Label

Selasa, 6 Disember 2016

NOVEL Lagenda Delima Emas Bab2

"ingat Jaka,kau diberi selama masa tidak lama,hanya tiga puluh hari sahaja,sebelum masuk hari ke tiga puluh,kau harus sampai disini.Aku sayang kau macam anak aku sendiri,seandainya masa melebihi tiga puluh hari,dan kau tidak muncul,carilah kepala aku di istana raja,akan aku amuk semuanya.Aku mahu kau pulang dengan selamat tanpa cacat cela.Jika masa menelan hari hari yang kau lalui selepas ini,dan tidak sampai pada waktunya,kepala aku galang gantinya,dan tak akan ku izinkan kau dilukai oleh mana mana pedang raja.Kau seperti anak aku sendiri"

Dabak memeluk sekali lagi Jaka.

"aku berjanji,dan aku akan cuba Dabak"

Mereka berpelukan erat.Rentasan masa untuk kali ini pasti lebih dahsyat,tidak seperti sebelumnya. Walaupun hanya sebiji delima emas,tapi nyawa sebagai taruhan.

Malam bulan terang,menyinari gunung dan lembah.Ada insan masih berjaga,melihat langit dan keindahan bintang diangkasa.Rumah yang dihuni diatas gunung itu meluaskan pandangan,tinggi gunung dipuncak ini memudahkan pemandangan melihat alam yang dijajah raja. Jaka bersendiri. Dabak lena diulit mimpi.

Kucing hutan belaannya setia menemani,setia berada disisi.

"kau teman aku nanti ye Badang"



Jaka mengusap ngusap kepala kucing hutannya.Badang memandang Jaka bagai memahami kata tuannya.

Jaka membuang pandangngannya ke ruang langit,angin malam ini begitu syahdu lembut bertiup. Dia yang berada diluar rumah menikmati udara malam.Rokok daun dinyalakan,dan menarik kelegaan, asap dilepaskan.Dibawah gunung yang tinggi itu,kelihatan berjuta juta lampu dari setiap rumah.

Kedudukan rumah Dabak diatas kaki bukit,jauh dari perkampungan yang lain.Dabak bukanlah
menjauhkan diri dari masyarakat di perkampungannya,tetapi selepas terjadi satu peristiwa yang tidak akan dilupakan Dabak,dia bertekad hidup menyendiri.Jauh dari penduduk kampung.

Biarpun Dabak hanyalah seorang bapa angkat,Jaka tetap menyayangi Dabak.

Jaka selalu mendengar cerita dari Dabak tentang ayah dan emaknya satu ketika dahulu, ayahnya seorang pahlawan,seorang pejuang di alamnya.Dabak dan ayahnya dahulu ialah pahlawan.

**************************

"Badanggggg!!!"

Pekikkan Jaka.. serigala yang sebesar kapal terbang itu sudah bersedia dengan taringnya,kukunya bagai bilah pedang telah dikeluarkan.Matanya merah menyala dan bersedia untuk membaham.

Ajaq mengelupur ketakutan,bumi dirasakan bagai hendak terbalik dari gegaran itu.

Jaka berdiri,pedang di angkat tinggi.Badang dihadapan sebagai benteng besi.Babi hutan yang 
berkalung telah muncul,bau badan hamis bagai bangkai serata alam.Kalung dileher babi hutan
bersinar sinar,mendengus kemarahan.

"hrookkk..hrookkk!!".dengusannya,sambil matanya tepat memandang ke arah Badang.

"hwooooo!!!"..Jaka memekik sambil membenamkan pedang,pekikkannya seperti memberi isyarat pada Badang untuk menyerang,dengan laju Badang berlari ke arah timur menuju ke arah babi hutan,larian Badang menghasilkan angin yang kuat dan gegaran yang lagi dahsyat,Babi hutan sebesar kapal laut itu meluru laju.Seoalah telah bersedia dengan serangan dari Badang,akan dirempuhnya lawannya itu.

"woooow..wooo".

Badang mendengus dan menerkam kepala babi hutan,kuku besinya bagai pisau menusuk di dalam lubang hidung babi,Badang menghunus lagi kuku kirinya dan tepat masuk kedalam mata babi hutan.
Taring Badang tepat di tengah belakang babi,dibenamkan hingga tembus masuk kedalam isi.
Rempuhan kuat dari babi tidak memberi kesan,malah Badang lebih pantas menerkam dan
membenamkan segala senjata yang ada ditubuhnya.

Darah memancut bagai air terjun.Batas dibanjiri dengan darah dari babi,sekejap saja tempat itu
dipenuhi darah,bagai sungai yang melimpah air. babi raksasa,tidak menyerang lagi,babi hanya tahu menyondol dan menyondol,tiada seni dalam membunuh..

Ini habuan paling mudah untuk Badang.

Kesan tikaman dari kuku Badang,dan gigitannya membuat babi hutan tidak berdaya menahan bisa dari kuku Badang,bagai mengalir renjatan elektrik di seluruh badannya.

Dengusan tanda menyerah.

"krohhhh..krohhh"..

Dengusan penuh kesakitan,babi meronta ronta minta dilepaskan dari gigitan dan cengkaman kuku Badang.Dengusan kesakitan bagai menjerit jerit,amukan Badang semakin mengila,ditusuk dan ditusuk dengan kukunya ke setiap badan babi..

Tanah itu semakin dipenuhi darah.Bau hanyir semakin kuat,Ajaq yang meniarap kini mula duduk, darah melimpah seperti air,darah membanjiri hingga ke paras betis,Badang semakin gila,habis semua badan babi koyak,bagai telah dimesin kisarkan badan babi.

banjir darah..
babi lemah..
babi tidak berdaya..
babi mengalah...

"hrookkk..hrokkk"...lemah dan perlahan bunyi dengusannya..

"Badanggggg!!!!"..

Laung Jaka,isyarat dari Jaka supaya Badang melepaskan gigitannya dan menghentikan serangan,pada Jaka sudah cukup serangan itu,babi tidak melawan lagi.Dilihatnya babi itu sudah tidak bermaya lagi,sudah menyerah kalah,padanya babi itu tidak perlu dibunuh.

Pekikkan Jaka membuat Badang melepaskan gigitan dan serangan dihentikan, gigitan dilepaskan, cengkaman dan cakaran dihentikan.Badang berdiri bagai benteng pada dua insan dibelakangnya itu,sambil memerhati lawannya.

Babi semakin lemah dan memaksa diri memusingkan badan mengarah ke timur semula,tidak berdaya untuk berlari masuk ke hutan,hanya perlahan lahan berjalan terhoyong hayang menuju ke dalam hutan.

Badang masih teguh berdiri melindungi Jaka dan Ajaq,matanya memerhatikan lawannya pergi
meninggalkannya ke dalam hutan.

...pergi..pergi..dan hilang dari pandangan ditelan hutan gunung ganang timur.

Ajaq berdiri tegak,tergamam,tidak terkata apa.Darah babi membanjiri hingga keparas pinggang.

Ajaq kaku,bagai patung,fikirannya kosong,tidak mampu berfikir lagi,mimpi atau realiti,apa yang dilihatnya tadi benar benar tidak masuk akal..

Seeokor babi raksasa,seekor serigala raksasa sedang berlawan,bagai menonton wayang.

Tubuhnya menggigil gigil.

Di perhatikan serigala raksasa mengecilkan badannya,dan bertukar menjadi seekor kucing hutan, sungguh sungguh tidak boleh diterima akalnya.

Degupan jantungnya laju,pada Ajaq,jika ini satu mimpi,berharap sangat sangat akan ada yang
mengejutkannya dari tidur ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan