ARIANNA dan Marlisa melangkah keluar dari sebuah butik. Di tangan mereka sarat dengan beg‐beg kertas. Bila dua orang wanita keluar shopping, itulah yang jadi. Lebih‐lebih lagi jika tiada lelaki yang dipanggil pengganggu ikut sama.
Hari itu Lisa menunaikan janji membawa Arianna bersiar‐siar dan membeli belah di beberapa buah shopping complex yang terkemuka di KL. Arianna menggunakan peluang yang ada membeli pakaian baru dan barang‐barang peribadi.
Sebelum berangkat ke Tanah Suci, papa ada meninggalkan wang untuk digunakan sedangkan dia langsung tak ada masalah dalam bab duit. Simpanannya masih banyak bahkan sudah mencecah puluhan ribu ringgit.
Itu semua wang saku yang diberikan mama selama ini. Ditambah dengan wang kiriman papa setiap bulan. Pun begitu tiada siapa yang pernah tahu. Malah Arianna tidak pernah memberitahu sesiapa. Arianna tetap mengamalkan sikap ‘rezeki jangan di tolak’.
“Nak ke mana lepas ni?” tanya Lisa. Mereka melangkah seiringan di ruang legar yang besar dan agak sibuk itu.
“Aku tak kisah,” jawab Arianna.
“Kau nak makan apa hari ni?” tanya Lisa.
“Aku? Malay foods please. Kau mesti ingat walau dah bertahun aku kat negara orang, dah dikira bermastautin tapi hakikatnya aku tetap orang melayu. Perut melayu yang suka makan sambal belacan. Even masa aku stay kat US pun hari‐hari arwah mama masak malay foods. Tak adanya kita orang nak telan western hari‐hari,” jelas Arianna panjang lebar. Lisa sekadar mengangguk.
“Okey. Kalau macam tu hari ni aku belanja kau makan kat restoren melayu. Aku biasa ke sana. So many variety.Kalau setakat ikan bakar cecah air asam tu, jangan cakaplah. Mesti sedap punya.”
“Okay. No problem. Emm... Kita nak pergi sekarang atau kau ada benda lagi nak borong?”
“Of course. Aku nak ke MAC kejap. Lipstik dengan maskara aku perlu diganti segera. Dah tenat.”
“Okey. jom,” ajak Arianna.
Mereka menuju ke kedai menjual peralatan mekap yang cukup terkenal itu. Ketika membuat bayaran di kaunter, Lisa menyedari telefon bimbitnya merakamkan empat belas ‘miss call’ dan lima SMS. Lisa tersenyum lebar sambil menekan butang telefon.
“Siapa?” Arianna sempat menjenguk melihat mesej yang diterima temannya.
“Norman Sayang. Boyfriend kau, ya?” duga Arianna.
Lisa sekadar mengangguk. Mereka berdua keluar dari butik MAC. Kaki terus dihala ke tempat letak kereta.
“Boyfriend aku tu dah balik. Dia cari aku, nak jumpa. Marah betul dia. Berkali‐kali call tapi tak
dapat,” jelas Lisa.
“Baru balik dari mana? Eh! Siapa nama pakwe kau tu? Norman? Dia kerja apa?”
“Dia baru balik dari Bali. Ada partner party kat sana. Nama dia Norman Hamzah. Aku panggil dia... abang sayang, abang di mana. Hati risau mengenang dikau...” Lisa sempat menyanyikan sebaris lagu. Arianna menjuih bibir.
“E... gatalnya. Eh! Pakwe kau tu lawyer ke? Kaya gila dia buat partner party kat Bali.”
“Ha’ah. Lebih kuranglah. Party kat sana teacher dia orang yang sponsor. Dia pergi bawak body je. Tiket pergi balik pun orang bayar,” cerita Lisa.
“Iye? Wah! Bestnya. Dia buka syarikat sendiri ke?”
“Ha’ah.”
“Patutlah kau mewah semacam. Sekarang ni kau perabis harta daddy kau. Lepas kawin kau perabis harta lakikau pulak. What a wonderful life!”
“Of course! Muda hanya sekali, so kita enjoy!!”
“Iyelah tu. Eh! Apa nama tunang kau tadi? Norman?”
“Iye. Norman Hamzah bin Mahmud Hamzah.”
“Wait! Don’t you say tunang kau tu tuan punya Norm Hamzah, Sarah & Associate.” Arianna
memandang Lisa dengan mata bulat.
“Hey! Macamana kau tahu?”
“No! Tak mungkin. Norm Associate tu kan peguam syarikat aku,” beritahu Arianna lalu menggeleng perlahan. Langsung dia tak menduga. Tapi dia belum pernah berjumpa dengan lelaki itu.
“Really? Apasal aku tak tahu? Eh! Kau pernah jumpa dia?”
“Belum. Masa aku take over company,Sarah yang uruskan semua hal tu. Tak ada pulak dia datang pejabat.”
“Really? Apasal dia tak pernah beritahu aku?”
“Kenapa? Semua urusan dia kau tahu ke? Eh! Semua tu kan P&C,” Arianna pelik.
Mereka menghampiri kereta kepunyaan Lisa dan terus masuk ke dalam. Marlisa menghidupkan enjin sambil mengenakan tali pinggang keledar. Arianna juga sama.
“Tak juga. Cuma kalau kes yang dia kendalikan tu membabitkan perempuan, dia akan beritahu aku,” beritahu Lisa. Dia memandu keluar dari kawasan letak kereta.
“Iye ke? Bukan kau yang paksa dia supaya beritahu kau? Aku rasa kau ni jenis cemburu buta.”
Lisa tercengang mendengar kata‐kata Arianna. Seketika dia tersengih lebar.
“Bukan cemburu buta. Beringat sebelum kena!” balas Lisa lalu ketawa. Seketika Arianna turut
ketawa.
“Eh! Kita nak pergi mana ni?” tanya Arianna menyedari persekitaran di luar agak asing baginya.
“Tadi kata nak makan kat restoren melayu. Aku bawa kau pergi sanalah ni.”
“Oh! Lupa pulak aku. Asyik dengar kau melalut.”
“Ish! aku pulak yang salah!”
“Memang!”
“Iyelah. Ikut suka kaulah. Emm... sampai sana nanti bolehlah kau kenal dengan abang ipar aku.”
“Kenapa? Kau ada janji dengan Kak Yati juga ke? Bestnya, dah lama aku tak jumpa dia,” Arianna
bersorak riang.
“Bukanlah. Kak Yati sekarang mana keluar rumah. Tengah bersiap sedia tunggu waktu bersalin.”
“Iye ke? Habis tu abang ipar kau tu?”
“Dia tuan punya restoren yang kita nak pergi ni.”
“Really? Abang ipar kau buka restoren? No wonder kau makin sihat. Hari‐hari makan free,” Arianna ketawa kecil.
Lisa tersengih. Mengakui kebenaran kata‐kata itu.
MAK SENAH dan Pak Usin benar‐benar terkejut apabila mereka dikunjungi anak angkat mereka, Tengku Ezan. Tengku Ezan juga begitu gembira. Memang dia sudah terniat untuk memberi kejutan kepada kedua ibu bapa angkatnya itu.
Selesai makan tengahari, mereka bersantai di ruang rehat belakang rumah. Banyak perkara yang dibualkan memandangkan sudah sembilan tidak bertemu.
Mak senah menangis gembira. Benar‐benar terharu dengan kunjungan yang tak diduga itu. Malah dia terlalu gembira ketika Tengku Ezan mengatakan kepulangan ke Malaysia itu untuk selama‐lamanya.
“Pak Engku dengan Mak Engku apa khabar sekarang? Lama benar kami tak dengar khabar mereka,” tanya Pak Usin sambil mencicip kopi O panas.
“Sihat, ayah. Sekarang atuk dan nenek dah menetap di Canada. Mereka kirim salam pada ayah dan mak sekeluarga. Mereka dah tak dapat balik sini, dah uzur sangat,” beritahu Tengku Ezan.
“Waalaikumussalam,” jawab Pak Usin dan Mak Senah serentak.
“Kat Malaysia ni Ezan tinggal kat mana?” tanya Mak Senah pula.
Mata tidak lepas dari memandang wajah tampan anak angkatnya. Semasa kecil tidaklah setampan itu wajah Tengku Ezan. Tapi bila sudah dewasa makin terserlah wajah arwah Puan Suzana Teoh.
“Kat area KL ni aje, mak. Ezan menyewa dengan kawan lama,” beritahu Tengku Ezan. Dia turut
mencicip kopi O buatan emaknya.
“Kat sini, kerja apa nanti?” Pak Usin pula bertanya.
“Belum tahu lagi, ayah. Insha‐ALLAH, minggu depan baru Ezan keluar cari kerja. Buat masa
sekarang ni Ezan ingat nak rehat dulu.”
“Emm... betul tu. Macamana sekarang? Dah boleh sesuaikan diri dengan cuaca Malaysia?
Maklumlah cuaca kat sini sentiasa panas. Macam Arianna dulu. Seminggu dia balik langsung tak boleh tidur. Air‐cond tu sampai habis nombor dia tekan. Bila mak masuk bilik dia rasa macam duduk dalam peti sejuk,” cerita Mak Senah lalu ketawa.
Pak Usin mengiyakan semua itu dan turut ketawa. Tengku Ezan sekadar tersenyum dan mengangguk kepala.
“Alhamdulillah. Tak ada masalah,” beritahu Tengku Ezan.
Seketika telefon bimbit Tengku Ezan berbunyi. Pak Usin dan Mak Senah memberi ruang untuk lelaki itu menjawab panggilan. Setelah mematikan telefon, Tengku Ezan memandang ayah dan emaknya silih berganti. Berat rasa hati untuk meninggalkan mereka berdua.
“Kenapa Ezan?” Mak Senah menyedari perubahan wajah Tengku Ezan.
“Err... kawan serumah Ezan telefon. Tanya Ezan kat mana? Maklumlah Ezan datang sini pun pinjam kereta dia,” beritahu Tengku Ezan teragak‐agak.
Mak Senah tersenyum lebar. Faham dengan maksud anaknya itu.
“Kalau macam tu Ezan baliklah dulu. Tak elok buat kawan Ezan tertunggu‐tunggu. Mungkin dia nak guna kereta,” kata Mak Senah. Dia berkalih pada suaminya di sisi.
“Betul tu, Ezan. Tak apalah. Lain kali Ezan boleh datang lagi. Lagipun Ezan sekarang dah tinggal
kat Malaysia. Apa susah,” kata Pak Usin pula.
“Iyelah. Ezan sebenarnya malas nak balik. Rindu dengan mak dan ayah pun tak terubat lagi. Kalau boleh Ezan nak bermalam kat sini sehari dua,” ujar lelaki itu tanpa menyedari dia sudah terperangkap dengan kata‐kata sendiri.
“Hah! Elok benar tu. Lain kali kalau Ezan datang, bermalam aje kat sini. Ayah rasa kalau Dato’ tahu, dia mesti suka. Dia pun dah lama tak jumpa Ezan. Ezan telefon ayah kalau Ezan nak datang. Ayah boleh jemput. Jangan lupa beritahu alamat tempat tinggal Ezan,” Pak Usin pantas mencelah. Gembira benar dia mendengar kata‐kata Tengku Ezan.
“Err... lain kali Ezan beritahu. Err... Ezan kena pergi sekarang, mak, ayah. Lain kali Ezan datang
lagi.”
Tengku Ezan mula gugup menyedari keterlanjuran ayatnya. Pantas dia bangun dari kerusi. Pak Usin dan Mak Senah menghantar Tengku Ezan ke halaman.
“Ezan pergi dulu. Insha‐ALLAH Ezan akan datang lagi. Kirim salam Ezan dengan Abang Shah.
Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam,” jawab Pak Usin dan Mak Senah. Mereka menghantar kepergian anak angkat mereka itu dengan pandangan mata.
Tengku Ezan memandu kereta keluar dari kawasan perumahan mewah itu. Dalam hati, dia kembali dihambat rasa bersalah kerana terpaksa berbohong pada emak dan ayahnya.
‘Maafkan Ezan, mak... ayah. Sebenarnya Ezan masih belum bersedia. Insha‐ALLAH, sampai
masanya nanti, Ezan akan ceritakan tentang segala‐galanya pada mak dan ayah. Juga Dato’
sekeluarga.’
Tengku Ezan bermonolog, menghalau kegusaran dan rasa bersalah di hati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan