Malam itu dia pulang, Miza sudah berada di rumah dimana Suri rasa sedikit mengejutkan.
“Miza!”
Sahabatnya itu tersengih lalu meletak mug berisi coklat panas di atas meja makan. Dia bangun dan depangkan tangannya. “Miss me?”
Suri peluk erat tubuh gadis itu. Berasa badan Miza yang kering dan kekurangan lemak. Boleh nanti sahabatnya ini berlumba‐lumba siapa paling bonny dalam rumah ini. “Aku ingat kau dah tak nak balik rumah dah...”
“Kau gila aku tak nak balik? Kau ingat aku tak payah mandi ke?” marah Miza dalam nada bergurau.
Suri tersengih sumbing. Angin Miza sudah kembali dan bebelannya pun sudah normal. “Projek kau dah siap?” soalnya sambil mengambil tempat di tempat yang dia biasa duduk; di hadapan Miza.
Miza menjeling ke siling. “Kau jangan ingatkan aku fasal benda tu. Dua tiga hari ni aku nak rehat dari asyik menghadap benda tu 24 jam. Yang lain semua dah nak siap kecuali SCULPTURE! Aku paling tak suka projek sem ni! Argh, macam haram je!”
Suri ketawa mengekek. Miza yang dia kenal memang sudah kembali. Dalam kepala dia sibuk fikirkan bagaimana di hendak serahkan kad kahwin Yukano pada Miza.
“Yang kau terlebih gembira ni kenapa?”
Suri berhenti ketawa tetapi bibirnya masih tersenyum‐senyum. “Ye ke? Aku cuma lega je yang kau dah tak moody.”
Miza senyum nipis. “Yup. Aku dah tak nak tengok langit dah!” umumnya lebih kepada permainan kata‐kata. Langit yang membawa maksud Sora.
Suri tergamam. “Miza...”
“Apa?” Sahabatnya minum air coklat dengan riak selamba.
“Kau... fasal Kak Yukano tu, kau...”
“Suri...” Miza sapu bibirnya yang dibasahi dengan air coklat itu. “... tu benda paling obvious dalam berita. Walaupun dorang tak bagitahu siapa bapak dia, aku tahu. Aku dapat rasa. Lagipun – ” Suara Miza tersekat.
“Lagipun?”
Miza pandang ke luar tingkap. Terdengar nafas Miza yang menggeletar. “Masa aku on the way nak masuk balai dari Guam, aku nampak diaorang baru sampai. To think that benda dalam perut dah tiga minggu and aku jumpa diaorang tiga minggu lepas... hati aku sakit Suri. Diaorang bahagia dan aku...”
Suri berlari ke sebelah Miza dan dia lihat sahabatnya itu sudah menangis. Cinta pertama Miza yang mekar pada usia gadis itu baharu digelar sweet 16. Pertemuan yang berlaku di stesen kereta api dan mereka kebetulan duduk sebelah menyebelah dan berkongsi minat yang sama. Sora yang pada waktu itu seorang pelajar universiti yang baharu datang ke ibu negara. Miza banyak membantu Sora mengadaptasi hidup di bandar dan mereka berdua jatuh cinta.
“Lepas tu dia ada hati pulak telefon aku, jemput aku datang wedding dia. Memang aku ni tak ada perasaan,” tangis Miza lagi.
Suri ketap bibirnya. “Fasal tu...” Dia ambil beg sandangnya dan masih lagi berasa agak‐agak sama ada dia patut keluarkan kad kahwin itu atau tidak. “Kak Yukano datang tadi. Dia suruh aku bagi kau...” Dia tidak habiskan ayatnya. Mata Miza sudah membulat memandangnya.
“Kau tak payah tunjuk kat aku. Aku dah nekad tak nak pergi pun. Diaorang berdua tu gila. Dia ingat aku ni baik sangat ke? Aku tak tahu Suri, kenapa malang sangat nasib aku dengan lelaki?”
Suri buang begnya jauh. “Kenapa kau tak bagitahu aku masa malam kau datang menangis tu, Miza? Kenapa kau tak cakap kat aku kau nampak diaorang kat Guam?”
Sahabatnya pandang ke arah lantai. Jemarinya saling bermain sambil menggeleng. “Aku tak sampai hati Suri. Kau nampak bahagia sangat. Pertama kali lepas dua tahun, aku nampak kau senyum dari hati,” jawab Miza lalu memeluknya. “Aku tak nak kau rasa susah sebab hal aku. Aku nak kau tidur lena. Dah tiba masa untuk kau bahagia, aku tak nak jadi selfish. Lepas apa yang kau lalui Suri, aku tak sanggup. Aku nak kau bahagia.”
Tangan yang mengusap belakang Miza bertukar tepukan lembut. Hati Suri semakin berat dengan perasaan bersalah. Lidahnya kelu. Dia mungkin nampak bahagia di luar tetapi di hatinya saat ini dia ragu‐ragu dengan bahagia yang dia rasakan. Dia takut yang bahagia yang Miza nampak itu hanya sementara. Dia takut jika suatu hari nanti dia akan ditinggalkan lagi.
“Tak Miza. Kau tak selfish. Kalau aku bahagia, kau kena bahagia juga. Persetankan mereka. Aku kan ada. Sepanjang kita bersama, kau selalu di sisi aku. Bukan aku seorang aje yang nak bahagia, kau juga. Jadi lain kali bila setiap kali kau bermasalah, cari aku. Kita selesai sama-sama. Aku bahagia, kau bahagia,” pujuknya. Dia tekad. Cinta baharu yang wujud kali ini tidak akan dia lepaskan. Supaya nanti dia mampu beri sedikit bahagia yang dia ada ini pada mereka yang dia sayang. Bukankah orang kata bahagia itu umpama satu penyakit berjangkit? Dia akan sebarkannya. Dia tidak mahu Miza merana sepertinya.
RAMA‐RAMA. Suri dapat rasakan yang ada serangga bersayap halus itu berterbangan di dalam
perutnya. Cuba mencari lubang untuk keluar. Namun, perutnya umpama sangkar yang enggan melepaskan serangga tersebut. Malah untuk dia bernafas juga seperti disekat‐sekat. Hanya peluh yang sudi memunculkan diri. Membasahkan tapak tangannya, kulit kepalanya, dahinya, belakang badannya dan kakinya. Sejuk macam mana di dalam restoran ini, dia tetap rasa seperti dia memakai baju tutup litup dan tebal di musim panas.
“Cuba minum air. Tenang sikit,” cadang Jun yang duduk di sebelahnya. Lelaki itu memakai pakaian baju‐t dilapisi kardigan dan jaket kargo. Tampak bergaya seperti biasa.
Suri menggeleng. Dia rasa dia akan hendak membuang air pula jika dia terima cadangan itu. Rambutnya yang diwarnakan merah scarlet malam semalam ketika dia dan Miza adakan malam Girl’s Night Beauty, dibetulkan mana yang terkeluar‐keluar dari celah telinganya.
Kukunya pula diwarna corak permukaan guli seperti yang mereka lihat di Pinterest.
“Saya tak nampak... alien sangatkan?” soal Suri gemuruh merujuk kepada perubahan baharunya.
Jun pandang wajah Suri yang bersolek ringkas dan berpakaian ringkas. Hanya Jaket tebal vaniti di dalamnya sehelai baju‐t tebal dengan seluar jeans. Dia letak ibu jari dan jari telunjuknya di bawah dagu. Ala‐ala sedang menganalisis. Dia gigit bibir atasnya. “Ha’ah.”
“Hah!?”
Jun ketawa mengekek. Suka dia dapat mengusik gadis ini. Dia ramas atas kepala Suri dan jemari gadis itu menepis tangannya. “Seriuslah!”
“Okey je,” komen Jun jujur. “Cantik warna rambut. Siapa pilih?”
Baharu sahaja Suri ingin menjawab, lirik matanya kesan bayang seorang lelaki di belakangnya. Serta merta dia terus gugup. Dari gaya Jun memandang belakangnya, Suri tahu, orang yang dia tunggu dari tadi sudah tiba.
“Ayah,” tegur Jun lalu bangun menyambut kehadiran Kiyoshi.
Suri cuba atur pernafasannya. Dia yang minta Jun untuk bawanya jumpa bapa kandungnya.
Setelah dia fikir masak‐masak, dia harus juga jumpa dengan Kiyoshi. Hendak atau tidak. Jika tidak, dia tidak akan dapat berkahwin dengan Shawn dan dia tidak akan bahagia. Jika dia tidak bahagia, bagaimana Miza hendak bahagia? Sahabatnya terlalu sayangkan dia.
Bila kedua‐dua orang lelaki itu mengambil tempat, seorang pelayan datang untuk mengambil pesanan makanan. Pada masa itu, Suri angkat wajahnya memandang wajah bapa kandungnya yang duduk berhadapan Jun. Wajah itu tunduk merenung senarai menu yang tersedia. Suri tunduk semula memandang kad menunya dan dia pantas memilih makanan yang dia ingini.
Lalu dia serah semula kad menu itu, begitu juga Jun dan Kiyoshi.
Pelayan itu menunduk dan berlalu pergi. Suri pandang wajah Kiyoshi dan kali ini bapanya juga pandang ke arahnya. Mata kecil dengan kedut di hujung mata. Hidung tidak terlalu tinggi, bibir nipis dan berkulit cerah. Sebahagian rambutnya sudah bewarna kelabu dan sebahagian lagi masih hitam. Badannya berbidang sederhana dan tangannya tampak kasar dan bercalar balar kesan dari kerja buruh. Begitupun keseluruhannya, dia rasakan bapa kandungnya ini seorang lelaki yang kacak namun tiada satupun ciri‐ciri yang ada ini menampakkan wajahnya.
“Ini kawan kamu Jun?” tegur Kiyoshi dengan riak terkejut. Mata lansung tidak berkelip.
Suri tunduk sedikit. “Hello, selamat petang. Saya kawan Abang Jun.” Suaranya kedengaran sedikit bergetar dan kurang keyakinan. Adakah bapanya kenal wajahnya?
Jun senyum‐senyum. “Kan saya ada cakap ada kawan nak join kita makan petang ni. Ayah ingat?”
Mata kecil itu terkedip‐kedip selepas merenung wajah Suri lama. Dia mengangguk tanda dia ingat. “Ayah tak sangka kawan kamu ni cantik. Pandai kamu cari,” cakapnya.
Serta merta mata Suri terbeliak besar. Dia pandang wajah Jun di sisinya yang sudah memerah pipinya.
“Bukanlah ayah. Ayah salah faham. Dia bukan macam yang ayah fikir,” nafi Jun.
Kiyoshi ketawa. Lembut dan menyenangkan. Mendengarkan rentak ketawa itu, Suri teringat petang yang dia pernah ada bersama ibu dan bapanya suatu ketika dahulu. Rentak ketawa itu tidak pernah berubah. Lansung tidak asing di telinganya.
“Ye? Ayah salah? Maaf lah ye.”
Suri senyum. “Tak apa.”
“Nama apa?” soal Kiyoshi. Wajah itu seperti mengharapkan sesuatu.
Suri pandang semula wajah Jun. Sebelum mereka tiba di restoran ini, dia sudah berbincang dengan Jun. Dia tidak yakin untuk beritahu bapa kandungnya yang dia ialah anak kepada lelaki itu. Dia cuma mahu lihat dan kenal dahulu.
“Bagus macam tu Suri. Sikit‐sikit dulu,” nasihat Jun pagi tadi. “Habis tu nanti bila dia tanya nama apa, kau nak bagi nama apa?”
Sehingga sekarang Suri tidak tahu hendak beri nama apa. Tiada satu nama pun yang muncul di dalam kepalanya. “Allisa Reed,” jawabnya tanpa dia sedar. “Panggil Allisa je.” Entah dari mana itu datang namun nama itu kedengaran begitu dekat dengan dirinya.
“Sebelum ni dia duduk luar negara. Baru je balik sini. Tu yang abang kenal dia, sebab kitaorang berjiran masa kat London dulu. Kan All?” sampuk Jun dan meminta persetujuannya.
Suri mengiakan. Memang spontan habis. Lansung mereka tak bincang secara terperinci. Harap Kiyoshi termakan dengan kata‐kata Jun.
“Oh...” Suara itu kedengaran kecewa. “Jiran Jun kat London? Pakcik ingat kamu ni orang‐orang sini je. Muka macam orang yang pakcik kenal. Ada saudara mara dekat sini ke?”
Pantas Suri menggeleng. Ya Tuhan, kau ampunilah penipuan aku ini... doa Suri di dalam hati.
“Keluarga semua dekat luar negara. Saya datang sini pun sebab belajar dekat universiti sini. Harap saya tak ganggu masa pakcik dengan anak pakcik,” ucapnya berharap yang Kiyoshi akan tidak bertanya banyak lagi.
Melihat wajah kecewa Kiyoshi, hati Suri berasa berat dan penuh tanda tanya.
“Nama pakcik Yahagi Kiyoshi. Bapa tiri Jun. Bila pakcik tengok muka kamu, pakcik teringat muka mendiang bekas isteri pakcik. Rupa dia sama seperti Allisa, cuma rambut dia warna hitam,” cakap Kiyoshi.
“Budak ni ikut trend ayah,” perli Jun. “Tapi takut orang ingat muka dia nampak macam alien.”
Kiyoshi ketawa.
“Abang Jun!” marah Suri lalu mencubit peha lelaki itu. Mendecit‐decit Jun mengaduh. Pehanya disapu‐sapu.
“Tengok ni ayah. Dia ni, tangan ketam. Tak kiralah tebal mana seluar Jun, boleh terasa cubitan dia sampai kulit!” adu Jun. Tangan masih lagi mengusap‐usap pehanya.
“Tak apa, abang jangan risau. Dengan abang je All jadi ketam. Abang patut bersyukur.”
“Tengok tu. Tengok tu. Depan orang tua pun dia berani ugut Jun. Dasyat perempuan ni.”
“Abang Jun!”
Kiyoshi ketawa lagi. Kali ini agak lepas. Suri pandang kedut senyum Kiyoshi. Wajah tua itu tampak bahagia. Seperti tiada masalah di kepalanya. Jika lelaki itu dahulu tidak pernah tinggalkan ibunya, adakah dia akan sentiasa dapat melihat senyum itu? Atau mungkin, dia juga dapat melihat senyum ibunya juga? Memikirkannya buatkan hati Suri sakit. Apa yang buatkan Kiyoshi tinggalkan ibunya dahulu? Apakah kesilapan yang berlaku sehingga itu berlaku?
Semua itu tidak dapat Suri soalkan kerana dia mahu lihat senyum itu lagi buat saat ini sebelum wajah itu tidak dapat dia lihat lagi.
BILA dia kata pada Suri yang projek ukiran belum bermula lagi hanya bohong sahaja. Rupa patungnya sudah terbentuk dan wajah patung itu sudah terbentuk dan geografi wajah itu jelas di matanya dan jelas di jarinya. Kedut kelopak matanya, tulang hidungnya, tulang pipinya dan bibirnya yang penuh. Malah garis‐garis di wajah itu juga sudah dia siap ukirkan. Mudahnya, kepala tuan ini sahaja yang wujud ditompangi oleh sebongkah tanah liat yang tidak berapa jelas bentuk badannya. Apa agaknya tanggapan orang lain yang memandang bila terpandangkan ukiran tanah liatnya yang separuh siap itu? Lebih lagi tanggapan lelaki itu?
“Jadi awak nak suruh saya buat apa lagi?” Suara Blake menjengah gegendang telinganya ketika dia masih lagi dalam kekeliruan dan syak wasangka pada lelaki yang berdiri di hadapannya itu.
Beg kertas berisi tart telur dan bekas air berisi jus beri itu dia ambil dan letaknya di meja bersebelahan dengan papan kanvasnya yang tidak dilapis sebarang kain kanvas hanya dilapis sebuah buku A3 yang dikepit pada papan kanvas tersebut. Dia sudah kehabisan idea dan kehilangan inspirasi yang mendebarkan jiwanya di saat‐saat tarikh tamat projek semakin hampir. Hendak guna Suri sebagai modelnya lagi, pasti pensyarahnya akan kritik sumber inspirasinya yang hanya di satu tempat. Semester lepas dia sudah gunakan Suri dan semester ini juga dia gunakan sahabat baiknya walaupun hanya gerak badan. Dia tidak suka guna figura kerananya dia tidak nampak subjek yang solid dan ekspressi yang digambarkan. Lagi‐lagi untuk projek ukiran ini, dia jadi mati akal.
“Jadi?” panggil Blake menyedarkan Miza dari lamunan gadis itu yang jauh. Dia hela nafasnya dengan bahu yang jatuh. Dia pandang Blake yang masih berdiri di ambang pintu, menunggu perintah seterusnya. Miza lihat tubuh hamba abdi yang menyerah diri tanpa dia pinta itu.
Disebalik lapisan baju jaket kulit itu, baharu kini dia tampak badan Blake yang membina dan tampak tegap itu. Malah nisbah badan juga seimbang. Leher yang tebal dan panjang. Tulang pipi yang bersegi, hidung tajam, bibir penuh dan mata biru yang bersinar. Dia sebenarnya ada model yang bagus. Tetapi betulkah badan yang dia lihat itu tegap atau hanya sekadar lapisan baju yang banyak?
Miza berjalan mendekati Blake semula. Mata tidak lepas dari memerhati keseluruhan diri Blake sehingga lelaki itu jadi tidak keruan. Tidak silap matanya, pipi itu sudah merah jambu dan mata itu tidak fokus padanya lagi. Miza pegang bisep Blake tiba‐tiba. Dia picit‐picit lengan lengan itu kemudian jemarinya berlari pada bahu, dada dan torso itu.
“Urm... awak buat apa?” Suara itu sedikit menggeletar tetapi ada ketegasan di dalamnya.
Tanpa amaran Miza menumbuk perut lelaki itu. Tidak kuat namun dek terkejut menyebabkan lelaki itu terundur ke belakang sedikit. Mata itu sudah terkelip‐kelip memandang Miza dengan rasa tidak percaya. Gadis itu tarik senyum sumbing. “Awak tinggi sangat jadi, boleh saya pegang sekejap?”
Tanpa amaran selanjutnya, jemarinya bermain di wajah Blake. Seperti orang buta dia merasai setiap permukaan tulang wajah itu. Dahi, kening, mata, hidung, mulut, dagu, telinga dan rambut. Ia rasa lembut di jarinya. Seakan bermain dengan bulu kucing parsi milik mendiang datuk saudaranya. Bila tanganya jatuh semula pada mata Blake, pandangan mereka terkunci.
Hatinya jadi gugup. “Um, pusing belakang,” arahnya pula berharap yang pipi dia sendiri tidak semerah pipi Blake. Kali ini dia tidak sentuh, hanya melihat sambil dia cuba atur degup jantungnya yang tiba‐tiba tidak mendengar arahan sedangkan ketika lelaki itu datang tadi, sudah dia ajar untuk tidak memberi sebarang respon terhadap apapun.
Kepala Blake menoleh ke arahnya. “Awak tak nak urut badan saya?” soalnya mengusik.
Miza pukul belakang badan itu kuat. Lelaki itu mendecit. “Pergi ambik bangku tu dan duduk dekat situ,” arahnya sambil mengunjuk jari telunjuknya pada satu tempat kosong di dalam studio itu. Dengan tabik hormat, Blake mengikut arahannya dan dia kembali pada ruang inspirasinya. Dia betulkan papan kanvesnya dan sediakan peralatan yang dia perlukan untuk melakar rujukan untuk dia bentukkan ukirannya nanti. Ia juga sebahagian daripada perihal yang dia perlu selitkan dalam folionya nanti sebagai rujukan.
“Nak duduk macam mana ni?” laung lelaki itu. Jaket kulitnya sudah ditanggalkan dan menyerlahkan lengan yang dia pegang tadi. Pantas Miza kalihkan pandangannya. Dia tenangkan perasaannya. Macam mana tadi dia boleh tidak ada perasaan semasa menyentuh tubuh lelaki itu? Dia sedut jusnya.
“Duduk macam mana awak selesa,” jawab Miza tanpa memandang ke arah Blake. Dia ambil bangkunya dan dia duduk di hadapan papan, tangan sudah memegang pensil HB untuk menghasilkan lakaran kasarnya dahulu. Setengah orang lebih senang dengan memulakan pensil 2B terus tetapi dia lebih senang dengan HB di mana dakwat yang terhasil lebih ringan dan jarang di permukaan. Lakarannya asasnya juga boleh jadi liar dan mudah untuk dia padam nanti. Dia cari susuk tubuh Blake dan bibirnya senget. “Itu selesa ke?”
Blake pandang tubuhnya dalam kekeliruan. Dia pandang wajah Miza semula. “Nampak tak selesa ke?”
Tanpa berfikir banyak, Miza bergerak ke arah Blake yang duduknya seperti sedang menunggu panggilan temuduga. “Cuba relekskan bahu,” tegurnya sambil kedua tangannya menyentuh bahu lelaki itu. Bahu itu bergerak‐gerak mengikut arahannya dan dia dapat rasa ketegangan di bahu itu. “Tarik nafas dalam‐dalam lepas tu hembus.”
Blake buat seperti yang dia nasihatkan dan bahu yang tegang mula mengendur. “Kepala jangan mendongak sangat. Nanti sengal dongak macam tu. Buat macam awak pandang kawan awak. Jangan fikir angel mana yang cantik.”
“Mana ada!” bantah Blake.
“Nak buat ke tak nak?” ugut Miza. “Kalau awak main‐main saya cari yang lain.”
“Tak boleh! Bukan senang saya nak jadi hamba sehari awak. Cuba hargai.”
Miza mendengus. Dalam hati ingin sahaja dia hempuk kepala itu dengan sikunya. “Kalau macam tu buat macam hamba,” cakapnya dan menarik dagu Blake. “Awak selesa tak?”
Mata biru itu meliriknya. Lama memerhatikannya. Bibir itu tersenyum manis. “Selesa,” bisiknya.
Miza balas senyum itu dan kembali semula pada papan kanvasnya. Sebelum itu tangannya menyeluk masuk ke dalam beg kertas, ambil tart telurnya dan kemudiannya dia gigit dalam amaun yang banyak. Lebihan dia masukkan semula ke dalam beg kertas. Pensilnya dikutip.
Sambil dia mengunyah, tangan dan fikirannya berlari seirama. Gerak matanya mengikut arah mata pensil dan mata pensil ikut gerak matanya. Sesekali dia pandang Blake yang senyap memerhatikan dia. Bila lakaran kasar selesai, dia bertukar pensil. “Awak okey?” soalnya, mata pada papan kanvas.
“Boleh saya tanya soalan?” Soalan dibalas soalan. Miza tidak mengambil inisiatif untuk membalas. Tangannya sibuk melakar.
Untuk seketika, suasana kembali sepi hanya bunyi desah nafas masing‐masing yang masing-masing dengari. “Awak pernah ada masalah dengan lelaki ke? Sebab tu awak layan saya macam ni?”
Miza ketap bibirnya. Dia tidak mahu menjawab soalan Blake. Dia ada pilihan untuk tidak menjawab. Dia perlu fokus sekarang ini. Tiada gangguan perasaan yang boleh mengganggu rentak tangannya menari. Ketajaman konsentrasinya juga akan menurun jika dia biar emosinya mengawalnya nanti dan kelak inspirasinya akan tebar ke luar.
“Saya cakap macam tu sebab saya pun macam awak. Trauma,” luah Blake berharap riaksi dari Miza tetapi gadis itu seakan memakai headphone dengan volum yang paling kuat. Dia menyambung. “Saya pernah bercinta dengan seorang gadis. Yang kemudiannya emak dia berkahwin dengan bapa saya. Kami putus kerana keluarga tapi saya masih cintakan dia dan dia juga. Kami bercinta senyap‐senyap dan satu hari dia berubah dan tolak tepi hati saya tanpa sebarang perasaan. Pasangan dia bertukar ganti dan saya terpaksa lalui satu fasa remaja yang menyakitkan. Sehingga sekarang saya takut untuk jatuh cinta.”
Miza sedut jusnya lagi. Dia lepaskan satu helaan yang panjang selepas menahan nafas yang panjang. “Kau masih cintakan dia?”
Wajah Blake seperti tergamam. Miza tidak tahu mengapa. Dia menyambung lakarannya. Lebihan tart telur yang dia gigit tadi sudah selamat berada di dalam mulutnya.
“Awak marah?”
“Tak.”
“Tapi tadi awak guna kau‐aku, lepas itu saya‐awak, lepas itu – ”
“Tak, Blake.”
Lelaki itu senyap. Miza ketap bibirnya namun dia teruskan kerjanya seperti tadi dia tidak mendengar cerita sedih Blake atau berasa terganggu dengan cerita sedih itu atau berasa simpati dengan riak wajah yang berubah tadi. Entah‐entah itu hanya cerita rekaan mahu meraih simpati dia. Dia tidak akan termakan dan tidak akan berasa terganggu. Dia mula berasa tenang dan fikirannya berasa lancar.
“Awak tahu saya bukan student dekat sini kan?” Suara itu menjengah lagi selepas senyap hampir sepuluh minit.
“Habis tu awak buat apa?” soal Miza dengan ikhlas. Timbul rasa ingin tahunya kerana dia memang yakin yang Blake tidak belajar di situ.
“Habiskan duit mak bapak saya,” jawab lelaki itu penuh bersahaja dan seperti membaca dari skrip yang dia sememangnya akan menjawab soalan itu. Miza tidak ambil pusing sememangnya dari gaya Blake berpakaian dan gaya hidup menampakkan lelaki itu menghabiskan titik peluh mak dan ayah dengan bermain. “Apa pendapat awak tentang spy?”
Soalan begini Miza tidak kisah menjawab walaupun ia kedengaran luar dari topik perbualan mereka tadi. Dia tidak perlu fikir banyak dan kadang‐kadang dia biarkan ia berlalu. “Macam James Bond dan Charlie Angels?”
“Itu lebih kepada private agencies. Macam This Means War.”
Apa bezanya? Jawab Miza dalam hati. “Tak minat,” jawabnya ringkas.
“Kenapa?” soal Blake seakan terkejut dan kecewa.
“Because they’re dishonest. Terlalu banyak rahsia. Pretentious! Kejap maksud awak saya jadi spy atau saya kenal spy atau macam mana?” Kening Miza terangkat, keliru. Dia pandang Blake yang duduk di bangku di hadapannya dengan wajah sukar dia tafsirkan. “Jangan buat muka macam tu. Buat macam tadi!”
“Macam mana kalau spy tu boyfriend awak?” duga Blake selepas membaiki riak wajahnya.
Kepala Miza asyik tertoleh‐toleh ke arah wajah yang sedang menunggu jawapannya dan bentuk lakaran bibir lelaki itu. Berhati‐hati dia bentukkan garis senyum lelaki itu.
“Miza, saya tanya ni,” panggil lelaki itu.
“Urgh! Sebelum dia jadi boyfriend saya, saya dah reject. Saya dah cakap saya tak suka yang dishonest,” jawab Miza sambil lewa. Perhatiannya lebih pada garis di hujung mata Blake pula.
Dua bahagian yang sangat penting dalam mengasilkan ekspressi wajah.
Blake senyap. Wajahnya menjadi muram sedikit. “Blake jangan bergerak!” Serentak itu dia ditegur. Seboleh mungkin dia cuba membetulkan mimiknya seperti asal.
“Lagi sikit je. Lepas tu awak boleh nak buat muka macam mana pun saya tak marah. Okey?”
Tidak sedar yang dia sedang memujuk lelaki di hadapannya gara‐gara perincian penting yang dia hampir siapkan.
“Kalau dia jujur dan buat apa saja untuk awak macam mana?”
Rupanya soalan tentang subjek itu masih lagi tidak berganjak. Miza pandang semula wajah yang sabar dengan kerenahnya. Mungkin sebaliknya. Dia yang kini bersabar dengan kerenah Blake. “Emak saya bercerai dengan ayah saya hampir enam tahun lalu dan pada masa masa yang sama cinta pertama saya tikam belakang saya. Dua orang lelaki ni, permainkan kepercayaan saya dengan kejujuran mereka. Sekarang awak faham kenapa saya sensetif dengan hal ni. Jangan tanya lagi fasal spy‐spy mengarut awak tu.” Miza kembali menyambung kembali proses terakhir lakarannya. Dia tidak sangka yang dia dapat menceritakan tentang dua insan yang merubah persepsinya terhadap lelaki 180° dengan tenang sekali.
“Saya – ”
Suara Blake hampir ketidakdengaran dan senyap di situ. Tidak jadi untuk meluahkan apa yang
bermain di dalam fikiran dan lebih gemar memerhatikan Miza yang leka menyapu‐nyapu
permukaan dan tangan dan badannya bergerak‐gerak sambil berbisik sendiri. Lima bilas minit
kemudian, gadis itu meletak pensilnya dan merengangkan tubuhnya.
“Siap! Lepas ni boleh lah saya ke proses seterusnya. Terima kasih Blake,” ucapnya dengan
senyuman lebar. Lelaki itu tidak berganjak dari bangkunya dan terus memerhatikan Miza yang
berdiri di hadapan papan kanvas dengan riak puas. Dia gamit Blake untuk lihat hasil lakarannya
dan lelaki itu dengan langkah yang tenang mendekatinya.
“Macam mana?” soalnya. Dia pandang mata biru yang merenung lakarannya. Dari tepi dia lihat
renungan sinar mata itu tampak berbeza dari yang dia lihat tadi. Tampak biasa dan selesa
namun tadi bila dia sangka renungan itu tampak selesa, sebenarnya bukan. Dia pandang
semula pada lakarannya. Kemudian pada wajah Blake semula.
“Apa yang saya boleh kata, awak memang berbakat,” puji Blake. Dia pandang Miza dan
nampak riaknya yang saat itu. “Awak tak suka komen saya?”
Miza menggeleng. Dia salah tafsir. Blake pandang semua orang begitu. “Saya terfikir, apa yang
awak sedang fikirkan masa saya lakar awak?” soalnya pula.
Kening Blake terangkat. Bibirnya tersenyum. “Saya fikirkan awak.”
“KALAU nak cium, cium sajalah. Tak payah tenung patung tu macam tu,” tegur satu suara dari
arah belakang. Miza pantas menarik tangannya dari membelai patung separuh siap itu. Pipinya
hangat. Bibir bawahnya digigit. Dia menjauhkan dirinya dari situ dan berputar memandang
Yurino bersandar di ambang pintu studio. “Dah berapa lama kau duduk situ?”
Yurino jongkit bahunya. “Cukup lama untuk aku tahu yang kau nak cium patung tu. Tuan dia
tahu tak yang kau dah harass muka dia secara tak lansung?”
Spontan Miza ambil apa sahaja yang tangannya boleh capai dan membalingnya pada Yurino.
Geram. “Tutup mulut busuk tu Genji!” marahnya.
Yurino cekap menangkap gulungan tisu tandas yang Miza baling padanya dan tersenyum
sumbing. “Nice throw!”
Mendengarkan Miza mendengus membuatkan Yurino lebih banyak ketawa. “Itu bukan ke
mamat yang kita jumpa dekat stesen tempoh hari? Dia tahu tak yang kau suka dia?”
Miza bercekak pinggang. Dengan Yurino dia tidak boleh sorok satu apapun. “Kau buat apa kat
sini?” Dia lihat Yurino mengambil tempat di salah satu bangku yang berdekatan. Riak wajahnya
sukar dijelaskan. Pasti tentang Suri. “Suri keluar kalau kau cari dia.”
“Mesti mamat tu tak tahu sebab kau dah tolak dia. Sebab tu ke kau potong rambut kau? Blond
kan rambut kau?”
Miza ketap bibirnya. Satu benda yang dia tidak suka tentang Yurino ialah lelaki ini pakar dalam
mengubah topik. Bukan, pakar dalam mengelak menjawab soalan. Dia kemas barangnya.
Malas hendak layan angin sahabatnya yang tidak menentu. Tiba‐tiba satu tangan kekar
muncul di belakangnya dan merampas beg kanvasnya. “Yurino!”
“Mana phone kau?” Lelaki itu menggeledah. “Aku taknak tengok bekas presiden fan club aku
macam ni. Biar aku tolong kau.”
Miza rampas begnya. “Tak ada. Aku tak bawak. Tolong jangan memandai Yuri. Kawan tetap
ada batas,” tegurnya. Baharu sahaja dia hendak rasa bersemangat, seorang lagi makhluk tuhan
sudah mengacau emosinya. Adik dengan kakak memang serupa.
Yurino mencebik. “Okey. Aku cuba. Kau nak balik ke? Teman aku pergi satu tempat boleh?”
“Da Um tahu tak kau merempat ke sini?” Miza sangkut beg kanvasnya ke bahu. “Aku taknak
nanti dia call Suri, call aku, cakap yang kitaorang suruh kau datang sini. Aku tak suka nak
dengar mulut puaka dia tu.”
“Biarlah dia. Aku dah penat dengan kerenah dia. Aku ingat nak putus je pertunangan aku
dengan dia,” cakap Yurino dalam nada selamba namun ada nada penat dan kesal juga terselit
di dalamnya.
Miza berhenti berjalan. Kepalanya mendongak melihat wajah Yurino. “Kau serius? Kau tak takut
dengan mak kau?”
Yurino tarik tangan Miza supaya gadis itu berjalan dan biarkan soalan itu tergantung di situ.
Dia sudah nekad. Selepas apa yang berlaku di majlis makan malam syarikat tempoh hari, dia
semakin tawar hati dan dia sudah fikir semasak‐masaknya tanpa pengaruh sesiapa pun. Ini
untuk kebaikan untuk dirinya juga.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan