“Adham? Nak ke mana tu?"
Soalan yang meniti bibir Tan Sri Fahmi, menghentikan langkah Adham Faiz. Perlahan‐lahan Adham Faiz berpusing. Kulit kepala digaru‐garu. Raut suramnya memapar hairan.
"Saya nak balik, Tan Sri," lemah suara terlontar.
Baru teringat bahawa dia, dek kerana terlalu sebak, terus menonong sehingga lupa hendak bersalam dengan Tan Sri. Rasa hendak dihantuk‐hantukkan kepala ke dinding. Sungguh kurang sopan!
Adham Faiz berpatah balik. Dia pantas menghulur tangan kanan sebaik berdepan dengan Tan Sri semula. "Maaf, saya terlupa nak bersalam tadi,"
Tan Sri Fahmi tertawa melihat gaya serba salah anak muda itu. Pertama kali dia mendapati Adham Faiz kehilangan keyakinan. Selama ini dia perhatikan Adham seorang yang kental semangat serta tidak mudah kecewa tetapi hanya kerana seorang Aira Syuhada, Adham bagaikan kehilangan arah.
"Kamu nak ke mana, Am?" sekali lagi soalan yang sama diajukan.
"Saya nak balik," jawab Adham.
"Isk! Isk! Cepat mengalah jugak kamu ni, ya?”
Wajah Tan Sri ditatap. Senyuman yang terukir pada bibir ayah Aira itu sedikit mengganggu. Rasa bagai diejek pula. Tetapi, takkanlah...
Semakin dihujani musykil apabila ada tawa kecil di sisi kiri. Adham menoleh untuk mengintai reaksi Puan Sri. Hai la... suka sangatkah pasangan suami isteri ini dengan keputusannya meninggalkan Aira? Gelak tawa kedua‐duanya yang semakin kuat mendera hati dan perasaan.
Rasa sangat terbeban! Apatah lagi ketika sepasang mata berlari merenungi gadis kesayangan. Seperti dirinya, Aira kelihatan bingung menanggapi sikap pelik ayah dan ibunya.
Sekilas, hati terus berdebar melihat senyuman yang tersungging di bibir pasangan suami isteri di hadapannya.Tak faham! Sungguh tak faham. Kepala Adham tergeleng‐geleng sudah. Menzahirkan apa yang sedang memenuhi kamar hati.
“Yang terkial‐kial berdiri tu, kenapa? Mari sini! Duduk!”
Wah, Tan Sri sudah mengeluarkan arahan dengan lagak kuasa vetonya.
Adham menggaru‐garu kulit kepala sekali lagi. Dalam umur yang sudah 27 tahun itu, inilah kali
pertama dia berasa serba tidak kena. Janggal apabila diri terpaksa akur kepada kehendak orang lain, sesuatu yang tidak pernah dilakukan. Argh, seluruh keluarga ini bagai ada kuasa hipnosis ke atas dirinya. Anak, emak dan ayah? Sama saja! Suka mengenakannya!
“Awak! Dah kena sampuk ke? Kan ayah suruh duduk tu? Duduklah!”
Aira menarik‐narik hujung T – shirt yang Adham pakai, mengharapkan agar Adham Faiz tidak berdegil serta mahu mendengar apa lagi mahunya emak dan ayah. Hati berasa lega setelah Adham mengambil tempat di kerusi sebelah. Sebuah senyuman dihulur, dengan harapan agar Adham tenang mendengar sehingga habis segala yang bakal disampaikan.
“Saya tak faham, Tan Sri,” Adham segera meluahkan apa yang dia rasa. Yalah, tadi begitu beria‐ia dia dikatakan ingin mengambil kesempatan. Sekarang? Dia disuruh duduk dan menanti. Apakah pasangan suami isteri ini belum puas hendak mengutuknya?
“Apa yang kamu tak faham, Am?"
"Err,"
"Oh, yang tadi kami kutuk kamu tu, ya? Jadi, kamu kecil hatilah ni?"
Uit, boleh Puan Sri tergelek‐gelak?
"Alah, Adham! Kami sekadar hendak menguji kamu aje! Saja nak tengok reaksi kamu. Marah ke, melawan ke, bila dituduh begitu. Kami berdua perlukan kepastian,”
Adham garu kulit kepala. "Apa maksud Tan Sri? Puan Sri? Perlukan kepastian? Tapi, untuk apa?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan