfikir dengan waras. Fika nak
tengok sama ada dia boleh berubah atau tidak. Fika janji tak akan lukakan hati mak.”
“Mak cuma nak yang terbaik untuk Fika.”
“Iya mak … memang Fika nak cari calon suami yang terbaik.”
“Alhamdulillah … lega hati mak bila dengar macam ni.”
Cincin yang dihulurkan oleh Syafika Aziera tadi masih kemas di dalam genggaman tangan Mak
Jah. Apa pun kata‐kata yang diucapkan oleh anak gadisnya itu tadi bukanlah jaminan untuknya
supaya berdiam diri begitu sahaja. Dia mesti berbuat sesuatu untuk kebahagiaan anak
gadisnya itu. Pada pandangan mata kasarnya, Luqman Adzlie adalah calon terbaik untuk
menjadi menantunya. Calon yang terbaik untuk anak gadisnya, Syafika Aziera. Kedengaran
suara azan sayup berkumandang menanda tibanya waktu solat Maghrib. Rasa sayu di hatinya
tetap masih bersisa walaupun telah reda ombak resah di dadanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan