Label

Jumaat, 30 Disember 2016

NOVEL Sehelai Nota Di Atas Meja Bab5

Farah berlegar legar sendiri di ruang kompleks itu,satu persatu kedai dimasukinya..Farah sampai terlalu awal,sengaja ia keluar opis awal,hatinya tidak sabar untuk melihat lelaki bernama Kzrul,ini untuk kali kedua perjumpaanya,di awal pertemuaannya dahulu semuanya secara tidak sengaja.. dia masih ingat, status Kzrul pada hari itu di fb.. *BERSENDIRI DAN MENYENDIRI* location The Mines.. dilihatnya location itu,terus saja dia chat Kzrul dan bagitahu yang dia pun hendak kesana...maka jadilah pertemuan yang tidak dijangka dan diduga..

Farah tersenyum sendiri mengingati pertemuan pertama itu,kedua duanya serba tidak kena,nampak kelam kabut dan janggal.paling jelas bila dirinya diselubungi rasa malu yang amat tebal,entah kenapa dengan lelaki ini dia rasakan amatlah kelainannya,ada kala sampai berjalan pun dia secara tiba tiba memegang tangan Kzrul,kemudian dilepaskan dengan cepat,entah kenapa terlalu kelamkabut dan spontan reaksi perasaanya..Farah tersenyum sendiri..dan hari ini hatinya semakin bergelora lagi,tak sabar menanti........

"woi,ko ni dah kenapa?" sergah Ayu pada Fifah,mulutnya penuh dengan shushi,memang nampak cara makannya benar benar mengidam,dilihatnya Fifah asyik melirik pandang pada note3 yang di letak atas meja..

"hehehe..tak de apa ler mak buyung.."



Fifah terkejut sergahan Ayu,terus di capainya hirisan ikan salmon dan menyuapnya ke mulut,Fifah tersenyum manja pada Ayu.. sedang ia tersenyum,matanya memandang keluar kedai,jelas penglihatannya,jelas benar benar,sepasang pasangan sedang melintasi,ya...Fifah kenal benar susuk tubuh yang lelaki itu,lelaki yang sedang mengganggu fikirannya hingga membuat semangatnya hilang dari pagi tadi... "abg?"....hatinya bertanya sendiri... terasa bagai dihempas batu,darahnya naik kemuka,geramnya memuncak tiba tiba..

‐"abg dah blk keja ke?abg kat mana?"‐

whatsap dihantar ke Kzrul,Fifah ingin menguji,Fifah ingin kepastian,pelanduk 2 serupa barangkali yang melintas tadi,dan yang pasti Fifah sedang diserang perasaan cemburu.untuk apa dia cemburu?dia pun tak pasti,tidak pernah dia meluahkan perasaan cinta pada Kzrul,tidak pula ia pernah menyatakan pada Kzrul betapa ia sedang dilamun cinta pada Kzrul,dan yang jelas Fifah bukanlah isteri pada Kzrul,untuk apa aku cemburu...Fifah bermain dengan perasaan itu di kotak fikirannya..jiwanya semakin gelisah.

"awk...tengok ni,saya beli sebelum awk sampai tadi"

Farah menunjukkan 2 keping tiket wayang pada Kzrul sambil tersenyum,senyuman yang ikhlas dari hatinya untuk Kzrul..di renung dalam dalam mata lelaki yang berada dihadapannya itu.. Nasi Ayam Penyek menjadi pilihan selera tekak Farah,ruang kedai yang tidak berapa ramai pelanggan itu menimbulkan suasana yang damai dan tenang untuk Farah berbual dengan Kzrul.

Kzrul tersenyum bila melihat tiket itu..

"terima kasih awak,ramai orang cakap cerita ni best"Senyuman Farah di balas Kzrul,dan Kzrul menunduk kerana renungan tajam mata Farah tidak mampu ditandinginya..

Farah sedar akan itu,makin galak direnung lelaki ini,sengaja dan memang kehendaknya membuat lelaki dihadapannya itu menjadi gelisah dan tak tentu arah,Farah rasa seronok dengan penderaan sebegitu terhadap Kzrul..Senyuman Farah semakin manis.

‐"abg kat mines,jumpa kawan..Fifah dah makan?"‐

Kzrul membalas whatsap Fifah setelah sejam msj itu didalam hp nya,kzrul tidak dengar dan tidak perasan langsung whatsap yang dihantar oleh Fifah,ini pun kebetulan kerana Kzrul ingin melihat hp nya..

‐"yer ker..pukul brapa blk?"‐

whatsap berbalas...

‐"x tau lg,nanti smbg ye,abg nak makan jap"‐

Kzrul membalas untuk mematikan perbualan,di renung Farah dihadapannya yang nampak gelisah sedikit pabila melihat dirinya membalas msj.

"sapa tu?girlfrend yeaa.."tanya Farah dengan suara manja..namun didalam suara itu terselit aura cemburu.Farah ingin tahu,dan sebolehnya seluruh kehidupan Kzrul ingin dihafalnya.

"ishh,tak lah..kawan ler.."ringkas jawapan Kzrul,sambil tersenyum pada Farah,dilihatnya gadis itu sedang menyuap nasi kemulut..mulut yang dibuka tidaklah berapa luas,matanya yang bulat galak itu sering menjadi tumpuan mata Kzrul,kulit putih Farah dan bibir yang seksi nipis itu dibalas dengan lipstik berwarna pink,menaikkan lagi seri wajah janda yang bernama Farah Natasya ini.

140km/j kelajuan kereta yang dipandu Fifah,ia ingin cepat sampai kerumah,perasaan marah yang bercampur dengan cemburu itu dilepaskan pada kelajuan kereta Myvi nya..airmatanya mengalir,entah kenapa dia tidak pasti,namun airmata itu turun dengan sendirinya semakin laju menuruni di pipi gebu Fifah.esakan Fifah kuat..

Fifah memberhentikan keretanya di laluan kecemasan,airmatanya menghalang pemanduan,semakin kuat esakannya.."Abgggg!!!!!!!!"...Fifah menjerit sekuat hati didalam kereta,tangisanya semakin menjadi jadi.. hati Farah semakin berbunga,terasa bahagia disamping lelaki bernama Kzrul ini,semahunya ingin saja ia menghabiskan masa selamanya bersama lelaki ini..Kzrul memang bijak mengawal suasana,kadang kadang lawak yang dibuat secara spontan didalam perbualan menambah kuat lagi perasaan ingin sentiasa bersama.Farah tidak lagi janggal untuk pertemuan kedua ini,malah
dia semakin berani mengusik Kzrul dengan ayat yang menjurus kearah peribadi lelaki itu,tidak sabar rasanya ingin dia tahu seluruh kehidupan perjalanan lelaki bernama Kzrul ini,kalau boleh satu hari ini semahunya ingin ia tahu segalanya..Farah rasa kelainan bila berada dengan Kzrul,perwatakan Kzrul menampakkan betapa jujurnya sifat lelaki ini,tidak ada ayat yang dicurigai dan boleh menimbulkan tanda tanya,cuma Farah masih tidak lagi mampu untuk menawan kisah silam Kzrul..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan