BERAKHIR sudah tiga minggu penyamaran aku sebagai anak angkat dalam sebuah keluarga miskin. Pengalaman ini benar‐benar menginsafkan aku supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang aku ada. Sekarang aku sudah kembali dalam keluarga besarku yang sentiasa mengamalkan cara hidup yang sederhana. Keluarga bahagia yang sentiasa riuh dengan gurauan dan gelak ketawa.
''Shah, sepanjang Shah pergi merantau ni, tak ada ke terpikat dengan mana‐mana jejaka tampan?'' aku pandang ayah aku tak berkelip. Ketika ini kami sedang berkumpul di ruang tamu rumah. Semua ahli keluarga aku ada. Along, Angah, Alang, emak, Ucu, Abang Nas suami Alang, juga abang Idham suami Angah.
''Ayah! Along tu dah dua orang tau langkah bendul. Takkan ayah nak suruh Shah pun kahwin dulu juga? Ayah tak kesian ke dengan anak sulung ayah tu? Membujang sampai ke tua..'' aku sengaja kenakan Along walaupun aku tahu Along masih setia menanti kak Tini yang masih belajar di Australia.
''Oitt,.ayah tanya Ayang. Apa kena mengena dengan Along pula?'' Along terus mencelah. Aku kebam bibir menahan senyum. Semua mata kini memandang kepadaku.
''Sebab Along paling tua!'' sengaja aku membakar perasaan Along. Sebenarnya Along taklah tua mana pun. Along baru dua puluh lapan tahun. Angah pula dua puluh enam dan Alang dua puluh lima. Emak cakap tak sempat nak merancang. Baru saja Angah berusia tiga bulan emak dah mengandungkan Alang. Aku pula dua puluh tiga tahun dan Ucu dua puluh dua tahun.
Alasan emak pula bila kami tanya mengenai jarak umur aku dan Ucu ialah terlupa nak kira tarikh. Lepas aku dilahirkan dan emak lepas pantang, haid emak langsung tak datang jadi emak membiarkan saja. Tahu‐tahu Ucu sudah wujud dalam perut emak dan jawapan emak membuat kami semua tabik pada ayah serentak.
Haha,.kalau Allah nak bagi rezeki, buatlah macam mana pun kami lima beradik tetap akan wujud. Mungkin kerana jarak umur kami yang terlalu dekat inilah yang membuatkan kami terlalu rapat. Angah dengan Alang. Aku pula dengan Ucu. Along pulak rapat dengan mak dan ayah kerana dia paling lama dapat bermanja dengan mak dan ayah sebelum Angah lahir.
''Tak apalah Along rela berkorban apa saja demi adik‐adik perempuan Along,.'' Along bersuara pasrah. Aku dah mula mencebikkan bibir. Yang lain dah tergelak mendengar jawapan Along.
''Adik perempuan saja ke Along? Yang adik lelaki ni macam mana pula?'' sekali lagi ruang tamu rumah kami gamat dengan gelak tawa. Ucu ni pun dah gatal nak menikah walaupun masih menuntut di kolej. Sekali sekala Ucu akan buat kerja part time menjadi model bila dipanggil untuk mengadakan show.
''Oh,.no,no,.yang lelaki sorry! Memang takkan ada peluang nak langkah tembok,'' Along buat peribahasa sendiri. Hailah Along! Apa pula langkah tembok? Kalau panjat tembok tu boleh juga iterima akal.
''Sembang, sembang juga, gelak, gelak juga. Soalan ayah tadi bila Shah nak jawab?'' aku pandang ayah. Apa kena pula dengan ayah hari ni? Umur dua puluh tiga tahun tu muda lagi kot. Aku pun baru habis belajar. Maunya lepas kahwin nanti dapat suami yang tak sporting.
Dah tak izin aku buat kerja gila ni habislah impian aku.
''In Sya Allahlah ayah. Kalau umur Shah panjang, tahun depan genap umur Shah dua puluh empat tahun dan penyamaran yang seterusnya Shah akan bawakan ayah menantu yang paling handsome,'' aku berkata acuh tak acuh sekadar bergurau tanpa memikirkan kata orang tua‐tua bahawa setiap kata‐kata kita itu adalah doa.
''Haih! macam yakin sangat saja tu?'' Angah mencelah sedangkan ayah, emak dan yang lain tiba‐tiba mengaminkan apa yang aku cakap tadi.
''Ayang tak ada boy friendke? Zaman‐zaman sekolah dulu takkan tak ada sangkut kat mana-mana
pelajar kot? Cinta monyet ke? Takkan tak pernah admire kat siapa‐siapa kot?'' panjang pula aku rasakan soalan abang Idham ni. Mendengar saja soalannya lantas aku terus terbayangkan wajah Mohd Danial Haziq.
Beberapa Tahun Yang Lalu…
“Zahratul Aishah!”
Aku terpaku, seraya menoleh. Siapakah gerangan yang memanggil namaku itu? Pandanganku bersatu dengan seseorang yang begitu sinonim denganku. Keningnya yang tebal itu betul-betul menjadikan dia begitu kacak di mataku. Itulah dia ketua pengawas sekolah kami yang digilai ramai walaupun oleh adik‐adik tingkatan satu.
“Zahratul Aishah!” Aku tersentak lagi. Aduhh...Malunya aku. Kalaulah dia tahu aku sedang
menganalisis dan memuji dirinya di dalam hati.
''Ooo,..ya, ya. Ada apa ya?”
“Engkau ni melamun ya? Kau buat apa di sini?"
“Aku hari‐hari buat cerdik..” aku menjawab sambil tayang wajah selamba. Konon‐kononnya nak cover malu aku tadi tu. Ya la, sudah disergah oleh jejaka pujaan. Dah tu sibuk pula nak merenung dia. Aku mengulum senyum. Dalam hati aku ni dah macam laut yang sedang bergelora. Dupp‐ dapp,dupp‐dapp,.sempat lagi nak control ayu.
“Ehh,..kau jangan main‐main. Aku serius ni, orang lain semua sibuk di dewan. Kitakan nak sambut hari guru esok. Bukan ke kau ada tugas? Yang kau melamun di sini apa hal?"
Alamak..Dah salah time buat lawak la. Tapi kau tetap macho dan handsome walau tengah marah, wahai jejaka pujaan hatiku. Aku bermonolog dalam hati.
“Ya la, aku tahu la. Tapi aku bukan melamun pun. Aku sedang cari ilham ni,” aku cuba membela diri. Aduhai Mohd Danial Haziq pujaan hati. Kau tak tahu ke? Sejak mula mengenalimu hatiku ini sudah dicuri. Tapi kau seakan tidak pernah mengerti hati ini. Cehh, sempat lagi aku nak reka puisi. Tapi sayangnya, semua kata‐kata itu hanya mampu ku luahkan di dalam hati. Nak mampus, cari pasal dengan jejaka paling famous di sekolah ni? Tak pasal-pasal aku akan diherdik dan disindir oleh kawan‐kawan yang lain.
“Sudahlah! Aku tunggu kau di dewan. Dalam masa lima minit kalau batang hidung kau tak nampak juga, siap la kau!”
“Ehh, Memey la. Batang hidung aku mana boleh nampak. Lain la kalau aku accident ke,” Aku berkata perlahan. Lebih untuk diri sendiri sebenarnya.
“Kau cakap apa?"
“Erkk..aku tak cakap apa pun.” dengar rupanya mamat ni. Telinga lintah betul. Tapi, ehh lintah ada telinga ke? Aku senyum sendirian. Lucu pula rasanya.
“Tuu..yang senyum sorang‐sorang tu kenapa pula?”
“Oii..kau jalanlah. Tadi dah tak sabar sangat nak pergi ke dewan tu. Entah ada bidadari mana yang sedang tunggu dia di sana? Biarlah aku nak senyum sorang‐sorang pun. Jangan nak ambil kisah?”Aku dah mula bengang. Tadi aku syok‐syok melamun tepi padang ingat kat dia.
Khayalkan dia. Sedap‐sedap saja dia datang sergah aku.
“Ermm..boleh tahan juga bidadari aku yang sorang ni,”
“Whatt?" Apa dia cakap tadi? Aku ni bidadari dia? Aku salah dengar ke atau dia yang sedang demam kepialu? Merah juga muka aku menahan perasaan malu. Walau sebenarnya aku ni dah mula perasan. Aii..sukanya aku. Aku cuba menahan senyum. Aku tahan sedaya mungkin. Kalau mamat ni tengok, tentu dia akan cakap aku senyum sorang‐sorang lagi, walau memang betul pun aku senyum sorang‐sorang. Hehe..
''WOII CIK KAK!,.berangan pula dia. Dah sampai mana dah?'' Ucu sergah aku. Terbang semua
kenangan antara aku dan Danial Haziq. Bagi aku walau sebanyak mana pun aku suka pada Danial Haziq, biarlah Allah yang tentukan jodoh aku. Kalau ada jodoh aku dengan Danial Haziq tu ada la. Kalau tak ada, biarlah Ada aku kesah!
''Ucu tanya apa tadi? Tiba‐tiba pula telinga kak Yang ni tak berapa nak clear,'' aku beralasan walau sudah ditangkap sedang melamun di tengah ahli keluarga yang ramai ni. Semua serentak menghamburkan tawa. Aku buat muka selamba. Saja nak cover line.
''Bukan Ucu yang tanya. Alang dengan abang Am yang tanya,'' kalau abang Am yang tanya memang aku takkan jawab soalannya tadi. Tapi Alang tanya apa ya? Aku toleh dan pandang Alang yang sedap bersandar di tepi abang Nas. Taulah baru kahwin pun. Manjalah pula Alang dengan abang Nas ni.
''Alang tanya apa?'' aku soal Alang sambil tayang wajah blurr. Semua mata memandang kepadaku. Kak Titie pembantu rumah kami datang ke ruang tamu ketika aku masih berteka teki perihal soalan Alang.
''Ibu, minum petangnya sudah siap. Mau dihidangkan sekarang ke buk?'' soalannya sudah tentu sekali diajukan untuk emak aku. Kini, kak Titie pula yang menjadi perhatian.
''Okey, jom Shah tolong kak Titie..'' aku terus menawarkan khidmatku dan segera bangun menuju ke ruang dapur.
Aku sangkakan segala persoalan sudah selesai, namun perkiraanku silap sama sekali. Perbualan terus disambung di meja makan. Sambil minum petang aku terus diajukan dengan beberapa soalan bonus termasuk tajuk novel aku yang terbaru.
Novel aku yang terbaru ni adalah novel aku yang ke sembilan. Mengisahkan gadis kampung yang daif dan pergi bekerja di bandar. Terperangkap dalam penipuan kawan baik sendiri. Kawan baik yang paling dipercayai. Watak Wahyuni adalah watak seorang gadis yang sangat cekal, namun dalam kelembutan dan budi bahasanya, Wahyuni adalah seorang yang sangat kelakar. Dia akan sentiasa menceriakan orang lain walaupun hatinya sendiri terluka dan dirinya sedang dalam kesedihan.
Aku beri tajuk novel aku ni dengan tajuk yang agak simple, Wahyuni. Aku tak tahu lagi sejauh mana sambutannya kerana aku baru saja selesai mengemaskini skripnya dan belum lagi dihantar kepada penerbit. Bukan senang untuk menjadi seorang penulis, kerana semua orang mampu menjadi penulis dan kelahiran penulis muda bagaikan cendawan selepas hujan. Aku tabik pada semua penulis tanahair yang mana karya mereka telah mendapat sambutan yang hangat. Hebat!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan