Kasihan Bianca dan Harris, terpaksa berdepan dengan datuknya yang garang itu sepanjang dia
menghilang tadi. Sekarang ini, dia pula yang harus berhadapan dengan datuknya. Dia lihat Takishima yang setia berdiri di luar pintu bilik bacaan datuknya. Lelaki itu tekun melihat tabletnya sehingga Suri berdiri di sampingnya. Pembantu peribadi datuknya itu hanya tersenyum. Tidak memberi apa‐apa komen tentang apa yang berlaku semalam atau hari ini sebaliknya mengetuk permukaan pintu bilik bacaan datuknya kemudian mengumumkan kedatangannya.
Suri masuk. Kepalanya tertunduk berjalan mendekati meja datuknya. Namun bila dia angkat wajahnya, orang tua itu lansung tiada di situ. Dia lihat sekeliling bilik bacaan itu dan dia jumpa
datuknya berdiri di beranda.
“Atuk tak sejuk?” tegurnya.
Datuknya tidak membalas. Badan lelaki itu membelakangkannya. Ia buat Suri berasa lebih gelisah kerana dia lansung tidak dapat melihat wajah tegas itu. Dia pasti akan dimarahi akan kejadian semalam. Apa yang akan dia buat jika Orang Tua Heitai minta dia buat keputusan akan hal itu? Adakah dia akan terus setia?
“Aku dah minta Taki selesaikan hal semalam dengan pihak media. Suri, apa yang kau nak buat
sekarang?” perlahan sahaja nada suara datuknya. “Kalau kau pilih untuk berhenti, kau akan sakit, kita akan sakit tapi kalau kau pilih untuk teruskan, adakah kau pasti kau akan bahagia?”
Soalan Orang Tua Heitai menghentamnya. Dia sebenarnya buntu. Dia juga takut. Ia seperti berhadapan dengan situasi yang dia pernah hadapai dua tahun lalu. Samaada dia akan teruskan niatnya untuk mencabut cincin pertunangannya dengan Yurino atau tidak. Memori itu kabur. Tetapi penuh dengan debaran dan penantian. Jawapan yang keluar dari mulut Yurino masa itu, buatkan dia pilih untuk mencabutnya. Tidak, dia sememangnya pilih untuk mencabut namun penuh dengan rasa was‐was. Pilihan itu adalah tanda akan akadnya untuk satu pelarian. Apa yang kekal mengelirukan dia ialah kenapa tindakan itu dianggap sebagai satu akad?
Suri buang persoalan itu jauh dari fikirannya. Bukan itu yang dia harus fikirkan sekarang. Dia
berhadapan dengan soalan lain yang memerlukan perhatiannya sekarang dan jawapan itu sudah tersedia lama sejak dia sedar dari komanya.
“Saya akan teruskannya,” balas Suri yakin dengan jawapannya. Orang Tua Heitai tidak akan teragak‐agak untuk membantah jika dia sendiri tidak pasti dengan jawapannya. “Saya takkan lari lagi.”
GERAM. Sejak majlis Yukano berakhir semalam sehingga sekarang, dia masih tidak mampu untuk mencapai tunangnya. Da Um campak telefonnya ke atas tilam empuknya. Kuku ibu jarinya digigit. Berita akan scandal yang tunang saudaranya sedang diperkatakan di media sosial dan setiap satunya menghentam Shawn, menjadikan Suri sebagai mangsa keadaan.
Tambahan pula dengan foto‐foto cincin pertunangan yang kakak saudaranya pakai semalam, dia tahu itu yang palsu. Itu milik ibu gadis itu.
Dalam situasi huru hara ini pasti Yurino terbang ke sisi Suri. Lelaki itu lansung tidak pernah ambil kisah tentangnya. Sehingga sanggup melukakan hatinya tanpa ingin memujuk. Dia benar‐benar cintakan Yurino tetapi apa yang dia dapat?
Sakit dan dendam.
Dia fikir bila dapat tolak Suri jatuh dari tangga dua tahun dahulu, dia akan dapat Yurino. Huh! Dia angkuh. Dia sombong dan bak kata emaknya, dia bodoh!
“Dia mesti ada dengan perempuan tak guna tu. Dia mesti...” kata Da Um tidak henti. Badannya
menggeletar. Memikirkannya buatkan dia rasa hendak gila. Sepatutnya dahulu dia harus tolak Suri kuat‐kuat sehingga kakak saudaranya mati di tangga itu. Sebaliknya gadis itu sedar tiga minggu kemudiannya. Apa yang dia dapat? Apa yang dia dapat?!
Da Um ambil bantal peluknya lantas membalingnya ke arah meja belajarnya. Kemudian menolak‐nolak setiap apa yang ada di atas meja itu. Dia menjerit kuat, membuang setiap rasa sakit yang dia rasakan saat itu.
“CIK MUDA.”
Suri berhenti berjalan bila langkahnya ditahan oleh pembantu peribadi datuknya. Dia yang pada waktu itu ingin masuk ke dalam bilik, bersiap untuk tidur, tidak jadi berbuat sedemikian bila lelaki itu mengajaknya menemani lelaki itu minum di kedai hadapan jalan.
“Pau dua,” pesan Takishima sebaik sahaja mereka tiba di hadapan gerai itu.
Suri duduk di sebelah lelaki yang dia sudah anggap seperti penjaganya itu. Dia tuangkan air mineral ke dalam cawan untuk Takishima dan dirinya.
“Terima kasih selesaikan hal tu,” ucap Suri sebaik sahaja pau mereka tiba. Dia menunduk sedikit ke arah lelaki itu kemudian kembali menghadap kuihnya.
“Hal kecik je,” balas Takishima pula. Kemudian dia menyuap pau itu masuk ke dalam mulutnya.
Lebihannya dia letak kembali ke dalam pinggan.
Suri juga berbuat yang sama. Dia tidak lapar tetapi dia juga tidak berasa untuk tidak makan.
“Macam mana hubungan cik muda dengan Encik Yahagi?”
Tersedak Suri mendengarkan soalan yang pembantu peribadi itu ajukan. Cepat‐cepat dia ambil air mineral lantas meminumnya. Tisu huluran Takishima dia sambut. Bibirnya dan hujung matanya disapu. Dia sedikit terkejut bila diajukan soalan sebegitu. “Atuk minta Taki tanyakan ke?”
Lelaki itu menggeleng. “Ini soalan peribadi yang saya sendiri ingin tahu.”
Payah sekali Suri telan liurnya.
“Saya tahu soalan tadi kedengaran seperti saya cuba untuk menyibuk tetapi ini hanya salah satu daripada rasa bimbang saya terhadap gadis yang saya anggap seperti anak saya sendiri,” jelas Takishima dengan nada tenang. “Selama hampir 20 tahun saya berkhidmat di sisi tuan, ini adalah kali kedua saya lihat dia berasa tidak tenang. Kali pertama adalah ketika hari kematian Satoshi.”
Suri pandang wajah Takishima dengan tanda soal besar yang jelas terpamer di wajahnya.
“Kenichi Satoshi.”
Hanya dua baris perkataan itu mampu membuatkan Suri memahami akan siapa yang Takishima maksudkan. Dia teringat cerita yang Hiromi beritahu malam semalam. Tentang abangnya membunuh diri selepas pemergian ibunya.
“Tuan namakan Satoshi sebagai waris seterusnya kerana usaha dan kredibiliti yang dia tonjolkan. Malah Satoshi juga sangat cintakan ibu cik muda. Tuan sangat sayangkan Satoshi, anak saudaranya dari keluarga cabang lebih dari anaknya sendiri tika itu, Ito Makita. Selepas pemergian Satoshi, dia namakan cik muda sebagai waris dan bukannya Makita.”
“Kenapa?”
Takishima tersenyum kecil. “Ya... kenapa? Kalau tuan tak namakan cik muda sebagai waris, pasti hidup cik muda lebih berbeza dari sekarang. Tetapi kenapa tuan namakan juga cik muda sebagai waris?”
Lelaki itu berikan satu pandangan yang penuh dengan makna tersirat dan dari gaya itu, Suri tidak akan dapat jawapan yang dia mahu. Kenapa orang di sekelilingnya mula bermain teka teki dengannya?
“Tentang niat cik muda untuk teruskan kontrak cik muda dengan tuan, ada baiknya cik muda
fikirkannya semula. Ini permintaan saya.”
Lidah Suri terkedu.
“Ada kehidupan yang lebih baik daripada ini. Lebih bahagia daripada ini. Saya mahupun setiap
daripada kami yang menjaga cik muda hanya ingin kehidupan yang bahagia buat cik muda.”
Dengan penuh keikhlasan lelaki itu menunduk di hadapannya meminta untuk dia pertimbangkan semula keputusannya. Air mata Suri bergenang namun pantas dia seka. Dahulu dia ingin sekali lari dari kenyataan dan rialiti dan bila dia tekad untuk berhadapan, orang‐orang yang dia sayangi memintanya untuk kembali lari. Perlukah dia lari?
“Perlukah saya lari lagi, Taki?” soalnya tanpa dapat menyembunyikan sendunya. “Perlukah saya?”
Saat ini dia dambakan pujukan Shawn yang lembut dan menenangkan hatinya. Lelaki yang memikat hatinya tanpa lelaki itu sendiri sedari. Semua itu, buatkan Suri rindukannya. Titis demi titis air matanya mengalir. “Taki... saya tak nak lari lagi. Saya nak berdepan semua ni. Saya... tak nak jadi lemah seperti dulu... salah ke?”
Suri tekup wajahnya. Segan. Dia tidak dapat bendung kesedihannya. Fikirannya buntu dan dia tidak tahu hendak buat apa atau berkata apa.
Setelah beberapa minit, Takishima biarkan dia lepaskan perasaan, lelaki itu menghulurkannya
beberapa keping tisu cukup untuk dia sapu air matanya dan hingusnya.
“Saya minta maaf kalau saya dah buat cik muda sedih tapi saya rasa cik muda dah salah faham dengan saya.”
Tanpa Suri niatkan, dia telah beri panahan mata yang tajam pada pembantu peribadi datuknya itu.
“Maksud saya, saya bukannya mahu cik lari dari masalah waima berdepan dengan masalah itu
sendirian. Saya mahu cik muda teruskannya dengan bantuan dari kami. Cik muda sedar tak yang selama ini cik muda berperang seorang diri sedangkan cik muda ada orang yang sanggup berkorban bersama‐sama dengan cik muda?”
Mendengarkan kata‐kata Takishima itu, membuatkan mata Suri terkebil‐kebil dalam kekeliruan.
SUASANA di dalam kafe itu sunyi sepi. Lucy duduk dengan kedua belah tangannya memeluk
tubuhnya. Wajahnya tegas. Di sebelah kirinya Keith dan Mika. Kanannya pula Jea Rim, patisserie kafe ini. Berhadapannya pula ialah Fredrick yang baru selesai berbual dengan orang kanan datuk Suri.
“Encik Takishima kata dia dah uruskan apa yang perlu. Kita teruskan apa yang kita selalu buat,”
beritahu bos mereka.
“Suri macam mana? Dia okey?” soal Jea Rim. Riak wajahnya penuh dengan garis‐garis kerisauan.
Fredrick mengangguk dan Lucy dan Jae Rim mengeluh lega.
Keith dan sahabat baiknya Mika pula masih lagi sibuk membaca artikel‐artikel berkaitan Suri. Sepanjang mereka membuat mesyuarat tergempar ini, budak berdua itu asyik berkata itu dan ini sambil itu menghantar seberapa banyak komen positif untuk ‘kakak’ mereka.
“Dah, dah lah tu,” ujar Lucy lantas mengambil telefon pintar Mika dan meletaknya di atas meja.
Gadis itu terkulat‐kulat di tempatnya.
“Jahatlah orang‐orang dekat internet tu. Dia bukannya kenal Kak Suri nak cakap buruk‐buruk fasal dia,” protes Keith.
Lucy memandang remaja itu. “Orang‐orang dekat internet tu memang akan cakap macam tu sebab dorang memang tak kenal Suri. Cuba Keith duduk dekat posisi ‘orang‐orang’ tu, jadi sekarang ni, lebih baik kita fikir cara nak tolong dia okey? Selain daripada bergaduh dekat dalam internet tu.”
Remaja itu tertunduk mendengar sindiran Lucy. Dia memang seorang yang tegas dan akan jadi lebih tegas bila hatinya sedang risaukan Suri yang berada di ibu kota. Dahulu dia mungkin ada simpan pandangan pesemis pada Suri, mengetahui akan ‘siapa’ gadis itu semenjak gadis itu masuk kerja lagi tetapi persepsinya terhadap Suri berubah apabila semakin lama dia mengenali gadis itu.
Keith dan Jea Rim juga. Mereka bertiga telah lama simpan rahsia ini daripada pengetahuan Suri memandangakn gadis itu lebih selesa jika tiada siapa tahu akan siapa dirinya. Mereka juga lebih selesa begitu. Mika pula baharu bekerja di sini jadi gadis itu memang tidak tahu sehinggalah pagi tadi sewaktu berita tentang Suri merebak luas. Lebih mengejutkan bos mereka juga turut maklum akan kewujudan anak kerabat sebagai pekerjanya. Tetapi melihatkan wajah yang tergambar di wajah Fredrick, lelaki itu seperti tahu lebih lagi dari apa yang dia sangka.
Tidak mengapa. Itu memang sepatutnya pun.
“Macam mana kalau lebih ramai wartawan datang ke sini minggu depan?” soa Jea Rim lagi.
“Hari ni saja pun tak menang tangan kita,” tambah Lucy. Dia teringatkan hari di mana Suri datang padanya ketika wartawan dari Times datang ke mari. Pucat lesi wajah gadis itu.
Bagaimana agaknya riaksi Suri melihat banyak wartawan berkumpul di hadapan kafe ini? Tidak
datang kerja terus, mungkin.
Telefon pintarnya berbunyi dan tangannya malas mencapai gadjet itu. Dia buka pesanan itu.
‘Beritahu saya bila dia mula bekerja. Ayah nak jumpa dia.’
Membaca pesanan itu, Lucy hela nafas berat.
PEPERIKSAAN akhir untuk semester itupun bermula. Bermakna lebih sukar untuk Shawn mahupun Suri untuk saling terserempak walau sekadar kebutulan. Perbualan malam juga terputus tiba‐tiba. Antara mereka, masing‐masing teragak‐agak untuk mengambil langkah pertama. Buat Shawn yang hanya ada tiga kertas sahaja untuk peperiksaan akhir itu, berasa gelisah dan tidak tentu hala. Di luar dia mungkin dapat kekalkan imej tenangnya. Di dalam hatinya tercari‐cari kelibat Suri di kampus, di Fiction dan senyap‐senyap melawat kawasan perumahan teres tempat gadis itu tinggal. Dia hanya melintas dengan kapala yang terlindung dengan hood sweaternya, dia dapat melihat tingkap bilik Suri dan melihatkan bilik itu separa malap meskipun sudah menginjak jam 12 malam, dia berhenti berjalan.
Dia sedar Suri ada habit untuk belajar larut malam ﴾bukan pelajar universiti begitu ke?﴿. Namun apa yang membimbangkan dia ialah ada perkara lain yang menghantuinya dan perkara itu berkaitan dengan mimpinya. Ya, mimpi lagi. Sejak kebelakangan ini semakin kerap mimpi tentang Allisa menjengah tidur lenanya.
Dalam mimpi itu, dia lihat Allisa dirawat di dalam bilik gadis itu dengan wajah pucat dengan bengkak di bawah mata yang semakin jelas. Di sisi katil itu terdapat sebotol kaca berisi ubat yang dia tidak kenali. Separuh dari isi botol itu sudah habis. Dadanya berlari laju. Dia pandang Julie disebelahnya. Gadis seiras Miza, adik kepada Juliane yang seiras Yurino. “Kenapa Julie?”
Gadis itu sudah menangis‐nangis. “Saya tak tahu. Saya tak tahu. Dia tak nak bangun.”
Shawn mendekati badan Allisa yang kaku. Wajah gadis itu ditepuk lembut. Nama gadis itu dipanggil‐panggil. Jarinya berlari ke bawah hidung Allisa. Tiada! Dia pantas melonggarkan tali lehernya. Weskotnya dibuang. Butang lengan dibuka lalu dia buka mulut Allisa dan hembus pernafasannya ke rongga gadis itu dua kali. Selepas itu dia tekan dada gadis itu 30 kali sebelum dia mengulang proses yang sama. Dia tidak boleh panik. Dia tidak boleh panik. Julie masih lagi menangis‐nangis. Masuk proses kali ke empat, Allisa terbatuk‐batuk dan mencungap‐cungap mencari nafas sebelum pengsan.
“Allisa!” jerit Julie lantas meluru ke arah sahabatnya.
Pada waktu yang sama seorang lelaki di pertengahan umur dan seorang wanita sebaya lelaki itu masuk ke dalam bilik. Shawn terduduk lemah. Segala tenaganya hilang diserap rasa takut dan panik yang kini baharu menguasai dirinya. Dia lansung tidak mendengarkan butir perbualan mereka yang mengelingi Allisa namun Shawn percaya lelaki yang masuk tadi ialah seorang doktor. Bertubi‐tubi lelaki itu diserangi oleh Julie dengan soalan‐soalan bersama bunyi sedunya. Apa yang dia dengar ialah, “insomnia.”
Allisa mempunyai masalah untuk mencapai kualiti tidur yang baik dan Shawn percaya Suri juga begitu jika hendak dibandingkan dengan beberapa pengalaman dia berbual dengan Suri lewat malam tempoh hari. Dia seluk tangannya ke dalam kocek sweaternya. Dia takut. Dia takut yang dia akan kehilangan Suri sebagaimana dia hampir ditinggalkan oleh Allisa dalam mimpinya.
Ketakutannya semakin membesar dan dia tidak tahu bagaimana untuk mengawalnya di mana sebelum ini keinginnya hanya tidak mahu gadis itu membencinya. Namun dia tidak yakin untuk menekan ikon nombor Suri dan mengucapkan ‘hello’ seperti selalu.
Dia pusingkan badannya. Dia tidak boleh berdiri lama‐lama di sini. Kelak akan mengundang rasa syak wasangka pihak berkuasa. Dengan berat hati, dia buka langkahnya, menuju ke ruang kecil di kondominium tidak jauh dari sini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan