SUASANA bising di Semarak Café sedikitpun tidak dihiraukan oleh sekumpulan anak remaja yang berada di satu sudut kelab malam itu. Gelak ketawa mengiringi muzik rock yang sedang keras berkumandang. Manissa nampak kurang selesa malam itu. Dalam samar cahaya kelab malam yang agak suram, Suzy memerhatikan Manissa yang kelihatan sugul duduk di sebelahnya.
“Rilekslah Nissa. Apa yang hendak kau bimbangkan?” tegur Suzy cuba menyakinkan gadis berusia 21 tahun itu.
Suzy menyeluk tangan ke dalam beg galas yang terletak di sisinya. Tangannya meraba‐raba seperti mencari sesuatu di dalam beg itu. Seketika Suzy mengeluarkan sekotak rokok. Diambilnya sebatang lalu disuakan kepada Manissa.
“Ambillah … kau bukan tak biasa. Hisap sikit … biar tenang sikit fikiran kau yang kusut tu,”
Manissa seperti acuh tidak acuh. Matanya galak merenung wajah Suzy. Kemudian pandangannya beralih pula ke arah Cindy.
“Jangan takut. Di sini tak ada siapa yang kenal kau,” tambah Cindy menyokong tindakan Suzy.
Manissa akhirnya menerima cadangan Suzy dan Cindy. Tangannya segera mencapai sebatang rokok yang dihulurkan itu. Rokok berjenama terkenal itu disuakan ke mulutnya. Suzy segera mengeluarkan sebuah pemetik api lalu memasang api ke rokok yang sedia melekat antara dua bibir mungil Manissa.
“Hmm….macam itulah. Malam ini kita enjoypuas‐puas!” kata Suzy lagi.
Suzy memerhatikan jam di tangan. Matanya melilau memerhatikan pengunjung yang sedang berhibur di kelab malam itu. Dewan menari Semarak Café itu semakin bergema dengan alunan muzik yang pelbagai rentak. Rata‐rata pengunjung di kelab malam itu adalah kalangan anak-anak muda. Ada yang sedang menari secara berpasangan. Mereka terkinja‐kinja menari mengikut alunan muzik yang keras tanpa segan dan silu. Ada juga kumpulan anak muda yang duduk‐duduk sambil meneguk minuman. Ada juga yang mula mabuk angkara meminum air syaitan.
Suzy menarik bahu Cindy lalu membisikkan sesuatu di telinga anak gadis berkulit putih kuning itu.
“Cindy, aku nak masuk ke dalam kejap. Kau dan Nissa tunggu sini. Kejap lagi aku datang balik,”
beritahu Suzy sebelum bergerak berlalu pergi.
“Baiklah tapi jangan lama‐lama sangat,” jawab Cindy.
“Okeylah!” balas Suzy dan terus hilang di celah‐celah kegilaan anak‐anak muda yang masih leka terkinja‐kinja menari.
Manissa menyedut lagi dalam‐dalam sebatang rokok berjenama yang tersepit antara celahan jari‐jari halusnya. Seketika nampak asap putih berkepul apabila dihembus ke udara. Cindy bertepuk tangan apabila Manissa menghembus beberapa kali asap rokoknya.
“Wah! Kau nampak hebat Nissa!” tegur Cindy seakan memuji. “Ada gaya … ada kelas!”
Manissa tidak memberi sebarang reaksi walapun Cindy memujinya. Di wajahnya tetap terpancar perasaan curiga yang amat dalam. Cindy turut dipagut kehairanan. Dia melepaskan satu keluhan lalu mengangkat bahu.
“Kenapa dengan kau Nissa? Aku tengok kau lain macam saja malam ni…,”
Manissa terhenti dari menghisap rokok. Rokok yang masih berbaki itu ditenyeh beberapa kali ke bekas habuk rokok.
“Entahlah Cindy. Aku rasa tak sedap badanlah malam ni…,”
“Kau sakit?”
Manissa hanya diam. Cindy tertunggu‐tunggu jawapan dari Manissa. Manissa hanya geleng kepala.
“Habis tu kenapa?” soal Cindy lagi.
“Aku rasa rimaslah duduk lama‐lama di sini,” ujar Manissa seperti mahu melepaskan satu keluhan yang telah lama terbuku di dadanya.
“Kau tak biasa memanglah rasa macam ni. Nanti lama‐lama kau okeylah,” pujuk Cindy. “Kau
sabarlah. Kejap lagi sampailah mereka tu. Kitakan dah janji nak jumpa Tauke Albert. Ini saja peluang yang kau ada…,” rayu Cindy pula.
Manissa terdiam. Perasaannya berbelah bahagi. Jari‐jemari tangannya memintal‐mintal anak
rambut yang terjurai di dahi. Jiwanya turut terpintal dengan fikiran yang bercelaru.
Kehadirannya di kelab malam itu memang sudah dirancang terlebih awal. Suzy sudah berjanji mahu memperkenalkannya dengan Tauke Albert Gan, tuan punya kelab malam itu. Sudah hampir dua tahun Suzy bekerja dengan Tauke Albert Gan. Cindy juga diperkenalkan kepada Tauke Albert Gan oleh Suzy.
Suzy sudah berjanji dengan Tauke Albert memperkenalkan Manissa pula. Dia mahu mengajak
Manissa bekerja di situ. Manissa termakan dengan desakan daripada Suzy yang hidup mewah hasil daripada kegiatannya bekerja sebagai gadis perkhidmatan pelanggan atau lebih dikenali sebagai GRO. Cindy juga sudah hampir setahun terlibat dengan kegiatan itu. Semuanya angkara Suzy. Kini mereka cuba mempengaruhi Manissa supaya mengikut jejak langkah mereka.
“Kau kata banyak masalah di rumah….emm…di sini semua masalah tu boleh hilang. Percayalah
cakap aku!” desak Suzy pada satu pertemuan.
“Aku….aku takutlah…aku….aku tak biasa…,” tutur Manissa ragu‐ragu.
“Kau rileks saja….nanti aku dengan Cindy uruskan. Boleh?”
Manissa terdiam membisu. Wajahnya nampak sebal. Fikirannya bagikan kosong.
“Kerjanya bukan susah sangat…..cuma layan pelanggan yang datang. Kalau nasib baik, penuhlah poket malam tu. Itu baru duit tips……gaji bulan lain tau…..” Suzy terus memasang umpan. “Kalau layan pelanggan VIP lagilah mewah……kau mesti tak percaya punya…”
“Semudah itu?” soal Manissa masih lagi ragu‐ragu.
“Iya….kau masih tak percaya aku?”
Manissa terdiam lagi. Mengingatkan perjalanan hidup sehariannya yang sarat dengan masalah
keluarganya, hatinya terdetik juga ingin mengikut sahaja langkah Suzy itu. Duduk di rumah
fikirannya sungguh tidak tenang. Dia ingin bebas. Bebas dari sebarang masalah yang memberatkan otaknya dari berfikir yang bukan‐bukan.
“Satu lagi….aku tak biasalah tempat macam tu,”
“Tak biasa….kenalah biasakan. Kau jangan risaulah….nanti aku tolong kau…,” ujar Suzy lagi.
Akhirnya Manissa termakan juga pujukan Suzy. Manissa tahu apa yang akan dilakukan itu tidak
sepatutnya dibuat tetapi memikirkan tentang tuntutan hati, dia terpaksa. Rentetan dari permasalahan yang melanda kehidupannya maka satu perhitungan telah dibuat. Biarlah apa orang hendak kata, yang penting jiwanya kembali tenang. Satu keputusan telahpun dibuat.
Manissa mula terjebak dengan janji‐janji manis Suzy.
“Apa lagi yang nak difikirkan? Kau pun dah besar dan boleh buat keputusan sendiri. Kunci
kebebasan ada di tangan kau!” sela Cindy cuba menyokong tindakan Suzy untuk membawa Manissa masuk ke dunia yang penuh duri itu.
“Kau susah, ada family kau ambil tahu? Ada mereka ambil berat tentang kau? Nasib kau lebih
baik Nissa. Kau hanya kehilangan kasih dari orang tuamu tapi aku.,” tiba‐tiba Suzy terasa sebak
apabila mengenangkan peristiwa hitam yang membelenggunya semasa dia berumur 15 tahun
dahulu.
“Aku … aku jadi mangsa buas ayah aku sendiri. Nafsu serakahnya membuatkan aku jadi anak
yang liar. Terlanjur berdosa, biar aku bergelumang terus dengan dosa‐dosa itu. Aku sendiri mahu ajar semua lelaki‐lelaki yang tidak bertanggungjawab itu. Lelaki‐lelaki yang bertopeng itu memang ramai di sini,” bentak Suzy mula membuka semula cerita hitam yang sekian lama terbenam di dadanya.
Sejak akhir‐akhir ini jiwa Manissa semakin tidak tenang. Keadaan keluarganya yang berantakan
membuatkan dia semakin kabur dalam membuat pertimbangan. Dia tidak senang duduk apabila balik ke rumah. Ibu dan ayahnya sentiasa bergaduh. Masing‐masing mementingkan diri sendiri. Ada sahaja agenda yang dipertikaikan. Perdebatan berselang pertelingkahan yang pastinya tiada pengakhiran. Semua keputusan menuju jalan buntu. Manissa tersepit di tengah-tengah gelombang kehidupan yang cukup mencabar itu.
Perwatakan fizikal Manissa persis potongan wanita Inggeris itu membuatkan orang tidak sedar
bahawa gadis itu sebenarnya berdarah campuran. Ayahnya berbangsa Melayu. Datuk Zulkifli adalah salah seorang usahawan yang terkenal. Manakala ibunya bernama Sharifah Maimun binti Abdullah selepas memeluk agama Islam 22 tahun yang lalu. Datuk Zulkifli mengahwini Datin Sharifah Maimun semasa menuntut di luar negara. Datin Sharifah Maimun atau nama sebelum Islamnya, Sherry Miller sanggup merantau jauh meninggalkan keluarga dan kota London demi kasih dan cintanya terhadap Datuk Zulkifli. Benarlah kata orang, saat bunga cinta mekar berkembang, segalanya indah dipandang. Biarpun api membakar laut namun sanggup terus berenang merebut cinta yang jauh di seberang.
Raut wajah Manissa banyak mewarisi sebelah ibunya. Rambutnya agak keperang‐perangan. Matanya pula berwarna cokelat. Ini ditambah lagi dengan cara solekan dan pakaian yang dikenakan. Tiada siapa yang perasan bahawa dia sebenarnya adalah seorang anak Melayu kacukan Inggeris. Susuk tubuhnya yang agak tinggi lampai jarang dimiliki oleh gadis‐gadis Melayu seusianya. Kecantikannya sering menjadi perhatian. Tidak hairanlah Manissa mempunyai ramai kenalan.
Kehidupannya dikelilingi kalangan anak‐anak orang berada dan hartawan. Sesuai dengan kedudukan keluarganya, Datuk Zulkifli dan Datin Sharifah menghantar Manissa belajar di sekolah antarabangsa. Dari situlah dia mengenali ramai anak‐anak orang kaya di kalangan ahli perniagaan. Pergaulannya yang agak luas itu menjadikan Manissa disenangi oleh rakanrakannya yang lain. Suzy dan Cindy juga bersekolah yang sama. Mereka sudah kenal lama.
“Hai Cindy! Dah lama tunggu? Jom kita menari!” terdengar satu suara yang agak kasar menegurnya dari arah belakang.
Johnny Tan tegak berdiri sambil tersenyum nakal. Cindy melonjak riang. Dia bangun lalu menerpa pantas ke arah Johnny Tan. Johnny Tan menyambut kemas terpaan Cindy dan memeluk rapat gadis itu ke dadanya.
“Ehh….mana kau lama menghilang hah? Tiba‐tiba saja muncul!” tukas Cindy masih lagi keriangan.
“Macam biasalah….aku ada tugas. Bila dah selesai aku pasti datang cari kau di sini!” beritahu Johnny Tan sambil ketawa. “Kumbang tak akan lupa bunganya walaupun jauh dia terbang,” sambungnya lagi sambil disambut senyum nakal Cindy kepada lelaki berkulit sawo matang itu.
Sempat juga Johnny Tan menjeling ke arah Manissa yang diam sejak dari tadi. Cindy memandang ke arah Johnny Tan dan memahami keadaan itu.
“Err ... orang barukah?” tukas Johnny Tan pantas.
“Hmm ... mari aku kenalkan. Ini kawan aku … kenalkan Nissa..,” beritahu Cindy.
Johnny Tan tersenyum nakal. Manissa serba salah apabila ditenung nakal begitu. Pemuda yang
bermisai lebat itu membuatkan Manissa serba salah dan lemas. Johnny Tan menghulurkan tangan untuk bersalaman. Manissa masih ragu‐ragu. Johnny Tan masih lagi menanti tangannya disambut. Cindy memandang muka Manissa dan mengangguk perlahan. Manissa terpaksa akur dan akhirnya menyambut huluran tangan Johnny Tan.
“Johnny ... salam perkenalan. Nice to meet you!” ujar Johnny Tan sambil bibir menguntum
tersenyum.
Manissa menyambut huluran salaman itu dengan senyuman yang hambar. Johnny Tan mengalihkan semula pandangannya kepada Cindy. Pakaian Cindy pada malam itu agak mengiurkan. Lelaki hidung belang seperti Johnny Tan mesti tidak akan melepaskan peluang.
Skirt pendek dan baju yang terbuka luas di bahagian dada Cindy memukau pandangan Johnny Tan.
“Mana Suzy?” soal Johnny Tan kepada Cindy sambil matanya melilau memandang sekitar kelab
malam itu.
“Ke mana lagi kalau tak berseronok dengan pelanggannya.”
“Memang hebat Suzy tu!”
Manissa masih diam membatu. Tangannya berpeluk tubuh. Sesekali diteguknya air oren segar yang berada di hadapannya. Johnny Tan mengajak Cindy ke lantai tari. Cindy tidak membantah lalu bangun mengikuti Johhny Tan ke ruang tengah dewan menari Semarak Café itu. Muzik terus beralun dan mereka sama‐sama terkinja‐kinja menari mengikut rentak lagu yang sedang berputar. Di tengah‐tengah dewan itu dapat disaksikan kerancakan pasangan muda‐mudi leka aksyik menari. Manissa hanya memandang dari jauh. Terasa kebosanan melanda tangkai hatinya saat itu.
Sebentar kemudian Suzy datang semula mendapatkan Manissa. Dia datang bersama seorang lelaki yang layak dipanggil ayah. Tanpa segan silu, Suzy memaut erat bahu lelaki tua itu manakala lelaki itu pula memaut kemas pinggang ramping Suzy. Suzy nampak seronok dan membiarkan sahaja perlakuan Albert Gan itu. Manissa membetulkan duduknya. Kaki kanan diangkat lalu disilangkan ke atas peha kaki kirinya. Badannya disandarkan sedikit ke kerusi.
“Tuan Albert … inilah Manissa yang saya cakapkan tu…,” Suzy memperkenalkan Manissa kepada Albert Gan, tuan punya kelab malam itu.
Albert Gan ketawa kecil. Dia nampak berminat apabila melihat Manissa. Matanya cuba menjamah tubuh langsing yang dimiliki gadis di hadapan matanya. Albert Gan mengangguk-angguk beberapa kali sambil tersenyum puas kepada Suzy. Sengihnya memanjang sambil memberi isyarat bagus kepada Suzy. Tangan kirinya pula mengurut‐ngurut janggutnya yang sejemput itu.
“Emm….apa khabar?” soal Albert Gan kepada Manissa.
“Err….baik Taukeh.”
“Kamu mahu kerja sini ya?” soalnya lagi.
Manissa tidak berkata apa‐apa. Dia tiada pilihan lain. Suzy memandang ke arah Manissa sambil
tersenyum. Manissa hanya mampu menganggukkan kepala. Albert Gan turut tersenyum dan teruja.
“Biasa kerja macam ini?” Albert Gan kembali bertanya.
Manissa hanya menggelengkan kepala. Kemudian pandangan matanya singgah ke arah Suzy. Suzy memberi isyarat supaya Manissa segera menjawab pertanyaan Albert Gan itu. Namun tiada jawapan yang keluar dari mulut Manissa. Mulutnya bagai terkunci mati.
“Err….dia orang baru Mr. Albert. Nanti I boleh ajarkan…,” sampuk Suzy untuk menyakinkan
Albert Gan. “Err….bila kawan I boleh kerja Mr. Albert?”
Albert Gan berpuas hati dan sangat suka dengan kehadiran Manissa. Albert Gan menyeluk saku seluar sambil mengeluarkan satu bungkusan surat kecil.
“Bila‐bila kawan awak boleh kerja di sini. Suzy ini untuk kamu,” beritahu Albert Gan sambil
menghulurkan satu bungkusan kecil seperti sampul surat kepada Suzy. Kemudian Albert Gan pergi meninggalkan Suzy dan Manissa di situ.
Suzy menyambut bungkusan sampul surat itu dengan senang hati. Manissa hanya memandang sahaja gelagat Suzy yang gedik semacam itu. Kadang‐kadang meluat juga bila melihat perangai Suzy yang nampak mengada‐ngada itu. Suzy menyelak sampul surat itu.
Gembiranya bukan kepalang apabila ada sekeping cek di dalam sampul surat itu.
“Kau ni kenapa? Gedik semacam!” tegur Manissa.
“Nak hidup kawan. Kenalah berlakon!” jawab Suzy. “Nanti kau akan tahu….orang tua tu nak kena pandai pancing….kau tengok ni….barulah kita boleh dapat banyak duit…..,” sambil menunjukkan sekeping cek dalam sampul surat itu kepada Manissa.
“Tengok dia pun putus selera aku…tolonglah!” gerutu Manissa.
“Aku dah cakap tadi….kita kena pandai berlakon. Kau ingat aku kemaruk sangat dengan orang tua tu? Baik aku layan VIP lagi bagus. Nak cari makan kawan…..pandai‐pandailah. Kalau aku tak buat macam ni, kereta aku … sewa kondo … belum lagi bil telefon yang beribu sebulan. Siapa nak bayar? Nanti kau akan tahu juga….okey!” panjang lebar Suzy berceramah kepada Manissa.
Manissa mula faham sekarang permainan yang ditunjukkan oleh Suzy. Falsafahnya berlakon untuk hidup senang dan mewah. Suzy dan Manissa kembali menikmati irama muzik rancak yang sedang bergema di dewan itu.
“Apa lagi yang kau fikirkan? Bila‐bila masa kau dah boleh kerja!” ulang Suzy apabila mendapati
Manissa masih lagi nampak berserabut memikirkan tawaran kerja dari Albert Gan.
“Entahlah Suzy. Aku bimbanglah … takut pun ada…,” luah Manissa perlahan.
“Aku tahu apa yang sedang kau fikirkan sekarang. Kita bukannya buat apa, cuma temankan
pelanggan saja. Borak‐borak…..ringan‐ringan…..itu saja…,” telahan Suzy terhadap kebimbangan
yang bersarang di kepala Manissa sekarang. “Tapi terpulanglah kalau nak extra. Buatlah apa
yang patut...,”
“Bukan itu maksud aku Suzy. Aku bimbangkan keselamatan diri…..selamatkah?”
“Kau takut terperangkap? Dengar sini Nissa….jangan bimbang, premis ni ada kawalan ketat.
Orang‐orang Albert Gan ramai di sini dan di luar sana. CCTV pun terpasang 24 jam…..dah hampir dua tahun aku kerja sini…..tak ada apapun berlaku,”
“Kau lainlah…..aku ni lain,”
“Apa yang lainnya?” soal Suzy kembali.
“Kalau pihak berkuasa menyerbu premis ini macam mana? Kau fahamkan maksud aku!”
Suzy berfikir sejenak. Buntu juga fikirannya saat itu untuk mencari jawapan bagi menjawab soalan Manissa itu.
“Memanglah pernah ada serbuan dari pihak berkuasa sebelum ini tapi biasalah…….kalau ada yang buat laporan……tapi apa nak takutkan…..orang‐orang Albert Gan akan beri maklumat jadi kita boleh buat apa yang patut…..usahlah bimbang sangat,” tukas Suzy cuba memecahkan kebuntuan Manissa.
“Itu pun aku faham…..muka aku ni mana nak sorok? Kalau mereka rampas kad pengenalan
aku….mati aku…..masak dibuatnya!” keluhan dari Manissa.
Sekarang barulah Suzy benar‐benar faham apa yang dibimbangkan oleh Manissa. Dia mengangguk tanda memahami kedudukan sebenar Manissa.
“Sekarang baru aku faham. Aku rasa kau elok gunakan nama lain semasa bekerja di sini. Ini semua untuk keselamatan kau juga. Orang tak tahu siapa sebenarnya diri kau. Kau kena berlakon juga macam aku buat tadi…,”
“Tapi macam mana?” Manissa kembali bertanya.
“Nanti aku akan bincang dengan Mr. Albert……kau tunggu apa katanya nanti,”
Manissa terdiam lagi. Kegusaran masih lagi bersarang di benaknya.
“Percayalah cakap aku……lagi pun kita kerja part time saja kat sini,” tambah Suzy lagi terus
menyakinkan Manissa.
Ada sedikit kelegaan di dada Manissa saat itu. Dilepaskan satu keluhan yang dalam.
Akhirnyanya dia mengalah dengan perasaannya sendiri. Tawaran kerja sebagai gadis GRO oleh
Albert Gan telah diterimanya tetapi dia tidak tahu bilakah tugasnya akan bermula. Walaupun terdesak oleh runtunan hatinya yang kecewa dengan sikap kedua‐dua orang tuanya, dia bagaikan mengumpul satu kekuatan baru. Dia akan lakukan apa sahaja kerana benar‐benar terdesak. Walaupun berliku jalan yang dipilih tetapi dia harus teruskan juga perjalanannya.
Namun begitu dia mesti bertindak licik. Suzy dan Cindy telah berjanji akan merahsiakan perkara tersebut. Manissa tidak mahu kedua‐dua orang tuanya tahu dia bekerja di premis kelab malam itu. Soalnya bukan kerana wang yang menjadi ukuran mengapa dia mahu berkerja di situ. Kemewahan yang melimpahi keluarganya sudah cukup malahan berlebih-lebihan lagi.
“Nah … ambil ni!” ujar Suzy sambil menghulurkan satu beg kecil kepada Manissa.
“Apa ni?” tukas Manissa; ragu‐ragu.
“Ambillah! Mungkin benda ini boleh membantu kau di sini,” sela Suzy lagi.
Manissa terus menyambut bungkusan itu. Sempat juga dia menyelak serta meninjau apa yang ada di dalam beg kecil itu. Ada sepasang rambut palsu yang berwarna keperang‐perangan.
“Selain dari bertukar nama, ianya pasti membantu kau. Tak ada orang akan kenal kau melainkan aku dan Cindy. Percayalah!”
Tiada jawapan yang keluar daripada mulut Manissa. Dia masih lagi dalam keadaan antara yakin
dengan tidak. Dia ingin membantah namun tidak sanggup mengecewakan harapan sahabat-sahabat
baiknya itu. Hanya keluhan yang dilepaskan menerusi kerongkongnya. Ternyata dia sendiri sangat sukar untuk membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Masa terus berlalu mengiringi irama keras di dewan menari Semarak Café itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan