Sepasang mataku masih utuh memandang sekeping gambar yang sedangku pegang. Gambar walid wan dan umi tuk segeraku dapatkan setelah panggilan terhadap dua insan yang amatku sayangi iniku tamatkan sejam yang lalu dan sepanjang tempoh enam puluh minit itulah kelenjar mataku masih sahaja belum penat mengalirkan titisan permata yang akhirnya menjadi deraian air mata.
Ku seka air mata sebelum bibir menghampiri gambar kedua insan yang amatku sayangi ini.
Walid wan dan umi tuk sahajalah yang aku miliki di dunia ini. Aku tidak beribu dan berbapakan
selain mereka. Ya! Itulah peringatan daripada umi tuk yang telahku tancap kuat ke mindaku ini.
Agak lamaku biarkan bibir ini mengucup sekeping gambar yang mampu mengurangkan kadar
kerinduan di hati ini. Sungguh! Aku rindukan walid wan dan umi tuk. Sudah hampir sebulan
lamanya aku tidak pulang ke kampung untuk bertemu dengan mereka. Sepanjang tempoh itu
hatiku meronta‐ronta untuk mencium dan memeluk tubuh tua yang begitu banyak jasanya kepada diri ini. Andai tidak disebabkan mereka mustahil aku mampu menjadi setabah dan sekuat sekarang. Andai tidak disebabkan mereka juga tidak mampu rasanya diri ini membina benteng dalam menghadapi penghinaan dan kata cacian daripada orang kampung yang tidak pernah kenal erti simpati dalam menghukum diri ini.
Saat aku dicaci maki, walid wan serta umi tuk akan segera memeluk dan menyabarkan diri ini.
Menurut mereka pekakkan sahaja telinga andai ada yang mengatakan aku ini anak haram, anak luar nikah dan sebagainya. Manusia tidak berhak untuk menghakimi diriku, apatah lagi sudah terang dan nyata aku ini adalah mangsa di atas kerakusan nafsu dua insan yang tidak pernah mahu mengenali akan hukum dosa dan pahala. Kedua insan ini begitu jahil dan nipis imannya sehingga sanggup membiarkan syaitan bermaharajalela di hati mereka. Di saat syaitan menari dan bertepuk tangan tanda kemenangan, maka terbenihlah aku di dalam rahim seorang wanita yang entah ke mana menghilangnya.
“Ibu…”
Tanpa sedar aku mengungkapkan panggilan itu. Entah mengapa saat ini aku benar‐benar merindui insan yang telah melahirkanku itu. Biar sejahat manapun wanita itu dan biar sekejam manapun dirinya, aku masih mampu memberikan kemaafan kepadanya. Tetapi berilah aku kesempatan untuk menatapi wajahnya biarpun hanya untuk sekali. Aku benar‐benar mahu merakam seraut wajahnya ke mindaku. Sekurang‐kurangnya andai ada yang bertanya bagaimanakah rupa ibuku? Mampu juaku gambarkan.
Pernah sekali aku meminta walid wan dan umi tuk menunjukkan gambar anak tunggal mereka.
Saat permintaan ituku ungkapkan cepat sahaja wajah kedua mereka berubah dan dengan lambat walid wan memberitahuku yang mereka sudah kehilangan kesemua gambar insan yang telah melahirkanku itu. Umi tuk pula sudah berair matanya. Pada waktu itu aku terlalu kecil untuk memahami penipuan itu, tetapi tika ini aku sudah benar‐benar matang untuk mentafsir alasan itu. Alasan yang berpaksikan suatu penipuan itu hanyalah direka oleh walid wan bagi menghalang diri ini untuk mengenali wanita yang telah menghancur leburkan sekeping hati milik kedua mereka. Bukan setakat walid wan dan umi tuk yang merasai penderitaan ke atas aib yang ditinggalkan oleh ibuku itu, tetapi ternyata akulah insan yang paling banyak menerima kata cacian dan penghinaan daripada orang‐orang sekelilingku. Bukan setakat orang kampung malahan ada segelintir guru‐guru yang suka mencanang sejarah hitamku.
Cikgu Amin! Ya! Guru kelasku itu sering kali memerli, menghina dan mentertawakan perkataan
di hujung namaku… Abdullah!
Kian deras air mataku mengalir. Andai di sekolah dahulu, Mashitah lah yang akan mengesatkan
air mata ini. Sahabatku itu akan memujukku. Saat hati sudah mulai merindui sahabatku itu, segeraku selak album yang masih berada di dalam pegangan tanganku ini. Tersembunyilah gambar walid wan dan umi tuk. Kali ini menjelma pula gambar tiga orang sahabat. Gambar itu berlatar belakangkan sawah padi yang menghijau. Di sebelah kiri berdirinya seorang wanita yang sederhana tingginya, wanita itu memaut lembut bahuku dan senyuman riang terukir di wajah kami berdua. Cepat sahaja mindaku mengimbau kenangan silam. Masihku ingati petang itu, petang yang penuh dengan memori indah. Petang yang disapa dengan hembusan angin sehingga mendamaikan tubuh kami bertiga. Kain serta tudungku dan Mashitah yang sedikit berombak yang telah dirakam oleh gambar inilah buktinya. Kehadiran tiupan angin petang itu bukan sahaja mendamaikan rasa malahan kian meriangkan kami bertiga. Kenakalan Mashitah cepat sahaja mengukirkan senyuman di wajahku saat ini, namun air mata masih tetap jua mahu turut serta.
“Mashitah. Saya rindukan awak…”
Lembut aku memanggil nama sahabatku itu dan minda mula berkira‐kira… Masih ingat lagikah
Mashitah kepada diriku ini? Sedangkan sudah begitu lama kami tidak bersua muka.
Mataku beralih pula kepada seorang lelaki yang berdiri di sebelahku. Lelaki itu tersenyum manis dan matanya bercahaya memandang lensa kamera. Cahaya kegembiraan tidak mampu diselindungi lelaki itu saat aku berada di hadapannya. Apatah lagi waktu itu lelaki yang sedang tersenyum riang ini baru sahaja pulang dari Singapura. Aku sendiri tidak menyangka yang dirinya sanggup pulang ke kampung halaman setelah mengetahui kehadiranku di rumah walid wan dan umi tuk, sedangkan dirinya baru sahaja dua minggu berada di Kota Singa itu. Jari jemariku menyentuh perlahan gambar lelaki yang masih tidak berubah riak wajahnya. Gembira sungguh dirinya saat itu. Namun, masih riang dan gembirakah hatinya saat ini? Saat aku terpaksa menahan kesengsaraan di jiwa akibat cintaku terhadap dirinya yang masih utuh tebenam di hatiku.
Kesedihan yang kian menjalar di hati ini telah menghadirkan sendu di dalam tangisanku. Aku
tahu, aku tidak sepatutnya menangisi sebuah cinta yang tidak ditakdirkan untukku miliki. Tetapi sebagai seorang wanita, aku mengakui yang kadangkala diri ini begitu lemah dalam menangani perihal cinta. Aku menyandarkan tubuhku di kepala katil dengan harapan dapat meredakan tangisan yang sedang menggila dan supaya dapat membisukan sendu yang masih berirama. Setelah hampir sepuluh minit, dapatku rasai sedikit ketenangan mulai bertapak di hati ini dan senduku juga sudah tidak lagi berbunyi. Merasakan yang aku sudah mampu untuk mengawal keadaan diri, aku pantas bangkit dan menuju ke bilik air untuk membolehkan aku mengambil wuduk sebelum mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Aku yakin dengan menunaikan solat sunat dan mengalunkan bacaan Al‐Quran, hati yang sedang rapuh dikecewakan oleh bisikan syaitan ini mampuku pulihkan. Benteng pertahanan diri juga perluku kuatkan, aku tidak mahu menjadi habuan sang syaitan yang telah bersumpah untuk menghancurkan hambaNya yang mudah terleka!
“MorningDr. Balkis. Panaskan enjin kereta pagi‐pagi Ahad ni nak ke mana? Orang lain, waktu
cuti macam nilah nak berehat di rumah.”
Ramah, jiranku Muthu bertanya. Aku tersenyum melihat lelaki India itu. Biarpun kami berlainan
bangsa, namun itu tidak menghalang hubungan mesra terjalin di antara kami.
“Saya ada urusan sikit. Anak‐anak mana?”
“Aiyo… Dr. Zaman sekarang, anak‐anak tarak macam kita dulu. Pagi‐pagi sudah bangun tolong
sama mama dengan papa kita. Anak‐anak ini zaman, semua lambat bangun bila hari cuti. Dr.
tengoklah sekarang, saya jugak kena cuci kereta seorang‐seorang. Itu anak saya, dua‐dua masih tidur dekat dalam.”
Geli hatiku mendengar bebelan jiranku ini.
“Biasalah Muthu. Budak‐budak zaman sekarang tak sama macam kita dulu. Tekanan yang mereka hadapi berlipat kali ganda daripada kita. Sukatan pembelajaran di sekolah juga kian bertambah, itu tak dicampur lagi dengan kelas tuisyen yang terpaksa mereka hadiri. Jadi, bagi saya… Tak salahkan kalau mereka nak berehat lama sikit waktu‐waktu hujung minggu macam sekarang ni.”
“Betullah apa yang Dr. cakapkan tu. Mungkin saya yang kurang faham budak‐budak zaman
sekarang.”
Aku tersenyum sambil menganggukkan kepalaku. Muthu pula masih memandang wajahku, bagai ada yang ingin disampaikannya kepadaku.
“Kenapa ni Muthu? Ada apa‐apa ke yang awak nak beritahu saya?”
“Emm… Sebenarnya, saya ada hal sikit mahu cakap sama Dr.”
“Hal apa?”
Laju aku menyoal.
“Ini pasal Dr. punya jiranlah. Itu perempuan‐perempuan yang duduk sebelah rumah Dr. tu.”
Aku faham siapakah yang dimaksudkan oleh lelaki Muthu.
“Kenapa dengan mereka?”
“Macam ni Dr… Sekarang, semua orang dekat kawasan perumahan ni sudah complaint. Saya
harap, Dr. tak salah faham dengan apa yang saya nak beritahu Dr. ni. Saya tak mahu Dr. fikir
saya mahu buruk‐burukkan orang Melayu atau orang Islam. Saya hormati setiap bangsa dan agama di Negara ini. Cuma, saya rasa Dr. yang paling sesuai untuk saya beritahu sebab itu perempuan‐perempuan yang duduk sebelah rumah Dr. semuanya satu bangsa dan agama dengan Dr.”
Aku masih setia mendengar tanpa mencelah apa pun.
“Dr. tahukan itu perempuan‐perempuan semuanya macam tak ada pakai baju jugak. Seksi. Isteri saya banyak marah sama saya bila saya terpandang itu perempuan. Tapi… Saya tak ada sengaja, saya terpandang pun sampai boleh jadi pergaduhan. Aiyo… Dr. saya banyak penat mahu terangkan dekat isteri saya. Saya bukan mahu tengok, tapi tertengok.”
Terdengar keluhan daripada lelaki yang sedang meluahkan perasaannya terhadapku.
“Tapi, itu seksi cerita lain. Ini hal penting yang saya mahu beritahu Dr. sebab jiran‐jiran sini
semuanya sudah tak ada tahan lagi dengan itu perempuan‐perempuan. Mereka semua balik tengah malam. Semua orang sudah tidur, tapi bila dengar bunyi orang mabuk terjerit‐jerit macam orang gila semua orang terjaga. Lagi, radio mereka pasang kuat‐kuat. Aiyo… Dr. saya dengan keluarga sudah tidak tahan lagi. Sekarang saya mahu tanya Dr., apa yang perlu saya dan jiran tetangga lakukan?”
Rasa malu dan sedih bercampur aduk menerkam jiwa ini. Malu kerana perempuan‐perempuan
yang dimaksudkan oleh lelaki yang sedang menantikan jawapan daripadaku ini adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kesedihan pula hadir kerana kesempurnaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada diri mereka telah disalahgunakan. Perempuan‐perempuan itu mempergunakan kecantikan wajah dan kelentikan tubuh mereka untuk dijadikan habuan kepada lelaki‐lelaki durjana. Bukan niatku untuk menabur fitnah terhadap punca pendapatan mereka. Tetapi segala tafsiranku terhadap mereka adalah berdasarkan apa yang telah dipertontonkan kepada sepasang mataku ini.
Sering kali aku melihat perempuan‐perempuan itu mengenakan pakaian seksi sehingga hampir terluah segala lurah yang sepatutnya diselindungi daripada dijamahi mata para lelaki yang tidak pernah kenal erti dosa dan pahala. Setelah pakaian syaitan itu dilekapkan ke tubuh, maka akan datanglah seorang lelaki yang botak kepala dan tegap badannya membawa sebuah van untuk mengambil perempuan‐perempuan itu. Pulangnya pula pasti melewati lewat malam dan sering kali keadaan mabuk mengiringi mereka bersama. Pernah juga aku terlihat kepulangan mereka diiringi dengan kereta‐kereta mewah dan saat pintu kereta dibuka akan keluarlah perempuan‐perempuan itu ditemani lelaki‐lelaki yang kebanyakannya sudah buncit perutnya dan berkedut wajahnya. Hanya istighfar berserta doaku panjatkan agar Allah S.W.T mengampuni dosa‐dosa mereka dan memberikan petunjuk dan hidayahNya.
Namun di saat aku merasakan perkara maksiat itu harus dihentikan, maka aku telah membuat
laporan kepada Jabatan Agama Islam. Tapi sayang, beberapa serbuan yang telah dijalankan masih gagal untuk membuat sebarang tangkapan. Biarpun hampa, tetapi aku yakin Allah S.W.T telah mentakdirkan itu semua kerana masih mahu memberikan peluang kepada perempuan-perempuan
itu untuk sujud dan memohon keampunan dariNya.
“Dr… Dr. okey ke?”
Tersentak aku dan otak cepat sahaja mengingati persoalan Muthu sebentar tadi.
“Saya okey. Macam nilah Muthu. Sebagai jiran, kita harus menegur secara baik terlebih dahulu
andai ada jiran tetangga kita yang telah melakukan sesuatu perkara yang tidak digemari oleh
penduduk‐penduduk di taman ni.”
“Macam mana saya mahu tegur. Kadang‐kadang saya punya isteri sama anak‐anak ada senyum sama mereka pun mereka pun tak tahu jugak. Isteri saya banyak sakit hati. Sombong!”
Memang benar apa yang dinyatakan oleh jiranku ini. Aku turut menerima nasib yang sama.
Pernah beberapa kali aku memberikan salam berserta senyuman yang manis kepada perempuan‐perempuan itu, namun tiada seorang pun dariapada mereka membalasnya.
Senyuman juga langsung tidak dilemparkan. Kadangkala tertanya juga di hati ini, ke manakah
menghilangnya kesopanan dan kelembutan wanita‐wanita Melayu di dalam diri mereka?
“Saya faham apa yang awak cuba sampaikan. Macam nilah Muthu… Untuk sementara waktu ni
kita bersabar sahajalah terlebih dahulu. Saya pun sebenarnya dah habis ikhtiar dah dengan mereka ni. Dah tak tahu nak buat dan cakap macam mana lagi dah.”
Lambat, namun anggukan tetap juga diberikan oleh Muthu. Dari riak wajahnya yang masih suram, aku tahu dirinya masih berharap agar aku mampu untuk memberikan cadangan yang lebih bernas agar permasalahan ini dapat segera diselesaikan. Tetapi kerana kesuntukan masa, otakku bagaikan beku untuk memikirkan sebarang cadangan yang mungkin dapat memuaskan hati lelaki di hadapanku ini.
“Muthu. Saya minta maaf sebab saya terpaksa pergi sekarang.”
“Baiklah. Saya faham. Dr. hati‐hati memandu, jangan bawak laju sangat. Bahaya, sekarang ni musim hujan. Jalan banyak licin.”
Lega sedikit hatiku ini saat menerima nasihat dan senyuman daripada Muthu.
“Terima kasih Muthu. Saya pergi dulu.”
Cepat sahaja aku mendapatkan keretaku dan pemanduan selama hampir setengah jam itu telah menempatkan diriku di Pusat Perlindungan Sinar Khofiiroh. Aku mula mengenali pusat perlindungan ini sewaktu aku dan Ustaz Zhuhair dijemput untuk memberikan ceramah dan sesi kaunseling secara individu kepada penghuni‐penghuni pusat perlindungan ini. Semenjak hari itulah, hatiku tersentuh dengan penderitaan, kesengsaraan, penyesalan dan pelbagai lagi luahan rasa penghuni‐penghuni di sini. Pusat perlindungi ini dikhaskan untuk mangsa‐magsa rogol, mangsa‐mangsa liwat, mereka yang didera secara fizikal dan mental, ibu‐ibu tunggal yang tiada tempat perlindungan dan remaja‐remaja yang sudah terjebak jauh ke kancah maksiat sehingga melahirkan anak yang tidak berbapa secara sah ke dunia ini.
“Assalamualaikum umi.”
Salamku hulurkan kepada Ustazah Halawah, tuan empunya pusat perlindungan ini.
“Waalaikumussalam. Eh… Balkis. Lah, kenapa tak cakap awal‐awal Balkis nak datang.”
Berpelukan antara kami sudah menjadi kebiasaan di awal pertemuan.
“Saja je. Nak buat surprise. Umi sihat?”
“Alhamdulillah sihat. Balkis?”
“Alhamdulillah, bertambah sihat bila dapat jumpa umi.”
Sengaja aku bergurau dan seperti biasa gurauanku disambut dengan senyuman yang melebar di wajah wanita berhati mulia di hadapanku ini.
“Ni, saya ada masak mee goreng tadi. Saya rasa cukup kot untuk kita semua makan.”
“Lah. Terima kasihlah Balkis. Kenapa susah‐susah ni. Balkis dah banyak sangat membantu.
Banyaknya… Ya Allah. Alhamdulillah. Terima kasih ya Balkis.”
“Tak ada apa‐apalah. Mee goreng je. Mana semua orang?”
“Dekat dalam. Tengah siap‐siapkan meja makan. Kejap lagi nak makan tengah hari dah ni.
Marilah masuk. Boleh kita makan sama‐sama.”
“Alhamdulillah. Kiranya saya ni langkah kaki kananlah ni.”
Aku membuntuti Ustazah Halawah masuk ke ruang makan. Hampir kesemua kanak‐kanak
terutamanya mendapatkan diriku. Salam dan pelukan mengeratkan lagi hubungan kami. Terasa kasih sayangku kian melimpah ruah terhadap mereka yang sentiasa melapangkan kedua‐dua tangan untuk menerima kehadiranku di sini. Tetapi di saat semua bergembira dan bergelak ketawa, ada seseorang yangku rasakan tidakku lihat kelibatnya di ruang ini.
“Umi. Mana Ain?”
Kali ini riak wajah Ustazah Halawah bertukar muram.
“Kenapa ni umi? Ain sakit ke?”
“Tak. Semalam… Keluarga dia datang ke sini.”
“Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga Ain kembali ke sisi keluarganya. Umi janganlah bersedih.
Kalau ada masa nanti kita melawat Ain bersama.”
“Tak… Bukan itu yang umi maksudkan. Apa yang Balkis fikirkan langsung tak sama dengan apa
yang berlaku semalam.”
Riak wajah wanita di hadapanku ini kian muram sehingga menimbulkan kerisauan di hati ini.
“Apa sebenarnya yang telah berlaku umi?”
Kali ini pandangan mata Ustazah Halawah yang sedang bergenang kelopak matanya bagaikan
ingin menceritakan tentang kesedihan yang terselindung di balik hatinya. Hampir setangah
jam luahan rasa berlangsung di antara aku dan wanita yang masih bersisa air matanya. Seperti
dirinya, aku turut mengalirkan titisan kesedihan itu.
“Umi. Di mana Ain?”
Walaupun mulut sudah mampu mengutarakan pertanyaan, namun hatiku masih kuat diikat dengan kesedihan.
“Ada dekat taman tu. Balkis… Kalau boleh, tolong pujuk dia untuk makan. Sikit pun jadilah.
Semejak petang semalam lagi dia langsung tak nak jamah apa‐apa. Umi risau kalau dia jatuh sakit.”
Aku mengangguk laju. Aku mengerti apa yang dirasai wanita berhati lembut ini, kerana aku juga mempunyai rasa yang sama seperti dirinya.
“Assalamualaikum. Boleh akak tumpang duduk dekat sini?”
Lambat. Namun, dijawab juga salam yangku hulurkan. Punggungku labuhkan di sebelahnya.
Rapat kedudukan kami.
“Kenapa Ain duduk seorang diri dekat sini? Kenapa tak nak duduk dekat dalam?”
Sengaja aku ingin memancing apakah reaksinya. Tetapi ternyata wanita yang sedang mengandung ini lebih selesa membisukan mulutnya.
“Ain tak sihat ke?”
Masih diam.
“Ain… Kenapa diam ni? Ain ada apa‐apa ke nak kongsikan dengan akak?”
Kali ini dapatku lihat linangan air mata di wajah wanita yang jauh lebih muda usianya berbanding diriku. Dirinya masih berada di dalam lingkungan remaja. Di waktu usianya, aku sedang bertungkus lumus memerah otak di universiti. Tetapi ternyata, nasib tidak menyebelahi dirinya. Dia ditipu oleh teman lelaki yang amat dicintainya sehingga menjebakkan dirinya ke kancah pelacuran. Pelbagai jenis lelaki terpaksa dipuaskan nafsunya. Andai Ain tidak berbuat seperti apa yang dikehendaki oleh para pelanggannya, pasti tubuh kecil miliknya akan dihenyak dan dipukul seperti binatang. Tidak tahan dengan kesakitan, maka direlakan dosa berzina melekat pada tubuhnya. Namun Allah S.W.T masih jua menyayangi dirinya. Sewaktu serbuan dilakukan di sebuah hotel, Ain ditangkap melakukan perbuatan hina itu dengan seorang lelaki yang diyakini sudahpun berstatus suami orang. Ain akhirnya diserahkan ke pusat perlindungan ini kerana wanita malang ini didapati tidak bersalah dan menjadi mangsa pemerdagangan orang.
“Ain…”
Kali ini aku memusingkan tubuh Ain menghadapku. Ku kesat air mata yang masih laju mengalir
dan di saat tangisan itu kian tingkat derasannya, ku bawa wanita ini ke dalam dakapanku.
“Kenapa nasib Ain malang macam ni kak? Kenapa?!!!”
“Sabar Ain. Sabar… Ain tak boleh terus‐terusan macam ni. Tak baik untuk kesihatan bayi.”
“Memang! Memang Ain nak anak ni mampus! Ain tak nak anak ni.”
“Mengucap Ain. Tak baik Ain cakap macam tu. Bayi dalam kandungan tu langsung tak
bersalah. Kenapa mesti hendak dihukum bayi yang langsung tidak berdosa ni?”
“Tapi Ain malu. Malu nak mengaku anak ni anak Ain…”
Entah mengapa kata‐kata wanita yang masih berada di dalam pelukanku ini menghiris sedikit
perasaanku. Mungkin kerana taraf aku dengan bayi yang masih tidak dapat melihat kekejaman
dunia ini tetap juga sama biarpun sedikit berbeza. Bezanya aku dilahirkan hasil perhubungan
sumbang mahram dan bayi yang bakal lahir ini pula, dilahirkan akibat ibunya dilacurkan dan
yang lebih menyedihkan ibunya sendiri tidak dapat mengecam siapakah lelaki yang telah
membuntingkan dirinya.
“Semalam keluarga Ain datang. Mereka hina, caci dan maki hamun Ain. Ain merayu kepada
mereka untuk menerima Ain kembali. Tapi… Mereka dah jelaskan di antara Ain dengan mereka
tiada apa‐apa lagi ikatan. Mereka kata, mereka jijik nak mengaku yang Ain ni ahli keluarga
mereka…”
Aku menepuk‐nepuk perlahan belakang tubuh wanita yang sedang beria‐ia menangisi nasibnya.
“Dr. tahu kenapa mereka begitu jijik untuk menerima Ain kembali?”
Walaupun aku tahu apakah jawapannya, namun tak sanggup rasanya untukku meluahkan
semula apa yang telah diceritakan oleh Ustazah Halawah.
“Sebab Ain kandungkan anak haram ni!!! Ain benci… Benci dengan anak ni!”
Kali iniku pejamkan mataku danku peluk kuat tubuh Ain sebelum aku meleraikan pelukan kami. Aku mengarahkan wanita muda ini untuk memandang wajahku. Ada sebuah kebenaran yang inginku nyatakan kepada dirinya agar dia tersedar dan kembali memikirkan kata‐katanya.
“Ain. Kalau Ain merasakan yang Ain malu untuk mengaku yang anak dalam kandungan ini
adalah anak kandung Ain. Pernahkah Ain terfikir macam mana malunya anak ini nanti apabila
dia tidak mampu untuk di bin atau di bintikan dengan sempurna kerana kelahirannya ke dunia
ini tidak diiktiraf? Pernahkah Ain terfikir macam mana keadaan dia nanti untuk menghadapi insan sekeliling? Pernah tak Ain terfikir semua yang berlaku ini adalah kerana kesalahan Ain mempercayai lelaki tak guna tu dan bukannya kerana kandungan yang sedang Ain kendongkan ni? Dan pernahkah Ain terfikir betapa bayi ini nanti harus didik dengan sempurna, agar dirinya menjadi tabah dalam mengharungi kekejaman dunia?”
Terkaku dan terdiam wanita di hadapanku ini. Mungkin juga dirinya tidak menyangka yang aku
akan menghujani dirinya dengan pelbagai soalan yang sememangnya telah melukakan hatinya
yang sedang menderita kesedihan. Bukan niatku untuk menabur garam di atas luka yang kian
membesar, tetapi harapanku cuma satu! Berharap insan di hadapanku ini tidak lagi menyalahkan bayi yang berada di dalam kandungannya, kerana ternyata kesalahan sebenar berpunca daripada dirinya sendiri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan