Adakah lelaki suka merajuk? Itulah soalan pertama yang ingin tahu bila Zamri kurang menegurnya. Bila di tanya, sepatah dua setengah di jawabnya. Mahu tak mahu saja dia mengeluarkan suaranya itu. Apalah kesalahan yang telah dia lakukan pada lelaki itu? Hati Nuraini tertanya‐tanya.
Adakah ianya berkaitan dengan semalam dengan apa yang lelaki itu luahkan? Cintanya di tolak oleh dirinya? Oh tidak! Mustahil sampai begitu sekali lelaki punya penangan bila cinta di tolak mentah oleh seorang wanita yang tidak tahu menahu tentang cinta. Dari semalaman lagi dia berfikir panjang untuk menerima atau tidak lamaran cinta dari lelaki itu tetapi dia terpaksa tolak. Bukan tidak suka dan bukan kerana benci tetapi dia berpegang janji.
Loceng rehat mula berbunyi membiarkan pelajar‐pelajar tahap 2 menjamah sarapan pagi di kantin sekolah. Hari ini, Nuraini merancang untuk menghantar semula buku rujukan matematik tambahan yang di pinjam tempoh hari kerana tarikh luput hampir tiba.
“Kau nak ke library ke hari ni? Nak hantar buku ni ek?” tunjuk Suhaila pada buku yang sedang di pegang Nuraini ketika mereka berjalan keluar dari kelas.
“Yes! Kau dengan Faridah tunggu kejap ya dekat kantin. Nanti aku datang. Aku pulangkan buku je,” kata Nuraini tujuannya ke situ hanya sementara.
“Pulangkan buku, pinjamkan aku rindu,” muncul kata‐kata bermadah dari belakang membuatkan mereka berdua menoleh ke belakang.
“Ceh! Kau memang Dah. Suka sangat sakat akukan,” terus Nuraini mahu menghambat sahabat
baiknya itu bila di perli sebegitu rupa. Faridah pula awal‐awal lagi sudah lari ke hadapan bagi
mengelak menjadi mangsa Nuraini.
“Siapa lagi kalau bukan nak jumpa si jejaka kacak dalam library tu kan,” usik Faridah lagi sudah pun berlari menuruni anak tangga.
“Aku dengan Dah tunggu dekat kantin tau. Jangan sangkut lama sangat. Nanti lapar pulak. Kalau kenyang tengok muka dia pun, jimat sikit,” giliran Suhaila pula mengusik sambil tergelak kecil sebelum mereka terpisah untuk menuruni anak tangga.
Tak habis‐habis nak sakat aku. Ada je idea dia orang nak kenakan aku dengan si mamat bendul tu. Bebel Nuraini dalam hati. Menahan geram ya amat bila dia di padankan dengan lelaki yang memegang jawatan pengawas pusat sumber sekolah itu.
Oleh kerana Nuraini tidak mahu berlama, pantas langkahnya menjejaki ke gedung ilmu itu untuk memulangkan buku yang di pinjam. Tatkala kaki kanannya melangkah, dia melihat sekeliling. Agak sunyi berbanding dia melawat tempoh hari. Pelajar yang mengunjung tidak ramai dan mungkin mementingkan perut masing‐masing untuk di isi dengan makanan.
Nuraini melangkah perlahan ke kaunter pemulangan dan peminjaman buku di tempat yang sama di mana 2 proses berlaku. Matanya cuba meneliti siapakah gerangan yang bertugas pada hari ini di kaunter itu. Ketika pengawas yang bertugas itu mengangkat muka untuk berpaling pada peminjam di hadapannya, dia tersentak.
Siapa lagi kalau bukan Zamri yang berada di situ. Dia sudah menjangka. Melihatkan lelaki yang
bertugas di situ, hatinya berdengup kencang untuk mengetahui gerangan yang bertugas di waktu rehat hari ini.
Dengan rasa berani, Nuraini melangkah bila tiada lagi orang yang berada di kaunter tersebut untuk urusan. Dia menghulurkan buku tersebut pada lelaki itu tanpa bertentang mata antara mereka berdua. Belum sempat bahawa dia terlupa untuk menyebut dia di kelas mana, lelaki itu sudah pun menghulurkan kad berwarna biru kepadanya. Nuraini sekadar menyambut perlahan sebelum bergegas keluar dari situ.
Melihatkan wajah lelaki itu selamba saja, dia malas mahu ambil pusing. Kenapalah sampai begini lelaki itu memancing hatinya agar meraih simpati? Adakah sengaja dia berbuat begitu kerana perempuan mudah tertunduk pada wajah yang mempamerkan empati? Dia ingin cuba untuk melupaskan figura wajah itu agar tidak menurut kata hati.
Entah kenapa matanya tetap memandang tubuh itu sebelum dia melangkah keluar sepenuhnya dari pusat sumber itu melalui pintu keluar. Melihatkan lelaki itu bersikap acuh tak acuh saja tanpa sedar dia di pandang, Nuraini meneruskan langkahnya. Setelah menyarungkan kasut, dia menuju ke kantin di mana sahabatnya sedang menunggu kedatangannya.
“Wei bro, asal kau ni? Muka macam fail SPM je aku tengok,” tegur Shahrul mendekati Zamri yang kelihatan muram saja menongkat dagu di kaunter pemulangan dan peminjaman buku.
“Tak ada apalah. Aku penat sikit hari ni,” bohong Zamri sekilas pandang kepada Shahrul.
“Tak pernah kau merungut kalau bertugas hari‐hari atau hari kau je. Tak usah tipu aku sangatlah. Aku kenal kau bukan sekejap, dah lama tau. Sah‐sah pasal perempuan yang kau fikirkan,” Shahrul sudah pun menduga. Melihatkan kebimbangan yang di ceritakan oleh Zamri tempoh hari, dia sudah tahu kawannya memikirkan perkara yang sama. Dari jauh lagi dia melihat layanan Zamri kepada wanita itu sewaktu urusan pemulangan buku di lakukan.
“Aku rasa menyesal pulak tunjuk macam tu dekat dia. Sebab dia macam tolak aku mentah-mentah.
Salah ke kalau aku nak dia cintakan aku? Aku tak mintak banyak, bagi sikit pun dah cukup. Lama‐lama, belajarlah,” penuh tersirat Zamri meluahkan perasaannya yang terbuku sejak dari tadi.
“Ayat sastera gila kau pakai. Apa sebenarnya yang kau tunjuk dekat dia tadi? Bila masa kau luah kat dia? Tak faham aku!” ujar Shahrul mula pening. Dia juga duduk berhampiran Zamri yang terdapat kerusi kosong di sebelahnya.
“Semalam aku jumpa kawan aku nak bincang pasal perlawanan bola. Aku jumpa pun nak pastikan Ain tu dah balik ke belum. Dah dia tak balik lagi, aku pendekkan lagi masa nak jumpa kawan aku tu. Aku pun, pergilah kat pondok. Cubalah cakap dengan dia yang aku cintakan dia.Tapi dia tak nak sebab still study,” cerita Zamri ringkas rancangan pertemuaannya bersama Nuraini semalam.
“Biasalah perempuan tak nak bercinta awal‐awal sebab alasan study. Itu namanya bukan perempuan gedik atau miang. Dia nak tunggu masa yang sesuai, sebab dia nak serius kahwin dengan lelaki tu,” komen Shahrul melalui apa yang di ceritakan oleh Zamri tentang alasan yang di beri oleh wanita yang di cintai Zamri.
“Aku tahulah dia nak serius tapi aku pun serius jugak sebab aku betul‐betul cintakan dia Shah,”
Zamri cuba mengawal tekanannya. Entah kenapa dia tidak dapat menerima kenyataan dengan apa yang terjadi. Cintanya di tolak membuatkan hatinya mula sakit.
“Hati orang susah kita nak baca. Mungkin masa ni dia ingat kau main‐main, sebab tu dia tak terima kau masa ni. Mungkin masa akan datang siapa tahu. Jodoh di tangan Allah. Dia tahu yang mana terbaik untuk diri kau,” nasihat serba sedikit Shahrul kepada kawan baiknya. Dia tidak mahu Zamri membuat perkara bodoh jika rasa cinta terlalu menguasai diri sendiri. Zamri menghela nafas panjang. Dia tidak tahu apa lagi yang perlu di buat agar dia mencuri sekeping hati yang keras itu untuk belajar mencintainya. Bukan pelajaran saja, malah dalam soal cinta juga dia rela ajarkan supaya cinta mereka berdua bersatu. Dia tidak mahu wanita itu terlepas pada lelaki lain. Nuraini harus menjadi miliknya.
“Tak payah sangatlah mengharap pada yang tak sudi. Daripada kau penat kejar, baik kau tunggu orang lain je kejar kau. Aku tak nak kau seksa jiwa kau sentiasa. Kau jangan buat masalah kalau kau tak buat benda‐benda bodoh sampaikan memalukan kau sendiri. Tapi, sesekali kau jangan pasrah kalau dia buat untuk kau,” sambung Shahrul lagi menegur sebelum bangun dari duduk dan meninggalkan Zamri untuk bertugas semula sebagai pengawas pusat sumber bersama kawannya itu.
Zamri melihat langkah Shahrul menjauh darinya menuju ke rak‐rak buku yang tersusun kemas di hujung sudut ruang gedung ilmu itu. Dia meraup mukanya. Lama. Sebelum mengikut jejak langkah Shahrul kembali pada tugasan mereka berdua untuk membuat apa yang perlu di dalam gedung ilmu itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan