“En. Safuan yakin itu yang terbaik?”
“Saya yakin. Teramat yakin. Sebetulnya saya tak pernah seyakin ini.”
“Tapi…”
“Tapi apa Dr.?”
Saat ini pandangan kami berpaut. Masih terlihat senyuman yang menabiri wajahnya. Ketampanannya kian terserlah dengan ketenangan yang terpamer. Masuk kali ini sudah dua kali aku bersua muka dengan En. Safuan. Kegelisahan, kesayuan, kekecewaan dan penderitaan yang menguasai dirinya pada suatu ketika dahulu bagaikan terbang tinggi pabila dirinya melangkah ke ruang ini pada hari ini.
“Dr. Balkis…”
Bagaikan tersedar. Cepatku usir imbauan lepas. Fokusku kini terhala pada seraut wajah yang masih menantikan jawapan daripadaku.
“Saya… Saya hanya ingin mengingatkan En. Safuan tentang sesuatu. Penceraian dalam Islam
dihalalkan tetapi perkara itu amatlah dibenci oleh Allah S.W.T. Saya yakin En. Safuan sedar tentang perkara ini, bukan?”
Anggukan perlahanku terima. Tertunduk seketika lelaki itu. Raut wajah tenang bertukar mendung. Ternyata masih berbekas kesedihan di ruang hatinya.
“Saya sedar. Di dalam kesedaran jugalah saya telah menceraikan isteri saya dengan talak satu. Dr. Balkis tahu kenapa talak satu?”
Ku biarkan soalan itu tanpa jawapan. Aku terus memerhatikan gerak tubuhnya dan mulut masihku patri kuat. Aku ingin memberikan ruang kepada En. Safuan untuk meluahkan segala apa yang masih terbuku di hatinya.
“Sebab saya harap dia akan merayu kepada saya dan berjanji untuk tidak lagi mengulangi kesilapan yang masih dilakukannya. Tapi… Ternyata apa yang saya harapkan tidak sama dengan apa yang dipamerkan oleh bekas isteri saya. Dr. Balkis tahu apa yang terjadi selepas talak satu saya jatuhkan?”
En. Safuan mengangkat kepalanya yang tertunduk dan pandangan matanya tepat dihalakan ke
wajahku. Jawapan daripadaku dinantikan. Gelengan pengganti jawapan secara lisanku berikan.
Lelaki itu tersenyum. Mungkin cuba menyembunyikan rasa hatinya yang sebenar. Permata yang hampir gugur memberikan tanda tanya kepadaku? Sedih atau kecewakah dirinya?
“Sewaktu saya melafazkan talak satu kepadanya… Dia ketawa dan bertepuk tangan. Katanya…
Akhirnya dia sudah terlepas dari neraka!”
“Astaghfirullahal azhim…”
Tanpa sedarku ungkapkan kalimah itu. Tidakku sangka ucapan itu yang akan keluar dari mulut
seorang wanita yang baru dijatuhkan talak ke atas dirinya. Bukankah kesedihan dan kepiluan itu yang biasa menguasai diri seseorang yang bergelar isteri setelah dirinya diceraikan?
“Bukan setakat itu sahaja… Segala apa yang pernah diberikan oleh bapa dan mak mentua saya turut diungkitnya. Dia kata… Kalau tak disebabkan dia sudi memungut saya, mustahil saya boleh berada di tempat saya sekarang. Segala kemewahan dan kekayaan yang saya miliki pada saat ini adalah ihsan daripadanya.”
Akhirnya permata yang ditahan‐tahan gugur jua menyurami wajahnya. Ku tarik sehelai tisu danku hulurkan kepadanya.
“Boleh Dr. bayangkan bagaimana hancurnya perasaan saya waktu itu?”
Anggukanku berikan. Sesungguhnya apa yang dirasai oleh lelaki di hadapanku ini terlebih dahulu pernahku rasai suatu waktu dahulu. Segala kata cacian dan penghinaan orang sekeliling begitu mengenalkan aku akan erti kekecewaan dan kehancuran!
“Saya tahu macam mana pedih dan hancurnya perasaan En. Safuan waktu itu. Tetapi En. Safuan tak boleh mengalah dan berputus asa. En. Safuan perlu bangkit dan membuktikan kepada bekas isteri En. Safuan bahawa segala kata‐katanya itu hanyalah sebuah kepalsuan. Saya yakin selama ini En. Safuan telah banyak berjasa kepada bekas bapa dan mak mentua En. Safuan kerana selama ini En. Safuan lah yang telah menjadi tulang belakang syarikat. Betulkan?”
Kali ini lelaki di hadapanku ini pula yang menganggukkan kepalanya.
“Kenapa dia tidak pernah menyedari akan hakikat itu?”
“Saya tak rasa dia tidak sedar. Saya yakin dia nampak apa yang telah En. Safuan korbankan untuk papa dan mamanya. Cuma mungkin talak yang En. Safuan jatuhkan kepadanya telah mencabar maruahnya sebagai seorang wanita yang ternama.”
Suasana bisu menyusuri. Hanya sesekali terlihat En. Safuan menyapu genangan air mata di kelopak matanya.
“En. Safuan… Apakah sebab utama En. Safuan menjatuhkan talak kepada bekas isteri En. Safuan?”
Terdengar keluhan. Lelaki di hadapanku ini membetulkan duduknya. Mungkin ingin mendapatkan sedikit keselesaan sebelum mengizinkan dirinya berbicara.
“Sebab saya cintakan Allah S.W.T lebih daripada mencintai bekas isteri saya.”
Keningku berkerut. Tanda kurang mengerti.
“Apabila seseorang isteri melakukan apa yang dilarang dan meninggalkan apa yang disuruh oleh Allah S.W.T, maka akan dipertanggungjawabkan ke atas suaminya untuk perkara itu. Bukan setakat solat diperlekehkan dan puasa diketepikan. Tetapi lebih dari itu. Zina serta maksiat sudah sebati dengan dirinya dan sebagai seorang suami saham dosanya tetap jua saya miliki. Saya dah tak sanggup lagi Dr… Tak sanggup untuk menanggung semua itu. Nasihat, teguran malahan pergaduhan jua pernah tercetus antara kami. Tapi sikit pun tidak terkesan di hatinya. Dia masih enggan berubah. Andai dia masih mahu meneruskan cara hidupnya, maka biarlah saya mengalah. Menceraikan, bukan sahaja membebaskan dirinya daripada kongkongan saya tetapi jua melepaskan diri saya dari terus menanggung gunungan dosanya.”
Begitu perlahan dan berhati‐hati lelaki ini menuturkan setiap patah perkataan yang membentuk bicaranya. Di penghujung kata‐katanya, dia tersenyum bersama linangan air mata kebebasan.
Tuk… Tuk… Tuk…
“Masuk!”
Laungku.
“Busy?”
“Ah! Dia ni lagi.”
Getus hatiku. Kini lelaki yang telah melangkah masuk ke bilikku sudahpun mengambil tempat di hadapanku.
“Busy ke?”
“Bolehlah.”
Sememangnya aku sudah berasa sedikit rimas dengan kedatangan lelaki ini. Seawal pagi rakan
sekerjaku ini begitu beria‐ia menyapaku berserta senyuman lebar hingga ke telinga dihadiahkan kepadaku. Entah apa mimpinya malam tadi sehingga sebegini baik sekali layanannya kepadaku.
“Balkis dah lunch?”
“Belum.”
Jawapku sepatah dan perhatianku masih tertumpu ke atas borang yang sedangku isi.
“Jom kita makan sama‐sama.”
“Terima kasih jelah. Tapi, hari ni saya betul‐betul busy. Lagipun kejap lagi saya ada appointment dengan seorang lagi client saya.”
“Siapa?”
“Sibuk betullah dia ni!”
Geram hatiku. Pen di jari kuletakkan. Pandanganku kiniku arahkan ke wajah Dr. Adiib. Senyuman manis masih menghiasi wajahnya. Terlihat bahagia sungguh dirinya.
“Dr. Adiib. Ada apa‐apa ke yang Dr. nak beritahu saya?”
Hampir bercantum kening lelaki itu. Berkerut sungguh dahinya.
“Dr. Adiib datang ke bilik saya ni ada apa‐apa ke yang Dr. Adiib nak minta tolong?”
Kali ini senyuman kian manis diberikan.
“Ada. Saya nak minta tolong Balkis temankan saya lunch, boleh?”
“Boleh tak kalau Dr. serius sikit?”
“Saya seriuslah ni. Saya nak ajak Balkis lunchdengan saya hari ni. Bolehkan?”
Begitu mengharap wajahnya.
“Kan saya dah beritahu yang saya ada appointment dengan client saya lepas ni.”
“Tak apa. Saya boleh tunggu.”
“Saya minta maaf. Saya tak dapat keluar lunch dengan Dr. hari ni.”
Sedikit tegas nadaku. Kelu seketika lidah lelaki di hadapanku ini. Namun, situasi itu tidak bertahan lama. Saat bibirnya mengukirkan senyuman yang tidak mampuku tafsir akan maknanya lantas bicaranya bermula semula.
“Balkis ada berhutang dengan saya.”
“Berhutang? Bila masa pulak saya berhutang dengan Dr.?”
“Hari tu. Waktu Balkis sakit, tak sihat.”
“Saya tak faham.”
Aku berterus terang. Malas hendak bermain teka‐teki dengan lelaki yang kelihatan senang benar hari ini.
“Kan waktu Balkis tak datang kerja hari tu, saya yang gantikan tempat Balkis untuk menghadiri
beberapa sesi kaunseling dengan client‐client Balkis. Balkis lupa?”
Mana mungkin aku melupakan hari itu. Hari aku berhutang budi dengan lelaki di hadapanku ini.
“Tak. Saya tak lupa. Terima kasih ya Dr.”
Senyumanku ukirkan ikhlas. Terbang rasa menyampahku pada lelaki ini.
“Saya bukan nak dengar ucapan terima kasih tu. Tapi, saya nak Dr. temankan saya lunch pada hari ini untuk membalas budi saya tu. Bolehkan?”
Ah! Permainan apa pula kali ini. Bukankah hari itu dia mengatakan yang dirinya ikhlas untuk
membantuku. Mengapa pula kali ini balasan diingini daripadaku?
“Balkis. Are you okay?”
Bagaikan tersedar. Cepatku ukirkan semula senyumanku yang termati.
“Saya okey.”
“Emm… Tak apalah Balkis. Kalau awak tak sudi, saya tak boleh paksa. Maaf mengganggu.”
Berserta kesayuan yang memuramkan wajah tampan itu. Dr. Adiib bangkit dan memusingkan
tubuhnya sebelum kaki diayun. Rasa bersalah cepat sahaja menerpa diriku.
“Dr. Adiib.”
Langkah lelaki itu terhenti.
“Kalau lepas Zohor kita lunch okey?”
Terus Dr. Adiib memusingkan tubuhnya. Berserta senyuman kemenangan, anggukan diberikan.
Ah! Aku tewas lagi!
“Puan sihat?”
Sapaku sebaik sahaja clientku ini mengambil tempat.
“Alhamdulillah. Saya sihat. Hari tu Dr. Karim kata Dr. Balkis sakit. Betul ke?”
“Haah. Kurang sihat sikit. Saya minta maaf ya Puan. Disebabkan saya, sesi kaunseling kita tertunda.”
“Tak apa. Soal kesihatan ni, anugerah daripada Allah S.W.T. Kalau kita sihat ucapan syukur tu wajib dan kalau kita sakit ucapan alhamdulillah itu perlu. Kerana pada waktu kita sakit itulah Allah akan menggugurkan dosa‐dosa kita. Bukankah itu yang Dr. Balkis ajarkan pada saya dulu?”
Terasa bangga menerjah diriku. Bukannya bangga kerana ilmu itu pernahku ajarkan kepada mualaf ini, tetapi bangga kerana wanita di hadapanku ini mampu mengingati dan menasihati diriku dengan nasihat yang sama.
“Betul tu.”
Senyumanku berikan. Tetapi ternyata senyumanku itu hanya dipandang sepi oleh clientku ini.
Wajahnya kian muram.
“Puan nak minum dulu? Teh? Kopi?”
Sepi. Tiada jawapan. Aku yakin wanita di hadapanku ini sedang mengumpul kekuatan untuk
memulakan luahan perasaan yang akan tercetus pada bila‐bila masa sahaja. Aku duduk memerhatikan gerak bahasa tubuhnya. Ternyata kegelisahan dan kesedihan sedang menguasai jiwanya.
“Dia kemalangan.”
Begitu perlahan, namun masih mampuku tangkap ucapan itu.
“Siapa?”
Soalku lembut.
“Suami saya.”
Kini mata berkaca itu terhala ke arahku. Sayu hatiku melihat genangan air mata itu.
“Ya Allah… Sabar Puan. Habis macam mana keadaan suami Puan sekarang?”
“Dia baru lepas dari koma.”
“Alhamdulillah. Syukur, Allah S.W.T masih memanjangkan usianya. Petanda Allah masih
menyayangi dan mengkehendaki dirinya mendekati pintu taubat.”
Linangan air mata Puan Zainab kian deras. Tisu yangku hulur cepat sahaja disambut.
“Saya tak pernah bayangkan yang saya akan kehilangan dia. Rasa benci dan sakit hati saya padanya bagaikan hilang setelah melihat keadaan dia sekarang. Suami saya dah tak sempurna seperti dahulu Dr.”
“Apa maksud Puan?”
“Suami saya… Disahkan lumpuh.”
Membulat mataku. Bagaikan tidak percaya dengan apa yangku dengari.
“Betul Dr.”
Bagaikan mengerti, maka kenyataan itu ditegaskan kepadaku. Aku bangkit dan duduk di
sebelah wanita yang sudah beria‐ia mengalirkan air mata kesedihan. Ku paut bahunya danku
usap perlahan, sebagai petanda aku ada di sisinya.
“Saya tak pernah membayangkan kaki yang pernah menyepak dan menerajang saya dan anak
lelaki saya itu akan kaku tidak bergerak lagi. Saya tak pernah terfikir mulut yang sering
meneguk air kencing syaitan itu akan herot dan membisukan suaranya. Tak pernah juga
terlintas di fikiran ini tangan yang sering menampar dan mencuri wang saya itu akan hancur
digilis tayar kereta.”
Terenjut‐enjut bahu Puan Siti Zainab. Kian laju usapan jari jemariku di bahunya.
“Sabar Puan. Pasti ada hikmah yang kita tak tahu. Allah S.W.T menyimpan segala rahsia yang
tidak terjangkau oleh akal fikiran kita. Anggaplah ini dugaan, Puan.”
“Dr… Dr. tahu tak kenapa selama ni saya tak pernah terfikir untuk menuntut cerai, walaupun
kebajikan saya dan anak sering diabaikan malahan diri kami turut dizalimi?”
“Sebab Puan takut tak dapat hak penjagaan ke atas anak Puan.”
Aku mengulangi jawapan yang pernah diberikan oleh wanita ini suatu waktu dahulu saat isu
cerai timbul dalam perbualan kami.
“Itu salah satu sebabnya. Tetapi sebab yang utama… Kerana suami saya inilah saya mengenali
Islam. Saya mengenali Allah S.W.T dan saya mengenali betapa hidup ini ada sambungannya di
akhirat sana. Memang benar Allah S.W.T yang telah membuka pintu hati saya untuk menerima
hidayah dariNya tetapi Allah S.W.T permudahkan segala‐galanya setelah saya jatuh cinta
kepada suami saya. Islam saya pilih kerana hendak menikahi suami saya tetapi setelah
mengenali apa itu Islam, hati saya takkan sesekali berpaling daripadaNya.”
“Syukur alhamdulillah. Puan benar‐benar mengenali apa itu Islam. Syukur.”
Seketika tiada suara yang membalas kata. Hanya tangisan yang kedengaran.
“Dr… Apakah yang harus saya lakukan untuk membawa suami saya kembali ke jalanNya?”
“Banyak perkara yang Puan boleh lakukan. Bermula dengan ucapan syukur, doa dan ikhtiar.
Setelah usaha dan ikhtiar telah Puan kerjakan maka bertawakallah kepadaNya.”
Terangguk‐angguk Puan Siti Zainab.
“Suami Puan boleh menuturkan percakapan?”
Gelengan diberikan.
“Kiranya sekarang ni, suami Puan langsung tak boleh nak bercakap dan bergerak. Betulkan?”
“Betul. Allah S.W.T telah menarik segala nikmat yang telah dipinjamkanNya.”
“Ya. Allah itu berkuasa sepenuhnya di atas sesuatu dan oleh itu apa yang Puan boleh lakukan
sekarang adalah sentiasa menemani dan mengajarkannya kepada ajaran Allah S.W.T yang
telah lama ditinggalkannya. Ada hikmahnya suami Puan itu lumpuh dan tidak boleh bergerak.”
“Maksud Dr.?”
“Yelah, kalau suami Puan boleh bergerak dan berlari. Mungkin dia tidak mahu mendengar
tentang ilmu agama yang akan Puan ajarkan kepadanya. Betulkan?”
Senyuman terukir sedikit di bibir pucat itu dan air matanya terusir.
“Dr… Saya nak tanya sesuatu boleh?”
“Apa dia?”
“Dr. rasa mungkinkah suami saya itu akan berubah dan kembali ke jalan Allah S.W.T?”
Kali iniku pautkan pandangan kami dan sisa air mata di tepian kelopak matanyaku hapuskan.
Berserta senyuman, ku lahirkan kata‐kata.
“Allah S.W.T itu berhak sepenuhnya ke atas sesuatu. Allah S.W.T itu berhak untuk membukakan
pintu hati seseorang untuk mengenali serta kembali kepadaNya dan Allah S.W.T juga mampu
menterbalikkan hati seseorang. Tetapi sebagai hambaNya, kita minta dijauhi untuk
diterbalikkan hati dalam mengejar hidayah serta rahmatNya dan untuk jawapan kepada persoalan Puan tadi… Tiada apa yang mustahil untuk Allah S.W.T lakukan selagi kita berusaha
dengan sesungguhnya, berdoa dan bertawakallah kepadaNya.”
Mendengarkan itu tubuhku dipeluk erat dan air mata yang tadinya sudah reda, kini muncul
semula.
“Menangislah… Menangislah andai itu yang mampu menenangkan hatimu.”
Bisik hatiku.
“Sedap?”
“Alhamdulillah. Sedap.”
Ingin segeraku habiskan makanan di pinggan. Tidak betah lagi rasanya untukku duduk berduaduaan
dengan lelaki ini. Matanya sering sahaja merenungku.
“Dr. pandang apa?”
“Pandang apa?”
Soalnya berpura‐pura tidak mengerti.
“Saya tak suka Dr. pandang saya macam tu.”
Aku berterus terang.
“Tapi saya suka.”
Kali ini aku membalas renungannya. Sedikit mencuka wajahku, menunjukkan protes dengan
kata‐katanya itu.
“Janganlah marah. Saya bergurau je. Saya minta maaf kalau Balkis berasa kurang selesa
dengan saya. Saya tak ada niat apa‐apa pun. Sekadar ingin berkawan dengan Balkis. Itu
sahaja.”
“Berkawan? Bukan ke kita ni memang rakan sekerja?”
“Rakan sekerja dengan kawan lain.”
Terhenti suapan di mulut. Sudu ku letakkan dan pandanganku halakan tepat ke wajah Dr.
Adiib.
“Apa yang lain?”
“Banyak yang lainnya. Rakan sekerja, bermakna kita hanya akan ada hubungan dengan
seseorang di dalam lingkungan waktu pejabat sahaja. Tetapi apabila seseorang itu sudah kita
iktiraf sebagai kawan, bermakna lingkungan pergaulan kita tidak lagi hanya terbatas pada
waktu kerja sahaja.”
“Emm…”
“Emm… Je?”
“Habis tu Dr. nak saya jawab apa?”
Dugaku. Terasa kelakar pula melihat riak wajah merajuk di hadapanku ini. Sudah lama rasa
kelakar itu tidak menjengah diri ini. Entah mengapa saat ini kerinduanku terbang kepada
seseorang. Seseorang yang selalu menunjukkan riak wajah yang sama saat ungkapan cintanya
tidakku balas. Lelaki itu… Lelaki itu sudah hampir enam tahun tidakku temui. Tetapi mengapa
sehingga ke saat ini bayangannya masih mampuku ingati di dalam jaga mahupun lenaku.
“Balkis… Awak berangan apa tu?”
Debaran di dada semakin kuatku rasakan saat diri disergah perlahan.
“Berangankan pakwe lama ke?”
“Ya Allah… Tepat sungguh tekaannya.”
Pangakuan di hati kian menjelaskan gambaran wajah lelaki yang pernahku cintai malahan
masihku ingati rasa cinta itu sehingga ke saat ini.
“Balkis…”
“Ya.”
Jawabku sepatah.
“Saya… Saya nak minta sesuatu daripada awak boleh?”
“Minta sesuatu? Apa dia?”
Debaran di dada sedaya upayaku kawal agar tidak terlihat secara lahiriahnya.
“Saya… Saya nak minta awak ambil saya sebagai kawan awak boleh?”
“Ha? Apa punya soalan pulak ni. Tadi minta aku temankan dia lunch. Sekarang minta aku ambil
dia sebagai kawan pulak. Lepas ni nak minta apa lagi? Macam budak‐budaklah dia ni.”
Getus hatiku. Segeraku capai semula sudu. Makanan yangku isikan ke dalam mulutku kunyah
laju. Persoalan yang sama bertalu‐talu diutarakan kepadaku oleh lelaki di hadapanku ini ku
abaikan.
“Nanti dah penat tanya. Senyaplah tu.”
Yakin hatiku.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan