Afiffudin segera menoleh ke arah suara itu. Dia ternampak adegan tolak‐menolak antara seorang wanita pertengahan usia dengan seseorang yang tidak dapat dikenal pasti. Hujan yang lebat membataskan pandangan. Tetapi Afiffudin dapat melihat dengan jelas wanita itu jatuh tersungkur setelah ditolak dan beg tangannya pula dilarikan.
Tanpa berlengah, Afiffudin segera mendekati wanita malang berkenaan. Setelah mendapati tiada kecederaan yang dialami oleh si mangsa, Afiffudin bertekad mahu mengejar penyamun yang sudah pun melarikan diri. Dia cukup geram dengan statistik jenayah yang kian meningkat saban hari. Penjenayah itu harus dicekup dan diserahkan kepada pihak berkuasa.
Perasaan waspada dalam dirinya kian berkurangan. Keadaan jalan yang basah dan licin sudah tidak diendahkan. Afiffudin tidak peduli, dia mahu menangkap penjenayah itu dan mengheretnya ke muka pengadilan. Walaupun wanita yang disamun sebentar tadi tidak dicederakan, itu tidak menjamin perkara yang sama akan terjadi pada masa‐masa akan datang.
Media sering melaporkan ramai mangsa jenayah yang parah setelah diragut atau disamun. Lebih menyedihkan, ada antara mereka yang menemui ajal setelah mempertahankan hak masing‐masing. Rakus dan ganas sekali tindakan penyamun dan peragut masa kini. Sudahlah mengambil harta orang lain, nyawa dan keselamatan mangsa turut dikecam.
Sebab itulah Afiffudin tidak mahu penjenyah yang sedang berlari dihadapannya itu terlepas. Biarpun masih ramai penjenayah yang berkeliaran di luar sana, sekurang‐kurangnya dia dapat menewaskan salah seorang daripada mereka. Bukan nama atau publisiti yang dicari‐cari, tetapi tanggungjawabnya terhadap masyarakat seperti ini dirasakan wajar diberikan perhatian.
“Hoi! Berhenti!” jerit Afiffudin sebagai amaran kepada penjenyah terbabit.
Laungan dan jeritan Afiffudin langsung tidak mematikan langkah si pemangsa.
“Nahas kau nanti!” Amaran Afiffudin semakin keras.
Namun nafas lelah Afiffudin semakin berat. Sudah lama dia tidak berlari selaju ini. Nampaknya pergerakan penyamun berkenaan sungguh pantas.
Mata Afiffudin melingas ke merata tempat. Dia mengharapkan ada orang lain yang akan hadir membantu. Tetapi malangnya lorong berkenaan sememangnya sunyi daripada kunjungan orang ramai. Afiffudin kembali merenung tepat ke arah penjenayah itu yang semakin licik mengatur tindakan.
Perasaan putus asa bagaikan tidak wujud dalam diri Afiffudin ketika ini. Biarpun dirasakan sukar, azam dan semangatnya begitu marak menyala. Dia turut menyedari wanita yang menjadi mangsa penyamun sebentar tadi cuba mengejarnya dari belakang. Afiffudin tahu wanita itu menaruhkan setinggi‐tinggi harapan ke atasnya. Mungkin di dalam beg berkenaan mengandungi barang yang cukup bernilai buat si mangsa. Ini membuatkan langkah Afiffudin semakin pantas mengejar.
Afiffudin menyedari bayang‐bayang si penjenayah itu tadi sudah semakin hampir. Ini menandakan jaraknya sudah tidak begitu jauh. Akan tetapi bayang itu kemudiannya terhenti seketika. Kaku dan tidak bergerak. Afiffudin tersentak apabila dia menyedari tubuh si penyamun itu rebah dengan sendirinya.
“Adakah ini satu muslihat?” bisik hati Afiffudin.
Dia berhenti mengejar. Perlahan‐lahan dia menghampiri tubuh yang tersembam ke tanah itu. Perasaan waspada terus menyelinap ke setiap urat nadi. Langkah berjaga‐jaga harus diambil perhatian. Manalah tahu sekiranya dia akan diserang balas pula nanti.
“Hati‐hati,” ujar wanita pertengahan usia yang baru tiba di lokasi berkenaan. Dia tercungap-cungap
kepenatan.
Afiffudin membalas dengan anggukan. Dia cuba mendekati si penjenayah dari arah depan. Sistem kawalan diri berada di paras yang cukup berjaga‐jaga. Segalanya mungkin terjadi. Apabila dirasakan situasi cukup selamat, Afiffudin menarik beg tangan kepunyaan wanita itu dengan pantas. Dengan sekali rentap sahaja, beg tangan itu kini berada di genggamannya. Dengan penuh berhati‐hati, Afiffudin memulangkan barang berkenaan kepada pemiliknya semula. Matanya masih tidak lepas daripada memandang tubuh yang sudah rebah di atas tanah itu.
“Nak, terima kasih kerana sudi menolong makcik dapatkan semula beg tangan ni. Kasihan makcik tengok, anak ini basah kuyup bermandi hujan,” luah wanita berkenaan yang bersimpati melihat keadaan Afiffudin.
Afiffudin tersenyum. Namun dia masih dalam keadaan berwaspada kerana bimbang sekiranya si penyamun itu bangkit semula.
“Tidak mengapalah makcik. Ini sudah tanggungjawab saya. Saya tengok makcik pun basah kuyup juga. Sepatutnya makcik tunggu sahaja di tempat tadi, tidak perlu bersusah‐payah mengejar saya,” kata Afiffudin.
Wanita berkenaan tersenyum manis mendengar pengakuan ikhlas Afiffudin itu. Dia kemudiannya mengalihkan pandangan pada si penyamun yang masih terbaring di atas jalan.
“Tapi apa yang dah terjadi pada budak tu? Apa yang kamu dah lakukan pada dia?” Suara wanita itu berbaur keresahan. Bimbang sekiranya Afiffudin sudah mencederakannya.
Afiffudin berasa ragu‐ragu untuk menjawab kerana dia juga kurang pasti akan situasi yang sebenar.
“Saya tak tahu, makcik. Tadi saya tengok dia bukan main laju lagi berlari nak melepaskan diri. Alih‐alih, dia rebah dengan sendirinya. Hmm, makcik pergi dulu, saya nak periksa keadaan dia. Mungkin dia pengsan kerana terlalu penat berlari agaknya.” Afiffudin membuat andaian sendiri.
“Baiklah nak. Sekali lagi makcik ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menghulurkan bantuan. Sekiranya semua orang di Malaysia ni baik seperti kamu, tentu penjenayah tak berani hendak terus bermaharajalela,” kata wanita itu sambil menghulurkan sehelai wang kertas bernilai lima puluh ringgit.
Perasaan serba salah menyelubungi diri Afiffudin. Dia cuba menolak pemberian itu sebaik mungkin.
“Tak mengapalah. Saya ikhlas hendak membantu makcik. Saya tak mengharapkan apa‐apa ganjaran. Asalkan beg tangan makcik berjaya dikembalikan, saya dah berpuas hati,” ujar Afiffudin sambil menguntumkan senyuman.
“Ambillah. Kalau kamu tak ambil, nanti makcik susah hati pula kerana sudah menyusahkan orang lain. Ambil,” pinta wanita itu berkali‐kali.
Afiffudin tidak sampai hati untuk menolaknya lagi. Mungkin jika dia di pihak makcik berkenaan, dia akan melakukan perkara yang serupa. Untuk itu, Afiffudin pun menerima sumbangan wanita itu dengan hati yang terbuka.
“Semoga Allah merahmati makcik,” kata Afiffudin.
“Semoga Allah merahmati kamu juga wahai anak muda,” balasnya.
Sebaik sahaja wanita berkenaan melangkah pergi, Afiffudin berpaling ke arah tubuh si pemangsa yang masih di posisi yang sama. Dia tersenyum puas kerana berjaya menumpaskan seorang penyamun. Ikutkan hati dan emosi, mahu sahaja dilayangkan beberapa biji penumbuk kerana terlalu geram. Tetapi Afiffudin masih berfikiran waras dan terkawal. Negara ini ada undang‐undang. Biarlah pihak berkuasa yang menentukan hukuman yang sewajarnya. Muka Afiffudin berkerut seketika. Setelah lama diamati, barulah dia menyedari bahawa penyamun itu hanyalah seorang remaja berusia belasan tahun. Dia pantas menghampiri remaja berkenaan.
“Adik! Adik!” Afiffudin menggoncang tubuh remaja itu. Dia dapat mendengar bunyi hembusan nafas yang tersekat‐sekat. Perasaan gelisah menyerang jiwa Afiffudin. Nampaknya remaja ini seperti sedang bertarung nyawa. Perkara ini lebih serius daripada apa yang dia sangkakan.
Afiffudin menepuk‐nepuk bahu remaja itu yang masih belum membuka matanya.
“Adik! Bangun dik!” Tiada respons. Afiffudin serta‐merta menjadi takut. Apakah remaja ini sedang nazak?
Berbekalkan tenaga yang masih berbaki, Afiffudin mengangkat tubuh remaja itu. Hospital berada tidak berapa jauh dari situ. Dia nekad untuk membawa remaja berkenaan ke sana dengan segera. Jika dia hubungi ambulans, mungkin akan memakan masa. Remaja ini perlukan rawatan dengan segera.
Kepala Afiffudin dirasakan berpinar. Keletihan mengejar remaja itu sebentar tadi masih belum hilang lagi. Kini, dia terpaksa berlari semula sambil mengendong remaja berkenaan. Afiffudin terasa kakinya seakan kebas. Sakit yang tiada peri.
Dia akui staminanya tidak begitu baik. Afiffudin menyesali akan sikapnya yang sedikit mengabaikan kepentingan bersukan sejak dia mempunyai kerjaya sebagai seorang ahli perniagaan. Tidak seperti di zaman sekolah dahulu, dia begitu aktif dalam sukan badminton dan bola sepak. Tetapi kesibukan kariernya kini nampaknya sudah membataskan masanya dan menjadi alasan bagi Afiffudin untuk jarang keluar beriadah. Impaknya sudah jelas kini. Dirinya begitu cepat letih dan penat.
Hujan masih turun dengan lebatnya. Percikan cahaya lampu kereta menerobos pandangan mata. Nampaknya lorong kegelapan penuh sengsara ini bakal berakhir di hadapan sana. Peluh yang mengalir bersatu dengan air hujan. Dinginnya cuaca langsung tidak terasa dek haba yang dihasilkan oleh tubuh badan. Hangatnya begitu luar biasa.
Afiffudin kini sudah berada di jalan utama. Kelihatan beberapa orang sedang berjalan sambil memegang payung masing‐masing. Afiffudin menjerit meminta bantuan. Tetapi semua orang yang melalui jalan berkenaan hanya melemparkan pandangan.
“Encik, tolong kami encik!” Afiffudin merayu.
Namun keadaan diri Afiffudin yang basah kuyup dan sedikit comot dengan kotoran tanah menyebabkan orang ramai cuba mengelakkan diri. Afiffudin terpinga‐pinga dengan situasi tersebut.
Hospital tinggal beberapa meter sehaja lagi di hadapan sana. Afiffudin tidak mahu mengalah sekarang. Dia cuba mengangkat tubuh remaja itu semula. Kakinya digagahkan untuk terus mara melangkah ke hadapan. Namun rasa sakit yang mencucuk setiap urat di kaki membuatkan Afiffudin jatuh tersungkur. Dia mengerang kesakitan.
Afiffudin menggeleng. Dalam keadaan seperti ini, dia tidak mampu untuk terus mara lagi. Dia kemudiannya menyeluk saku seluarnya lalu mengeluarkan sebuah telefon bimbit yang mungkin sudah pun dimasuki air. Mujur, alat itu masih berfungsi dengan baik. Dengan penuh kepayahan, Afiffudin cuba untuk menghubungi ambulans. Dia tercungap‐cungap. Belum pun sempat Afiffudin membuat aduan kepada pihak hospital, kedengaran remaja itu merintih kesakitan.
“Aduh! Sakitnya … tolong … tolong!” Remaja itu bersuara. Tetapi nadanya tidak begitu jelas, tenggelam timbul di celahan bunyi hujan yang masih belum berhenti.
Rintihan remaja berkenaan membuatkan Afiffudin tergamam. Dia segera menyimpan telefon bimbitnya. Afiffudin sudah tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan itu semua. Jarak antara hospital dengan lokasinya sekarang ini hanya tinggal beberapa meter sahaja lagi. Kuatkan semangat Afif! Kau boleh! bisik hati Afiffudin. Daripada air mukanya, jelas bahawa dia juga menahan kesakitan yang tidak tertanggung di bahagian kaki. Anggota tersebut sudah bergerak di luar keupayaan dan batasan.
Dia terus menggagahkan diri. Bagi Afiffudin, biarlah kakinya menderita sakit dan mungkin akan membengkak untuk tempoh seminggu atau lebih. Itu adalah lebih baik daripada kehilangan nyawa seorang remaja yang baru hendak meningkat dewasa.
Kisah hitam yang baru berlaku di lorong sunyi sebentar tadi bukannya alasan bagi Afiffudin untuk mengabaikan remaja berkenaan. Siapalah dia untuk menghukum seseorang. Pasti remaja ini ada sebab tersendiri mengapa dia bertindak sedemikian. Malah, remaja ini juga berhak untuk menerima kebaikan daripada dia.
Apa yang lebih penting sekarang, remaja ini harus mendapatkan rawatan segera. Bila‐bila masa sahaja nyawanya mungkin melayang, Afiffudin bermonolog sendirian.
Hembusan nafas remaja itu semakin kuat kedengaran. Dadanya berombak kencang. Afiffudin terus berdoa agar Allah memanjangkan usia remaja berkenaan. Dia mengerah segala kudrat yang masih tersimpan.
Otot‐otot di pahanya dirasakan bagai dihimpit dengan kuat oleh dua permukaan yang kasar. Kulit‐kulitnya pula umpama ditusuk dengan ribuan duri‐duri tajam yang tumbuh meliar di dalam hutan. Luar dan dalam, sama‐sama menanggung kesakitan.
Afiffudin berhenti sebentar untuk memeriksa keadaan kakinya. Tiada luka yang kelihatan. Namun kecederaan di dalam, siapalah yang tahu. Afiffudin kembali mengatur langkah. Setiap kali tapak kakinya menjejak ke tanah, Afiffudin bagaikan mahu meraung sekuat hati menahan keperitan yang tidak mampu digambarkan.
Sesungguhnya, setiap manusia mempunyai batas keupayaannya yang tersendiri. Sekuat mana pun semangat yang Afiffudin cuba bekalkan buat dirinya, dia tidak mampu untuk terus bertindak di luar keupayaan diri. Afiffudin rebah bersama remaja yang dikendongnya. Kakinya dirasakan kejang. Kepalanya pula pening bukan kepalang, bagaikan dipusing ligat di atas roda yang berputar laju.
“Maafkan aku kerana aku gagal membantumu,” bisik Afiffudin ke telinga remaja itu.
Pandangannya dirasakan semakin gelap. Badan Afiffudin rebah di tepi jalan bersama tubuh remaja yang dibawanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan