Bila dia maksudkan untuk kebaikan Shawn, ini yang dia maksudkan.
Sebaik sahaja dia tiba di muka pintu depan Fiction ﴾kebiasaannya dia masuk ikut pintu belakang, tetapi kali ini dia terpaksa﴿ dia nampak dua figura manusia yang duduk di salah satu meja berdekatan almari buku sambil menghirup kopi mereka. Seorangnya lelaki dengan kamera DSLR di tangan dan seorang lagi seorang wanita dengan rambut disanggul dan berpakaian smart kasual. Di tangan wanita itu terdapat sebuah tablet dan sebuah rekoder dan bila dia masuk ke dalam kafe, dua orang itu berpaling ke arahnya. Wanita itu tersenyum penuh makna.
Suri ketap bibirnya sehingga dia rasa seperti bibirnya akan luka bila‐bila masa. Dia mendekati bar kaunter dan memandang Lucy yang sudah sedia untuk memulakan kerja. Selalunya Lucy akan pilih waktu bekerja sama dengan dia. Mudah dan senang untuk berinteraksi.
“Awal sampai,” tegur gadis itu dengan sengihan sindir. “Dah kenapa kau tiba‐tiba ikut depan? Buang tebiat ke?”
Suri tidak endahkan soalan Lucy sebaliknya dia sandarkan badannya ke depan, mendekati rakan sekerjanya itu. “Kau nampak dua orang customer tu...”
Lucy pandang ke arah yang Suri maksudkan. “Kenapa?”
“Er...” Suri berasa teragak‐agak untuk bertanya. Setahun dia di sini dan dia simpan ketat akan
kehidupan peribadinya daripada semua orang dan dari cara orang‐orang di sini layannya, mereka semua seperti tidak mengenalinya. Tidak seperti di kota bandar metropolitan sana, mana‐mana sahaja dia pergi – urgh, lupakan sahaja akan hal itu. Dia tidak mahu ingati semua itu kerana ada satu benda yang paling dia ingin elak berada di hadapannya.
“... ada tak diaorang tanya kau benda‐benda?”
Dahi Lucy berkerut‐kerut. “Tanya apa? Tak ada.” Gadis itu menggeleng pasti. “Masa aku baru nak masuk shift tadi, aku nampak diaorang berbual‐bual dengan bos. Jadi aku ingat diaorang kawan bos. Kenapa?”
Suri pantas menggeleng. Kemudian dia cuba ukir senyum ikhlas pada Lucy agar gadis itu tidak perasankan sesuatu yang tidak kena. Semenjak iklan telefon pintar terbaru dari syarikat datuknya keluar, seperti tiada siapa sedar yang model mempromosikan telefon pintar itu ialah dia. Namun kadang‐kadang Keith ada tegurnya yang wajahnya tampak ‘familiar’ di awal perkenalan mereka beberapa bulan lepas. Remaja seperti Keith mudah mengenali selebriti dari tokoh‐tokoh dan itu yang buatkan dia sedikit gementar dengan remaja itu di awal perkenalan mereka. Lagi‐lagi semalam dia sudah mula mempromosi hubungannya dengan Shawn di media sosial...
“Bos mana?” soal Suri lagi. Matanya melilau mencari susuk tubuh seorang lelaki dan matanya berhenti menari‐nari bila dia nampak pengurus itu berdiri di aras atas, turut memandang ke arahnya dengan pandangan helang yang sejak kebelakangan ini pandangan itu menjadi trademarknya.
“Tuuu...” Lucy juga memandang ke arah yang sama dengan bibir menjuih ke arah Fredrick.
“Aku rasa tak sedap hatilah Suri. Kau buat masalah lagi ke?” bisik gadis itu.
Suri hela nafas panjang. “A very big trouble.”
“SAYA anggap apa yang awak cakap pada saya tempoh hari fasal awak tak kenal owner sebenar kedai ni tak pernah berlaku.”
Saat itu Suri seperti dapat nampak yang dia semakin tenggelam ke dalam pasir jerlus perlahan dan menyesakkan. Kalau boleh, dia mahu lari dari situ dan menyorok dalam almari locker sehinggalah dua orang wartawan dan Fredrcik pulang ke rumah tetapi dia sudah berjanji pada dirinya sendiri yang dia tidak akan lagi melarikan diri. Satu‐satunya tali yang boleh bawa dia keluar dari pasir jerlus yang menenggelamkan dirinya ini ialah, “saya minta maaf.”
“Sebab?”
Suri tahan rasa geramnya. Boleh pula lelaki ini buat‐buat tidak faham akan sebab dia memohon maaf dan perasaan itu semakin bertambah bila dia fikirkan yang semua ini berlaku kerana kehadiran dua orang wartawan di bawah itu.
Fredrick mendekatkan dirinya pada meja. Dua belah tangannya diletakkan di atas permukaan tersebut. Senyuman nipis menghiasi wajahnya. “Saya bukannya nak takutkan awak atau buat awak rasa terkejut tapi saya perlu tahu sebab saya majikan awak. Contoh macam sekarang. Kalau saya tak ada kat bawah tadi, kawan‐kawan awak mungkin tahu siapa awak dan rahsia yang awak cuba sorokkan jadi sia‐sia. Sekurang‐kurangnya saya boleh bantu awak dalam aspek ini.”
Kata‐kata Fredrick entah mengapa buatkan matanya berair. Bukannya lelaki itu tengking dia atau salahkan dia. Tetapi dia rasa bersalah dan marah. Takut lagilah. Semua itu bersatu dan perasaan yang dia simpan sebelum ini ﴾ketika dia berhadapan dengan Shawn﴿ menjadi perencah asas kepada hatinya yang mula berasa berat dan sukar. “Saya cuma nak kehidupan biasa jauh dari perhatian. Salah ke saya rahsiakan hal ini?”
“Saya tak kata awak salah tapi ia berkaitan dengan kedai ni. Saya tahu yang awak tahu siapa owner kedai ni. Saya manager kedai yang jaga management kedai ni. Awak tak fikir ke yang saya perlu tahu hal ni?” Lembut sahaja Fredrick menutur kata. Mungkin dia perasan akan telaga yang bakal pecah di mata Suri.
“Macam mana bos boleh tahu?”
“Assumption. Tapi awak jangan risau, saya tak bagitahu sesiapa pun fasal status awak pada kawan‐kawan awak and as for the rights of this cafe, I’m still the manager right?”
Suri mengangguk lemah. “Bos jangan risau. Atuk bukan jenis yang suka pecat‐pecat orang suka hati sebab dah tahu rahsia cucu dia.”
“Awak takkan ambil alih kedai ni lepas habis belajar?” soal Fredrick menunjukkan yang lelaki ini tidak tahu duduk perkara sebenar akan hak milik kedai ini. Mungkin dia boleh tarik nafas sedikit di situ. Masih, dia tetap rasa seperti hendak menangis.
Suri hanya ukir senyum lemah. Dia tidak tahu bagaimana hendak jawab soalan itu memandangkan ia mungkin akan bawa rasa kekok dalam hubungan professional ini.
“Hey, saya cool je kalau tiba‐tiba awak jadi bos saya. As long awak bayar gaji saya, saya okey,” ujar Fredrick cuba membuatkan Suri berasa lebih selesa. Kemudian dia hulur sehelai tisu pada Suri. “Lap air mata tu. Saya akan panggil wartawan‐wartawan tu bila awak dah sedia. Atau awak nak buat aja di bawah?”
Suri menggeleng. “Bagi saya masa lima minit.”
Fredrick bagi isyarat faham dan keluar dari biliknya. Sebaik sahaja bayang lelaki itu hilang, bahu Suri jatuh. Terbang segala semangat yang sudah sememangnya terbang. Dia tidak tahu samaada dia mampu berhadapan dengan wartawan selepas ini atau tidak. Alangkah bagusnya jika Bianca dan Harris juga ada bersamanya tika ini. Mereka berdua diberi cuti dua minggu selepas setahun berkhidmat untuk Suri tanpa cuti dan masa‐masa beginilah masalah datang mengetuk kepalanya.
Apa sekalipun yang bakal wartawan ini ajukan soalan dia perlu banyak bersabar dan bertahan. Dia perlu semangat yang kuat dan kaki dan punggung yang berat agar dia tidak larikan diri dari situasi tersebut. Kali terakhir dia berhadapan dengan situasi begini, berita tentang dia berbelanja sakan di pusat beli belah tersebar luas. Itupun Bianca dan Harris ada bersamanya, perkara seperti salah tafsir tetap berlaku. Sekarang ini dua orang pengawal peribadinya pergi bercuti dan dia mati kutu.
‘Tok, tok.’
Suri terbejat. Pantas dia sapu‐sapu wajahnya agar tiada lagi kesan air mata atau mata yang memerah kerana menangis. Tidak fasal‐fasal nanti wartawan ini nanti buat spekulasi yang dia dibuli dengan majikan. Kelakar tidak kelakar.
“Masuk.”
Suri tarik nafas sekali lagi, menyedut segala semangatnya yang telah terbang tadi dan simpannya di dalam kotak hatinya agar tidak terbebas. Dengan lemah lembut dia berpaling memandang seorang wartawan wanita dan seorang jurukamera lelaki yang sudah memasuki pejabat pengurusan kafe.
“Duduk,” persila Suri.
Mereka mengambil tempat di sebuah sofa untuk dua orang dan Suri mengambil tempat di sofa yang berhadapan dengan mereka. “Minum?”
“Tak perlu. Kami dah minum tadi. Terima kasih,” sopan wanita itu menolak. Kemudian dia keluarkan kad namanya dari poket bajunya. “Saya Reyna Miyazuki dan ini jurukamera saya, Ichi.”
Dahi Suri berkerut dan keningnya bertaut. “Ichi?”
Jurukamera yang bernama Ichi itu tersengih lalu dia buat‐buat seakan mengambil gambarnya sambil menyebut, “tiga, dua, satu!”
Suri mengangguk seakan‐akan memahami relevan nama itu. Samaada samaran ataupun nama sebenar, tidak mahu dia ambil tahu. Janji jurukamera itu gembira dengan namanya sendiri. Suri berpaling memandang ke arah Reyna kemudian pada kad nama yang wartawan itu berikan tadi. Sekali lagi kening Suri bertaut. “Betul ke ni?”
Reyna tersenyum ramah dan mengangguk pasti.
“Kenapa? Maksud saya, saya tak rasa saya tergolong dalam kategori wawancara awak. Selalunya wartawan cari saya sebab gosip,” soal Suri dengan rasa tidak percaya. Dua orang manusia yang duduk di hadapannya ini ialah wakil dari majalah Times dan dia bukannya orang yang berpengaruh untuk ditemu bual secara spontan seperti ini.
Reyna pandang Ichi dan mereka berdua saling bertukar pandangan sebelum memandang ke arahnya semula. “Percaya kami Cik Nomiya. Awak lebih dari sekadar gosip. Awak ialah salah seorang waris yang bakal mewarisi syarikat gergasi yang mempunyai pengaruh dalam ekonomi negara.”
“Kalau macam tu kenapa tak temu bual Makita Ito, pakcik saya?”
“Cik Nomiya tak perlu berasa rendah diri. Kami datang kerana kami dapat recommendation mengatakan yang kemungkinan besar, cik akan mewarisi syarikat lagi‐lagi kami dengar berita yang cik bertunang dengan pewaris empayar Robb and West Corp., saya tak nampak yang pakcik cik akan menang perlawanan ni. Lagipula cik ialah direct decendent keluarga Nomiya. Lagisatu saya minta maaf sebab tak telefon cik awal‐awal akan kedatangan kami,” cakap Reyna yakin dan nadanya sangat pasti akan fakta itu.
Suri cuba mengekalkan ekspressi wajahnya dari menampakkan rasa terkejutnya. Siapa sahaja yang cadangkan namanya untuk ditemu ramah oleh wartawan dari majalah terkemuka seperti ini? Bukan Orang Tua Heitai. Datuknya masih lagi belum boleh menerima Shawn sepenuhnya dan jika ya, datuknya akan aturkan dahulu pengunguman rasmi pertunangan mereka.
Pengunguman di majlis makan malam syarikat tempoh hari, itu hanya untuk tutup mulut Hiromi. Sekejap. Suri dapat rasa yang kepalanya berpinar. Kalau datuknya tahu yang wartawan dari Times carinya di sini tentu‐tentu orang tua itu akan meletup. Lagi‐lagi bila dapat tahu ini semua angkara tidak lain dan tidak bukan, Hiromi Kenichi.
“Cik Nomiya?”
Suri tersentak. “Maaf. Saya terfikir samaada perlu saya pergi tukar pakaian saya atau tidak sebab seperti yang awak tahu, saya hanya pakai pakaian kasual sahaja.”
Reyna lihat dia atas bawah kemudian tersenyum. “Saya rasa tak perlu. Seperti yang digambarkan, pakaian cik cukup menggambarkan peribadi dan kesederhaan yang ada pada diri cik. Pembaca sekarang ini lebih suka baca tentang pewaris yang rendah diri dan tampak realistik,” bisik wanita itu dihujung kata‐katanya dengan nada berlulecon.
Suri ketawa, dalam hati dia seperti hendak mencari Hiromi dan campak lelaki itu ke dalam lubuk jerung!
“Jadi boleh kami mulakan sesi temu bual?”
“Sebelum tu,” potong Suri. “Macam mana awak boleh jumpa saya di sini? Kawasan ini agak jauh dari perhatian orang dan wartawan sekarang pun susah nak cari saya,” soalnya risau. Jika seorang wartawan dari majalah ternama boleh jumpa dia, sudah tentu‐tentu yang lain akan dapat jumpa dia tidak lama lagi. Lagi pula bukannya Hiromi tahu di mana dia belajar atau di mana dia bekerja sambilan. Jika dari gambar di instagram yang dia viralkan, dia sudah pastikan latar belakangnya dikaburkan dan lagi‐lagi tanda mercu yang wujud. Dia sangat berhati‐hati dengan setiap apa yang dia post‐kan.
Sekali lagi Reyna pandang Ichi di sebelahnya. Saling bertukar pandangan dan bahasa isyarat.
“Orang yang recommendakan itu sendiri yang beritahu kami di mana cik berada. Malah dia juga beritahu yang kafe ini bakal cik warisi. Kenapa?”
Terkebil‐kebil mata Suri. Kali ini dia dapat rasa yang bukan sahaja Hiromi yang dia akan campak dalam lubuk jerung tetapi dengan orang‐orang yang mengintip gerak geri dia sekali!
SURI rebahkan badannya di atas tilam empuknya. Lengan kanannya menutupi sebahagian wajahnya, memaksa kedua belah matanya tertutup. Badannya penat dan semangatnya telah lama terbang selepas wartawan‐wartawan itu pergi. Dia cuba untuk tidak tunjukkan yang dia tiada perasaan untuk teruskan kerjanya selepas itu tetapi dari cara Fredrick dan Lucy pandang dia, dia tahu dia tidak pandai untuk sorok rasa penat itu.
Miza masih lagi belum pulang dari kampus. Rumah berasa lebih sunyi bila gadis itu tiada. Dia pandang pintu biliknya. Lima langkah dari situ ialah bilik air dan dia perlu tukar baju dan bersihkan badannya agar dia lebih senang untuk dapat tidur yang lebih lena tetapi badan yang tiba‐tiba berasa berat dan kemalasan yang menimpa‐nimpa tubuhnya menjadikan dia lebih suka berbaring di atas tilam memandang siling putih.
Telefon pintarnya berbunyi. Malas Suri ambil telefon pintarnya dan dia lihat skrin telefonnya. Panggilan dari Shawn. Dia berkira‐kira samaada dia perlu angkat atau biarkan sahaja. Mereka tidak pernah memilih untuk berbual di telefon dan lebih senang dengan pesanan ringkas tetapi sejak akhir‐akhir ini dia waima Shawn seperti ada satu persetujuan yang mereka mahu lebih dari sekadar pesanan ringkas. Akhirnya dia pilih untuk angkat.
“Hello?”
Mendengar suara Shawn buat pertama kali di corong telefon membuatkan hati Suri berdegup laju. Badanya dengan segera terbangun dari tilam dan berasa sedikit bertenaga. Semangatnya yang terbang kembali hinggap di tubuhnya. Ajaib. Dengan suara Shawn dia boleh berasa begini. Pipinya memerah.
“Ya.”
“Awak okey?”
“Ya.”
Kedengaran Shawn hela nafas lega.
“Kenapa?”
“Saya... risau. Awak tiba‐tiba balik dan tak tunggu saya jadi saya risau kalau ada apa‐apa benda buruk berlaku kat awak,” terang lelaki itu.
“Oh.” Semakin merah wajah Suri. Nasib baik Shawn tiada di hadapannya jika tidak dimana dia hendak sorok wajahnya. Dia bermain dengan hujung rambutnya. Tidak dia sangka yang Shawn akan risau akan perkara itu.
“Awak kat mana?”
“Rumah. Dalam bilik.” Sepatah‐sepatah dia jawab. Dia takut kalau Shawn perasan yang dia sedang gementar sekarang ini.
Lelaki itu senyap dan dia pun senyap. Kebisuan menguasai mereka dan Suri tidak suka itu. Seperti Shawn tiba‐tiba menjauh dari dia. “Ryuuji?” panggilnya.
“Awak marah saya ke?”
“Tak!”
“Jadi saya ada buat silap tadi?”
“Tak!”
“Then say something!”
“Saya...” Suri ketap bibirnya. Pelbagai benda bermain dalam fikirannya. Tentang hubungannya dengan Shawn, tentang Hiromi yang cuba bermain tali dengannya, tentang Fiction dan tentang masa hadapannya. Semuanya bercampur baur. Dia rasa seperti hendak menangis.
“Saya...”
Dia cuba tahan air matanya dari menitis. Dia cuba tahan dari sendunya kedengaran. Tetapi kenapa dia lemah sangat? Kenapa?
“Suri...”
Bila dia dengar Shawn panggil nama dia, terus empangannya pecah. Dia tidak sekuat yang semua orang katakan. Dia hanya perempuan biasa yang nampak keras di luar tetapi rapuh di dalam. Malah dia tidak tahu samaada dia akan dapat tidur atau tidak malam ini. Bila setiap kali semua ini berlaku, dia rasa malu dengan diri dia sendiri. Malu juga dengan Shawn. Entah kali keberapa dia menangis sebegini di hadapan Shawn.
Dia dengar bunyi bising di hujung corong. Apa yang Shawn sedang lakukan?
“Ryuuji?”
“Yeah Suri. Sorry. I’m listening.” Suara Shawn seperti jauh. “Don’t bother. Keep crying. Itu yang
terbaik,” cakap lelaki itu lagi seperti sebahagian dari perhatiannya ke arah perkara lain.
Memikirkan itu Suri rasa tidak enak. Geram juga ada. Malu lagilah.
“Tak. Kalau awak sibuk saya letak – ”
“No! No!” jerit Shawn.
Suri tersentak. Suara Shawn kemudiannya kembali jelas di telinganya. “No! Don’t. Saya tak nak awak letak. Nasib baik malam.”
Dahi Suri berkerut tidak faham dengan hujung kata Shawn. Mindanya tiba‐tiba terfikirkan sesuatu. “Awak driving ke?”
“Um...” Suara lelaki kedengaran gementar di hujung itu. Seperti sudah tertangkap melakukan sesuatu yang tidak baik. “Tolong Suri. Jangan beritahu polis fasal ni. Saya nak kena pergi rumah kawan saya tapi saya nak bercakap dengan awak. Tak boleh ke saya buat dua kerja dalam satu masa?” rayunya.
Satu perkara yang Suri harus akui. Shawn ialah lelaki yang tidak boleh dijangka. Satu masa dia fikir yang lelaki yang dia cintai ini seorang yang menjengkelkan tetapi rupanya penuh dengan sifat gentleman. Ironikan? Satu masa yang dia fikir Shawn jenis anak lelaki kaya yang suka belanja duit mak bapak dengan beli kereta mewah ﴾SUV and sports﴿ rupanya hanya dengan Volkswagen Golf pun sudah memadai ﴾tetap kereta mewah cuma melalui proses downsizing﴿.
Suri ketawa kecil di balik sendunya. “Ryuuji... awak ni rosakkan mood lah,” marahnya.
“Sekarang ni saya ketawa dalam menangis. Nanti orang kata saya pelik!”
“Jangan risau. Saya sorang je yang tahu awak pelik,” pujuk Shawn separa mengusik.
“Tumbuk kang!”
“Simpan tumbuk tu. Awak dah okey?” soalnya prihatin.
Suri mengangguk seperti Shawn ada di hadapannya. “Hm.”
“Baguslah. Sekarang ni cuba pergi tepi tingkap. Bulan tengah mengembang.”
Suri bangun dan bergerak ke tepi tingkap. Mata mencari bulan yang mengembang seperti dikatakan Shawn. Yang dia nampak hanya taburan bintang dan gugusan awan malam. Bibir Suri cemberut. “Tak nampak dari sini.”
“Ya?” Shawn mengeluh. “Dari sini nampak cantik sangat even perempuan yang duduk kat tepi tingkap ni pun cantik jugak. Cuma muka dia macam tak sememeh sikit.”
Dahi Suri berkerut. Terus matanya mendarat pada tepi jalan depan rumahnya dan dia nampak kereta kecil Shawn dan tuannya yang bersandar di pintu kereta. Bila mata mereka bertembung, lelaki itu melambai.
“Awak kata nak pergi rumah kawan awak.”
Muka lelaki itu terkejut. Terkejut yang dibuat‐buat. “Ye? Saya kata kawan ke? Saya rasa macam
cakap tunang tadi.” Nadanya selamba menutur ayat itu.
“Tak sweet‐lah Kominato.”
“Nampaknya tak menjadilah sweet suprise saya?”
“Nope.” Sebenarnya dia terkejut dan dia suka tetapi dia sorok kebenaran itu kerana biar Shawn
rasa kecewa sedikit di situ. Bukan selalu dia dapat kenakan Shawn.
“Okay, how about this. Ikut je apa yang saya buat. Okey?” Shawn letak tangan kirinya yang
tidak memegang telefon ke arah pipinya. Lebih tepat bawah mata.
Suri ikut gerak tangan Shawn. Menyapu saki baki air matanya.
“That’s me, wiping your tears,” bisik Shawn. Kemudian dia tukar posisi telefonnya dari tangan
kanan ke tangan kiri dan Suri ikut juga. “Now – ” Shawn letak tangan kanannya di bibir, seolaholah
sedang mencium jemari itu lalu dibawa ke dahi. “ – that’s me giving you a good night
kiss.”
Pipi Suri memerah. Dia menundukkan wajahnya. Bolehkah dia buat satu lagi pengakuan?
Shawn bukan sahaja menjengkelkan dan gentleman tetapi boleh membuatkan jantungnya
berdegup lebih laju dari biasa. Lelaki yang boleh buatkan dia jatuh cinta berkali‐kali. Pernahkah
Shawn buat begini pada gadis lain? Bagaimana dengan cinta pertama lelaki itu? Dia angkat
wajahnya memandang lelaki yang berdiri di samping kereta kecil itu, dengan mudah tampak
seperti seorang model yang keluar dari majalah.
Ingin sekali dia ajukan soalan itu, entah kenapa soalan itu tersekat di kerongkongnya. Yang
keluar hanya dengusan gementarnya. “Sekarang... saya nak kena buat apa pulak?”
Mata mereka bertembung. “Apa lagi yang saya nak kena buat, Ryuuji?”
“Right!” Lelaki itu berdeham sedikit dan batuk‐batuk sedikit. “Hurm, awak pusing dan berjalan
dengan tenang ke arah katil awak,” arahnya.
“Okey,” akur Suri tanpa banyak bicara dan pergi ke arah katilnya. “Lepas tu?”
“Awak baring.”
“Okey.”
“Selimut badan awak sampai dagu.”
“Sampai dagu?” Suri tarik juga walaupun kedengaran pelik.
“Yeah sebab sejuk sikit malam ni.” Shawn beralasan. Suaranya kedengaran lembut.
“Okey.” Suri tersenyum kecil. Terima sahaja segala jenis alasan yang Shawn berikan. “Lepas tu?”
“Close your eyes. Good night Suri,” ucap suara yang mencuri hatinya itu.
“Ryuuji,” panggil Suri sebelum lelaki itu matikan panggilan.
“Yes?”
“Thank you..." dia jeda. Pipinya bertukar merah memikirkan ayat yang dia bakal katakan ini.
"Saya bersyukur sebab saya dapat awak sebagai tunang saya,” cakapnya jujur sambil mata
terpejam terbayangkan wajah lelaki itu memerah walaupun itu hanya angan‐angan dia.
“Saya juga Suri.”
“Selamat malam,” ucap Suri sebelum matikan talian dan untuk malam itu, walaupun dia hadapi
segala jenis masalah yang boleh buat dia tidak tidur lena, tetapi malam itu, kerana Shawn, dia
dapat tidur lena hingga ke paginya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan