Iddya Melissa tidak dapat menahan kelukaan akibat terpaksa berpisah dengan pilihan
hatinya, Izz Aizril. Sudah sekian lamanya mereka memasang hajat dan angan‐angan untuk
menjadi suami isteri. Akhirnya ketika mereka sudah hampir disatukan, segala persiapan telah
dibuat, entah di mana silapnya, ibu Izz Aizirl tidak merestui hubungan mereka berdua.
Oleh kerana Izz Aizril tidak sanggup hendak menjadi anak derhaka, dalam terpaksa
tunangnya itu memutuskan hubungan mereka. Lelaki itu juga telah pun disatukan dengan
pilihan hati ibunya. Bagaikan telah dirancang semuanya.
Di mana letaknya sifat prikemanusian ibu Izz Aizril? Iddya Melissa berasa malu dan terluka! Di
mana hendak aku sorokkan wajah ini? Bagaimana hendak aku gantikan maruah keluarga yang
tercalar akibat majlis yang tidak kesampaian? Mampukah aku mencantumkan kembali hati
yang telah retak seribu ini? Kasihan ibu dan ayah!
Iddya Melissa merintih sendiri! Air mata semakin laju menuruni pipinya. Matanya sudah kabur
dek kerana terlindung dengan genangan si air mata. Akhirnya, esakan yang kuat kedengaran
bergema di bawah jambatan tersebut. Esakan kesedihan seorang gadis yang kehilangan
maruah diri dan cinta hati.
Lebih‐lebih lagi dia terasa seperti maruah dirinya diperkotak‐katikkan dengan sewenang-wenangnya!
Ibu Izz Aizril fikir dia siapa? Patung yang tidak bernyawa? Jikalau tidak suka akan kehadirannya di dalam hidup anaknya itu, mengapa dari awal dia tidak disingkirkan? Mengapa di saat semuanya telah tersedia untuk dilangsungkan, baru dirinya ditolak mentah‐mentah?
Atas dasar apa penolakan itu diusulkan? Iddya Melissa teresak sendiri. Hati yang terluka
semakin membara kesakitan.
Lalu jalan pintas diambil! Bunuh diri? Ya, tepat! Itu sahaja cara yang terbaik untuk merawat
kelukaan hatinya. Biar semua tahu dia kecundang kerana cinta! Dia lupa akan pegangan
agamanya, dia lupa akan keluarganya yang setia menemani dikala susah dan senang, dia lupa
semuanya! Yang dia tahu dia sedang sengsara.
Terseksa kehilangan Izz Aizril! Air sungai yang hitam kelam itu dipandang lagi. Adakah sungai
itu dihuni oleh sang buaya? Iddya Melissa menelan liur, cuba membayangkan dirinya yang
mungkin akan mati dibaham sang pemangsa. Semakin dia mendekat di tebing sungai, tibatiba
telinganya menangkap satu suara di kejauhan.
“Awak, jangan!” teriak suara itu lantang. Iddya Melissa kaget, lantas menoleh ke sisi kanannya.
Dia terdiam sambil merenung lelaki yang sedang mendekati dirinya itu atas dan bawah.
Diamati lelaki tersebut. Wajahnya tampan, kulitnya putih bersih kemerahan, hidung yang
mancung dan bibir yang merah tanda dia bukan seorang perokok. T‐shirt polo hijau terang
dan jeans gelap yang dipakai menyerlahkan lagi ketampanannya. Tapi semua itu, tidak
mempunyai makna bagi dirinya. Datanglah jejaka setampan putera kayangan sekali pun, tidak
akan diendahkan kewujudan mereka.
"Jangan awak berani‐berani nak halang saya! Pergi! Saya tak ada urusan dengan awak!” suara
Iddya Melissa sedikit tinggi melambangkan yang dia benar‐benar bertegas dengan apa yang
dikatakannya. Bola matanya dipanah tepat ke wajah lelaki tersebut.
“Memanglah awak tak ada urusan dengan saya. Tapi kalau dah awak nak bunuh diri dengan
cara macam ni, memang jadi urusan sayalah sebab awak buat depan mata saya ni.” ujar
Izdham Syah lagi.
Tidak mahu akur dengan permintaan gadis ini. Renungan gadis itu dibalas dengan renungan
juga. Jika dia bersikap tidak peduli, mampukah dia hidup dengan dirinya sendiri setelah jelas
nyata sikap diamnya itu turut menyumbang kepada kehilangan nyawa gadis itu? Tidak! Dia
tidak sekejam itu. Dia masih mempunyai akal yang waras.
“Siapa suruh awak pandang apa yang saya nak buat?! Ini tempat saya, kalau awak nak
berjalan‐jalan, silakan ke tempat lain saja. Jangan ganggu saya!”angkuh dia memberi arahan.
“Amboi awak… tempat ni tempat awam tau! Bukan hak milik awak pun. Suka hati sayalah nak
jalan ke mana‐mana yang saya nak sekalipun.” sengaja Izdham Syah memperlekehkan arahan
yang diberi untuk mengalihkan tumpuan gadis itu daripada niat asalnya.
Dia berjalan mendekati lagi dengan perlahan‐lahan, lagak seperti orang yang tidak mahu
mengambil peduli dengan apa yang gadis itu cuba lakukan. Dia tidak mahu tindakannya
disedari. Iddya Melissa terus menerus memandang perlakuan lelaki tersebut dengan hati yang
mendongkol geram. Apa dia ingat aku ni buta agaknya? Iddya Melissa mengutuk lelaki
tersebut. Bibirnya diketap kuat.
“Awak datang dekat lagi selangkah, memang saya terus terjun dalam sungai ni!” Iddya
Melissa tekad mengugut lelaki yang sedang cuba mendekatinya. Sebelah kakinya diangkat dan
dicelupkan ke dalam sungai tersebut.
Izdham Syah tergamam kerana tindakannya untuk merapati dan menghalang niat gadis
tersebut rupa‐rupanya disedari. Dia tidak menyangka niatnya untuk mengambil angin malam
selepas seharian penat bekerja akan diduga dengan tanggungjawab untuk menyelamatkan
nyawa orang dengan cara yang tidak disangka‐sangka di tengah‐tengah pagi buta seperti saat
ini. Dia mula mati akal untuk berbasa basi dan melekakan gadis yang kelihatan betul nekad
untuk membunuh diri di hadapannya ini. Apa yang harus aku lakukan?
Diteguk liurnya sambil menganalisa wajah dan perwatakan gadis dihadapannya. 'Rupa cantik,
rambut mengalun ikal mayang, persis pelakon Zooey Deschanel di dalam filem 500 days of
summer, tapi sayangnya… sakit otak rupanya!' fikir Izdham Syah terhadap penampilan dan
karakter gadis itu.
Masakan tidak, gadis yang kelihatan serba serbi cantik memikat itu hendak membunuh diri
dengan terjun ke dalam Sungai Melaka? Berat sangatkah masalah yang ditanggung
sehinggakan dia tergamak mengambil jalan singkat seperti ini? Bingung Izdham Syah dibuat
oleh gadis itu.
“Awak tak takut dibaham buaya ke? Manalah tahu… niat awak memang nak bunuh diri. Tapi
mungkin sebelum awak sempat lemas, buaya ngap awak dulu! Kalau terus mati tak apalah
jugak, tak terasa seksanya. Kalau awak hidup lagi masa tu? Macam mana?” Izdham Syah cuba
menakut‐nakutkan gadis itu.
Puh! Mudah‐mudahan kata‐kata aku berkesan! Terkumat kamit bibirnya mendoakan. Iddya
Melissa menelan liur, matanya ralit merenung kelam sungai Melaka itu. Dia seakan termakan
kata‐kata lelaki yang tidak pernah di ketahui kewujudannya itu.
“Buaya ke tak buaya ke, saya punya sukalah nak buat apa pun!” Iddya Melissa bersuara
lantang dengan mata yang mencerlung kemarahan.
Bola matanya tajam menikam ke arah lelaki itu seolah‐olah memberi amaran terakhir supaya
dirinya tidak diganggu gugat dengan sebarang kata momokan yang sia‐sia. Izdham Syah
terkedu! Sangkanya gadis itu akan takut dengan momokannya namun ternyata dia silap
menafsir. Momokannya hanya menaikkan lagi tahap keberangan gadis itu.
“Okay‐okay. Fine! Saya mengalah. Awak menang. Saya tak kuasa nak libatkan diri saya
dengan masalah awak, inikan pulak nak halang niat awak tu. Awak boleh teruskan niat awak,
nak terjun sungai ke, nak terjun lombong ke, nak terjun daripada atas bangunan Taming Sari
tu ke, puaskan hati awak atau whatever it is, I don’t care at all! Saya nak balik ni. Esok nak kerja. Lainlah macam awak tu, dalam masa 10 atau 15 minit lagi memang awak tak wujud dah kat dunia ni. Tak payah fikir pasal kerja segala kan? So…saya nak ke kereta, laluan ini je yang ada untuk saya lalu. Jangan suruh saya berenang ikut arah sungai pulak sebab saya tak pernah berzakat untuk serahkan badan saya kepada sang buaya macam yang awak nak buat. Okay? Boleh?” Izdham Syah membuat helah sambil berharap semoga gadis dihadapannya ini termakan kata helahnya.
Jari telunjuknya sudah sedia menunjukkan arah keretanya berada untuk meyakinkan gadis itu.
Iddya Melissa berfikir sejenak sambil menoleh ke kiri dan ke kanan. Dia mahu lelaki itu cepat
beredar dari pandangannya. Semak!
“Okay. Awak boleh lalu je tau. Jangan cuba‐cuba buat selain itu! Kalau tidak...” Iddya Melissa
sudah mencondongkan badannya sedikit ke hadapan dengan sebelah kaki yang masih lagi
dicelupkan ke dalam Sungai Melaka tersebut. Pantas Izdham Syah berjalan dengan laju ke arah
gadis itu separa berlari. Iddya Melissa yang cemas melihat kemaraan lelaki tersebut dengan
pantas bagaikan hendak menghalang perbuatannya itu, membuatkan dia terus terjun ke dalam
sungai Melaka itu tanpa berfikir panjang.
Akibat tidak tahu berenang, pantas sahaja tubuh Iddya Melissa tenggelam ditelan ke dalam
sungai. Ternyata cinta memang mampu membuat seseorang itu hilang kewarasan akal dan
pertimbangan diri. Lihat sahaja apa yang sedang Iddya Melissa lakukan. Itu buktinya!
Izdham Syah terkejut dengan apa yang berlaku, namun sempat dia mengutuk dirinya sendiri.
Akibat kecuaiannya, gadis tersebut betul‐betul melemaskan diri ke dalam sungai. Lalu, dengan
pantas dia turut terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan. Mujur dia pandai berenang,
maka dengan mudah dia dapat menyelamatkan gadis tersebut yang sedang bergelut
kelemasan.
Dia bersyukur dengan adanya pancaran lampu di bawah jambatan tersebut sedikit sebanyak
dapat membantu pencariannya ketika dia berada di dalam sungai yang kelam dan gelap itu.
Gadis tersebut diangkat dan diletakkan ke tepi tebing sungai dengan bersusah payah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan