‐Tahun 1982‐
Jeritan dan kemarahan yang meletus menyebabkan orang kampung mulai mengerumuni
pekarangan rumah seseorang yang begitu dihormati dan disegani. Teriakan dan tangisan kian
menambahkan rasa ingin tahu jiran tetangga mengenai apa yang sedang berlaku. Tidak pernah sekali pun orang sekeliling mendengar jeritan mahupun pertengkaran yang berlaku di rumah ini. Pasangan yang mendiami rumah ini begitu harmoni dan rukun sehingga menjadi contoh yang terbaik. Namun terukir sejarah pada hari ini pabila pertengkaran yang begitu besar tercetus.
“Sampai hati Nafsiah buat umi macam ni? Kenapa?... Kenapa?...”
Linangan air mata dibiarkan sahaja mengalir dengan derasnya. Sudah hampir serak suaranya
memarahi dan memaki hamun dua insan yang berada di hadapannya ini. Apa yang berlaku di
hadapan matanya sejam yang lalu begitu menghancur luluhkan hatinya. Saat itu terasa putaran
bumi begitu laju sehingga menggoyangkan diriannya. Akhirnya tubuhnya terjelepok ke lantai.
“Kau sedar tak apa yang telah kau lakukan?! Kau sedar tak siapa Nafsiah ni pada kau?! Jawab!!!”
Mencerlung Haji Wahab memandang ke arah lelaki yang hampir bogel keseluruhan tubuhnya. Hanya tuala yang sempat disambar bagi melindungi bahagian pusat dan bawahnya. Habis lebam muka serta tubuhnya menerima tumbukan dan sepakan daripada Haji Wahab.
Kemarahan Haji Wahab kian bertambah akibat sikap bisu insan durjana di hadapannya ini. Lantas tumbukan sekali lagi diayun dan mengenai pipi lelaki itu. Hentakan tumbukan mengalirkan cecair pekat berwarna merah. Lelaki itu mengerang kesakitan. Namun tiada simpati yang dapat diraih daripada Haji Wahab dan Hajah Faaidah.
“Kau sedar tak siapa perempuan ni pada kau?!!!”
Haji Wahab menuding jari ke arah Nafsiah dan saat ini kian tingkat derasan air mata yang
menghempas wajah Hajah Faaidah. Hajah Faaidah masih tidak dapat menerima hakikat, anak yang dibesarkan dengan didikan agama yang begitu sempurna sanggup menconteng arang ke wajahnya. Anak itu dikandungkannya sehingga sembilan bulan, tanpa pernah sekali pun dia merungut akan beban yang dikendongnya dan setelah Nafsiah meningkat dewasa… Tegar sekali anak ini melakukan perbuatan sekutuk ini!
“Kau memang nak mampus!!!” Jeritan Haji Wahab dari dalam rumah kian mendekatkan jarak jiran tetangga. Andai tadi mereka hanya berdiri di pekarangan rumah, kini tubuh dan telinga mereka sudah menghampiri pintu utama yang masih tertutup rapat.
“Along… Kau nak buat apa ni Along. Sabar nak… Sabar…”
Hajah Kalsum menjadi takut melihat parang panjang yang sedang dipegang kuat oleh anak sulungnya itu. Ketakutan turut tergambar di mata Mushir dan Nafsiah.
“Umi jangan masuk campur! Ini urusan saya dengan lelaki jahanam ni!!! Ke tepi!”
“Tolong Along… Jangan buat macam ni. Umi rayu… Tolong…”
Tidak dipedulinya akan rayuan dan tangisan sang ibu. Bagi Haji Wahab hanya dengan menamatkan nyawa Mushir sahajalah dia dapat memuaskan hatinya yang sedang dijuarai sang syaitan.
Pucat lesi wajah Mushir. Langkah Haji Wahab semakin laju dan kian menghampiri dirinya. Saat
ini hanya mati yang diingati. Dia tahu yang dia tidak dapat melarikan diri dari maut yang dibawa oleh Haji Wahab. Nafsiah turut takut andai insan yang amat dicintainya ini akan terpisah nyawanya daripada jasadnya. Bagaimanakah dia mampu untuk meneruskan kehidupan tanpa Mushir di sisinya?
Hajah Faaidah sudah kehilangan rasa. Dia tidak peduli andai suaminya mahu menghabisi nyawa lelaki sial yang telah meragut kesucian anak daranya! Sekadar memandang bersama linangan air mata yang masih ingin membasahi wajahnya. Hanya itu sahaja yang termampu dilakukannya.
“Lari! Lari Mushir!!! Lari!!!”
Terdengar teriakan daripada wanita tua yang sudah tidak mampu mengawal tindakan anak sulungnya. Hajah Kalsum tidak mahu ada yang terbunuh. Apatah lagi andai orang itu adalah Mushir! Dia tahu kesilapan apa yang telah dilakukan oleh Mushir, tetapi… Dia sendiri tidak mampu untuk menerima hakikat andai lelaki itu terbunuh di hadapan matanya.
Mushir berlari sekuat yang mampu. Walaupun kesakitan terasa di setiap inci tubuhnya akibat sepak terajang lelaki yang sedang mengejarnya dengan parang pada saat ini, dia harus bertahan dan menyelamatkan diri. Tuala yang hampir terlucut ditarik dan digenggamnya.
Dapat sahaja memulas tombol pintu, tubuhnya tidak mampu terbolos keluar. Jiran tetangga
yang berkerumun di muka pintu itulah puncanya. Saat ini… Dia pasrah…
Haji Wahab terus menerkam ke arah Mushir dan parang terus diayun. Namun… Sebelum sempat parang tajam itu mengenai tubuh lelaki jahaman yang sedang menikus ketika ini, uminya sepantas kilat menghalang dengan menjadikan dirinya sebagai perisai buat Mushir.
Terkejut Haji Wahab dengan tindakan uminya. Tidak disangkanya sebegini sekali uminya mahu
melindungi pesalah yang selayaknya menerima hukuman maut!
“Ini adik kau! Adik kau… Wahab. Tolonglah… Umi merayu pada kau… Lepaskan Mushir…
Lepaskanlah adik kau…”
Tidak dikira lagi apakah pangkat Wahab kepada dirinya.
Mana mungkin seorang ibu sanggup memeluk dan merayu kepada anaknya. Tetapi saat ini, itulah yang sedang dilakukan oleh Hajah Kalsum. Dipeluk kaki anak sulungnya itu kuat dan rayuan bersama tangisan beria diharapkan dapat melindungi anak bongsunya yang sedang berselindung di balik tubuh tuanya.
Tercampak parang yang dipegang oleh Haji Wahab dan tangisannya mulai berirama. Irama
kekecewaan, malu dan aib… Semuanya bersatu dan akhirnya dia turut terjelepok seperti isterinya yang masih tidak mampu untuk bangkit. Tidak dipedulikan pandangan orang kampung. Biarlah andai mereka mahu memikirkan apa pun.
Orang kampung begitu terkejut. Masing‐masing membuat tafsiran terhadap apa yang sedang
disaksikan oleh mata mereka. Apa yang pasti, tafsiran setiap orang yang sedang memandang
Haji Wahab, Hajah Kalsum dan Mushir dengan pandang yang bercampur ini hampir sama sahaja. Pasti ianya mengenai aib yang telah dilakarkan oleh Mushir dan Nafsiah! Sudah banyak kali orang kampung melihat kemesraan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bapa saudara kepada anak saudaranya. Tetapi, tiada sesiapa yang mahu memberitahu kepada Haji Wahab. Hanya cakap‐cakap belakang dan umpatan sahaja yang menyebarkan fitnah. Hari ini segalanya sudah terbukti, umpatan itu adalah sebuah realiti!
“Lepaskan Idah! Idah tak sangka yang abang sanggup lepaskan si Mushir tu!!! Abang sedar tak
yang dia dah…”
Tiada penghabisan kata. Tidak sanggup rasanya Hajah Faaidah mengungkapkan perkataan rogol! Kerana dia sedar akan hakikat yang sebenarnya. Sewaktu siang tadi dengan jelas dia melihat anak tunggalnya itu melayani bapa saudaranya bagaikan seorang isteri yang sedang mencurahkan kasihnya kepada sang suami. Dosa ditolak ke tepi dan kerana cinta dia sanggup mencalarkan maruah diri serta keluarga. Walaupun begitu, Hajah Faaidah tetap juga yakin yang anaknya itu tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Apatah lagi usianya masih begitu hijau. Andai dilaporkan kepada pihak berkuasa, dia tahu yang anaknya itu tidak akan
disabitkan dengan sebarang kesalahan pun. Sama ada perbuatan hina itu dilakukan secara suka mahupun rela, tetap sahaja Nafsiah masih berada di bawah umur. Pasti lelaki jahanam itu yang perlu menanggung segalanya.
“Kenapa? Kenapa abang tak nak laporkan perbuatan adik abang tu kepada pihak polis? Kenapa?! Jawab abang! Kenapa?...”
Air mata sudah megah membengkakkan mata Hajah Faaidah. Dia tidak peduli andai dosa yang
akan diperolehi kerana meninggikan suara kepada suaminya. Baginya biar apa pun alasan yang
bakal diberikan oleh lelaki di hadapannya ini, tetap juga akan dibangkangnya. Dia mahu adik
iparnya itu disabitkan dengan kesalahan merogol!
“Idah… Abang… Abang tak sanggup nak tengok umi menangis…”
Akhirnya terluah jua sebab mengapa Haji Wahab tidak menarik adiknya itu ke muka pengadilan. Bukannya dia merelakan apatah lagi membiarkan sahaja adik kandungnya itu terlepas. Tetapi di saat dia ingin mengheret adiknya itu ke balai polis, uminya terus merayu dan merayu agar melepaskan anak bongsunya itu. Andai hanya tangisan dan rayuan yang bergema Haji Wahab masih mampu bertahan. Namun, saat kakinya dipaut dan dicium oleh wanita yang melahirkannya… Dia tidak betah lagi…
“Habis Idah ni macam mana?! Idah ni isteri abang. Wanita yang melahirkan Nafsiah… Di mana
hak Idah?”
“Abang tahu… Maafkan abang. Abang janji yang abang takkan lepaskan Mushir macam tu je.
Bila semuanya dah reda, abang sendiri akan membawa Mushir ke muka pengadilan.”
Pengakhiran pujukan itu dilengkapkan dengan pelukan. Dipeluk erat isteri yang sedang menangisi nasib aib yang menimpa mereka sekeluarga. Kian kuat tangisan Faaidah dan diharapnya agar kata‐kata yang telah diungkapkan oleh suaminya itu adalah sebuah janji. Janji yang harus ditepati, agar lelaki jahanam itu menerima hukumannya!
Waktu sudah melepasi 2.00 pagi, namun Nafsiah masih menangisi nasib diri. Bengkak dan pedih di mata diketepikan. Terbayang di ruang matanya tika ini bagaimana reaksi umi, walid dan neneknya sewaktu menangkap dirinya dan Pak Usunya yang sedang bermadu asmara.
Merah padam muka walidnya. Uminya pula terjelepok, tanda tidak dapat menerima apa yang
sedang disaksikan oleh matanya dan neneknya pula terkaku sebelum rebah seketika.
“Maafkan Nafsiah… Umi, walid. Nafsiah salah. Tapi… Nafsiah betul‐betul cintakan Pak Usu.”
Air mata mengalir lagi. Kali ini ingatannya menyelongkari memori lama. Perbezaan usia dan status pertalian darah tidak menghalang Nafisah untuk menerima cinta yang dihulurkan oleh Pak Usunya. Pada mulanya Nafsiah berasa takut untuk merelakan tubuhnya ‘dinikmati’ oleh ‘kekasih’ hatinya itu. Tetapi setelah acap kali perbuatan sumbang mahram itu dapat memuaskan nafsunya, Nafsiah menjadi rela. Seperti hari ini, bukan Pak Usunya yang meminta tetapi dia yang merengek manja minta dibelai sebelum bahtera asmara didayungi bersama.
Namun, sampai bila bangkai gajah dapat disembunyikan! Begitu jugalah perihal perbuatan sumbang mahramnya bersama Pak Usunya. Hari ini adalah penamatnya! Dia ditangkap di rumah walidnya sendiri!
Tangisan masih ingin merintihkan kesedihan di hati Nafsiah. Nafsiah sememangnya tidak dapat menerima perpisahan ini. Dia sendiri tidak tahu, bagaimanakah caranya untuk dia menidakkan perasaan ini. Perasaan yang sering membuai rasa dan mengindahkan harinya.
Tuk… Tuk… Tuk…
Ketukan di tingkap bilik menyentakkan lamunannya. Terasa debaran di dada. Siapakah gerangan yang mengetuk tingkap biliknya sehening pagi ini?
“Sayang… Sayang… Bangun. Ni abang ni.”
Terdengar bisikan di luar tingkap. Dia kenal suara itu! Cepat sahaja Nafsiah melompat turun dari katil dan membuka tingkap biliknya.
“Abang. Abang…”
Mushir meletakkan jari telunjuk di bibir sebagai tanda supaya Nafsiah memperlahankan suaranya. Nafsiah angguk, tanda mengerti.
“Cepat. Pergi kemas barang. Abang nak bawa sayang jauh dari sini. Cepat.”
Gesa Mushir. Nafsiah tidak berfikir walaupun sesaat. Tidak dihiraukan akan kasih sayang umi dan walidnya. Tidak dihiraukan akan aib yang bakal bertambah andai dia melarikan diri bersama Pak Usunya dan tidak dipedulikan akan kesedihan umi, walid serta neneknya. Apa yang dia ingini saat ini adalah pergi jauh dari tempat ini dan dia juga mahu membina kebahagiaan bersama insan yang amat dicintainya. Walaupun dia tahu akan status perhubungan haram ini tidak mungkin disucikan dalam Islam. Sejauh manapun mereka bersembunyi, Mushir tetap juga lelaki yang boleh mewalikan dirinya dan haram untuk menikahinya! Tetapi itu semua hanya dipandang sipi. Apa yang penting cinta mereka perlu diselamatkan.
Melalui tingkap Nafsiah berjaya melepaskan diri dan mereka berjalan laju untuk mendapatkan kereta milik Mushir yang diletakkan agak jauh dari pekarangan rumah Haji Wahab.
“Abang. Sayang takut… Takut kalau kita terpaksa berpisah lagi.”
Air mata menjelma semula di kelopak mata Nafsiah.
“Abang janji. Selepas ini kita takkan berpisah lagi. Kita akan pergi jauh dari sini.”
Mata Nafsiah masih lagi terpaku di wajah Mushir saat ‘kekasihnya’ itu mengungkapkan kata-kata
janji. Terlihat dengan jelas betapa kesedihan turut menguasai emosi Mushir. Genangan air mata menjadi buktinya. Hati Nafsiah terus tersentuh dan pilu saat terlihatkan kesan‐kesan lebam di seluruh muka ‘buah hatinya’ itu. Dia tahu kesan itu ditinggalkan oleh walidnya siang tadi.
“Sakit?”
Jari jemari Nafsiah meraba‐raba muka Mushir. Mushir faham akan makna soalan itu.
“Kalau lebam di muka ni yang sayang maksudkan… Tak sakit. Tapi… Luka yang parah di hati,
abang tak dapat nak tanggung. Abang… Tak tahu macam mana abang nak teruskan hidup ni tanpa sayang. Abang betul‐betul cintakan sayang.”
Mushir gagal mengawal emosinya dan linangan air mata laju membasahi wajahnya. Sejujurnya
Mushir sendiri tidak sedar bilakah rasa cinta di hatinya bercambah buat anak buahnya ini. Apa
yang dia tahu, setiap hari bayangan dan kemanjaan Nafsiah diingini dan sehinggalah hari ini…
Hari yang membawa sial kepada dirinya!
“Sayang pun betul‐betul cintakan abang. Abang mesti janji… Apa pun yang berlaku, kita takkan
berpisah.”
“Abang janji sayang.”
Mushir menggenggam jari jemari Nafsiah yang berada di pahanya. Tetapi tumpuan tetap jua
diberikan pada jalan raya. Kelajuan kereta ditingkatkan. Mushir perlu pergi sejauh yang mungkin agar ketika cahaya matahari sudah menguasai bumi, dia tidak berada lagi di negeri ini.
Nafsiah memaut lengan kiri Mushir. Walaupun agak sukar untuk Mushir mengawal pacuan empat rodanya, namun dibiarkan sahaja ‘buah hatinya’ itu memperlakukan itu. Mushir tahu kerana cintalah Nafsiah mengeratkan pautannya dan dengan manja Nafsiah melentokkan kepala di bahunya.
“Abang akan jaga sayang sampai mati.”
Lembut kata‐kata itu diungkapkan. Tersentuh hati Nafsiah mendengarnya, lalu kucupan penuh kasih singgah di pipi ‘kekasihnya’ itu. Cepat sahaja Mushir membalasnya, kepala Nafsiah yang masih terlentok di bahunya dikucup lama. Namun ternyata tindakannya itu mengundang bencana. Mushir yang pada waktu itu sedang melalui sebuah selekoh tajam, hilang kawalannya. Brek kaki ditekan sekuat hati dengan harapan keretanya itu dapat diberhentikan, tetapi padah diterima apabila keretanya kian hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan selepas bertembung dengan sebuah van. Kepala dan dada Mushir terhentak dengan kuat.
Darah pekat berwarna merah kehitaman mengalir dengan laju. Semakin lama semakin kabur
pandangan Mushir dan saat tubuhnya dipeluk oleh Nafsiah, dia sudah terkulai dan tidak bernafas lagi. Nafsiah menjerit sekuat hati. Dipeluknya erat tubuh insan kesayanngannya itu dengan harapan Mushir akan membuka mata. Tetapi segalanya sudah terlambat. Malaikat Maut menjemput Mushir sebelum dirinya sempat membuat dosa yang lebih besar!
“Pelikkan dunia zaman sekarang.”
Maliki memandang wajah Murad, tanda tidak mengerti.
“Apa yang peliknya?”
Soal Maliki akhirnya.
“Yelah. Adalah orang tu, dulu sebuk sangat nak tangkap anak orang bila nampak budak‐budak
kampung kita ni duduk berdua‐duaan. Tapi tak sedar yang anak sendiri lagi teruk! Bukan setakat berzina. Berzina dengan pak cik sendiri pulak tu!”
Kini Maliki mengerti. Jatuh simpatinya kepada Haji Wahab yang sedang memasukkan beberapa ketul kuih ke dalam plastik. Berubah air muka lelaki itu, perasaan malu mewarnai riak wajahnya. Andailah dia tahu yang Murad bermulut jahat ini hendak menghina Haji Wahab, pasti tidak diendahkannya.
“Berapa, Maliki?”
Diunjukkan plastik berwarna kuning itu kepada Maliki, tidak diendahkan lelaki yang masih belum puas hendak mengaibkan dirinya. Biarlah… Biar apa pun yang ingin dicanangnya, kerana dia tahu semakin orang kampung menghinanya semakin tahap kesabaran perlu ditingkatkan. Hanya kesabaran itulah yang mampu menebalkan ketakwaannya kepada Allah S.W.T.
“Tiga ringgit semuanya, Haji.”
Haji Wahab menghulurkan jumlah yang tepat.
“Saya beli.”
Ujar Haji Wahab.
“Saya jual.”
Jawab Maliki.
“Jual jangan sebarang jual. Jangan nanti anak sendiri terjual badan sebab cinta pada pak saudara sudahlah.”
Terhenti langkah Haji Wahab mendengar kata‐kata Murad kali ini. Bagai dihunuskan pedang tepat ke hatinya. Darah yang memancut akibat tusukan itu pastilah melahirkan kesakitan yang teramat sangat. Diurut dadanya perlahan dan cuba disabarkan hatinya.
“Kau ni Murad, kalau cakap tu ikut sedap mulut kau je!”
Marah Maliki.
“Eh! Apa pulak. Betul apa aku kata!”
Malas hendak bertegang urat, Maliki mendiamkan diri dan Haji Wahab mengatur semula langkah yang terhenti. Tidak betah untuknya bertahan lebih lama. Di dalam kereta, tumpah jua air matanya.
“Idah tak kira abang! Apa nak jadi pun jadilah. Saya nak hantar Nafsiah dan anak tu ke Singapura. Duduk dengan Kak Long saya.”
“Tapi Idah…”
“Tapi apa? Abang… Abang tahu tak macam mana malunya Idah! Setiap kali Idah keluar, ada
sahaja mulut‐mulut orang kampung yang mencanang pasal anak kita. Mana Idah nak letak muka ni bang?”
Cepat Haji Wahab memeluk tubuh isterinya. Dia sedar akan penderitaan dan kesedihan yang sentiasa menguasai perasaan isterinya ini. Semenjak peristiwa yang begitu mengaibkan itu ditambah pula dengan kelahiran zuriat Nafsiah, kian rancak orang kampung mengumpat dan mencanang perihal mereka sekeluarga. Walaupun dirinya adalah seorang lelaki, namun Haji Wahab sering menitiskan air mata saat diperli dan dihina. Inikan pula isterinya… Seorang wanita yang begitu halus jiwanya. Pasti penderitaan isterinya ini berlipat kali ganda.
Nafsiah yang terdengar perbualan kedua orang tuanya itu segera berlalu ke biliknya. Terasa
debaran di dada. Dia tahu mengapa umi mahu menghantarnya ke Singapura. Semuanya gara-gara
uminya itu tidak tahan lagi mendengar umpatan dan cacian orang sekelilingnya. Tetapi biar apa pun yang terjadi, dia tidak mahu ke rumah Mak Longnya. Dia faham benar dengan sikap Mak Longnya itu. Wanita itu begitu kasar kata‐katanya dan sikapnya pula langsung tiada kelembutannya. Jauh berbeza dengan uminya. Mungkin disebabkan itulah mak ciknya yang seorang ini masih belum dikurniakan cahaya mata. Nafsiah mulai mentafsir sendiri akan Qada’ dan Qadar Mak Longnya itu.
Bayi yang sedang lena di dalam buaian diangkatnya. Lama dia memeluk benih cintanya itu. Akibat cinta yang mendalam maka terlahirkan bayi yang masih belum bernama ini. Nafsiah membelai perlahan rambut anaknya itu dan kemudian mengucup lama wajah si kecil. Menitis air matanya. Dia sedar tempoh masanya untuk bersama si kecil hanya tinggal seketika.
“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa.”
Dipeluk semula anak yang masih lena tidurnya. Si kecil ini masih tidak mengerti apa‐apa. Hanya si ibu sahaja yang mempunyai rancangannya. Rancangan yang mungkin akan memisahkan mereka buat selama‐lamanya.
Disiram pusara lelaki yang masih utuh terukir namanya di hati. Biarpun berjuta orang mengatakan perhubungan yang pernah terjalin di antara dirinya dan lelaki yang sudah hampir setahun menghadap Ilahi ini adalah suatu kesilapan dan keaiban sehingga melahirkan anak yang berbapakan datuk saudara, namun dia masih tidak mampu untuk mengusir rasa cinta di hatinya.
Tangisan kesedihan akibat kehilangan insan tersayang masih setia menemani dirinya seperti
kebiasaan dia menghadirkan diri di pusara ini. Terimbau kembali peristiwa malam itu. Malam yang begitu tragis. Malam yang penuh dengan kecelakaan! Terbayang‐bayang wajah Mushir yang dipenuhi dengan linangan darah hidup yang tidak henti‐henti mengalir. Terngiang-ngiang jeritannya memanggil insan kesayangannya itu agar terus membuka mata. Namun akibat hentakan yang begitu kuat dan kehilangan darah yang begitu banyak, Mushir benar-benar pergi meninggalkan dirinya buat selama‐lamanya!
Akibat buruan masa dan takut dikesan oleh walid dan uminya, maka terpaksa jua Nafsiah melangkah pergi meninggalkan tanah perkuburan ini. Dia perlu segera melangkah sebelum subuh berlalu dan cahaya matahari menyinarkan surianya. Namun di saat Nafsiah melintasi sebuah kubur yang terukir di atas nesannya Kalsum binti Mohd. Adam, langkahnya terhenti. Air matanya tumpah lagi saat mengingati bagaimana arwah neneknya ini terus pengsan dan tidak sedarkan diri sehingga terpisahlan roh dari jasadnya setelah dia mengetahui perihal kematian anak bongsunya.
“Maafkan Nafsiah nek.”
Kata‐kata itu hanya terungkap di hati Nafsiah sedangkan mulutnya masih tidak mampu bersuara akibat sendu dan kakinya pula sudah dilangkahkan untuk meninggalkan segala apa yang ada di sini!
Maafkan segala kesilapan yang telah Nafsiah lakukan. Nafsiah sedar, Nafsiah bukanlah anak yang sepertimana walid dan umi harapkan. Nafsiah tahu, arang yang telah Nafsiah contengkan di muka walid dan umi tidak mungkin dapat dibersihkan sampai bila‐bila. Nafsiah sedar yang diri Nafsiah sudah begitu kotor dan tidak dapat disucikan lagi. Walid… Umi… Nafsiah tidak sanggup untuk terus membebankan umi dan walid, apatah lagi andai Nafsiah terpaksa membebankan Mak Long. Demi kebaikan semua, Nafsiah rela menghilangkan diri. Nafsiah berjanji tidak akan pulang lagi ke kampung ini, kerana Nafsiah yakin… Selagi orang kampung terpandangkan wajah Nafsiah selagi itulah walid dan umi akan dihina. Halalkan segala makan minum Nafsiah dan terima kasih kerana sanggup melahirkan anak sehina Nafsiah. Kalaulah Nafsiah diberikan pilihan… Nafsiah tidak sanggup untuk dilahirkan sebagai anak walid dan umi, kerana walid dan umi terlalu mulia dan suci untuk diaibkan. Maafkan anakmu ini dan tolonglah jagakan bayi ini. Andai besar nanti dia bertanya siapakah ibunya, katakan yang Nafsiah sudah pergi menghadap Ilahi.
Laju air mata Faaidah mengalir. Terasa genggaman di bahunya, dia tahu suaminya sedang cuba menanam sedikit kekuatan di dalam dirinya. Namun seperti dirinya, suaminya turut berlinangan air mata. Tidak disangkanya Nafsiah mengetahui perihal rancangannya hendak menghantar anak tunggalnya itu ke Singapura dan akhirnya Nafsiah mengambil keputusan untuk melarikan diri serta meninggalkan zuriatnya.
Faaidah mengalihkan pandangan ke arah bayi yang sedang terbaring di atas katil. Bayi itu begitu lena dan ketenangan terukir di wajah suci itu. Sepanjang kelahirannya, bayi yang masih belum diberikan nama ini jarang sekali menangis, kembung perut atau apa sahaja ragam lainnya. Perlahan Faaidah melangkah mendekati katil dan didokongnya cucu perempuannya itu. Dicium dahi si kecil dan saat ini air matanya mengalir… Serta merta hadirnya tekad di hati!
Tekadnya pada saat ini hanya satu! Dia mahu membesarkan cucunya ini dengan kasih sayang
yang disulami ketabahan di dalam jiwa si kecil agar besarnya nanti, dia mampu untuk menongkah arus kehidupan yang penuh dengan kekejaman kerana status dirinya yang tidak akan dimuliakan oleh insan lainnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan