Label

Rabu, 28 Disember 2016

NOVEL Kenapa Aku Tinggalkan Kau Bab3

Lama menunggu, Raila terjun semula ke dalam keretanya.

"Merasa jugak aku kereta ini..." Dia tersenyum.Tangannya mengusap‐usap stereng.

Namunsenyumnyahanyabertahanseketika, kerana muka cantik itu berkerut‐kerut sewaktu diingatkan tentang sesuatu.

Malam itu... malam dia pulang setelah keretanya rosak ditengah‐tengah jalan hendak pulang ke rumahnya pada malam buta, adalah malam paling celaka buatnya. Ia memang satu kecelakaan bagi keluarganya. Itu tanggapannya. Dan dia tidak mahu mengubah perkataan 'celaka' itu.

Mawaddah telah menghantarnya ke tempat teksi setelah keretanya rosak di tengah jalan... Sebelum itu dia hanya terperuk ketakutan di dalam keretanya.Hendak menelefon meminta bantuan,iphonenya kehabisan bateri. Power bank pula buat hal tertinggal di rumah. Ketika matanya dirayapkan ke seluruh lokasi di situ, satu telefon awam pun gagal diterkam pandangannya. Berasa takut, dia hanya berdiam di dalam kereta mengharapkan ada kereta peronda polis yang kebetulan melewati tempat itu. Jangankan kereta, motor pun tidak ada yang lalu. Teringat motor, dia berasa seriau.

Jangan motor yang lalu sudahlah...bisiknya membayangkan dia ditemui gerombolan mat rempit yang selalu hadir di akhbar‐akbar dengan cerita kontroversi yang tidak pernah tamat. Baru‐baru ini sahaja, ada sekumpulan mat rempit yang merogol seorang gadis muda yang bekerja di kedai fotostat. 16 pemuda ini merogol bergilir gadis tersebut kemudian menghumbannya ke dalam longkang berhampiran.



Sudah takdir gadis itu masih hidup dan dimasukkan ke wad ICU. Tunggulah nasib engkau semua bisiknya lantas terkejut sewaktu terdengar enjin motor sayup‐ sayup meredah kesepian malam. Makin dekat, makin kuat bunyi enjin itu, makin kuat pula ketukan debar di dadanya. Dia diselubung ketakutan yang teramat. Gambaran gadis yang diperkosa itu berulang‐ulang diimbas mindanya. Bagaimana kalau kategori mat rempit seperti itu yang tiba. Meskipun rasionalnya mengakui bukanlah semua mat rempit berfi’il buruk seperti yang dibayangkannya itu. Masih ramai dalam kalangan mereka yang berhati mulia dan gemar membantu.

Dia terpekik ketakutan bila tingkap keretanya diketuk bertalu‐talu. Nafasnya mengah. Dadanya berombak‐ombak mengawal deruan nafas yang turun naik dengan laju. Dia tunduk sambil menutup matanya dan enggan menoleh ke sisi.

"Cik... cik. Cik ni dalam kesusahankah?"Tergamam mendengar suara perempuan yang menyapa, Raila pantas menoleh.

Terlopong dia tatkala melihat seorang gadis bertudung labuh dan berjubah sedang menghadapnya di tingkap. Wajah gadis itu serius sahaja. Dia juga seakan terkejut meneliti wajah Raila. Ada sesuatu di matanya yang sukar ditafsir Raila. Namun Raila tetap mengurut lega dadanya, lantas menurunkan skrin tingkap. Dia angguk seolah‐olah kehabisan perkataan.

Maklum saja orang baru terlepas daripada belenggu ketakutan.

"Kereta rosak?" tanyanya prihatin. Raila angguk sekali lagi.

"Saya Mawaddah. Saya memang tak pandai repair kereta tapi, kalau nak tumpang motor saya untuk ke mana‐mana bolehlah." Sekali lagi Raila angguk. Setelah mengambil semua barang-barang penting dan mengunci stereng keretanya, dia keluar dan mengunci kereta dari luar menggunakan alat remot.

Dia membonceng gadis itu dan memintanya ke tempat yang mudah mendapatkan teksi. Tidak mahu menyusahkan gadis itu lebih‐lebih. Permintaannya dituruti.

Ya malam itulah. Turun sahaja dari teksi dia terus meluru masuk apabila terpandang sebuah kereta hitam berkilat berlabuh di pekarangan rumahnya di hadapan poc. Dia tahu itu kereta siapa. Kereta Uncle Romano, sekutu perniagaan ibunya.

"Keluar!" Dia menuding ke arah lelaki yang sedang memeluk ibunya di sofa. Mereka kelihatan
bagaikan belangkas yang tidak terpisahkan. Pucat wajah kedua‐duanya diterjah secara mengejut begitu oleh Raila.

Tanpa menunggu reaksi mereka, Raila terus berlari ke tingkat atas dan mengunci dirinya. Namun kamarnya yang luas itu gagal menghentikan ledakan amarahnya.

"Selama ini aku fikir cerita mereka berdua hanya gosip,hakikatnya..." Raila membiarkan air matanya menitis. membayangkan ayahnya yang sedang berada di Pulau Pinang kerana tugas yang menuntutnya. Air matanya mengalir lagi.

Malam itu dia tidak menelefon rakan‐rakannya sebaliknya menelefon seorang gadis yang baru saja dikenalinya demi mengadukan duka laranya. Mawaddah yang baru mengenalinya tidak sampai pun satu jam itu melayani keluh‐kesahnya dengan tenang dan sabar. Menasihatinya apa‐apa yang patut.

"Eh... kenapa menangis ni?" Suara Mawaddah mengejutkannya. Raila tersentak lantas menyapu pipinya yang basah. Kenangan ‘malam celaka’ itu cair. Nampaknya Mawaddah sudahpun selesai solat Asar. Jauh di belakangnya kelihatan Adam sedang terinding‐indingkannya.

Abangnya yang mirip wajahnya itu pula sedang melangkah sambil berbual‐bual dengan beberapa orang jemaah yang sama‐sama beriringan keluar dari masjid tersebut.

Alangkah harmoninya pemandangan itu di mata Raila.

"Kenapa ni..." Suara gemersik Mawaddah kedengaran lagi. Raila menggeleng.

"Jomlah. Kita kan ada program," katanya mematikan perasaan ingin tahu Mawaddah.

Mawaddah angguk meskipun dalam anak matanya terpancar kebimbangan. Juga rasa tidak puas hati,

Tempat yang hendak mereka tuju itu ialah sebuah perkampungan kecil. Oleh kerana jalan tidak begitu baik, terpaksalah Raila memandu terseok‐seok untuk sampai ke perkarangan sebuah rumah kecil namun kemas binaannya.

Mereka turun dan disambut oleh seorang perempuan tua yang meluru mendakap Mawaddah.

"Apa ni? Kau dah tak reti pakai tudung lagi ke?" nadanya agak marah ketika menghadap Raila.

Mata itu melotot tajam ke arah lutut dan sepasang kaki Raila yang terdedah. Nampak raut serba‐salah di wajah Mawaddah. Dia jelas kehilangan kata‐kata.

"Naiklah!" agak kasar nada wanita tua itu. Mawaddah mengusap belakang Raila mengujanya naik.

"Tak apa. Saya sepatutnya pakai elok sedikit." Raila tersenyum cuba membuang rasa bersalah di hati Mawaddah. Senyumannya berbalas.

Itulah kali pertama Raila menginjak naik ke dalam sebuah rumah tradisi. Sesuatu membuai perasaannya. Wanita tua itu tadi memarahinya seolah‐olah dia sudah kenal lama dengannya. Aneh!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan