Jam sudah menunjukkan kepukul 11 malam. Setelah selesai segala persiapan untuk berniaga esok hari, barulah mereka masuk ke bilik. Bagi Juita, saat itulah dia dapat duduk melunjurkan kaki atau merebahkan tubuhnya ke atas katil. Segala kepenatan hilang serta merta apabila dapat meletakkan kepala ke bantal. Harapannya tidur malam itu dia didatangi mimpi yang indah‐indah. Bermimpi bertemu dengan putera dari kayangan atau bermimpi menjadi tuan puteri yang dikelilingi oleh dayang‐dayang pengasuh. Alangkah bahagianya hidup kerana tidak perlu berpenat lelah dan bertungkus lumus membuat kerja untuk berniaga.
“Kak, esok mintak tolong hantar Risya ke bus stop ya?” pinta Arisya. Dia sedang melipat pakaian untuk dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Biar berkemas awal supaya tidak tergopoh gapah di hari esok nanti. Sudah menjadi kelaziman, setiap kali pulang ada saja benda yang tertinggal. Itulah akibat terkocoh‐kocoh kerana bersiap di saat akhir.
“Boleh aje. Naik bas pukul berapa?” soal Juita sambil menatap telefon bimbit.
“Bas pukul tiga.”
“Hmm.. okey.”
“Kak,” panggil Arisya.
“Hmm..” Juita tidak menoleh.
“Kak!” panggil Arisya lagi. Dia tidak puas hati melihat Juita menjawab panggilannya dengan sambil lewa saja.
“Ya..” jawab Juita pendek.
Arisya duduk menghadap Juita yang sedang berbaring di atas katil bujangnya. Dia melihat kakaknya itu sedang leka menatap skrin telefon bimbitnya. Entah apa yang dia renungkan, entahlah. Dia sedang sibuk berbalas mesejkah? Apakah kakaknya itu sudah ada jejaka pujaan hati sekarang ini?
“Oii kak!” Arisya menepuk peha Juita. Geram pula melihat si kakak yang tidak mengendahkannya.
“Apalah!” Juita rimas, sejak dari tadi Arisya asyik memanggilnya saja. “Kot ya pun janganlah pukul. Sakitlah!” Juita mengusap pehanya.
“Padanlah muka, orang panggil‐panggil tak jawab. Asyik aje tenung henfon tu.” Arisya membetulkan posisi duduknya. “Itulah, dulu mengata orang. Sekarang, tengok! Dia pulak yang dah berjangkit penyakit tenung henfon.” Arisya ketawa terkekeh‐kekeh.
“Akak main game.” Juita beralasan.
Arisya ketawa lagi. “Sejak bila pulak akak pandai main game?” Arisya menarik tangan Juita untuk mengambil telefon yang dipegangnya. “Nak tengok,” kata Arisya.
Dengan pantas Juita mengelak. “Sibuklah,” balas Juita dalam nada ketawa. Juita bangkit lalu duduk di birai katil.
“Akak tipu, ya. Akak mana suka main game.” Arisya tersengih‐sengih. “Akak dah ada buah hati ya sekarang,” teka Arisya.
“Eh eh.. ke situ pulak. Siapalah yang nak kan akak ni, sekolah tak tinggi. Penjual nasi lemak pulak tu.” Juita suka merendah diri. Itulah sikapnya sejak dari dulu lagi.
“Hai.. Tak lama lagi rumah kita ni nak buat kendurilah nampaknya. Cepatlah kahwin, kak. Rumah ni sunyilah, dah lama tak dengar suara budak merengek,” usik Arisya.
“Sibuk sangat suruh orang kahwin, Risyalah kahwin dulu.”
“Mana boleh. Risyakan masih belajar.” Arisya berkalih tempat duduk. Dia duduk di sebelah Juita. Sudah lama dia tidak bermanja‐manja dengan kakaknya itu. Tiba‐tiba rindu pula dia dengan situasi itu lalu dia melentukkan kepalanya ke bahu Juita.
“Amboi! Lain macam aje adik akak ni. Mesti ada apa‐apa ni.”
“Tak ada apa‐apalah. Risya rindulah nak manja‐manja dengan akak.”
“Mengada‐ngada, dah tua pun nak manja‐manja.”
“Takpalah. Nanti esok‐esok bila akak dah kahwin, tak dapatlah Risya nak manja‐manja macam ni lagi.”
“Siapa yang nak kahwin?”
“Akaklah!”
“Hisy! Mengarut aje. Siapa yang cakap akak nak kahwin?”
Arisya menyeringai. Tubuh Juita dipeluk kejap. Dia sayang sungguh dengan Juita. Gadis itulah satu‐satunya kakak yang dia miliki. Kakak yang sangat penyayang dan memahami akan dirinya. Arisya sedar, dia adik yang tidak sedar diri. Seringkali dia menyimpan perasaan cemburu terhadap kakaknya itu kerana melihat layanan Kak Jah terhadapnya. Dia terlupa bahawa seorang ibu menyayangi anak‐anaknya sama rata walaupun mempunyai anak sepuluh.
“Kalau akak nak kahwin, akak mesti pilih orang yang baik‐baik. Orang yang boleh jaga akak. Dan tak sia‐siakan hidup akak. Kalau Risya dapat tau orang tu buat tak senonoh dengan akak, taulah apa yang Risya nak buat.”
“Amboi! Belum apa‐apa dah main peras ugut. Kalau macam ni, orang baru nak dekat dah cabut lari. Tak sempat nak bercinta‐cinta.” Juita tergelak di hujung bicaranya.
“Risya serius kak. Orang lelaki sekarang ni bukan boleh percaya,” tukas Arisya.
“Pucuk pangkal pada kita. Kita ni yang kena pandai jaga diri. Jangan mudah terpedaya.” Wajah Arisya ditenung. “Risya tu.”
“Kenapa dengan Risya?” soal Arisya pantas.
“Yalah. Duduk jauh dari keluarga. Baik‐baik berkawan dengan orang. Jangan cepat terpengaruh dengan pujuk rayu. Baru kena puji sikit, dah lemau.”
“Tolonglah, Risya bukan jenis perempuan yang macam tu lah kak.”
“Yake? Boleh percayake?”
“Tengok kakilah.” Arisya mengangkat kaki sebelah kanan.
“Tak payah tengok kaki, tengok mata pun dah boleh agak dah.”
“Apa?”
“Yalah, mata pantang tengok lelaki hensem.”
Arisya membelalakkan matanya.
“Tengok lelaki hensem aje, cair.” Juita ketawa. Sudah lama tidak bergurau dengan Arisya.
Sesekali dapat berjumpa, terasa pertalian kakak dan adik antara mereka kian akrab.
“Tak adalah, mana ada.” Bibir Arisya tidak lekang dari senyuman.
“Macam mana praktikal?” tanya Juita lembut. Dia belum berkesempatan untuk bertanya apa-apa
tentang praktikal dari Arisya.
“Okey,” jawab Arisya sepatah.
“Okey aje?”
Arisya mengangguk. “Bos okey. Kawan‐kawan di pejabat pun okey, banyak tolong Risya. Kawan‐kawan serumah pun okey. Semua okeylah.” Arisya berdiri. Dia melangkah ke meja solek lalu duduk di bangku. Sikat berus dicapai. Rambutnya yang separas bahu disisir sambil menghadap cermin.
“Baguslah kalau semuanya okey.” Juita kembali berbaring. Telefon bimbit ditenung lagi. Ada mesej baru dari sidia. Juita membacanya sambil tersengih‐sengih. Dia tidak menyangka yang Arisya sedang memerhatikan gelagatnya menerusi cermin.
“Akak ceritalah pada Risya pasal buah hati akak tu.” Arisya memusingkan tubuhnya. Dia membetulkan posisi duduk.
“Memandai‐mandai aje. Buah hati mana pulak?” Juita berpura‐pura tidak mengerti. Wajahnya merona merah.
“Alah akak ingat Risya tak tau ya? Risya taulah. Akak berkawan dengan Abang Faiz kan?” Arisya
menyisir rambutnya. “Itulah, dulu kata tak suka. Ha! Sekarangkan dah terbalik, siapa nak jawab?” Arisya meletakkan sikat berus di atas meja solek. Dia bangkit lalu melangkah ke katil bujangnya. Dia menghempaskan tubuhnya ke atas tilam. Dia tidur menelentang menghadap siling sambil menyengih. Bayangan wajah Faiz yang kacak itu menabir di matanya.
“Eh eh.. tolonglah.” Juita mencebik. Geli geleman rasanya apabila dia dikatakan ada hubungan dengan Faiz. Tidak ada orang lainkah yang layak untuknya selain daripada Faiz?
“Okeylah Abang Faiz tu, kak. Risya setuju. Dia hensem. Baik pulak tu. Risya suka tengok dia.”
Arisya berkalih posisi. Dia meniarap sambil melipatkan kedua‐dua kaki ke belakang.
Juita mencebik sambil mengerling ke arah Arisya. “Nak ayah dengan mak mati cepatke tidur menyabung tu?” Sengaja Juita menegur. Dia tahu itu semua hanya mitos. Perbuatan itu dilarang oleh orang‐orang tua. Dia yakin hidup dan mati itu kuasa ALLAH.
“Alah akak ni macam mak nenek. Semua tak boleh. Dahlah, Risya nak tidurlah.” Arisya mengerengkan tubuhnya menghadap dinding lalu menakup bantal ke muka.
“Bagus. Tidur cepat. Akak pun dah ngantuk dah ni. Melayan Risya berborak, lambat pulak bangun nanti.” Dengan malas Juita bangkit untuk menutup suis lampu.
“Pasal Abang Faiz tu, Risya setuju.” Arisya bersuara di dalam gelap.
“Diamlah. Tidur, dah malam,” balas Juita.
Serta merta bilik itu menjadi sepi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan