Sejak akhir‐akhir ini Maizura sering merasa terganggu. Zaidi tidak henti‐henti menelefon namun dia langsung tidak menjawab panggilan lelaki itu. Zaidi juga menghantar banyak SMS untuk memohon maaf darinya tentang kejadian tempohari, namun Maizura tidak mengendahkan. Keadaan itu membuatkan Maizura terpaksa mematikan telefon bimbitnya.
Maizura tiba di rumah ketika jam menunjukkan pukul tujuh petang. Kereta bapa mertuanya kelihatan terpangkir di halaman rumah. Maizura melangkah longlai memasuki banglo dan terus ke bilik. Sangkanya Amir yang sejak petang keluar melawat tapak projek sudah pulang.
Namun bilik tidur mereka kosong.
Maizura mengeluh kasar. Dia merebahkan badan yang kepenatan di katil. Minda yang berserabut membuatkan badan bertambah letih. Entah bila dia terlelap tanpa sempat membersihkan diri.
Amir melangkah laju ke arah tangga. Mak Senah yang sedang mengemas meja setelah Dato’ Mokhtar selesai makan malam memanggil. Mak Senah mendekati Amir. Wajah lelaki itu nampak tegang.
Mak Senah tahu Amir sedang marah. Mak Senah tahu Amir sedang marahkan Maizura. Setengah jam yang lalu Amir ada menelefon ke rumah bertanyakan Maizura. Dan Mak Senah hanya mampu menjawab Maizura berada di bilik.
“Baru balik, Amir?” sapa Mak Senah.
Dia sengaja berbuat begitu. Sekurang‐kurangnya marah Amir akan berkurang. Mak Senah tidak mahu Amir menghamburkan kemarahannya kepada Maizura, menantu keluarga. Mak Senah tahu semenjak kebelakangan ini hubungan pasangan itu sudah mula dingin dilanda masalah. Hubungan mereka mula tegang. Namun Mak Senah tidak berani untuk masuk campur. Dia hanya mampu mendengar pertelingkahan pasangan itu tanpa mampu berbuat apa‐apa.
Tanpa mempedulikan Mak Senah, Amir melangkah laju mendaki anak tangga menuju ke bilik. Mak Senah yang ditinggalkan hanya memandang. Dalam hati dia berdoa semoga Maizura tidak diapa‐apakan Amir yang kebelakangan ini mula bersikap baran.
Amir menghempas daun pintu bilik kuat. Maizura yang ketiduran sejak pulang petang tadi tersentak. Terpisat‐pisat dia membuka mata.
Amir memetik sius di dinding. Seketika bilik itu terang. Pandangan terus menangkap susuk tubuh Maizura yang baru bangkit dari baringan.
“Abang baru balik. Dah pukul berapa ni? Zura tertidur pulak,” Maizura melihat jam di pergelangan tangan.
“Lapan setengah? Ya ALLAH. Lamanya Zura tertidur.”
Maizura bangun dari katil sambil membetulkan rambut. Menyedari Amir masih berdiri di depan pintu bilik, Maizura memandang suaminya.
“Kenapa bang?” tanya Maizura yang masih berkeadaan mamai.
“Awak tanya kenapa? Awak lupa yang saya suruh awak ambil saya kat PJ. Awak pergi mana? Awak buat apa sampai saya call tak dapat. Keluar lagi?” Amir menghamburkan marahnya.
Benar dia sedang marah ditambah dengan badan yang terasa begitu penat.
“Ya ALLAH. Zura terlupa, bang. Maafkan Zura. Zura tak sengaja. Zura benar‐benar lupa.”
Maizura segera mendekati Amir. Dia tahu suaminya benar‐benar marah. Wajah Amir kelihatan cukup tegang dan merona kemerahan. Namun melihat Maizura mendekati, Amir segera beranjak menjauhi.
“Apa yang awak buat sampai awak lupa? Kenapa off telefon. Awak tahu tak saya terpaksa naik teksi balik ke sini. Dengan jam yang teruk. Awak tahu tak!?” Amir menengking kuat.
Langsung dia tidak memandang wajah Maizura yang selama ini boleh menyejukkan amarah dengan sekelip mata. Kepenatan yang terasa membuatkan dia hilang pertimbangan. Ditambah rasa sakit hati kerana gagal menghubungi isterinya.
“Maafkan Zura, bang. Zura tak sengaja. Zura terlupa. Maafkan Zura,” Maizura mula merayu melihat Amir yang betul‐betul marah.
Dia mendekati lalu meraih tangan suaminya itu namun disentap kuat. Maizura tergamam. Amir
langsung tidak memandang wajahnya.
“Abang, maafkan Zura. Zura mengaku salah. Maafkan Zura, bang,” suara Maizura berubah sayu. Pilu hatinya melihat sikap Amir.
Maizura tidak tahu kenapa. Apa yang pasti sejak akhir‐akhir ini sikap Amir mula berubah. Lelaki itu mudah marah. Baran makin menjadi‐jadi membuatkan dia beranggapan Amir sudah tidak sayang padanya.
“Sudahlah! Bercakap dengan awak ni buat sakit hati aje! Lebih baik saya tak balik ke sini,” bentak Amir kasar lalu melangkah ke pintu.
Maizura yang tergaman terus mengejar. Lengan Amiruddin ditarik tapi ditepis kuat membuatkan dia rebah ke lantai.
Amir memandang Maizura dengan pandangan tajam berbinar. Langsung tiada simpati di hati melihat isterinya yang terjelopok di lantai. Amir terus keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah.
Dato’ Mokhtar yang berdiri di depan pintu bilik hanya mengeluh kasar. Spontan kepalanya tergeleng. Dia tahu sejak akhir‐akhir ini Amir sering bertelagah dengan Maizura. Namun tiada apa yang mampu dilakukan selain mendengar pertelingkahan itu.
Mak Senah segera berlari ke muka pintu setelah melihat kelibat Amir. Namun dia tak sempat
menghalang. Dia juga seperti Dato’ Mokhtar, hanya mampu memandang Amir yang sudah memandu kereta keluar dari halaman.
Di bilik, Maizura menangis hiba. Hati merasa sakit namun tak dapat diluahkan. Dia tertanya-tanya
kenapa Amir sudah berubah sikap? Benarkah Amir sudah tidak sayang padanya?
Benarkah kasih Amir padanya sudah berkurangan? Adakah Amir mula merasa kecewa kerana dia masih gagal memberikan lelaki itu zuriat walaupun sudah dua tahun usia perkahwinan mereka. Perkahwinan atas dasar suka sama suka.
Maizura terus merintih hiba. Dia melangkah longlai menuju ke bilik air. Badannya merasa sungguh tidak bermaya.
Amir masih merengus kasar. Kebingitan suasana langsung tidak dihiraukan. Sudah tiga gelas air haram itu diteguk namun dia masih belum merasa puas. Amir cuba untuk menenangkan diri sedangkan dia berada di tempat yang langsung tiada ketenangan.
Amir meneguk gelas keempat. Langsung tidak menyedari ada sepasang mata yang asyik memerhati dengan senyuman melebar di bibir. Ketika dia bangun untuk keluar, satu tangan memaut lengan membuatkan dia kembali duduk.
“Kenapa ni, Amir? Do you have a problem?”
Ziela beraksi manja. Bahu Amir dipeluk erat sambil jemari mengelus pipi lelaki itu. Amir yang
terkejut dengan kehadiran Ziela tercengang dan kaku.
“Ziela? Apa kau buat kat sini?” tanya Amir kasar.
Dia menepis tangan Ziela yang melingkar di leher. Sempat dilihat pakaian yang dikenakan Ziela. Agak seksi dan boleh membangkitkan ghairah sesiapa saja ditambah dengan bentuk tubuh yang cukup sempurna.
“Sama macam you. You buat apa kat sini?” Ziela bersuara manja.
Dia melabuhkan punggung di sisi Amir. Kaki sengaja disilangkan, menampakkan paha yang putih melepak dan hanya tertutup sedikit.
“Aku? Entah! Macamana aku boleh ada kat sini? Sudahlah. Aku nak balik!”
Amir menolak tangan Ziela yang terus melingkar di bahu lalu terus bangkit. Namun wanita itu segera memeluk tubuhnya.
“Eh! Apa kau buat ni?” marah Amir. Dia menolak tubuh Ziela yang dirasakan melekat pada
badannya tapi langsung tidak bergerak.
“Ala... janganlah balik lagi. Duduklah kat sini dulu. Temankan I, please,” Ziela mengelus pipi Amir lembut. Terus menggoda lelaki itu tapi Amir tak mengendahkan.
“Sudah! Aku nak balik. Lepaskan aku,” Amir membentak kasar.
Dia menolak tubuh Ziela lalu melangkah keluar dari situ. Ziela tetap tersenyum lebar sambil
mengekori lelaki itu.
Amir menuju ke kereta dengan langkah terhuyung‐hayang. Seketika tekaknya terasa loya. Amir
memuntahkan isi perut di bahu kereta. Dia terjelepok di situ dengan pandangan yang berbinar. Apa yang mucul di ruang mata hanyalah susuk tubuh seorang wanita sebelum dia pengsan tak sedarkan diri.
Maizura termenung panjang di ruang bilik. Dia mula kebingungan. Sejak semalam dia mencuba namun masih gagal menghubungi suaminya. Mesej yang dihantar juga langsung tak dijawab. Maizura mula risau. Dia terus dihambat rasa bersalah kerana telah membuat Amir marah.
Amir terjaga dari tidur. Tercengang melihat keadaan yang begitu asing itu. Lebih dia terkejut melihat tubuhnya hanya berselimut gebar, tanpa seurat benang.
Amir turun dari katil menyarung pakaiannya yang bersepah di lantai. Sempat dilihat jam di
pergelangan tangan. Pukul sebelas pagi. Amir teringatkan kertas kerjanya yang masih belum
sempurna yang perlu diserahkan kepada papanya.
“Amir, you dah bangun?”
Teguran satu suara membuatkan Amir tersentak. Lebih dia terkejut melihat Ziela yang hanya
berkemban dengan tuala singkat bersandar di dinding berhampiran pintu bilik air.
“Ziela? Apa kau buat kat sini? Macamana aku boleh ada kat sini?” tanya Amir bingung.
Ziela tidak segera menjawab. Dihampiri Amirruddin dengan lenggok menggoda.
“You tak ingat ke apa yang jadi semalam? You mabuk teruk soI bawa you ke sini. Ke rumah I. I ingat nak hantar you ke rumah papa you. Tapi I takut Maizura akan terkejut tengok keadaan you. So I bawa you ke sini.”
Ziela memaut lengan Amir yang kembali menyarung kemeja tapi disentap kuat lelaki itu.
“Sudah! Aku nak balik!” bentak Amiruddin.
“Tunggulah dulu, sayang. Takkan you dah nak balik. Temankan I,” Ziela bersuara lunak dan manja. Dia kembali mendekati Amir yang menjauhkan diri.
“Sudah! Aku nak balik. Dan aku tak nak jumpa kau lagi selepas ni. Tolong jangan ganggu aku lagi,” Amir melangkah laju untuk keluar dari ruang itu.
“Amir! Senangnya you cakap. You... you tahu tak apa yang you dah buat kat I semalam? You tak
sedar ke? You dah nodai I, Amir!” Ziela menjerit nyaring membuatkan Amir tersentak. Langkah
kaki spontan terhenti.
Seketika Ziela mengukir senyum. Dia menghampiri Amir yang terkaku berdiri.
“Apa kau cakap?” Amir mencerunkan pandangan. Ziela tetap bersahaja sambil mendekati lalu
mengelus pipi lelaki itu.
“You begitu hebat semalam. I... betul‐betul terpesona,” bisik Ziela perlahan membuatkan Amir
bertambah terkejut.
Amir menolak tubuh Ziela. Pandangan dicerunkan tajam.
“Sudah! Jangan nak mengarut. Aku tak buat apa‐apa semalam. Sudah! Jangan ganggu aku lagi,” bentak Amir kasar lalu terus keluar dari apartment yang didiami Ziela.
Ziela yang memandang kepergian Amir hanya tersenyum lebar sebelum ketawa kecil. Dia dapat merasakan kemenangan sudah ada dalam tangannya. Memang benar tiada apa yang berlaku semalam. Semua itu hanya sebagai helah. Mungkin boleh dijadikan ugutan bila‐bila masa yang dia inginkan.
Ziela ketawa lagi. Mengekeh. Hatinya merasa cukup puas. Tida sia‐sia dia mengintip pergerakan lelaki itu selama ini. Dan akhirnya usaha itu sudah membuahkan hasil.
Ziela terus ketawa. Puas!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan